Bisikan Sebelum Kemalangan

Assalamualaikum dan hai. Nama aku Trisya. Aku berasal dari Kota Kinabalu Sabah dan berumur 23 tahun.

Aku kerap mendengar bisikan-bisikan halus di telingaku. Akan tetapi ianya bukanlah membawa kepada bisikan jahat, ianya lebih kepada bisikan yang memberi ingatan. Keluargaku memberitahu, mungkin itu adalah pendamping yang telah turun dari keturunan nenek moyang dahulu.

Aku ingin bercerita tentang suatu kejadian yang menimpaku ketika beberapa tahun yang lepas.

Pada malam itu, tiba-tiba tekakku terasa ingin memakan bakso. Aku pun telefon kawanku dan ajak dia keluar untuk mencari bakso. Selang beberapa minit kemudian, kawanku sampai di depan rumah dengan menaiki motor.

Dengan motor, aku membonceng menuju ke tempat yang dituju untuk mencari semangkuk bakso.

Kami melalui satu jalan yang boleh dikatakan ‘shorcut’ la juga untuk ke destinasi yang dituju. Iaitu melalui jalan berbukit bukau dan bengkang bengkok.

Hanya pada permulaan jalan menaiki bukit sahaja yang berlampu. Selebihnya gelap tanpa lampu jalan.

Sedang motor yang dipacu kawanku membelah kepekatan malam, tiba-tiba ada bisikan halus terdengar di telingaku..

“kasi ketat tali helmet kau cepat..”

Waktu itu motor sedang menuruni bukit.

Bila aku terdengar bisikan itu, aku lihat tali helmet. eh betullah, tak ketat pun. Aku pun betulkan dengan mengetatkannya.

Sejurus sahaja aku ketatkan,

tiba-tiba kawanku hilang kawalan motor ketika menuruni bukit.

Dengan kelajuan yang pantas, motor terus meluncur melanggar ke pembahagi jalan kemudian terbang ke tepi  yang dipenuhi pokok buluh.

Habis tercucuk badan aku dengan ranting-ranting  pokok buluh. Impak yang kuat telah mengakibatkan aku pengsan seketika. Telinga ku berdesing dengan kuat, semuanya rasa gelap.

Entah beberapa minit kemudian aku tersedar. Aku lihat rakanku terduduk mengerang kesakitan sambil meminta tolong.

Aku juga turut meraung meminta tolong. Namun, tiada orang yang lalu waktu itu.

Waktu itu, aku tidak merasai kakiku. Kebas . Aku cuma rasa sentuhan dari bahuku hingga ke siku. Selebihnya tidak. Waktu itu darah mulai membasahi bajuku.

Beberapa ketika kemudian, barulah ada orang datang membantu. Mereka memapah kawanku ke tempat yang lebih lapang. Aku pula dibarkan sahaja oleh mereka. Aku menjerit, meminta tolong. Tetapi, ibarat mereka tidak pun melihatku.

Aku rasa sedih dan menangis. Aku teriak lagi, malangnya tetap jua orang yang datang membantu tidak melihatku. Pahadal aku cuma berada 3 langkah sahaja dari mereka.

Aku berzikir dan istighfar di dalam hati. Aku menyebut berulang kali nama Allah. Waktu itu tiba-tiba kaki dan badan yang aku rasa kebas tadi normal kembali dan aku merasai sakit yang dialami. Sakit bukan kepalang, aku meraung kesakitan.

Diwaktu itu, perempuan di hadapan aku tiba-tiba berkata.

“oii, ada lagi ni sini perempuan eksiden..”

“Aik, bila  masa pula ada, tadi tiada pun sana.”balas seorang lagi.

Nampaknya, sahlah. Seakan ada yang menyembunyikan aku di situ.

Aku terus dibawa dengan ambulans . menuju ke hospital.

Di dalam ambulans, ada penampakan seorang lelaki tua tidak berbaju dan hanya berseluar sahaja. Lelaki itu mengikuti aku dari dalam ambulans sampailah menuju ke hospital.

Bila aku tanya nurse, siapa lelaki tua tu, nurse cuma menjawab mana ada lelaki pun di sana.

Hampir 2 minggu aku berada di hospital. Alhamdulillah kami berdua selamat.

Untuk pengetahuan, aku patah kaki dan tangan. Di mana terpaksa dimasukkan besi ke dalamnya.

Alhamdulillah, kini aku sihat sepenuhnya. Persitiwa kemalangan itu memang betul-betul memberi impak kepadaku. Dan tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Trisya
FOLLOW FB KAMI.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.