KISAH HOSTEL TRASVILLA

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS..

Untuk pertama kalinya aku menulis di FS ni.. Aku suka baca kisah2 seram kat FS ni.. Tapi tak pernah terfikir nak cerita pengalaman yang aku pernah alami dalam hidup aku dekat mana2 page.. Kalau admin approve cerita aku ni, terima kasih sangat-sangat.. Apa-apa pun, segala kekurangan harap dimaafkan. Aku bukan seorang penulis.. hehe

Tahun ni aku macam terpanggil untuk berkongsi cerita kat korang.. Kisah aku mungkin tak berapa nak seram tapi ni adalah kisah aku alami masa aku belajar pada tahun 2011 kalau tak silap..

Aku kenal kan diri aku dulu.. Nama aku Hada (bukan nama sebenar). Masa aku study dulu aku duduk dekat hostel, padahal rumah aku tak jauh pun dari hostel tu.. Hostel aku ni dulu banggunan bekas tempat tinggal pekerja kilang.. Kalau tengok dari jauh, hostel aku ni macam penjara, petak tinggi je.. haha

Hari pertama aku jejakkan kaki aku kat hostel time tu rasa lain macam aura nye. Hostel aku memanjang, bilik aku yang paling depan dan toilet betul2 sebelah bilik aku. Tempat cuci baju pun sebelah depan toilet.. Sebelum aku nak turun ke kereta, aku terpandang satu rantai besi panjang di atas tempat cuci baju. Aku terfikir jugak untuk apa rantai besi tu, tapi aku malas fikir aku tak tanya pada sesiapa tentang tu.

Masa aku nak turun dari tingkat 1, aku terdengar ada seorang budak ni mungkin adik dari kawan yang sama daftar dengan aku tanya kakak dia.. “akak kenapa ada nenek tu duduk kat hujung penjuru tu? “. Aku pon pelik soalan budak tu.. Aku pandang di ruang kosong hostel kami tu tiada sesiapa dekat situ. Aku malas fikir aku turun je bawah untuk jumpa keluarga aku sebelum mereka semua balik dan tinggalkan aku kat situ.

Nak dijadikan cerita. Pada satu hari tu, aku dengan kawan-kawan tengah study dan berbual, tetiba perut aku sakit yang teramat sangat. Aku ni jenis yang tak suka minta sesiapa teman kalau pergi toilet, lagi pun toilet sebelah bilik aku je. Aku ni berlari la pergi ke toilet, masa aku berlari ke toilet, kawan aku Nady dan Efa ni pergi nya kejar aku. Dorang berdua ni memang suka kacau orang, aku pun lekas-lekas tutup pintu. Aku dengar suara Nady dan Efa gelakkan aku. Aku cakap jangan kacau aku dengan nada bergurau sambil gelak.

Bila selesai membuang aku masih dengar suara Nady gelak. Aku dah pelik masa ni, mana mungkin Nady tunggu aku kan. Masa aku nak ‘flush’ aku pandang kebelakang untuk pam air. Tiba-tiba pandangan aku terhenti dekat atas pam air tu. Masa tu aku dah kaku, atas pam air tu ada makhluk hitam besar yang dalam keadaan mencangkung sambil mata dia tepat ke arah mata aku, cuba korang bayangkan macam mana mahluk besar macam tu boleh duduk atas pam air tu dan jarak antara aku dan makhluk tu, dah la mata makhluk tu mata dia merah. Aku terus buka pintu dan belari masuk bilik.

Dalam bilik, kawan-kawan aku pelik kenapa muka aku macam takut dan pucat, Nady ada kat katil Efa. Aku pergi ke arah Nady dan bertanya. “ Nady , kau tunggu aku dekat pintu toilet ke tadi?, Nady jawab dengan nada yang pelik “mana ada aku tunggu kau”. Aku pon diamkan diri dan tak bercerita dekat sesiapa tentang apa aku alami malam tu.

Bila cuti panjang aku akan balik ke rumah. Time aku kat dalam bilik, aku terdengar abang aku bagi tau mak aku, “masa angah (abang) angkat barang adik(aku) harı tu, angah ada nampak tali gantung dekat tempot cuci baju di hostel adik tu, kawan angah ada bagi tau, dekat hostel tu ada bekas pekerja kilang b***h diri dan ada juga perempuan terjun dari tingkat 1 dari bilik no sembilan”. Masa aku dengar tu, aku dah terdiam. Sebab aku percaya apa abang aku cerita, sebab dia bukan jenis buat cerita, dia ada kawan duduk di kawasan hostel tu.

Bila aku balik ke hostel, aku macam biasa akan diamkan diri dan tak akan cerita pada kawan-kawan tentang apa yang terjadi di hostel ni.

Masa cuti sabtu dan ahad, Aku malas balik rumah sebab aku nak study. Malam sabtu tu kawan aku semua bergurau kat tangga luar hostel dan tangga tu berdekatan dengan tingkap bilik aku. Aku perhatikan meraka dari tingkap je masa tu. Meraka semua bergambar dan bergurau sehingga tengah malam.

Ahad tu kami semua sarapan di depan TV di hostel, kawan aku yang sorang ni nama dia As, dia tunjuk gambar dorang kat tangga malam tu. Aku pon tengok la gambar tu dengan teliti, sebab macam ada sesuatu pelik kat gambar tu. Aku tak fikir panjang terus tanya dekat As, “tangan siapa di tengah-tengah antara korang tu?”. As perhatikan gambar tersebut. Nak tau apa yang aku nampak?, ada tangan perempuan berbaju lengan panjang berwarna putih dan di tangan nya ada gelang dan di jarinya ada cincin yang serupa dengan As. Tapi tangan tu bengkak-bengkak dan pucat. Aku tanya soalan lagi, “As, dalam gambar ni kau duduk dekat mana?”. “aku yang tukang ambilkan gambar ni”, kata As dalam nada yang takut. Kalau nak tahu, malam tu As memang pakai baju putih tapi baju lengan pendek…Haa.. Korang rasa dia menyerupai siapa? Dah terang-terang dia menyerupai As. Sebab gelang dan cincin hitam yang mahluk tu pakai sama pengan As punya gelang dan cincin..! Bezanya tangan makhluk tu lebam dan bengkak, seram bila di ingatkan balik bentuk tangan tu.

Kisah makhluk hitam yang munculkan diri dalam toilet tu tak hilang macam tu je ye korang. Ada satu malam tu, aku tertidur, aku terasa kaki aku panas macam ada api kat kaki aku time tu. Bila aku bukak mata…aku terkejut ada satu lembaga hitam besar tinggi dia lebih kurang lebih dari tinggi pintu bilik. Aku cuba untuk tak jerit atau terus bangun, aku kecik kan kata aku yang besar ni, dengan perasaan yang bercampur sama ada aku takut atau nak tau apa benda lembaga hitam ni. Aku perhatikan makhluk besar hitam tu cuba berjalan ke arah katil aku, masa tu semua doa yang aku tahu, aku dah tak ingat macam mana nak baca. Aku tutup mata dan bila aku buka mata semula… Lembaga hitam tu hilang macam tu je.

Apa yang jadi dekat aku sepanjang aku di hostel tu aku tak pernah cerita dekat kawan-kawan aku, sebab aku tak suka dorang rasa atau takut bila sesorang nanti.. Macam-macam aku jumpa dekat hostel tu.. Buat masa ni tu je aku cerita dulu ye.. Mana tau cerita aku ni admin FS approve ke kan.. nanti boleh sambung cerita lagi..

By Hada..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hada
Rating Pembaca
[Total: 79 Average: 3.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.