Bisikan-Bisikan Jahat

Assalamualikum dan salam 1 Malaysia buat semua pembaca2 FS. Bertemu kembali bersama Ato. Terima kasih FS jika menyiarkan kisah kawan saya ini… Dalam kisah ni, saya akan menggunakan kata ganti nama sebagai ‘aku’ untk mewakili kawan saya.

Kisah ini telah diceritakan oleh sorang kawan kepada aku… Jom kita ikuti kisah kawan aku. Aku di dalam kisah tersebut adalah ‘kawan’ saya.

Di bawah ni adalah kisah yang dia ceritakan….

Aku bekerja di sebuah kilang di Kota Kinabalu Sabah. Tempat aku rahsiakan. Aku masuk kerja jam 8.30 pagi dan akan balik pada jam 5.30 petang setiap hari kecuali hari ahad aku berehat. Aku bekerja di kilang berkenaan sekitar 2 minggu sahaja sebelum aku berhenti kerja.

Aku sebenarnya tidak berapa sihat kerana sering mendapat bisikan-bisikan jahat semenjak dari kampung lagi. Pelbagai usaha berubat dah dicuba namun bisikan-bisikan jahat tetap tidak hilang. Namun aku perku kerja untuk menampung perbelanjaan harianku.

Bisikan-bisikan jahat yang aku maksudkan antaranya, menyuruh aku membenci seseorang, menjauhkan diri dari lelaki, bersalah sangka terhadap org lain, melarang aku terus berubat, mengugut membuat perkara tidak baik terhadap keluarga terdekatku dan macam-macam lagi.

Bisikan-bisikan ni memang jelas sekali kedengaran kerana pembisik dapat ku rasakan berada di dalam tubuh aku. Kadang-kadang aku tidak pedulikan bisikan tersebut. Makin dilayan, makin menjadi-jadi. Adakalanya aku seperti org gila yg berkata sendirian. Kalau hanya sekadar bisikan, aku masih mampu melawannya tetapi, bisikan-bisingkan ini selalu menjelma dalam bentuk manusia dan kekadang dlm bentuk makhluk yang hodoh.

Kadang-kadang bisikan pandai juga berehat 2 3 hari. Agaknya dia penat nak ganggu kot. Keadaan aku ni kekadang membuatkan aku mengasingkan diri dari orang lain kecuali semasa bisikan sedang berehat.

Pada satu malam, sedang aku memasak di dapur, tiba-tiba aku dibisikkan supaya mengambil pisau dan tika aku sendiri. Aku tidak hiraukan dan terus memasak. Bisikan marah dan suara bisikan menjadi garau. Aku tetap tidak layan. Namun selepas itu, aku bergelut dengan diri aku sendiri.

Tangan kiri aku mula mencapai pisau namun aku kuatkan tenaga dan menggunakan tangan kanan untk menghalang. Badan aku menggeletar. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, aku tutup api masakan, kemudian bergegas masuk ke bilik. Di dalam bilik, aku marah pada bisikan. Namun bisikan melawan kemudian mengugut akan mengganggu adikku.

Lepas tu bisikan hilang. Aku kembali ke dapur dan meneruskan masakan yang tergendala tadi. Selepas masak, aku makan dan kemudian masuk tidur. Semasa baring sebelum terlelap, aku membuka wasap dan melayan wasap-wasap grup. Tidak lama kemudian, satu bisikan lagi timbul. “Jangan layan-layan lelaki sebelum aku ganggu adik beradik kau yang lain” Nampak gayanya, pembisik cemburu. Dia risau kot kalau2 aku sukakan lelaki. Aku tutup wasap kemudian paksa diri untuk lelap.

Pembisik yang aku kenalpasti ada 2. Satu Pembisik perempuan dan 1 lagi pembisIk lelaki. Kedua-dua suara Pembisik ni pun aku kenal iatu 2 2 orang kampung aku. Pembisik perempuan ini lah yang selalu pengaruhi aku untuk buat perkara2 yang tidak baik. Manakala pembisik lelaki pula selalu meminta aku menjauhkan lelaki dan kadang-kadang melarang aku keluar dari rumah.

Aku pernah bertanya seorang perawat yang pernah merawat aku tentang 2 pembisik tersebut. Menurut perawat, itu hanya jin yang meniru suara seseorang dengan tujuan supaya aku bersangka buruk terhadap 2 orang tersebut dan orang-orang di sekitarku.. Perawat mengatakan bahawa sebenarnya ada banyak jin yang ada pada aku. Antaranya saka keluarga dan yang lain2 tu jin pemberian dari mak saudara dan pak saudara. Seingat aku, mak saudara pernah berikan aku sesuatu berbentuk ghaib dgn memasukkannya dari tangan ku. Katanya untuk pendinding diri. Bapa saudara pulak memberikan aku satu botol minyak. Katanya pendinding diri dan boleh digunakan untk merawat gigitan binatang berbisa dan sakit-sakit ringan.

Pada satu petang, selepas dari kerja, aku duduk d satu taman melayan perasaan rindukan kampung. Tidak lama selepas tu, aku terdengar ada orang memanggil aku. “Man… Man”. Aku paling kiri kanan namun tiada siapa yg aku syak memanggil aku. “Man…. ke mari”. Suara dari arah semak d tepi kanan aku. Aku kemudian pergi ke arah suara. Tapi tiada siapa di tempat suara tersebut. Aku patah balik. Namun suara memanggil aku semula.

Aku terus ikut arah suara tersebut. Bila samoai tempat suara, panggilan pulak berubah tempat. Aku terus ikut dan ikut arah panggilan. Tanpa aku sedari, aku telah berjalan jauh. Aku pun istighfar dan berpatah balik. Suara memanggil aku namun aku tidak hiraukan. Aku terus berjalan dan kemudia terus ke perhentian bas untk pulang rumah. Siapakah sebenarnya yg memanggil aku. Adakah manusia atau makhluk alam lain. Wallahu’alam.

Selepas peristiwa petang tu, aku mulai demam. Badan panas dan sakit kepala. Mana lagi ditambah dgn bisikan-bisikan yang tidak putus-putus. Aku tidak dapat kerja kerana keadaan aku semakin teruk. Setelah 3 hari tidak dpt kerja, aku bercadang untuk berhenti kerja. Aku pesan dgn kawan untk mengambil gajiku dan gunakan untuk membayar sewa bilik.

Aku balik ke kampung setelah demamku beransur pulih. Aku ingin terus berubat dan tunggu sihat sepenuhnya barulah kembali semula mencari kerja. Semasa di kampung, aku ke hulu ke hilir mencari perawat. Aku tidak pernah kenal erti putus asa. Keluarga aku juga sangat susah hati melihat keadaan kesihatan aku.

Aku kemudiannya terjumpa satu perawat di sebuah perumahan di satu daerah yang agak jauh juga perjalanan sekitar 3 jam. Mulanya aku ulang alik seminggu 2 3 kali untuk berubat. Oleh kerana aku terpaksa berubat selama 21 kali, maka aku telah menyewa bilik di sekitar kawasan perawat bagi memudahkan aku menjalani rawatan. Abang aku pula meminjamkan aku kereta Nazanya bagi memudahkan pergerakanku. Kekadang, keluarga aju melawat aku pada hujung minggu.

syukur alhamdulillah, aku sudah mulai pulih. Bisikan2 masih ada cuma semakin kurang dan ku rasakan sepertinya jin yg ada dalam badanku semakin lemah. Baru ku tahu dan sedar, bahawa membuang saka tidaklah semudah yang org sangkakan. Proses membuang jin saka ini lah yang sebenarnya mengambil masa yang lama dan perlu mengamalkan beberapa ayat-ayat al-Quran bagi membantu proses rawatan berjalan lancar. Disamping itu juga, perlu menghindari pantang larang yang diberikan terutamanya berkaitan dengan makanan.

Selama dalam perawatan, mujurlah adik beradik membantu menampung kos-kos bilik dan makan minum. Kalau bukan kerana keluarga, mungkin saya tidak mampu menampung kos sara hidup semasa menjalani rawatan. Baru ku sedar betapa pentingnya hubungan baik dengan keluarga dalam kehidupan dan betapa pentingnya sikap tolong menolong bagi meringankan beban keluarga yang mengalami kesusahan dan masalah. Wassalam.

Demikian kisah yang telah disampaikan oleh kawan kepada saya. Semoga Allah memberikan kawan saya kesembuhan sepenuhnya. Sekarang, kawan saya dah mula pandai bergaul dgn kawan-kawan lain dan mulai nampak ceria. . Yang baik semua dari Allah dan yang tidak baik semua dari kekurangan aku sendiri..

Sekian dan terima kasih…

Hantar kisah anda ke : https://fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Bisikan-Bisikan Jahat”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.