Bilik Rahsia

Assalamualaikum. Saya peminat Fs dari negara jiran. Maaf jika ada ayat ‘skema’ dalam penulisan saya kerana tak biasa menggunakan bahasa standard.

Thank you admin, for publishing my 1st story. This is my 2nd story:-

Peristiwa ini terjadi pada 30 tahun yg lepas iaitu sewaktu aku masih budak lagi. Jadi apa yang ku ingat ku cuba sampaikan.


Pada tahun 1989.

Malam itu kami berkejar menziarahi keluarga emak yg sakit tenat. Orang tua lelaki dalam perumuran 60-70 an. Khabarnya orang tua tu sudah lama sakit sakitan tapi akhir akhir tu semakin tenat. Seluruh ahli keluarga terdekat serta sahabat handai di panggil. Emak membawa kami semua untuk berziarah.
Sebenarnya orang tua tu adalah bapa saudara kepada emak tapi kami tidak begitu rapat dengannya kecuali emak.

Rumahnya terletak di sebuah kampung yang jauh dari jalan utama. Seingatku, cuma setahun sekali kami datang kesana iaitu pada hari raya.

Sebaik saja kami masuk ke dalam rumah, terlihat seorang lelaki yang sangat kurus sedang terbaring di ruang tamu.Kami dijemput duduk berhampiran dengan si pesakit.
Ramai orang datang dan kebanyakkannya sedang membaca surah Yassin.Ada juga yang sedang sibuk didapur.

Sekali sekala erangan si sakit kedengaran. Anak anak beliau semua duduk mengelilingi beliau.

“Bini aku mana? Panggil dia…aku nak jumpa dia”

Semua yang ada dirumah memandang sesama mereka. Isterinya sudah lama meninggal dunia. Dirumah cuma dia dan anak anak saja. Lalu aku teringat akan kata orang tua, bila seseorang dalam sakratulmaut, dia akan di datangi roh keluarga rapat dengan si pesakit yang sudah meninggal dunia. Roh roh itu akan menjelma di depan mata pesakit dan mengajak untuk mengikut mereka. Jika di ikut, ertinya, pesakit akan pergi buat selama-lamanya. Mungkin kah masa beliau sudah hampir? Mungkin kah si sakit melihat roh arwah isterinya yang sudah tiada? Wallahualam. Ini cuma kepercayaan orang dulu dulu.

“Cepat, panggilkan bini aku kat bilik tu!” Aku terkejut dengan pekikkan orang tua tu. Tangannya terangkat ke atas dan jari nya menunjuk ke satu arah di ruang tengah.

Anak anaknya cuba memujuk ayah mereka dan berdalih dengan pelbagai ayat.

“Bapa, ingat Allah bapa….ingat Allah banyak banyak” salah seorang anak lelakinya yang sudah dewasa mengusap usap dahi orang tua tu.

“Aku nak jumpa bini aku, kau Deraman, cepat panggil bini aku!”jerkah orang tua mengejutkan seisi rumah. Tak sangka, suara dia masih lantang walau dalam keadaan begitu.

Orang orang yang ada disitu hanya mendiamkan diri dan ada yang meneruskan bacaan.

“Diam, jangan baca lagi, nanti dia marah!”

Siapa ‘dia’?


“Mengapa dengan bapa kau tu Nuriah?” Emak merisik makcik Nuriah, anak kepada orang tua tu yang seumur dengan emak. Kebetulan hanya emak dan makcik Nuriah saja yang berada didapur ketika itu.

Pada mulanya makcik Nuriah agak keberatan tapi emak bukan pun orang lain dia. Sepupu rapat juga.

“Tulah Nun, aku pun tak tau nak cerita dari mana tapi mak kau pun ada juga cerita kat kau kan sebelum ni yang bapa aku ni memang ‘tak sihat’ kan?”

“Cerita sajalah, aku bukan orang lain pun”

Makcik Nuriah pun membuka cerita. Sebenarnya bapa dia ni menyimpan satu rahsia. Rahsia apa?

Bilik misteri!

Ya, dia ada sebuah bilik misteri di dalam rumah mereka. Tiada seorang pun dibenarkan masuk. Pernah anak anak bertanya benda apa bapa dia orang simpan sampai bilik tu sentiasa dikunci.

“Kau orang jangan nak cuba cuba masuk dalam tu kalau nak selamat, faham?” Bapa mereka memberi amaran dengan garangnya.

Apa maksud yang tersirat pun makcik Nuriah dan adik beradik yang lain tak tau. Bapa dia boleh dikatakan, hanya berkurung di dalam bilik tersebut dan cuma keluar untuk makan dan minum. Mandi pun kadang kadang. Solat tu wallahualam.

Bilik tu memang tidak pernah digunakan sebelum ni. Lampu pun dah lama rosak dan tak pernah dibaikki. Lokasi bilik yang terperuk hampir dapur membuat anak anak tak suka tidur disana. Ia hanya dijadikan tempat penyimpanan piring dan cawan untuk majlis kenduri.

Tapi sejak ibu mereka meninggal, bapa mereka menjadikan bilik tersebut bilik ‘istimewa’ dia. Mereka pun tak pasti kenapa bapa mereka tiba tiba jadi macam tu. Apa puncanya, seorang pun tak dapat mencari penyebabnya.

“Apa bapa kau simpan dalam tu Nuriah?kamu tak pernah cuba masuk tengok?”

“Kami memang tak berani Nun, adalah hari tu si Ishak tu masuk dari jendela tu,kau tahu dia nampak apa?” Makcik menoleh kiri dan kanan sebelum meneruskan.

“Bilik tu macam bilik orang kahwin, ada katil, meja solek dan lengkap sekali dengan kelambu, semua bewarna kuning!”

Tenganga emak mendengar dan sekaligus bulu roma emak menegak. Apa hal dengan orang tua tu!

Menurut makcik Nuriah lagi, mereka selalu tedangar bunyi bapanya ketawa seolah sedang bergurau dengan seseorang. Ada sekali dua mereka terserempak bapa mereka sedang mengangkat dulang yg berisi nasi dan lauk kedalam bilik tu. Kadang kadang mereka terdengar bunyi orang menyanyi dan orang perempuan ketawa dari bilik tu.

Ya. Suara perempuan.

“Perempuan mana Kau ni?”Emak mula seriau. Terus bulu roma emak meremang. Spontan emak memandang bilik yang di katakan. Tiada yang ganjil pada pintu bilik kalau dilihat dari luar. Apa dan siapa kat dalam? Emak tiba tiba rasa seram.

“Sampai ni ke Nuriah?”

Makcik Nuriah cuma mengeluh kecil.

“Entahlah Nun, takut aku nak kata tapi selalu aku cium bau wangi dari bilik tu Nun, lain wangi dia, seram aku cium bau tu”

Tambah makcik Nuriah lagi, perkara ini terpaksa mereka diamkan kerana takut bapa mereka di katakan ‘kurang siuman’. Perkara ini berlanjutan bertahun lamanya. Bila bapa mereka sakit tenat macam ni, setiap malam juga orang tua tu meracau. Dan setiap malam juga akan tedengar tangisan dari dalam bilik ‘misteri’ tu.

“Setiap malam bapa tu meraung je nak ke bilik tu tapi kami tak bagi, takut bapa kunci diri dia dalam bilik tu, pernah sekali hari tu, bapa tak mau keluar langsung dari bilik tu, tak makan tak minum….sampai sampai abang Deraman dan si Ishak ugut nak pecah pintu tu barulah pintu tu terbuka…dan sudahnya bapa terjerit jerit bila si Ishak dan Deraman angkat keluar. Segala baju dan kain dia kotor dengan najis. Bapa macam dah nyanyuk tapi baran dia semakin hari semakin teruk. Kami ni dah puas di sumpah seranah. Dulu bapa tak macam tu. Yang hairan lagi, bapa kan tak boleh berdiri betul jadi bagaimana dia boleh kunci pintu. Tinggi letak kunci pintu tu”

Emak tak banyak bercakap. Takut ada. Kasihan pun ada.

Emak cuba nasihat makcik Nuriah untuk ‘rawat’ bapa mereka. Panggillah siapa saja yang berkebolehan tu.
tapi kata Makcik Nuriah, mereka dah cuba tapi orang tua tu berkeras kata dia lebih sanggup m**i.


Tiga hari kemudian kami kesana lagi kerana orang tua tu akhirnya meninggal. Dia meninggal selepas isya’. Jenazahnya terpaksa dimalamkan dirumah.

Oleh kerana rumah kami agak jauh, emak bercadang untuk tidur disana saja. Berat hati aku sebenarnya tapi untuk membantah tak berani. Ramai juga sanak saudara turut bermalam disitu.

Masih ku ingat, dalam pukul 11 malam tu, aku dan adik adik serta sepupu sepapat sedang berehat di tengah ruang rumah. Aku berbaring menghadap lorong yg menghubungi ruang tengah dan bahagian belakang rumah.

Aku memang dah mengantuk tapi macam ada yang tak kena. Pusing kiri, pusing kanan, badan rasa panas semacam. Yang lain ada yang sudah tidur dan ada juga yang masih berjaga.

Tiba tiba dalam keadaanku yang terkebil kebil tu, aku menangkap pergerakkan pintu bilik yang berada di hujung lorong terbuka perlahan-lahan. Seolah-olah dibuka secara berhati hati oleh ‘seseorang’ dari dalam. Aku terus memerhatikan.Antara rasa ingin tahu dan takut takut.

Aku mula ingat cerita makcik Nuriah. Aku terkaku. Suasana tiba tiba menyeramkan. Jantungku berdegup laju. Pintu bilik tersebut memang telah dibuka dari dalam.Entah kenapa aku tak mampu menoleh ke arah lain apalagi memanggil adik adikku yang cuma setapak dua dari tempatku. Pandanganku seperti dipaku untuk terus menonton aksi seterusnya.

Darahku berderau!

Tiba-tiba menjulur keluar kepala dengan rambutnya yang panjang dari celah pintu bilik misteri itu. Inikah ‘perempuan’ yang makcik Nuriah maksudkan? Tapi aku cuma nampak kepala saja. Tubuhnya seolah terlindung disebalik pintu.

Kepala perempuan tersebut seolah mencari sesuatu dan lehernya…..ter sangaaaat panjang!

Gila!kenapa aku yang mesti nampak benda ni?! Aku seolah dipaksa untuk terus melihat semua itu. Dalam hati, aku hanya mampu berharap ‘perempuan’ tu tak nampak aku.

Entah kenapa aku tak berdaya untuk menutup mata sekalipun.Aku seperti dipukau. Waktu seolah terhenti. Satu bunyi pun aku tak dengar.

Dalam remang remang lampu lorong, aku nampak wajah perempuan itu.

Pucat!

Sangat pucat!

Dia kelihatan sayu. Serentak itu aku terdengar bunyi isak tangis yang amat menghibakan. Perempuan itu menangis! Tangisannya seperti desiran halus tapi memanjang dan menyeramkan.

‘Perempuan’ tu terus meratap hiba sambil menggelengkan kepalanya kekiri dan kekanan.

Semua surah aku lupa. Tiada satu ayat pun aku ingat.

Otakku masih gagal untuk menerima apa yang ku nampak saat itu. Aku takut.Sangat sangat takut.

Tak lama, perempuan tersebut meng’undur’kan kepalanya ke dalam. Pintu lalu tertutup.

Selepas itu, barulah aku dapat bergerak.

kejadian tersebut terjadi dalam beberapa saat saja tapi terasa begitu menyiksakan.

Demi saja tersedar, aku terus berlari ke ruang depan dimana orang orang dewasa masih berjaga. Terasa seluruh tubuh ku bergetar. Aku terus menerpa emak yang masih rancak berbual dengan makcik aku yg lain. Semua orang memandang hairan tapi emak lekas lekas memberi isyarat supaya aku duduk di sampingnya.

“Mari sini Bayah”

Hendak menangis tapi aku tahan. Aku terus memeluk emak erat erat.

“Dah ..bawa tidur, baca Bismillah nak”

Akhirnya aku tertidur juga di samping emak. Emak sempat menangkap riak wajahku yang ketakutan tapi dia cuba buat buat tenang. Aku tahu emak tak mahu orang lain takut. Aku tahu emak tahu apa yang aku alami. Bagaimana emak tahu pun aku tak pernah tanya.

Kejadian tersebut ku rahsiakan saja kerana aku antara percaya atau tidak. Macam mimpi tapi aku belum tidur.


Selepas meninggalnya orang tua tu, emak ada cerita yang makcik Nuriah dan yang lain selalu diganggu. Macam macam gangguan yang di alami hingga makcik dan adik beradik lain rasa tak pernah aman dalam rumah tu. Selain dari bunyi tangisan, bunyi orang menyeret dan menghempas perabot sering terdengar. Ada juga perawat yang di jemput tapi gangguan tetap ada.

Bilik misteri arwah bapa mereka juga sudah dibersihkan. Segala benda dalam bilik tu mereka buang dan bakar tapi tetap tak ada perubahan.

Tangisan tersebut masih kedengaran hinggalah rumah tersebut diroboh dan tanah tersebut dibeli kerajaan untuk projek membesarkan highway.

Sampai hari ni aku pun tak tahu apakah rahsia antara arwah bapa mereka dan perempuan berleher panjang dalam bilik tu. Yang pasti,ia bukanlah manusia. Emak pun tak pernah ingin bercerita lebih lanjut tentang kejadian tersebut.

“Saka ke mak? Atau arwah kawin dengan bunian?” Tanyaku pada suatu hari, memancing emak bercerita tentang hal yang terjadi puluhan tahun. Manatau emak sudah tahu cerita sebenarnya.

Tetapi emak hanya memandang aku sambil tersenyum kelat.

“Mak tak tau nak sebut apa sebenar benda tu tapi ….sekarang pakcik Ishak kau pula sakit, sama seperti arwah bapa dia dulu, isteri dia kata….pakcik Ishak kau asyik bercakap sorang dan suka memerap dalam bilik stor dirumah mereka”

Aku cuba mampu ternganga.

Sampai kini, banyak ‘persoalan’ yang tak terjawab. Makcik Nuriah pun dan jarang kami jumpa. Kami hanya mampu berharap pada Allah sebagai pelindung. Dia yang berhak di takuti.

Thank you for reading.

Salam dari Borneo.

Hud

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

15 thoughts on “Bilik Rahsia”

  1. Hai Hud. Terima kasih kerana berkongsi. Ingatkan orang Kota Singa tadi tapi kalau Borneo mesti Brunei atau Indonesia kan?

    Memang penuh misteri betul cerita ni. Kesian pakcik Ishak dan isteri :-/ mudah2an dapat dirawat.

    Reply
  2. Bilik rahsia? Boleh saya tahu siapa penulis ni… sebab saya nak ingin tahu dia org mna? Msa kecik2 dulu dekat rumah nenek saya belah bapak… maklum la.. rumah dulu2 org borneo, dlm rumah nenek saya ni ada dnamakn dapur lama… dapur tu dari lantai smpi dia punya counter top tu dbuat dari batu… tempat tu lama tak pakai… mak ckp jgn main dekat sna tapi msa kecik2 saya nampak.. ramai org lelaki duk kat sna… hanya pki seluar pendek.. je.. tapi yg pelik nya saya je yg nampak.. yg pelik lagi pekara ni saya ingat smpi sekarang… tak leh lupa dan yg menghairankn lagi msa tu saya masih beumur 2-3tahun mcm tu boleh ingat dengan benda mcm ni…

    Reply
  3. bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum, maaf yer tuan penulis sebelumnya. sebab sy x boleh abaikan ayat tuan yang ni,

    ”Lalu aku teringat akan kata orang tua, bila seseorang dalam sakratulmaut, dia akan di datangi roh keluarga rapat dengan si pesakit yang sudah meninggal dunia. Roh roh itu akan menjelma di depan mata pesakit dan mengajak untuk mengikut mereka. Jika di ikut, ertinya, pesakit akan pergi buat selama-lamanya. Mungkin kah masa beliau sudah hampir? Mungkin kah si sakit melihat roh arwah isterinya yang sudah tiada? Wallahualam. Ini cuma kepercayaan orang dulu dulu.”

    xder roh org m**i tuan, yang tu adalah rombongan iblis dan syaitan. saat seorg manusia itu m**i, maka terputuslah hubungannya dgn dunia dan isinya kecuali tiga perkara. dan roh xkan pernah kembali melainkan tipu daya syaitan.

    Tipu daya syaitan yang terakhir

    Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat…”

    Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik air mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu. Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.

    Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut”.

    Rombongan Satu

    Datang Iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain serta makanan dan minuman yang
    lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh. Inlah yang dikatakan m**i lalai dan lupa kepada Allah SWT. Inilah jenis m**i fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.

    Rombongan Dua

    Datang Iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai m**i lalai dan m**i dalam keadaan lupa kepada Allah SWT. Matinya sebagai fasik dan munafik dan ke nerakalah tempatnya.

    Rombongan Tiga

    Datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak m**i itu. Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia m**i, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya adalah m**i fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

    Rombongan Empat

    Datang Iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan m**i itu, seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah dia sebagai m**i fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.

    Rombongan Lima

    Datang Iblis menyerupai sanak-saudara orang yang hendak m**i itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang yang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh Iblis yang menyerupai si ayah dan ibu. Berkata dia dengan merayu, “Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai lalu matilah dia dalam keadaan kafir kekal ia di dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.

    Rombongan Enam

    Datang Iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata ia, “Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu. “Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datang pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata, “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu m**i dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” “Berkata orang dalam sakaratul maut itu,” Aku tidak tahu. “Ulama Iblis kemudian berkata, “Ketahuilah aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami. ”

    Ketika orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan Iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut). Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu, “Bagaimanakah zat Allah?” Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkatalah ulama palsu, “Tunggu, sebentar lagi dinding tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna-warni itu, orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkatalah Iblis, “Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah.”

    Berkata orang dalam sakaratul maut, “Wahai guruku, bukankah itu benda benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kiri dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaanya dari yang diketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini.” Dalam keraguan itu Malaikat maut datang terus mencabut nyawanya maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.

    Rombongan Tujuh

    Rombongan Iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala lagi satu masuk neraka kerana sesat.
    Ketahuilah bahawa Iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendakl ah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin “Laa ilaahaillallah” untuk menyelamatkannya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud, “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang m**i itu “Laa ilaahaillallah.”

    retrieve from:
    http://sekadarfikrah.blogspot.com/2012/11/tipu-daya-syaitan-menjelang-ajal-tiba.html

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.