BILIK HOTEL

Awal tahun 2005, saya diajak oleh Fasha, kawan serumah saya, untuk mengikutnya ke Sungai Petani, Kedah . Fasha ada program dengan bisnes jualan langsungnya di sana. Antaranya dia akan memberikan ceramah kepada downline dan prospek-prospeknya. Selain itu diadakan juga malam anugerah untuk upline-upline yang mencatat jualan memberangsangkan.

Program itu akan berlansung selama dua hari dan Fasha diberikan bilik untuk menginap. Oleh kerana hari pertama bermula pada pukul 10.00 pagi, maka Fasha diberikan bilik untuk menginap pada malam sebelum program hari pertama itu. Bermakna, kami perlu tidur di bilik tersebut untuk dua malam.

Saya ini nama je kawan serumah tapi tak pernah ambil tau sangat tentang bisnes Fasha. Yang saya tau, dia jual makanan kesihatan yang dibuat daripada buah-buahan.

HARI PERTAMA, sementara Fasha sibuk dengan programnya, waktu siang saya merayau rayau di sekitar bandar raya Sungai Petani. Malam kedua, saya keluar lagi untuk makan, kemudian singgah di restaurant mamak dan menonton bola.

Walaupun saya perempuan tapi saya minat bola tau. Sekitar pukul 10.30 malam saya balik. Bilik gelap. TAP…saya petik suis lampu.
“Eh, dah habis ke program kau, Fasha ?” kata saya terkejut apabila lihat dia berbaring membelakangkan saya.
Sebahagian badan dia berada dalam selimut. SENYAP . Fasha tak menjawab sepatah pun.
Hmm…tidurlah ni. Selalunya pukul 1.00 pagi baru nak tidur, tapi malam ni awal pulak. Mungkin dia penat agaknya ye, kata saya dalam hati.

TAP!
Saya buka aircond pula. Isy Fasha ni, penat-penat sampai aircond pon x buka. Kalau di rumah, dia la yang paling awal buka aircond. Masuk saja bilik, remote aircond lah yang dicapai dulu. Kemudian terus masuk dalam selimut. Memang itulah hobinya setiap kali sebelum tidur.

Tak panas ka? saya menyalin pakaian dan melangkah ke bilik air.
“Kau tak boleh sembahyang, kan Ilah? terdengar suara Fasha, perlahan.
Ish, terkejut saya. Hmm, tak tidur lagi rupanya dia.
“Ya lah… kan kita sama Fasha” jawab saya sambil memandang ke arahnya.
“Hmm… samalah kita,” balas Fasha. Dia memandang saya dengan senyum dan diiringi dengan ketawa kecil.
“Tengah banjir. Kau pun sama lah tu,” sambung saya.
Fasha terus ketawa . Saya membuka pintu bilik air, lalu memasukkan pad ke dalam plastik kecil lalu mengikatnya dengan kuat.

“Hiii…hii…hhhiii…” kedengaran suara Fasha yang sedang ketawa ketika saya mengikat plastik tersebut.
“Apa hal pulak kawan aku ni? Takkan tak habis-habis lagi ketawa. Lawak sangat ke apa yang aku cakap tadi?” saya berkata-kata seorang diri sambil terus memasang telinga.
Pelik. Sudahlah tak berhenti-henti ketawa kuat pulak tu. Bayangkan saya kat bilik air ni pun boleh dengar dia ketawa.
“Hoi…! Lawak san…” kata saya sejurus membuka pintu bilik air.

Tapi sebaik saja pintu dibuka, suara ketawa itu juga terhenti. Fasha pula saya lihat masih tidur mengiring ke arah dinding dan membelakangkan saya.
“Wei… jangan buat-buat tidur lah!” kata saya. Senyap Fasha tidak menjawab sepatah pun.
“Fasha kau jangan nak buat lawaklah. Siap kau nanti!” sambung saya. Senyap juga.

Saya masuk ke bilik air semula dan saya mendengar Fasha ketawa lagi. Bayangkan, saya boleh dengar sampai dalam bilik air. Lima minit kemudian saya keluar dan saya melihat dia sudah berselubung di dalam selimut. Saya cuit pingang dan perutnya. Senyap tidak ada tindak balas.

“Hmm cepat betul dia tidur. Lepas ketawa, terus tidur! Tak apa, esok ada lagi. Siap kau!”
Saya tutup suis lampu dan melabuhkan badan di katil. baru beberapa minit baring tiba-tiba saya terdengar suara pintu tandas terbuka.
Kriikk… kriikkk…
bunyi plastik ditarik-tarik. Saya cuba untuk membuka mata tetapi ia seperti digam. Hendak juga saya bangun dan lihat apa yang berlaku di dalam air mungkin tikus ke, namun seluruh badan saya tak dapat digerakkan. Hatta sebarang jari pun saya tidak boleh mengangkat.

Kriikkk…kriikkk…
bunyi plastik ditarik-tarik terus kedengaran, dan akhirnya terhenti. Setelah itu saya terdengar suara yang agak aneh dari tandas, seperti suara orang sedang membaham sesuatu dengan gelojoh.
Auummm… Aauummm…
Bunyi plastik yang dikoyak-koyakkan. Dada saya berdebar. Takkan tikus pula? mana ada tikus dalam bilik hotel kan. Lagipun, tak pernah pula saya dengar tikus makan dengan cara membaham dan gelojoh.
TAAPPP!
Kedengaran bunyi pintu dibuka. Serentak itu bunyi pelik dalam bilik air serta merta terhenti. Kemudian bunyi orang melangkah masuk ke dalam bilik.

Bunyi barang diletakkan di atas meja dan almari dibuka, jelas kedengaran di telinga saya. Namun saya tidak mampu membuka mata untuk melihatnya.

Saya ingin bangun dan bertanya macam-macam hal kepada Fasha tapi tidak boleh . Mengantuk yang amat sangat. Entah pukul berapa saya tidur, saya tidak pasti. Sedar-sedar saja sudah pukul 8:30 pagi!
Fasha? katilnya kosong. Tentu dia turun untuk sarapan dan kemudian sambung programnya. Perkara pertama yang saya buat selepas bangun ialah, saya terus pergi melihat apa yang terjadi di dalam bilik air.

“Ya Allah!!!” saya terperanjat. Plastik yang berisi tuala wanita itu saya lihat koyak rabak. Tuala wanita yang saya gunakan itu bagaikan dicarik-carik dengan benda tajam. Lebih mengejutkan saya, apabila terdapat banyak lendir kuning pada plastik, tuala wanita dan tong sampah tersebut. D***h saya berderau. Fasha? takkan Fasha yang lakukan semua ini. Mustahil juga ada manusia normal yang hendak menyentuh benda kotor dan najis. Mustahil juga ada manusia yang waras hendak mencarik-carik benda yang terikat kemas.
Seperkara lagi, cecair apa pula yang bewarna kuning likat ini? muntah? Bukan… ia bukan muntah. Tekak saya mula loya dan saya termuntah.
Selepas mandi lebih kurang, saya terus tutup bilik air dan memanggil pekerja hotel untuk membawa kotoran itu keluar.

FASHA balik ke bilik dalam pukul 11.00 pagi dan kami check out. Di dalam kereta, saya ingatkan nak bertanya kepada Fasha tentang apa yang saya lihat di dalam bilik air. Tetapi belum sempat bertanya, Fasha terlebih dulu membuka mulut.
“kenapa kau koyak-koyakkan plastik dan hancurkan pad dalam bilik air tu, Ilah?” dia bertanya. Saya terkejut. Saya pandang Fasha , “Eh… bukan kau ke yang buat bende tu?” saya bertanya padanya semula.

Kali ini Fasha pula memandang saya. Matanya terbuntang. “Ilah… apa yang kau cakap ni? meremang bulu roma aku ni,” Ah apa yang berlaku ni? Lantas saya ceritakan apa yang berlaku malam tadi. Fasha memandang saya. Raut wajahnya menampakkan dia betul-betul terkejut.
“Weii… kau biar betul, Ilah! Semalam aku keluar bilik pukul 7:45 malam untuk dinner. Lepastu kita orang ada perbincangan tentang produk-produk baru syarikat, perancangan group dan macam-macam lagi. Aku balik dalam pukul 12.30 malam,” jelas Fasha.
kalau begitu, siapa yang saya lihat di atas katil sedang tidur masa tu? Siapa yang ketawa tak henti-henti semasa saya di dalam bilik air?
“Aku tak tau,” jawab Fasha.

YA ALLAH…
“Eh… bukan kau ke, Ilah? Sebab tu aku tanya kau!” balas Fasha.
“Aduh pening kepala aku ni, Fasha. Aku ingat kau yang buat benda tu, tapi sekarang kau kata aku pulak Jadi siapa yang buat?” saya lemparkan pertanyaan itu kepadanya. Fasha menggaru kepalanya. Menurut Fasha, semasa dia masuk ke dalam bilik malam tadi, dia menukar baju, masuk bilik air untuk menukar padnya, dan terus tidur. Ketika hampir terlena, dia terdengar saya bangun dari katil. Kemudian, sayup-sayup dia terdengar saya bertanya, “Kau tak boleh sembahyang, kan Fasha?”

Tambah Fasha, dia ingin menjawab pertanyaan saya itu, tetapi tidak berdaya. Mulut dan matanya bagaikan digam.
“Aku dengar kau masuk bilik air dan lepas itu aku dengar bunyi kau koyak-koyakkan plastik yang ada pad kita. Itu tak apa lagi, yang aku seram, aku dengar bunyi kau ketawa dalam bilik air tu. Dah lah tu, aku dengar suara macam kau makan dengan gelojoh.”

Tambah Fasha, kalau boleh dia ingin bangun dan buka pintu bilik air dan tanya kenapa saya buat semua itu, tapi badanya seperti ditindih dengan batu yang sangat besar. Mata tak dapat dibuka, sendi bagaikan dikunci. Badannya tak dapat digerakkan.

“lepas semua itu berhenti, lebih kurang dalam dua tiga minit, aku dengar bunyi pintu bilik air ditutup dan kau baring semula di katil. Aku terus terlelap. Pagi tadi masa masuk bilik air, aku terperanjat bila tengok tong sampah berselerak dan ada lendir-lendir kuning itu. Tapi sebab nak cepat aku tak sempat nak bersihkan,” cerita Fasha panjang lebar. Dada saya berdebar apabila mendengar ceritanya. Maknanya? Kalau macam tu kami sama-sama telah dikelirukan! Ada sesuatu yang telah menyamar sebagai diri saya untuk mengelirukan Fasha dan dan ia menyamar sebagai Fasha untuk mengelirukan saya.

Sumpah, inilah pengalaman paling pelik yang pernah saya alami sepanjang hidup saya.
Nasihat saya, kalau korang period dan ketika itu berada di tempat baru yang korang tidak ketahui latar belakangnya, berhati-hatilah…

Itu saja dari aku, Thank you for read..
Assalamualaikum…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syamimi
Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 4.4]

7 thoughts on “BILIK HOTEL”

  1. Lain kali korang cuci la pad tu dulu sebelum bungkus dlm plastik sb melalui d***h kotor korang tu dia boleh kuasai diri korang, malah dia boleh bersatu dalam jasad korang tu. Hati2lah ye.

    Reply
  2. Ni mesti tak basuh pad atau tak basuh dgn bersih… Klau tak, tak kan lah benda tu boleh kerja kan bekas pad korg pakai tu kat dlm tong sampah… So, klau korg kemana2 tido di hotel tu, nak2 time period sila lah stndby sabun basuh dari umh utk kemudahan korg basuh pad dgn bersih…
    Pengajaran yea adik2….

    Reply
  3. Pad kalo boleh sebelum buang basuh la bersih²… Dh bersih sampai perah tak kuar apa tu baru bungkus buang.. jgn terus buang dgn d***h². Tak elok. Lgpun orang nk buat apa² kt d***h kita tu pun boleh .

    Reply
  4. Maaf , d***h period adalah salah satu makanan yg plg disukai oleh jin kafir…mohon basuh bersih2 sebelum dibuang, gunakan pad yg senang dibasuh . Lebih elok dibasuh supaya kita tidak jadikan ianya sbg makanannya, moga tiada gangguan .
    Letakkan pad yg telah dipakai di kaki , curahkan sabun cecair atau sabun serbuk , genyeh dgn kaki dan bilas hingga bersih, baru dibungkus dan dibuang dlm tong sampah.
    Akak mohon maaf ye.

    Reply
  5. Rata² komen menyarankan supaya pad dibasuh…tapi memang betul pun..d***h kotor tu disukai jin kafir sedapnya menjilat jari…ni mesti pandang enteng kebersihan pad… selalu berlaku gangguan di asrama antara sebabnya pad tak dibasuh dan kotor dengan d***h kering mahupun basah.. pengajaran lain kali bersihkan dulu yee… peringatan untuk kita bersama…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.