Bangunan 10 Tingkat

Yo, Aku Ann. Thanks admin sebab post cerita aku “Soundtrack Seram“. Macam yang aku cakap sebelum ni, aku akan ceritakan pula pengalaman aku masa semester 2 di HI-10. Lepas habis sem 1, semua bangunan Kamsis dalam PIS dijadikan hostel lelaki. Semua pelajar perempuan yang terpilih untuk duduk di hostel ditempatkan di bangunan baru 10 tingkat, HI-10.

HI-10 ni satu bilik untuk 6 orang. Bilik tu terbahagi kepada 3 bahagian means satu bahagian untuk 2 students. Buka je pintu akan ada koridor pendek, sebelah kanan bahagian pertama, bahagian depan (hujung koridor pendek) bahagian kedua dan sebelah kiri pula bahagian ketiga. Bahagian kedua sahaja yang menghadap tingkap means memang part tu jelah yang ada tingkat. Bahagian lain kiri kanan depan belakang dinding semua.

Waktu sem 2, aku dapat katil no 4, which is salah satu katil dekat tepi tingkap. Bilik aku dekat tingkat 4, tingkapnya pula menghadap blok Kamsis yang aku duduk masa sem 1 dulu. Biasalah bangunan baru, dah lama kosong and kita orang ni pula batch pertaman yang duduk dalam HI-10 tu, so memang masuk je sana lepas maghrib aku pasang ayat Al-Quran. Benda ni aku teruskan selama seminggu. Roommate aku semua memang dah kenal dari sem 1 so dia orang pun setuju je dengan tindakan aku.

Pertengahan sem ke 2, tiba-tiba tersebar cerita ada orang kena kacau dekat tingkat 6 dan 8. Waktu ni tingkat 8 ke atas tak ada orang duduk lagi. So kadang-kadang ada je student guna ampaian dekat tingkat atas sebab ruang ampaian dekat floor masing-masing dah penuh. Ada yang kata ada orang nampak perempuan dengan anak kecil berjalan malam-malam dekat koridor. Ada yang dengar bunyi loceng kaki bergema tengah-tengah malam. Aku ada dengar cerita ada budak yang kena rasuk and ustaz yang datang tolong kata benda tu marah sebab kita orang kacau rumah dia orang, biasalah bangunan dah lama kosong. So cerita tu habis dekat situ je.

Dipendekkan cerita, aku ni jenis yang buat kerja tengah-tengah malam. Burung hantulah senang kata memang dari UPSR lagi aku macam tu. So tiap kali aku buat kerja malam-malam aku akan selak langsir and buka tingkap. Meja belajar aku ni memang sah-sah menghadap tingkap, belah kiri katil aku, belakang aku almari, sebelah kanan nampak member katil sebelah, Nur. Aku selalu pesan dekat Nur, sebelum tidur tutup tingkap tutup langsir. Kalau panas tak nak tutup tingkap pun at least tutup langsirlah. Satu sebab nak mengelakkan dari apa-apa terjadi, kedua sebab Nur ni tidur lasak and seksi sangat.

Malangnya, satu hari ni aku tertidur awal. Awal sangat dari biasa and terjaga pukul 3 pagi. Aku buka mata je aku tengok tingkap aku semua terbuka, langsir terselak luas-luas, bulan terang malam and langit pun cerah je, tak ada awan tak ada angin. Bilik aku pun dah gelap gelita. Memang roommate aku semua jenis yang tidur tutup lampu. Aku bangun terus duduk dekat meja study main fon. Buka youtube ingat nak layan drama ke anime ke so aku sumbat earfon. Aku ni memang selalu dengar benda yang aku tak patut dengar setiap kali pakai earfon. Malam tu aku pakai earfon tapi aku tak dengar apa-apa pun. Means aku tak ada dengar lagu or tengok video apa-apa pun.

Tengah syok search drama baru, tiba-tiba aku dengar bunyi keriut. Bunyi almari tertutup or terbuka datang dari bahagian pertama. Dekat bahagian pertama ni ada katil Nana dengan Maziah. Aku cabut earfon belah kanan, try pasang telinga lagi. Senyap. Okay sambung main fon lagi tapi earfon kanan aku tak pasang. Memang sengaja nak pasang telinga. Tup-tup dengar suara Nana panggil nama aku dua tiga kali. Aku buka flashlight fon bangun pergi ke katil Nana. Nana ni jenis mengigau peluk dinding sebab dari sem 1 aku sebilik dengan dia so benda tu dah biasa tengok dah. Sebelum aku pusing nak patah balik aku perasan almari dia terbuka sikit. So mungkin bunyi tadi datang dari situlah.

Duduk balik dekat meja belajar aku, earfon kanan masih terbiar tak pakai, kepala tunduk main fon tup-tup tak lama lepas tu dengar bunyi kucing bergaduh pula. Aku rasa macam dah lama sangat kucing tu bergaduh, bingit dah telinga dengar so aku pun menjengah keluar tingkap. Memang tak nampak pun kucingnya, malam gelap kot, aku dekat tingkat 4 pula tu. Waktu aku jengah keluar tingkap tu aku rasa macam ada sesuatu tengok aku dari pokok besar dekat blok lama aku dulu. Aku tengok pokok tu tak ada apa-apa pun so duduk balik.

Time tu aku dah start rasa tak sedap hati. Mata pun kekadang menjeling keluar tingkap tengok pokok tadi. Hampir pukul 4 pagi, aku dengar bunyi perempuan menyanyi. Mendayu-dayu suara dia yang lama-lama bertukar jadi suara tangisan. Orang kata kalau suara dia kuat maksudnya benda tu jauh. Kalau kuat maksudnya dia dekat. Bunyi dia tu dekat sangat, aku rasa dia lalu dekat tingkat 3. Dalam hati aku rasa lega sebab bunyi dia kuat. So aku buat bodoh jelah, buat-buat tak dengar.

Dekat 3 minit lepas tu suara dia makin senyap. Aku ingat dia dah pergi tapi rupanya dia perasan aku dengar dia. Dia lalu depan tingkap aku. Ke kiri ke kanan dia terbang. Time tu aku memang kaku atas kerusi. Nak angkat kepala pun tak sanggup. Nafas turun naik try untuk stay calm. Aku nampak kain putih dia je terbang ditiup angin. Lama jugalah dia main-main dengan aku. Sebelum dia pergi, dia mengilai ketawakan aku dulu and terasa macam ada angin sejuk terbang ke arah aku. Aku tarik nafas dalam-dalam terus tarik langsir lompat atas katil pejam mata tidur.

Start malam tu, setiap malam bilik tu tak pernah gelap gelita. Lampu tengah mesti on. Itu aje. Nak balik kerja, bye!

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
ANN

15 thoughts on “Bangunan 10 Tingkat”

  1. cerita ok….seram..best….tapi ade beberapa penggunaan perkataan yang salah..tapi penceritaan tetap sampai,,,,,kalau saya kat tempat awk..memang tak de nya saya nak bangun lepak depan tingkap…nasib baik dia tak jengah..boleh pengsan…..

    Reply
    • rasanya yg terbang tu yg duduk kt areaa bawah ni je . area parking motor n pasal perempuan dgn bdk kecik tu betul lah . memang tmpt dia aras 6 tu .

      Reply
  2. Biasalah tu..zmn study ni kadang2 kita xfikir pun benda tu. Tu sebab berani stay up malam2, open air tgkap xtutup2 sampai ke pagi. Husnudzon selalu.Tapi zaman ni la paling byk kenangan seram. Dah jd depan mata, dah dengar n dah rasa baru tau, owh..benda tu ker..Memang masakk la😂

    Best! Cerita lagi. tikiu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.