Assalamualaikum fiksyen shasha .
pertama sekali , andaikata cerita aku ni dipublishkan aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi untuk menyiarkan kisah seram aku ni . kalau nak diikutkan memang aku pembaca tegar cerita Fiksyen Shasha ni sampaikan satu tahap itu aku nak kongsi kisah mistik yang aku sendiri alami .
Sebelum aku memulakan kisah yang aku nak kongsikan kepada pembaca Fiksyen Shasha , aku harap pembaca-pembaca Fiksyen Shasha dapat mendoakan nenek aku yang tengah sakit hampir tiga tahun , cepat sembuh dan urusan untuk mencari benda yang dah ditanam di kawasan rumah nenek aku dapat dijumpa . Ya , nenek aku terkena buatan orang . Tapi yang ini aku taknak cerita sebab aku tak berapa nak tahu pasal kejadian ni memandangkan keluarga aku sendiri runsing tentang kejadian ni .
Jadi , aku mulakan kisah seram aku ni . pengalaman duduk di asrama memang kenangan paling menyeronokkan bagi aku . Hidup berdikari adalah perkara utama kenapa aku kena masuk asrama . Asrama yang dikelilingi kubur . Perkara tu menggerunkan bukan ? Aku nak cerita pengalaman aku masa tahun akhir aku di asrama .
Tahun lepas . Masih segar dalam ingatan . Sebab , selama 5 tahun aku menetap di sana memang nak dikatakan setiap tahun aku kena kacau dan disebabkan itu juga , aku jadi susah nak tidur malam . Kebanyakan kawan-kawan aku tak kurang juga junior-junior aku memang suka kalau ak cerita pasal hantu sebab dorang semua tahu aku ni memang senang kena kacau . Sebabnya nanti in shaa allah aku akan cerita jikalau aku ada masa .
Baiklah . aku teruskan dengan cerita aku ni . Tahun lepas , aku di tingkatan 5 , memang hati aku membuak-buak untuk keluar dari asrama tu memandangkan banyak benda yang aku dah hadap selain dari hantu yang menyakitkan hati aku . Benda ni berlaku masa awal tahun okey . Aku ni walau dah ada katil sendiri ( katil atas sebb jenis double decker , katil paling tinggi gitu ) aku tetap nak menempek tidur dengan kawan aku , Fara .
Sebab masatu memang aku dengan dia paling rapat , dan bilik aku dengan dia bersebelahan jadi bukan masalah bagi aku untuk pergi melepak dan tidur sekali . Habibah 5 . Bilik Fara tu nak dikatakan agak berhantu jugakla sebab pernah masa aku tingkatan 3 , bilik tu digemparkan dengan kejadian senior aku kena tarik dengan hantu . Bilik tu paling famous sampai senior aku pon boleh kena tarik sampai jatuh dari katil .
Bermulalah bacaan yasin untuk bersihkan satu dorm perempuan memandangkan benda tu dah mengamuk . Tak lain tak bukan mestilah kes pasal buang pad merata-rata .
Jadi malam tu aku tidurla dengan si Fara tu . Dia tu paling senang nak terlelap sedangkan aku ? Pejam mata selama sejam pon belum tentu boleh terlelap . Sebab tu aku nak menangis tau bila malam muncul , mata aku aktif macam burung hantu . Jadi , malam tu semua dah tidur . Siap tutup lampu , kunci pintu bilik . Katil Fara katil bawah , berhadapan dengan pintu masuk .
Malam tu aku rasa tak sedap hati , rasa macam nak pergi tidur bilik aku balik tapi takut dan terasa kaki ni kaku sangat-sangat . Aku pandang di sekeliling bilik tu , memang semua dah lena . Aku pon pejamkan mata dan paksa diri aku tidur jugak kalau tak esok mesti mengantuk nak pergi sekolah ! Tiba-tiba , mata aku terbuka dan aku pandang la pintu hujung bilik tu . Nak tahu tak aku nampak apa ???? Nampak locker terbukak , bergerak-gerak memandangkan locker tu di bawah kipas .. Jadi aku rasa nak mengamuk , siapalah yang malas sangat nak kunci locker tu kan . Jadi aku pejamla mata aku balik . Tak lama lepastu hati aku membuak-buak nak tengok locker tu balik entah apa yang menarik sangat sampaila aku terus pusing kepala aku tengok hujung sana ..
Dan masa tulah aku ternampak budak depan locker . Dan aku dah dapat detect budak tu mesti bukan sembarangan budak sebab yang lain semua dah tidur . Aku ni dahla rabun , orang yang rabun ni lagi tak nampak lagilah nak tengok … Aku tak tahulah orang lain yang rabun macam mana kan tapi aku memang macam ni . Selagi tak nampak , selagi itulah aku struggle sehabis baik kecikkan mata aku untuk nampak dengan lebih jelas .
Sepantas kilat penyesalan mula bersarang dalam hati aku ! Budak tu pandang aku tapi bukan pandang yang sekilas pandang . Kepala dia perlahan-lahan pusing 360 darjah pandang aku . Mata aku kaku , hati aku berdebar . Malam tu memang malang tak berbau kawan-kawan … Jadi aku pusingkan badan aku lebih laju dari kepala dia , aku terus tutup mata .
Masih lagi aku terbayang-bayang muka dia yang aku tak nampak sebab rambut dia dah tutup kepala dia . Badannya kecil , duduk bersila menghadap locker . Masa tengah berdebar-debar tu memang aku baca ayat kursi , bkn ayat kursi jea aku baca , doa makan sekali aku baca geng !!! Berdebar-debar aku . Tapi aku nak pusing tengok balik cuma aku dah memang taknak sebab takut tiba-tiba kalau dia ada belakang aku .
Jadi aku buat keputusan untuk tengok Fara yang memang dah lena tidur ! Tak semena-mena ” papppp ! ” Belakang badan aku kena pukul bila aku toleh memang tak ada sesiapa jadi aku pun terus lari pergi bilik ( bkn bilik aku tapi bilik hujung bersebelahan tandas aras aku memandangkan bilik aku tu junior dah kunci kan . Terus aku mengadu malam tu jugak walaupun org kata tak elok .
Jadi aku dah habis cerita , aku patah balik ke bilik tu sebab walau apapon jadi aku kena beranikan diri aku jugak . Aku takut Fara tercari-cari aku pulak . Jadi balik je bilik tu aku terus tidur . Korang mesti pelik kan ? Tapi memang tabiat aku macam tu . Jadi sampai sini je dulu aku cerita .
Maaf andai tak seram tapi aku ada banyak lagi kisah untuk diceritakan . Dan untuk pengetahuan korang , tak lama lepastu aku dipindahkan ke bilik tu . Nanti aku kongsikan lagi ye . Sekian .
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
cerita najisssss
pundek betul… apa punya cerita ni??? aku tak faham situasi yg nak diceritakan dan motif cerita ni pun aku tak faham… mungkin bahasa yang digunakan budak ni tahap sasterawan negara nigeria… tak padan dengan otak aku yg bebal…
Budak baru try kot
Hahahhaaaa … Hanat je komen ko
Dik, lain kali bercerita, jgn mcm org kena kejar plak. Slow2. Baru nak seronok baca, adrenaline aku bru nak naik, eh, dah habis pulak dah. Apehal? Improve la lain kali. Cerita dah best. Tp mcm tak kena dgn cara penulisan. Tak minta pun yg bersastera bagai. Janji teratur dan padu isi nya.
Selepas aku mbaca story awak…jari ku terasa seram hendak komen…bulu roma dn segala bulu brpusing 360°..Memang x seram langsung story mu😂😂😂
Kejap kata bilik kunci sbb tu pegi bilik lain..ni tibe2 boleh masuk bilik sendiri?mana satu ni?confusing and jalan citer contradict ler..
Tak payah sambung please
Cerita tu biar habis anjing.
X lah seram sangat tapi meremang jugak bulu roma