BILIK RESERVE untuk “MEREKA”

Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca setia sekalian. Terima kasih Team FS kerana masih sudi menyiarkan kisah yang saya hendak kongsikan dengan anda. Semoga kita semua di bawah lindungan serta keberkatanNya dan tidak mengalami kejadian sedemikian rupa.Terjadi pada tahun sekitar 2010,begini kisahnya ketika saya masih dalam top management di sana..

Ini sambungan kisah no2 https://fiksyenshasha.com/seram-resort-di-langkawi-1/

Resort ini ada 100++ bilik dan hanya ada beberapa puluh bilik sahaja yang boleh dihuni oleh manusia.Yang lain sama ada rosak dan berpuaka seperti kata orang lama disitu.Ramai Ustaz dan perawat dah dipanggil untuk memulihkan bilik-bilik yang berpuaka namun masih kebuntuan. Akhirnya pihak management bersetuju untuk tempatkan makhluk ghaib ni ke dalam beberapa bilik khas dan tiada seorang manusia pun yang boleh menghuni di bilik itu mengikut perjanjian Ustaz dan makhluk berkenaan.

Apabila saya dan seorang rakan ditugaskan menjalankan operasi di resort berkenaan, kami pun kurang percaya akan perjanjian Ustaz berkenaan. Oleh kerana ingin mengejar keuntungan dan komisen jual bilik, makan saya dan rakan kerahkan pasukan house keeping untuk bersihkan bilik-bilik puaka untuk dijual. Ramai yang membantah namun atas desakan dan nafsu duit dan pangkat, kami berdua meneruskan plan juga.

Seramai 8 orang ditugaskan dlam operasi pembersihan, semua berjalan lancar namun selepas waktu zuhur gangguan mula menjelma. Ada pekerja yang dikacau seperti pili air terbuka sendiri, katil yang dah dikemas akan bersepah balik. Paling teruk gambar yang tergantung di dinding bilik bergerak sendiri merenung pekerja. Ramai yang lari lintang pukang tak nak sambung kerja sebab ketakutan. Saya dan rakan Ejat yang konon-kononya tak percaya sangat mengorak langkah. Ejat cakap dia ada Silat Rajawali Putih dan tak takut dengan hantu puaka ni.Jadi berbekalkan nafsu dan semangat nak kaut keuntungan, kami pun pergi lihat sendir gangguan berkenaan berdua sahaja.

Dengan angkuh kami masuk ke bilik yang ada gangguan dan mencabar munculkan diri dan tunjukkan kehebatan pada makhluk puaka tu. Tiba bau yang sangat busuk dan wangi muncul serentak. Padahal kami di Honeymoon Suite di tingkat 3 yang jauh dari pokok bunga di tingkat bawah. Saya dan Ejat saling berpandangan tergamam.Gambar yang tergantung di dinding sebelah kami bergoyang dan jatuh dengan sendiri. Kami terus berundur perlahan-lahan, cabut master suis dan keluar dari bilik. Berpeluh-peluh dibuatnya, lalu kami membatalkan operasi nak jual bilik-bilik puaka tu.

Malam menjelang dan gangguan tak habis disitu,malam tu saya dan Ejat dah bersiap nak tidur. Sewaktu saya tidur, saya terbangun tengah malam dan saya bukan berada dibilik. Tapi saya di tengah-tengah rimbunan pokok buluh di luar bilik. Keadaan gelap berlampukan cahaya bulan saja. Dengan sama-samar saya nampak belakang pokok buluh ada susuk-susuk yang aneh. Time ni apa ayat semua dah tak ingat, tunggang-langgang sebab kaget. Saya diamkan diri dan tutup mata, bermacam suara yang didengari, ketawa budak-budak dan perempuan. Bahu di tepuk dan rambut di belai.Saya tak buka mata tengok sebab cuak sangat.Selama lebih kurang 20 minit saya dalam keadaan mcm tu, bila saya buka mata semula baru saya berada didalam bilik tapi masih gelap. Tiba-tiba daun pintu yang tebaldan fire resistant diketuk dengan sangat kuat sekali. SAya bangun dan on lampu bilik, Ejat masih lagi lena dibuai mimpi. Bila saya lihat di lubang jenguk pintu tu,tiada siapa didepan pintu, namun pintu masih lagi diketuk. Hilaian halus suara wanita ketawa sangat jelas di telinga saya. Makin cuak dan takut, saya kejutkan Ejat namun dia tak gerak-gerak. Saya panik, lantas saya ambil keputusan untuk duduk di tengah bilik, pejamkan mata dna mula menyusun atur nafas dan akal. Saya mula tenangkan diri dan ingat kembali ayat-ayat yang boleh dibaca untuk hadapi gangguan. Gerakan champua dibuka sambil kalimah-kalimah suci di baca memohon perlindungan.Turun naik nafas saya dan keringat peluh berjujuran membasahi badan.

Saya tepuk lantai 3 kali dengan kalimah La ila haillAllah dan buka mata. Saya lihat Ejat sudah berdiri di depan pintu bilik sambil merenung saya. Hilaian ketawa tadi dah hilang dan saya pun bangun jalan ke arah Ejat.

Ejat pun ceritakan apa yang berlaku..Dia pun dengar ketukan pintu bilik dan cuba kejutkan saya namun saya hanya duduk atas katil dan pandang ke pintu bila saya dah bangun. Ejat berkali-kali menjerit di telinga saya untuk sedarkan saya namun tidak berhasil. Saya pula cakap bila saya kejutkan Ejat dia memang tak bangun langsung. Ejat pula nampak seorang budak sedang duduk di atas lantai tempat saya duduk tadi. Tapi budak itu bercakap dalam bahasa siam, walhal itu saya yang sedang membaca kalimah-kalimah suci untuk melawan gangguan. Ejat cakap dia cuba membuka gerakan Silat Rajawali Putih bila nak berdepan dengan susuk budak kecil itu namun tidak berdaya. Silat entah kemana sebab budak kecil yang dia nampak tu siap cakap silat dia xde power langsung.

Malam itu kami tak boleh tidur sampai ke subuh, masing-masing penat dan cuak. 3 hari lepas kejadian itu, Ejat terus berhenti kerja dan balik ke ibu kota. Tinggallah saya seorang diri selama hampir 8 bulan bekerja disana. Bermacam gangguan saya alami hampir setiap minggu. Inshaa Allah akan saya kongsikan lagi kisah selanjutnya.

Sekian,
Wassalamualaikum wbt.

13 thoughts on “BILIK RESERVE untuk “MEREKA””

    • *mencabar…..

      Lagi satu, imbuhan ‘di’ untuk membentuk kata kerja mestilah dirapatkan. Contoh ‘dicabar’.
      Tetapi untuk kata sendi nama ‘di’ yang digunakan untuk tempat/arah mestilah dijarakkan. Contoh ‘di syurga’.

      Saja kongsi ilmu sikit..

      Reply
  1. Pernah seorg ni bagitaw sy,kt langkawi tu byk pontianak..betul ke?hehehe

    Tapi benda2 ghaib ni mmg kita xleh terlalu berani,tp xleh terlalu takut juga kan..mujur ler benda tu x campak syed ke dlm sungai kaa,laut kaa..hehe~

    Reply
    • idok la teman taw bnayak ponti ke dok..tapi langkawin memang terkenal dengan santau2 dari Satun,thailand diantara mereka..orang sana ramai yang menuntut..staff saya kena sampai muntah darah before naik ferry….wallahua’lam

      Reply
  2. Psstt..dulu kalau tak salah ada dengar artis gaduh dgn guru@jurulatih silat kt sana..kalau tau citer la..tp takyah la citer nama artis tu

    Reply
    • yg gaduh tu bukan di hotel ni tapi yang lain..gagud2 ni saya x tahu sebab x campur dalam line tu…kena tanya pada ahlinya saja..

      Reply
  3. Line situ jgk ada mmber kena game..org luar mai keja tp buat pala jd romeo last kena kepung geng sana sbb bwk keluaq bdk pmpn tu..hp,duit dlm bank smua kena paw..sbulan jgk jd mcm org bodo tak igt apa jd..last bdk keja skali bg duit tambang balik..sampai kt rumah baru dia ingat kena paw

    Reply

Leave a Comment