Bisikan Halus

BISIKAN HALUS

Pengalaman : Ahli Khilaf

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan peminat Fiksyen Shasha. Terima kasih untuk admin Fiksyen Shasha sekiranya kisah aku dikongsikan. Korang boleh panggil aku “Zal”. Nama penuh aku rahsiakan. Ini kisah kedua yang aku kongsikan dalam fiksyen shasha. Kisah pertama, tajuk “Merangkak dari dapur”. Boleh check untuk post sebelum ni. Sebelum apa-apa, aku cuma nak beritahu yg aku takde apa-apa kelebihan dalam bab-bab mistik ni. Hanya pernah jadi salah seorang ‘mangsa’ pada permainan sihir. Tapi dari setiap ujian, pasti ada hikmahnya. Dari pengalaman berharga tu, aku secara tak langsung ‘sedikit’ kenal dengan permainan alam satu lagi tu. Jadi, ada sahabat-sahabat yang mengalami masalah ba-bab makhluk lain ni, berkongsi atau mengadu dengan aku. Cerita di bawah salah satu pengalaman aku dan sahabat.

Terima panggilan dari seorang sahabat di malam hari.

“Assalamualaikum. zal, sihat ke?”

“Alhamdulillah, aku sihat. Ko sihat ke? ”

“Alhamdulillah sihat. Selamat hari raya bro, sorry lambat wish. ”

“Hahaha. takpe. Selamat hari raya jugak bro. aku pun tak ucapkan pada ko lagi”

“Ko ada mana?”

“Aku dekat rumah je bro. Tengah bersilat nak tidokan anak”

“Aku nak jumpa kejap boleh?”

Suara sahabat tu sayu. Aku dapat rasakan kelainan pada suara dia,seakan berat beban yang sedang dia tanggung.

“Ko ok ke? Boleh tu boleh tapi kena mai lepak rumah aku la. Nak lepak luar,anak aku dengan aku. Kita lepak dekat lobby. Nak jemput masuk, aku segan. Rumah macam tongkah pecah”

“Boleh-boleh, aku datang sekarang.”

“Ok ok.Kalau dah sampai nanti, kalau anak aku belum tido, ko tunggu kejap lah. aku kena bagi dia tido dulu. kalau tak sampai pagi berjaga dgn aku budak kecik tu.”

“orait bro. share location rumah ko, aku gerak terus.”

Lepas beberapa minit yang aku pun tak perasan,aku cuma dapat panggilan yang sahabat tu dah sampai. Aku bagitau no rumah aku. Aku yang sedang buat design dekat pc, jeling pada anak aku, dia dah menganga tido.
Aku cuma ajak dia jumpa depan pintu rumah aku je, sambil buka sikit pintu rumah. Takut budak tu terbangun, nangis cari aku.
Member aku sampai, kitorang bersalam. Aku suruh dia tunggu kejap, aku nak keluarkan kerusi.
Aku bawak 2 biji kerusi meja makan yang isteri aku belikan dulu. Thanks yang!

Sekali aku keluar, tengok member aku dah terduduk atas lantai,bersandar di dinding depan rumah aku. Dia duduk sambil lutut sebelah kanan naik ke atas, kepala dah letak atas kepala lutut tu.

“eh dah kenapa Si Hafiz (bukan nama sebenar) ni?” monolog dalaman aku.

Aku tak jadi keluarkan kerusi, aku duduk sebelah dia. Aku tepuk bahu dia. Aku tak cakap apa-apa, aku bagi dia ruang dan peluang untuk bercakap. Aku perasan badan dia mula tersengguk sengguk, dan aku dengar ada sedikit tangisan dari seorang lelaki.
Aku masih berdiam diri. Aku cuma tepuk-tepuk bahu dia, cuba memberi semangat pada seorang sahabat.
Selepas beberapa saat, dia bersuara.

“Zal, aku tak tau nak mula mcm mana. ”

dia bercakap sambil sedang cuba menahan tangisan.

“Ko tunggu kejap, aku masuk dalam”

Aku masuk dalam, ambik segelas air sejuk dari mesin air coway dalam rumah. Aku keluar dari rumah dan hulurkan pada dia.

“Minum dulu bro. Sorry bro, ada air kosong je.”

Aku betul-betul terlupa masa tu aku ada 100plus dalam peti ais. Dia dah balik baru aku teringat.
Dia mengangkat kepala dia, dia meneguk air tu dan letak gelas tu atas lantai.
Kurus dah member aku sorang ni. Muka dia cengkung, dengan eye bag tebal di bawah mata. Dulu asyik aku bahan dia, besar macam lori. Sekarang aku pulak yang macam gudang lori.

“Ko dah ready nak cerita pada aku, cerita lah. Aku sudi dengar. Mana aku mampu tolong, aku cuba tolong”

Dia menarik nafas panjang.

“Aku dah lebih seminggu tak balik rumah. Aku tak boleh balik rumah. Aku takut”
“Kenapa ko takut balik rumah?”

“Aku selalu terdengar bisikan”

“Bisikan apa bro?”

“Bisikan untuk tikam anak bini aku zal”

ALLAHUAKBAR.

Terkejut aku dengar.

“Apa yang bisikan tu cakap?”

“Aku selalu terdengar bisikan tu, suruh tikam anak bini aku. Bila anak bini aku tido, bisikan tu akan bisik untuk aku bangun dan kelar, tikam bini aku, tikam anak aku dalam buai.”

“Kadang-kadang bila aku ternampak benda tajam dalam rumah, lagi kuat bisikan tu. Aku sampai sorokkan pisau, gunting yg ada dalam rumah tu”

“Bila selalu ko dengar bisikan tu?”

“Bisikan tu akan start bila aku sampai rumah dari ofis. Selalunya lepas maghrib. Paling kuat bila dah tengah malam. Kadang-kadang aku sampai keluar rumah lepak kedai tomyam sampai ke pagi untuk lari dari bisikan tu. Aku takut aku terbuat apa bisikan tu suruh. Aku sayang anak bini aku Zal.”

“Siang ko ada dengar bisikan-bisikan tu ke?”

“Sebelum ni, siang aku dekat ofis, aku tak pernah dengar pun.”

“Cuma start minggu ni, siang je aku selalu terdengar bisikan tu suruh aku bunuh diri pulak. Masa aku bawak kereta, dia akan suruh aku pusingkan stereng kereta. Dia nak aku accident. Bila aku dapat lawan bisikan tu, dia akan maki aku. Ceka, boh, semua benda dia hamun aku. Kalau dekat ofis, bisikan tu suruh aku naik tingkat 3 dan terjun ke bawah.”

Sahabat tadi kembali meneguk air kosong coway yang sejuk tu.

“Pernah sekali aku dah naik ke tingkat 3 tu, dan nak terjun. Tapi nasib ada member aku nampak aku. Dia jerit. Aku terkejut. Kalau tak, arwah dah aku. Aku tak sedar apa yang aku buat”

Aku hanya mampu menghela nafas yang panjang.
Dari hujung mata, ternampak ada bayang-bayang hitam yang sedang bermain cak-cak disebalik tiang batu di lobby rumah aku tu. Bila pusing tengok, tak ada apa-apa yang aku nampak. Mungkin hanya mainan perasaan aku.

Masing-masing terdiam.

Selepas beberapa minit, aku bertanya

“Bini ko tau ke?”

“Bini aku tak tahu. Aku tak cerita pun.”

“Dia takde syak apa-apa ke?”

“Biasalah Zal, perempuan”

“Maaf aku bertanya, ko ada masalah lain ke? Masalah selain daripada ni. Yang menganggu fikiran ko?”

Dia hanya tertunduk.

“Ko rasa semua ni hanya mainan perasaan aku ke? Ko rasa aku ada sakit mental?” Suara Hafiz sedikit tinggi.

“Tak, bukan tu maksud aku. Aku hanya bertanya. Jangan salah anggap. Sorry bro”

Dia menghela nafas panjang.

“Memang aku ada problem dengan bini aku, di tambah dengan problem dekat office lagi. Aku serabut”

“Hmm, cuba ko cerita bila benda ni mula jadi?”

“Aku ada problem dengan bini, dekat office lagi. Satu hari tu, aku on the way balik rumah. Aku nampak ada accident. Aku turun daripada kereta, aku cuba bantu. Mungkin dah sampai ajal, lelaki cina tu meninggal di tempat kejadian. Bila semua benda selesai, aku balik ke rumah. Bila sampai ke rumah, aku penat sangat. Aku terbaring dan tertidur atas sofa, dekat ruang tamu. Aku terjaga dah tengah malam dan kepala aku sakit sangat. Aku bangun terus ke bilik mandi, nak mandi. Start dalam bilik mandi tu, aku terdengar ada suara memanggil manggil nama aku. Seram sejuk aku jadinya. Bermula dari situ, gangguan bisikan tu makin menjadi jadi.”
“Ko ada nampak apa-apa penampakan tak?”

“Ada tapi hanya kelibat-kelibat je”

“Ko dah pernah tanya pada siapa-siapa ke pasal kes ko ni?”

“Aku ada tanya officemate aku. Dia cakap badi mayat. Wujud ke badi mayat ni Zal?”

“Entah la bro, aku bukan pandai sangat. Yang aku tahu, bila dah mati atau meninggal terputus semua amalan. Kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak yang soleh”

“Habis ada cerita yang roh balik ke rumah, ketuk pintu rumah minta nasi semua tu?”

“ALLAHUALAM, aku tak tahu bro. Urusan roh ni hanya DIA yang lebih tahu. DIA hanya berkongsi sedikit pada kita daripada ilmuNYA”


“Mereka bertanya kepada engkau mengenai (persoalan) roh. Katakanlah: Roh itu adalah urusan Tuhanku, sedangkan kalian tidak diberi pengetahuan mengenainya kecuali sedikit.” (al-Isra: 85)

Ayat di atas ni, aku cuma kepilkan sekali. Aku tak bacakan pada hafiz pun. Cuma aku letakkan sebagai peringatan untuk aku dan sahabat yang membaca.


“Kebanyakan kes yang kononnya roh balik rumah semua tu, sebenarnya jin. Menyerupai orang yang meninggal tu, hanya untuk menganggu dan menyesatkan kaum kerabat keluarga. Bila dapat tahu dekat orang lain, akan timbul fitnah pada si mati. Katanya roh si mati balik rumah lah, roh mati bergentayangan la, roh si mati membela bagai.

Kan DIA dah bagitahu yang roh tu urusan DIA. Mana tau si mati dekat sana dah hidup selesa, tenggelam dalam kasih syg ALLAH. Kita dekat dunia dok mengata si mati pulak. Tapi tu yang kaum jin ni nak sangat, porak perandakan hubungan kita sesame manusia“Aku menambah.

Habis aku cakap ayat ni pada hafiz, ternampak lagi dari ekor mata kelibat-kelibat hitam yang tadinya tu main cak-cak sebalik tiang. Aku hampir pasti, ini bukan lagi mainan perasaan. Aku betulkan duduk aku, kebas gak punggung lama-lama duduk atas lantai simen ni.

“Zal, ko boleh tolong aku ke? Aku dah penat, letih hadap benda ni”

“Aku tak mampu nak tolong ko bab-bab ni, aku bukan ahli dalam bidang ni. Aku cuba call member baik aku kalau2 dia boleh tolong. Esok pagi aku try call dia ye”

“Thanks Zal, aku tak tau nak mintak tolong sape lagi.”

“Buat sementara ni, ko dekatkan diri pada DIA. Banyakkan amal ibadat. Sebab pendinding diri yang paling kuat ialah dari diri kita sendiri. Bila kita ikhlas jadi hamba, makhluk-makhluk tu pun takut pada kita. Aku cakap ni bukan bermaksud aku baik dan aku alim. Aku sendiri masih cuba jadi baik dan sedang kuat mencuba.”

“Aku 2,3 hari ni tak boleh dengar azan dan bacaan Quran. Badan aku jadi panas, aku tak selesa. Kadang-kadang rasa nak pitam. Aku dah 3 hari tak solat sebab bila aku nak mula solat je, aku akan berpeluh peluh dan badan aku menggeletar.”

“Hmm, parah dah ko ni. Malam ni ko tido mana? Kalau nak tido rumah aku, boleh je. Tapi, rumah bersepah sikit kalau ko tak kisah”

“Takpe bro, aku nak kena balik. Bini aku pun dah bising, aku pun ada barang aku nak kena ambik”

“Ko ok ke? Esok pagi aku call member aku, kita jumpa dia terus”

“Terima kasih banyak-banyak bro, aku OK. Harap-harap dapatlah kawan ko bantu aku”

“Biiznillah. Kita hanya ikhtiar, selebihnya kita serah pada DIA”

Selepas bersalam dengan Hafiz tadi, aku pun masuk ke rumah dan mengunci pintu. Badan aku rasa berbahang. Aku pergi ke tingkap bilik, tengok Hafiz sedang berjalan di taman bawah rumah aku menuju ke kereta dia. Rumah aku jenis apartment, jadi dia tak boleh nak parking dalam kawasan apartment selepas pukul 12am. Sedang kusyhuk tengok hafiz berjalan, aku ternampak ada kelibat hitam di sebalik tiang lampu. Hafiz baru berjalan melepasi dia, tapi aku pasti Hafiz pun tak sedar kehadiran lembaga tu. Aku dapat rasa, renungan tajam lembaga tu pada aku yang berada di tingkap ni.

“Lantak ko lah, baik aku tido”

Terus tak jadi sambung kerja, aku masuk toilet ambik wudhuk. Hanya sebagai salah satu ikhtiar pelindung diri dan mana tahu kalau malam ni malam terakhir aku hidup, biarlah aku ‘pergi’ dalam keadaan berwudhuk. Aku berbaring di sebelah anak.Aku tertido.

Pagi nya, aku terjaga dengar azan subuh dari handphone aku. Aku bangun, duduk sekejap atas katil. Lepas beberapa minit, aku bangun dan selesaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Kepala masih terngiang ngiang nasib yang menimpa Hafiz.

Dalam jam 6.30 pagi, aku whatsapp orang yang aku rasa mampu bantu Hafiz, kawan baik aku, Hamid.

“Salam bro. dah bangun ke?”

“Wsalam. Dah bro. Salam subuh”

“Salam subuh. Ko busy tak? Aku nak call kejap boleh?”

Handphone aku berdering, aku tengok screen nama “Hamid Darul XXXXX” naik. Kenapa aku save nama hamid macam tu, aku akan cuba kisahkan di lain cerita. Tu pun kalau panjang umur. Ni satu perangai hamid, bila cakap nak call dia, dia akan call aku dulu. Bila kata nak jumpa dia, dia akan datang jumpa aku dulu. Bila ajak dia lepak, dia akan usahakan untuk lepak di area perumahan aku. Dia akan cuba untuk elakkan aku bersusah payah call dia atau pergi lepak/jumpa dia.

“Assalamualaikum Zal”

“Waalaikumsalam”

“Apa cerita Zal:? Ko ok ke?”

“Hahaha. Kenapa ko tanya mcm tu? Suara aku macam tak ok ke?”

“Takdela macam tu. Subuh-subuh dah text aku, takut ada apa-apa pertolongan yang ko perlukan”

“Hahaha. Alhamdulillah. Aku baik-baik je”

Aku ceritakan pada hamid dari A sampai ke Z pasal hafiz. Hamid hanya mendiamkan diri. Aku sampai kena cakap “hello?” takut kalau-kalau takde line ke ape. Dia akan menyahut

“Hahaha. Ye ye, ada-ada, ko habiskan je cite ko”

Aku sampai rasa bercakap sorang-sorang pulak haha.

Habis aku bercerita, aku tanya pandangan dan pendapat hamid.

“Jadi, macam mana mid?”

“InsyaALLAH, kita ikhtiar je. Selebihnya, kita serah pada ALLAH. Nanti ko bawak kawan ko jumpa aku dekat rumah aku boleh? Senang sikit. Takut kalau buat dekat rumah ko atau kawan ko, lain jadinya.”

“Lain jadinya mcm mana tu?”

“Takut apa-apa jadi, boleh datangkan fitnah pada family kawan ko atau pd ko. So apa2 jadi dekat rumah aku, aku akan bertanggungjawab. InsyaALLAH”

“Oh ok ok. Faham-faham. Nanti aku inform member aku tu”

Lepas habis bercakap dengan Hamid, aku text Hafiz. Dalam pukul 10 pagi, baru dia reply. Dia baru bangun tido. Pukul 6 pagi lebih baru dia dapat tido. Kesian kawan aku sorang ni. Aku janji dengan Hafiz dalam lepas isyak terus ke rumah hamid. Dia cakap OK.

Pukul 8pm macam tu, Hafiz dah sampai dekat rumah aku. Aku mintak izin, solat isyak dulu baru terus ke rumah hamid. Aku jemput ke rumah aku, dia kata cuma nak tunggu dalam kereta. Anak aku awal-awal lagi aku dah hantar ke rumah mak mertua aku. Susah pulak nanti kalau dia ikut, apa-apa jadi pening nak kepung. Haha.

Selesai urusan aku, aku terus berjalan ke kereta perodua myvi Hafiz yang parking di parking visitor depan blok apartment aku. Sedang aku berjalan ke arah kereta, aku terpandang macam ada sesuatu di atas kereta hafiz. Lebih kurang dalam 10 meter aku dengan kereta Hafiz, aku pasti sesuatu tu ialah makhluk yang aku nampak semalam. Aku nampak macam seakan seorang nenek tua, dengan rambut melepasi bawah kereta. Mukanya bergerutu, tiada bola mata, hanya lubang mata. Dia merenung aku tajam dengan muka yang bengis.

Aku berhenti berjalan. Rasa nak lari patah balik ke rumah pun ada. Aku kuatkan semangat, detikkan nama ALLAH di ingatan dan di hati, aku baca ayat Qursi 3X dan aku hembus ke depan dengan mata terpejam. Bila aku buka mata dan pandang ke atas kereta, tiada lagi penampakan nenek tua tadi. Alhamdulillah.

Aku terus pergi ke kereta Hafiz dan ketuk tingkap, tengok ke dalam kereta Hafiz sedang tido dengan seat kereta di baringkan.

Aku buka pintu dan kejutkan Hafiz. Hafiz bangun dan kami terus gerak ke rumah hamid. Tak banyak kami berbual dalam kereta, sebab mungkin aku masih terkejut dek nenek tadi dan Hafiz mungkin kepenatan balik daripada kerja. Hanya kadang2 suara aku kedengaran memecah kesunyian untuk bagi direction ke rumah hamid.

Sampai kami di rumah Hamid yang terletak di seksyen 7, Shah Alam. Aku call Hamid, beritahu kami dah sampai. Hamid jemput kami masuk.

Sedang kami berjalan, aku perasan yang Hafiz macam tak ikut aku berjalan. Aku toleh ke belakang, tengok Hafiz berhenti berjalan. Muka dia ketakutan.

“Ko ok tak Pis?”

“Zal, dia tak bagi aku masuk rumah ni”

“Takpe, ko kuatkan diri. Lawan bisikan tu. Jom kita masuk”

“Dia bisik, kalau aku masuk dia nak bunuh aku”

ALLAHU.

Aku panggil Hamid. Hamid keluar dan berjalan ke arah hafiz. Aku tengok mulut Hamid terkumat kamit.

Hamid letakkan tapak tangannya pada Hafiz, dan mula membaca sesuatu. Aku hanya memerhati.

Selepas beberapa minit, Hamid menepuk nepuk belakang Hafiz.

“Jom kita masuk”

Hamid mengajak kami masuk ke rumah.

Ni 3rd time aku sampai rumah Hamid. First time and 2nd time aku sampai, aku tak masuk pun rumah dia. Hamid ajak masuk tapi aku menolak sebab masa tu aku ada urusan lain. Jadi, ini kali pertama aku masuk rumah sahabat aku ni. Rumahnya bersih, tak ada perabot kerusi atau pun meja di ruang tamu. Yang ada hanya karpet berwarna biru bercorak geometri di tengah ruang tamu, gantungan frame ayat-ayat suci Quran di dinding dan meja makan berkerusi 4 di satu sudut berhampiran dapur. Kalau aku tengok dari dalam keadaan rumah dia ni, macam tak percaya dia duduk sorang. Bersihnya macam orang ada isteri. Aku memerhati keliling dalam rumah dia, memang betul-betul pembersih orangnya Hamid ni. Lain benar dengan rumah aku yang macam tongkang pecah. Haha. Sejuk dan nyaman je aku rasa bila berada dalam rumah yang serba ringkas macam ni. By the way, Hamid belum berkahwin. Dia tinggal sorang diri di rumah 2 tingkat yang baru dibeli tahun lepas.

Terdetik dalam hati,

“Untunglah sape dapat kawin dgn dia ni.haha”

Hamid menoleh pada aku dan cakap

“Macam nilah Zal orang belum kahwin, semua kena kemas sendiri. Rumah ni pun jarang-jarang aku balik, selalu outstation dekat luar. Kadang-kadang 2 minggu sekali baru aku balik sini. Tu pun kejap-kejap je”

Terkejut aku, macam tahu-tahu je aku tengah mengumpat dia dalam hati. Haha

Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.

Hamid mengarah

“Hafiz, Zal duduklah dulu. Kejap aku nak buatkan air”

Selepas lebih kurang 10 minit, Hamid keluar dari dapur dan menatang satu talam yang berisi 1 teko air, 2 gelas dan sepiring biskut hapseng. Perghhh, terliur aku tengok biskut tu. Kalau cicah dengan milo, perghhhhh. Sedap bak hang!

“Meh minum dulu. Aku bancuh milo ni, cecah dengan biskut mayat memang sedap. Jangan risau yang dekat luar tu, dia tak boleh masuk sini. Kejap lagi kita ikhtiar ye, isi perut dulu”

Kali ni memang aku dah tak terkejut dengan Hamid, aku tahu dia memang tahu favourite aku. Aku dengan dia pernah beli biskut hapseng ni, pergi kedai mamak order milo. Selamber lepak sampai subuh, cicah biskut tu dengan milo dekat kedai mamak. Haha

Tapi, aku pasti ayat yang belakang tu dia tujukan pada Hafiz. Ada kelegaan di muka Hafiz.

Hamid letakkan dan tuang air pada kami.

“Buat susah-susah je Mid, kejap lagi boleh minum dekat luar”

“Takpe, korang tetamu. Memuliakan tetamu kan dituntut. Anak ko mana Zal?”

“Aku dah hantar balik rumah mertua aku. Kalau dia ikut, jadi apa-pa jenuh aku”

“Haha. Risau apa nya, ALLAH kan ada. Selalu ko bawak dia ke kubur tengah-tengah malam tu ok je kan”

Aku hanya mampu tersengih-sengih.

Kami berborak-borak. Tak sentuh langsung isu Hafiz. Banyak berborak pasal kerja, pasal isu-isu semasa, pasal bolasepak. Haha

Selepas lebih setengah jam berborak, Hamid menepuk peha aku.

“Zal, bantu aku sekali ye”

“Ye, insyaALLAH” aku membalas.

“Hafiz, duduk depan aku”

Hafiz bangun, dan duduk depan Hamid.

“Apa-apa jadi, apa-apa ko dengar bisikan ko buat tak tau je. Ingat ALLAH dalam hati, lawan setiap apa yang benda tu cakap. Boleh?” Hamid berpesan.

“Ok2, boleh. Aku cuba”

“Zal, mulakan dengan doa pembuka amalan, lepas tu bacalah ayat lain macam biasa”

Aku hanya mengangguk tanda faham dengan pesanan hamid.

Hamid duduk bersila, di depan Hafiz dan aku duduk di sebelah kiri Hafiz.

Hamid memulakan bacaan, dengan mulut terkumat kami. Aku memerhati, dan aku tahu apa yang Hamid sedang baca. Doa penafian diri. Doa yang sering Hamid baca bila memulakan sesuatu ikhtiar.


Aku cuba explain seringkasnya tentang apa yang dimaksudkan dengan doa pembuka amalan dan doa penafian diri. Aku tak akan ajar tentang doa-doa ni, carilah guru masing-masing dan aku pun bukannya guru. Doa pembuka amalan ni sebagai satu ikhtiar dari seorang hamba, semoga amalan yang sedikit di beri berlipat kali ganda berkahnya dari DIA. Doa penafian diri ni pulak ialah doa menafikan kewujudan diri, yang wujud hanya DIA. Segala ikhtiar dari hambaNYA hanya DIA berkuasa untuk menyembuhkan dan menyempurnakan ikhtiar hamba-hambaNYA. Tiadalah daya dan kuasa hambaNYA melainkan dari keizinan DIA.

Maafkan aku pada mereka yang lebih ahli, aku cuba mencoret sedikit tentang ilmu dari kolam ilmu aku yang sedikit. Kalau ada kelemahan dan kesilapan dalam penerangan di atas, semua tu atas khilaf aku sebagai seorang hamba. Moga DIA ampunkan aku atas kelemahan aku, hamba yang lemah.


Bermula rawatan dan ikhtiar Hamid pada Hafiz.

Aku pejam mata, hanya berzikir diselang seli dengan bacaan ayat Quran dari surah Al-Baqarah dan Surat Al-Jinn. Cuba mencari ‘ikhlas’ dalam setiap apa yang aku detikkan dalam hati.

Suasana yang tadi sejuk dan nyaman, bertukar menjadi berbahang. Aku dapat rasakan setitis peluh mula mengalir dari ubun-ubun aku turun perlahan-lahan membasahi dahi.

Aku terdengar bunyi orang seperti berjalan mengelilingi kami bertiga. Aku hanya membiarkan dan tak terasa nak mengangkat kelopak mata pun.

Hamid bersuara

“Pergilah jauh-jauh, jangan ganggu sahabat aku ni”

Hening. Tiada bunyi atau suara yang aku dengar. Hanya terdengar nafas aku sendiri yang turun naik.

“Pergi, sebelum aku paksa ko pergi. Ni amaran aku yang penghabisan. Jangan cuba cari geruh dengan aku, kalau ko tak nak aku tamatkan riwayat ko!”

Keras amaran dari Hamid.

Aku mendengar, suara seorang perempuan tua ketawa.

“Hihihihihi”

“Jangan cakap aku tak pesan. Aku dah pesan tapi ko yang degil.”

“ALLAHUAKBAR” Hamid melaung.

“Hihihihihi”

“Tolong aku!!” Terdengar suara perempuan tua mengilai dan merintih berselang seli.

Suara lantai ditepuk beberapa kali.

Keadaan jadi sunyi seketika. Aku masih memejam mata, tak tahu apa yang terjadi. Hanya mampu menggunakan deria pendengaran sebagai panduan.

Selepas beberapa ketika, peha aku ditepuk.

“Zal, tolong angkat Hafiz. Kejutkan dia”

Aku buka mata tengok Hafiz dah terbaring terlentang ke belakang. Aku segera angkat Hafiz dan kejutkan dia. Hamid terus ke dapur mengambil segelas air kosong. Aku mengerling ke jam dinding di ruang tamu Hamid, dah nak pukul 1 pagi. Lamanya ikhtiar tadi, rasa macam sekejap je. Ke aku terlelap tadi? Haha

“Ko ok ke Pis?”Aku bertanya

“Ok2”

“Nah minum air ni. Pulihkan semangat ko balik. Mulakan dengan bismillah, selawat 3 kali” Hamid menghulurkan air pada Hafiz.

Hafiz meneguk air dan tersedak.

“Perlahan lahan” Aku menepuk belakang hafiz.

“Dah selesai ke Mid?” Hafiz bertanya.

“Alhamdulillah, insyaALLAH dah selesai” Hamid senyum.

“Alhamdulillah” Aku kembali menepuk nepuk bahu hafiz.

Hamid : “Ko boleh bangun tak Apis?”

Hafiz : “Boleh-boleh, aku cuba”

Aku membantu hafiz bangun dan berdiri.

Hamid : “Alhamdulillah. Malam ni tidolah sini. Badan ko penat lagi tu. Zal, ko pun tido sini ye. Kita tido ramai-ramai dekat bawah ni atas toto. Maaf, rumah ni takde katil. Haha ”

Hafiz : “Tak susahkan ko ke?”

Hamid :”Takpe. Aku duduk sorang-sorang je. Takde susahkan apa pun”

Aku :”Aku kena balik mid, esok pagi aku ada urusan”

Hamid : “Oh yeke? Takpela macam tu. Ko nak balik naik ape ni? Aku hantarkanlah.”

Aku : “Aku boleh roger grab. Ko ok tak Pis tido sini?”

Hamid : “Kejap lagi la ko gerak zal. Aku panggilkan grab untuk ko ye”

Hafiz : “Aku ok je. Risau susahkan hamid je.”

Hamid :”Takdehal la bro. Sikit pun aku tak rasa susah. Aku seronok lagi ada kawan-kawan datang stay rumah aku.”

Kami pun lepak lah berborak pasal kes Hafiz ni sementara tunggu grab aku sampai.

“Ni bukan badi mayat. Mungkin kebetulan dia dgn ko ada di tempat kejadian. Badan pun lemah, tu yang senang dia dekat. Dia nak sesatkan ko je, suruh ko buat benda yang bukan-bukan. Orang dah meninggal, takkan kembali semula. Ni semua permainan jin dan syaitan. Kita kena kuat hadapi permainan benda-benda ni sebab tipu daya dia sangat halus. Ko tunggu kejap Pis, aku naik atas ambikkan kain, baju dengan sejadah. Nanti ko solat isyak dan qada kan semula solat yang ko dah tinggal beberapa hari lepas tu” Hamid berjalan masuk ke bilik.

Hafiz pandang muka aku.

“Ko bagitau dia ke aku tak solat?”

“Takde pun aku cerita bab ko tak solat tu”

“Habis mcm mana dia tau?”

“Entah”

Dua-dua termenung. Haha. Mungkin Hamid ada cara dia tau, aku pun tak tau. ALLAHUALAM.

Sampai je grab aku, aku mintak izin nak balik pada Hamid. Hafiz tengah solat isyak (ke tengah qada solat dia, aku pun tak pasti)

Hamid peluk aku, bersalam dan sempat berpesan

“Ada apa-apa zal, cari DIA dulu baru cari aku. Aku cuba bantu mana yang mampu. Hidup baik-bak Zal”

“Terima kasih Mid, bantu kawan aku. Moga ALLAH panjangkan umur dan persahabatan kita. InsyaALLAH.”

“InsyaALLAH. By the way, grab tu aku dah bayar tau”

Aku baru nak buka zip porch bag aku, cepat-cepa Hamid tahan tangan aku.

“Tak payah bayar, aku ikhlas la Zal”

Aku tau, kalau bertekak dengan mamat Hamid ni pasal duit, silap haribulan sampai ke subuh still berdiri depan pagar ni. Haha .

“Thanks sahabat, aku balik dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam”


Siapa Hamid? Ada orang request cerita pasal dia. InsyaALLAH ada kelapangan aku coretkan di lain cerita. Dia antara sahabat aku yang paling baik dan antara sedikit manusia yang aku lihat sendiri dengan mata kepala aku, beroleh hidayah daripada ALLAH. Dia boleh aku labelkan sebagai ‘sejahat jahat manusia kepada antara sebaik-sebaik manusia yang pernah aku kenal’.

Kalau ada kawan-kawan yang anda kenal, mengalami kes mcm ni, bawaklah berubat dulu, baik perubatan moden atau tradisional. Jangan dibiarkan lama-lama, takut menjadi ‘barah’ dan kesan yang lebih buruk. Banyak kes mcm ni, kalau kita baca dalam surat khabar. Mungkin, ada kes tu sebenarnya terjadi kerana punca sebegini. Moga kita sama2 dilindungi dan diberkati olehNYA. Terima kasih.

“Semoga penawar itu pembawa ceria di hujung cerita”

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Bisikan Halus”

  1. Best! Moga Hafiz beroleh kesembuhan & bahagia bersama dgn kluargany. Btw, isteri en Zal dah di jemput Allah ke? Maaf ye klu slh tanya…

    Reply

Leave a Comment