Jadi Perhatian MAKHLUK HALUS

Okay Hi and Assalamualaikum. Aku memang peminat setia FS sebab kebanyakan story seram yang aku baca semua boleh buatkan aku ‘meremang’.

Suatu hari tu kami satu family tidur di rumah cousin.Rumah cousin aku dekat kl dekat jugak la dengan highland tower. And rumah cousin aku ni memang keras jugak la tempat dia. Tapi apa yang aku nk bagitau dekat sini, dari kecik sampai ke besar aku tak pernah nampak jiran sebelah kanan rumah cousin aku ni. Yang belah kiri ni jiran dia rajin bertegur dengan ibu aku setiap kali kitaorang singgah tidur sana. Tapi yang belah kanan ni sepatah haram batang hidung pun tak pernah nampak.

That time tidur rumah cousin sebab abang sedara kahwin. Khemah depan rumah semua dah pasang. Jiran semua dah dijemput termasuk jiran belah kanan ni. Tapi tak pernah datang. Bila dh besar ni, kata Mak long jiran kanan ni memang tak suka dia dengan keluarga. Reason why? Keluarga Mak long terlalu happening dengan anak cucu cicit semua.

Dia punya dengki dengan keluarga Mak Long ni sampai hantar ‘benda’ time kenduri berlangsung tau tak. Sakitnya hati aku time tu. Husnuzon mungkin jiran kanan ni family dah berpecah, thats why dia sakit hati bila tengok kebahagiaan orang sebelah dia. Terkenang balik waktu kecik aku, adik beradik dan sedara mara semua suka main sorok² dan kejar² dekat luar rumah. Sumpah moment ni aku tak boleh lupa sampai sekarang.

*Main sorok²

“Along kau sembunyi la kat sana. Aku nak sembunyi kat sini (tepi mesin basuh)” arah aku.
“Alaa kau ni! Sama² laa nyorok sini. Kau masuk dalam mesin basuh ni, aku menyorok kat tepi nii” balas kakak aku.

Otak aku tengah brfungsi dengan sangat bagus waktu itu.
Time tu pulak memang nak dekat mahgrib, syaitan pun berjaya hasut aku untuk masuk dalam mesin tu. *kakak aku pun setan jugak. Ops!

Toktoktok! Kakak aku ketuk mesin basuh.
“Kenapa long? Tila dh jumpa kau ke” soal aku. Memang bodo waktu tu kakak aku boleh gelak macam cik ponti beb. Tapi aku bodoh waktu tu pergi join gelak sama.
“Kau duduk dalam ni jangan happy sangat, tapi selesa tak? Kalau selesa aku boleh kunci kau lama dalam ni” kata kakak aku. Actually, perbualan waktu tu panjang jugak but aku tak berapa ingat sebab dh lama kan. Cuma ayat gampang tu memang aku ingat sampai sekarang sebab sanggup kau nk kunci adik kau dalam mesin basuh.

Pukul 10 baru aku keluar dari mesin basuh and kena marah dengan Kak long sepupu sebab menyorok dalam tu. Aku tanya Kak long, kakak aku mana? Yang lain mana? Dah taknak main ke?

“Angah tau tak semua risau cari angah tak jumpa². Ingat lari pergi mana la. Nasib kak long terfikir nak check mesin basuh sebab rasa ada sesuatu kat dalam” kata Kak Long.

Aku terus berlari pergi ruang tamu. Aku nampak kakak aku and terus marah dia.
“Kau pahal tinggalkan aku sorang kat dalam tu. Bodoh lah kau! Aku taknak kawan dengan kau” ayat biasa la waktu kecik dulu sikit² taknak kawan.

Then cousin aku yang Atila ni pun jawab. “Angah menyorok kat mana. Semua cari tadi tak jumpa. Kita awal² dah jumpa kakak menyorok bawah kereta”

Habis yang punya lama teman borak dengan aku siapa kat tepi mesih basuh tu?

Tak tahu kenapa waktu tu macam kena pukau terus senyap terdiam and join diaorang tengok tv. Mak bapak and cousin lain tengah sibuk mengemas berhias semua. So apa yang jadi kat aku waktu tu dorang langsung tk tahu.

One day, umur aku dalam 13 something macam tu. Comeback laa tidur rumah cousin sebab Mak Long nak buat kenduri doa selamat and bacaan yaasin untuk arwah Pak Long. Masa itu aku kat dapur dengan ibu.

“Ibu kenapa diam je?” tegur aku.
“Tak tahu la rasa berat je kat tengkuk ni” jawab ibu dengan muka berkerut. Aku pandang muka sakit ibu lama. Makin lama aku pandang, makin aku nampak seolah ada bayang atau lebih tepat lembaga hitam besar terapung tinggi dekat belakang ibu aku. Aku tau sense aku tepat kali ni. Even dah berapa lama tak rasa kehadiran makhluk halus ni sbb last waktu kecik je ‘benda’ suka ikut aku. And now kebolehan tu datang balik and aku yakin sense aku tak salah.

Kak Long tetiba masuk dapur nak ambik air sejuk and terus tegur ibu. “Achik, kenapa bawah mata hitamm? Mata merah pekat pulak tu. Macam nak menangis mata achik. Achik sakit mata ke?” kak long jalan mendekati ibu. Kak Long sentuh bahu ibu. Ibu tetiba tunduk merengek. “heeeee sakit sangat ni ngah bahu ibu. Kenapa ni?” suara ibu macam orang nak menangis dah time tu.

Aku terus alihkan tangan Kak Long. Kak Long macam faham. Suami Kak long pun pandai berubat. Boleh dikatakan suami Kak Long ni kebal laa.
Aku pandang belakang ibu lama. Aku buat muka bengang nak marah. Aku jerkah waktu tu. “Kau usik mak aku!!! Aku bunuh kau!! Jangan sampai aku bakar kau!!! Kau faham tak?!!” aku hilang sabar. Mak Long, ayah, cousin yang dengar terus dari depan berdesup masuk dapur. Tetamu dah kecoh laa kat luar sebab terkejut dengar suara orang jerkah kat dapur.

“Siapa jerit long? Pahal ni? Semua dengar kat depan tu” Mak long bekerut tanya. Aku pula masih tak puas hati pandang lembaga kat belakang mak aku. Siapa tak marah beb? Aku tengah elok makan roti jala dengan mak aku kat dapur. Sikit pun tak kacuk makhluk gampang ni, tetiba pulak macam hanat pergi bertenggek kat bahu mak aku. Waktu kecik dulu kalau nama bapak kena ejek memang separuh mati budak tu aku kerja kan. Inikan pulak makhluk halus ni.

Dipendekkan lagi cerita, Ibu aku dibawa masuk ke dalam bilik maklong untuk berehat. Kalau nak diikut kan mak aku sepatutnya dh kena rasuk. Tapi benda tu tak berani nak masuk habis dalam badan mak aku sebab aku ada dekat dengan mak aku. ‘kenapa benda tu nak takut dengan kau pulak?’ Okay jawapan dia sebab ada ‘hamba Allah’ ni anak kepada kawan ayah pernah tegur. Dia lelaki umur dalam 23 time tu. Pernah berborak dengan ayah and that time aku nak dekat maghrib baru balik rumah sebab main futsal. Aku tak tau apa² terus mandi solat makan semua. And anak kawan ayah ni tetiba tegur. “Anak pakcik ni umur berapa? Nampak berani and lasak ya?” tanya dia pada ayah aku tetapi mata pandang ke arah aku.

“Ha’ah yang ni anak no 2 memang lasak sikit. Terlebih berani jugak dia ni. Bagi laa binatang ular ke apa ke. Dia berani sentuh. Eh angah 12 tahun kan nak ambik upsr?” eh bapak aku ni pun boleh pula lupa umur anak sendiri. Ayah baru ada 3 orang anak dah lupa umur angah. Memang nak kena silat ayah ni.

“Ouh baru 12 rupanya. Goodluck Upsr nanti. Belajar rajin². Tapi pakcik, saya nak pesan sikit. Anak perempuan ni jangan bagi dia terlalu berani sangat. Si angah ni saya tengok macam ada sesuatu kat diri dia yang boleh buat orang tertarik tanpa sedar. Kalau dah orang pun tertarik, Makhluk halus apatah lagi?” ayat akhir lelaki ni memang buat aku tertanya waktu tu. That time ayah memang faham la apa yang abang tu cuba sampai kan. Sebab kawan ayah pernah bagitau yang anak lelaki dia ni ada kelebihan bercakap dengan jin jika perlu dan pada waktu tertentu.

Okay sambung, tetiba ada suara kena rasuk kat luar.

Aku bergegas keluar dari bilik semua tetamu semua dah kecoh. Waktu aku jerkah kat dapur, tetamu masih dapat dikawal. But now, bila sorang dah kena macam histeria kat ruang tamu pulak tu, memang kecoh habis la. Ustaz yang tolong baca yaasin untuk kenduri arwah pun tak dapat nak kawal benda tu. Actually, yang kena rasuk tu anak Kak Long rupanya.

“Heeeee hihihihi. Aku bunuh kaurang semua. Ida mana ida? Imah mana imah? Awin mana awin?” kalau boleh semua nama keluarga maklong ‘benda’ tu nak sebut. Kesian pulak aku tengok anak Kak Long ni. Makhluk tu dah kawal badan dia sampai tudung pun tercabut. Rambut memang dah serabai mengerbang macam orang gila.

“Keluarga kau takkan selamat. Aku dah buang najis aku atas semua lauk yang kau hidang” . Boleh pulak dia bagi kantoi kesalahan dia. Maknanya semua makanan yang tetamu dan makan, bercampur dengan najis makhluk tu sekali. Allahu Akhbar! Semua istighfar time tu.

Aku keluar berhadapan dengan dia. Terus dia sergah aku. “Kau dengan aku kawan. Kenapa kau tak tolong aku. Kita kawan kan? Heeee hiihihihi” eh mengilai pulak dia. Then aku marah la time tu siap carut lagi. “Eh bodo! Sejak bila aku jadi kawan kau? Satu keluarga tak jemput pun kau sebagai tetamu untuk majlis ni! Tapi asal kau kacau keluarga ni?”. But trust me! Kau ustaz atau imam masjid sekali pun, kalau kau takde ilmu tinggi bab berhadapan dengan makhlus halus ni, sumpah malu beb. Kau baca la ayat pun, makhluk spesis ni memang takkan keluar.

Insiden ni tamat lepas suami Kak Long terpaksa datang. Yelah, suami outstation tetiba pulak Kak Long bagitau anak kena rasuk, memang terpaksa racingg la kat jalan raya nak jumpa anak. Macam yang aku dah bagitau awal tadi. Suami Kak Long ni memang kebal. Dia orang kelantan tinggi juga ilmu yang dia belajar bab ni. Dia komunikasi dengan benda tu.

“Kenapa kacau keluarga aku? Kenapa kacau anak aku? Kalau nak berkawan, berkawan dengan spesis kau. Kau kafir jangan cuba masuk dalam keluarga islam kami. Kami takkan termakan dengan hasutan sesat kau” dengan tegas laa dia cakap pada benda tu. Muka anak dia dah tak serupa anak dah. Dengan rambut terurai, muka dah gelap, suara pulau garau. Then, suami Kak Long pun selesai kan semua sekali termasuk mak aku.

Ustaz pun kagum jugak la dengan menantu Mak Long ni. Untung Kak Long dapat suami macam ni. Kan? Lepas insiden tu, kebolehan aku makin kerap terasa. Bila balik dari pasar malam, mesti akan ada benda ikut. Tapi keluarga aku tak penah tahu! Yang ni serius! Keluarga aku tahu yang aku ada sense, tapi kalau ada sesuatu terjadi like ‘benda’ ikut aku balik atau kedai makan ada pelaris and what ever la. Aku takkan bagitau parents. Aku just diam or ajak diaorang bla dari tempat tu. And dorang kalau faham, just follow jela. And now aku tengah sambung study. Doakan kehidupan aku berjalan lancar. Penat asyik hadap makhluk halus je kat kampus.

Sekian, Assalamualaikum

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syera
Jadi Perhatian MAKHLUK HALUS
8.9 (88.94%) 132 votes

22 comments

  1. Mcm eksen btl cara ko cerita ni.. Apapun.. Aku rasa itu bkn kebolehan, ada kaitan dgn gangguan jin. Pergilah cari org bijak pandai utk berubat.

    1. Terima kasih…ko dah sampaikan apa yang aku nak komen …komen aku admin tak approved…tak sanggup admin nak bagi direct…hahaha…

  2. Kau p lah berubat tengok2 kalau kalau dalam badan kau ada apa2. Melainkan kau ni wali atau ahli ibadat, selalunya yang boleh nampak dan rasa ni sebab dia sendiri pun dah ada lubang sampai benda lain boleh access badan atau mata kau. Kau kata masa kecik selalu ada benda ikut kan, kena tutup balik lubang2 tu, kena pasang dinding balik.

    1. along tu kakak penulis
      kak long pulak anak sulong mak long dia merangkap sepupu dia.
      achik tu panggilan kak long kepada mak dia sebagai ganti diri makcik.

    1. nama dia syera terbukti dia perempuan.
      dan anak kepada kawan bapak dia ada mention “anak perempuan jgn dibiarkan berani sangat”

    1. komen sekarang kena tapis…admin tak lepas dah komen jujur, direct, straight to the point balas balik apa writer tulis…kena baca sampai termuntah dulu baru tau cerita macam mana yang admin hidangkan…nasib la, dapat admin hati tisu…

      1. Komen ditapis sebab makin bercambah komen lucah,unsur perkauman dan agama yang melampau.

        Bukan sebab admin tak terima komen jujur.

        1. Noted admin…

          Tapisan komen lucah, seksis, rasis dan menghina agama sangat disokong…

          Mohon disiarkan komen yang tiada dalam tapisan di atas…

          Readers membaca apa writer tulis, writer juga patut tau apa readers nak cakap…

          Tqvm admin…

  3. Berpinar mata hakak dik baca cite poyo syok sendiri kau ni.. mahap la.. mintak tlg sebelum tulis bg parents kau baca seround dua. Kalau meke sawan, mohon revise story atau sila simpan dlm frame utk anak cucu sendiri. Sekian.. nasihat ikhlas hakak..

  4. kedai mane yang pakai pelaris tue? cer bagi info. bukan apelaa, kalau bole nak elakkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.