Broga Hill

Assalamualaikum kepada semua pembaca di sini.
Selama ni tiap-tiap malam aku akan selalu baca kisah-kisah yang korang share dekat Fiksyen Shasha ni, Jadi aku tergerak hati nak kongsi dengan pembaca semua tentang pengalaman aku panjat Broga sebab baru-baru ni ada kes yang budak hilang kan ? kata dia kena sorok dengan bunian. Tapi aku kesian dengan adik ni , apa yang dia cerita , ada sesetengah pihak anggap dia buat-buat cerita sebab nk publisiti murahan . So aku pon nak cerita sikit lah.

Straight to the point . Dah lama aku tak buat aktiviti macam ni hahaha…. Kebetulan orang ajak, so aku pon apa lagi , on jelah. Aku dengan kawan-kawan perempuan naik kereta then yang lelaki bawak motor. Ada la dalam 10-15 orang .

Seminggu sebelum aku naik Broga , aku ada mimpi aku jumpa seorang perempuan berpakaian putih . Macam pengantin pun ada ye. Cantik  sangat. Dia pandang aku dari jauh dekat curam (orang yang pernah naik Broga akan jumpa satu curam yang dalam) . Tapi aku tak berani nak cerita dekat sesiapa pon. Sebab kawan-kawan aku ada yang lemah semangat. Aku takut kalau aku cerita nanti dorang tak nak naik. Takkan la aku nak follow bebudak lelaki je naik Broga. Memang tak naik la kalau aku sorang je perempuan  hahahahahaha

Tibalah masa untuk aku naik broga. Malam sebelum tu kami ramai-ramai lepak dekat Bukit Ampang. Best sebenanya kalau dapat lepak ramai-ramai macam ni .. Dengan suasana yang boleh kita tengok dari buit ampang tu- Suasana malam di KUALA LUMPUR hahahaha. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi , kami bersiap-siap untuk gerak ke Broga Hill. Dari bukit Ampang nak ke Broga Hill aku rasa ambil masa dalam 1 jam macam tu . Semasa dalam perjalanan tu memang best la . Dengan angin-angin malam , kawan-kawan lelaki jadi bodygourd kitorang yang dalam kereta tu hahaha..

Kami sampai dalam jam 3 pagi . Ko rasa macam mana keadaan kat sna? hahhaa gelap gelita weyhh…  Cuma lampu kereta kitorang je . Kitorang bayar parking then siap-siap untuk panjat. Dalm pukul 4 petang kami mula memanjat . Perghh masa mula-mula tu dia punya excited tu perghh kemainn hahaha tapi lepas 10 minit bejalan dah semput. Yelah sebelum nak naik Broga tu kena keluar dari kelapa sawit . Tu baru jalan rata belum yang bebukit lagi. hahahahhaaha tapi aku gagahkan jugak.

Masa mula-mula nak naik tu aku memang dah rasa lain. dia punya sejuk tu lain macam. Tapi aku buat tak tau je sebab aku lebih excited. So bermula la saat aku diganggu. Sebelum sampai ke check point yang pertama, dalam perjalanan tu aku rasa macam diri aku ni diperhatikan. Padahal ramai lagi orang-orang sebelah kiri kanan depan belakang aku ni. kenapalah aku yang nak diperhatikan. aku buat taktau lagi masa tu. Check point 1 aku berjaya sampai . Sumpah weyh cantik gile pemandangan kat situ.

Kami teruskan lagi perjalanan untuk sampai ke check point yang ketiga, yang paling atas puncak Broga Hill.
sampai satu curam, aku rasa macam apa yang aku telah lalui sekarang ni sama persis dalam mimpi aku ! Aku berhenti terdiam seketika. kawan aku tanya “weyh ko kenapa tetiba berhenti?” aku cakap “tade pape” pas tu aku tarik tangan nill. aku tanya dia “weyh ko ada nampak pape tak kat sna?” smbil mata aku tunduk kebawah. nill tanya aku “nampak ap?” aku diam. Aku tengok perempuan y sama dalam mimpi aku !! Dia pandang aku dia senyum !!. Masa tu Allah je yang tau perasaan aku.

Masa tu jugak aku tengok kawan-kawan Sabah aku tengah cari ranting kayu then dorang gigit. Aku tanya “korang cari apa?” dorang diam. Aku tanya lagi ” weyh asal korang gigit ? kotor doe” pastu si umi bisik dengan aku “kami orang Sabah, nilah cara kami kalau taknak mende tu dekat dengan kami” aikk? Aku diam. Macam mana dorang boleh tau ?. Dalam hati aku “dorang guna ranting kayu, aku nak guna ap??”

Masa tu ayat kursi 3 qul alfatihah semua aku tak boleh nak baca. Aku diamkan diri, aku terus jalan. mula-mula aku nak give up tanak naik sampai atas sb dah terlalu penat. Tapi aku pikir, kalau aku dok sorang-sorang, kalau “perempuan” tu datang cam mano? hahaha.. So aku pon terpaksa la teruskan jugak. Bila dah sampai kat atas, segala penat lelah aku seolah-olah hilang.

SubhanAllah…..cantik sungguhh duniaMu. Memang cantik gile . Masa tu pukul 5 lebih nak dekat pukul 6. So budak-budak laki decide nak tidur dulu. So dorang tidur la atas batu besa yang dekat jalan nak ke gunung datuk. Yang kitorang budak-budak perempuan ni just duduk beborak je. Tapi aku banyak diamkan diri. Nak cerita takut nanti dia tutup jalan nak balik. So aku diamkan diri sampai lah dorang ajak turun. So apa lagi bedesup laa hahahahahahahaha

Aku ingatkan bila dah nak balik dia tak kacau. Tapi hampeh sekali lagi dia muncul. Masa tu aku dah tak pikir apa dah. Aku terus belari langgar je apa yang ada kat depan. Tengah dok lari tetiba terasa macam ada orang tarik tangan. Aku jadi macam tersentap hampir-hampir nak jatuh !. Lepas tu aku pusing aku tanya kawan aku “sapa tarik tangan aku… kalau aku jatuh tadi cam mana?!” memang marah betul aku masa tu. Yelah kita tengah lari tetiba tangan kena tarik. Kalau jatuh tersungkur kat situ macam mana? Lepas tu kawan aku pandang sesama dorang . Tetiba Nill cakap dengan aku “kitorang ni jauh dari kau , mana sampai kalau nak tarik tangan kau ” masa tu terus berderau darah aku. Panas habis muka telinga aku . Aku diam. Lepas tu aku slow je jalan. Aku follow dorang . Bila dah turun dah sampai kat kereta, aku cuma mampu cakap Alhamdulilah….. then aku ajak dorang terus balik.

Sampai rumah aku beranikan diri nak cerita “weyh korang nak tau tak. seminggu sebelom kita naik Broga, aku ada mimpi tau. Aku jumpa perempuan cantik pakai baju putih, macam pengantin” and u guys guess what? Kawan aku pun cakap “aku pon mimpi macam tu, sebab tu masa ko tanya Nill tadi, aku terus cari ranting kayu. sebab aku dpat rasakan yang dia ada kat situ” masa tu aku just senyum je tapi dlam hati :”jangan la kena lagi lepas ni”…

Ok dah habis hahahah masa aku taip ni dada aku sakit tau,, taktau la knpa.. So kpada korang kat luar sana yang mana tak percaya cerita adik yang sesat tu, cukup2 la hentam dia. Aku percaya sebab aku sendiri pernah alamai. so Bye semua ASSALAMUALAIKUM

 

Sila hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Loading...

8 comments

  1. Hahahaha…
    4pagi tu…
    Typoooo…
    Xde citer psl solat subuh pon kt puncak broga tu…
    Ke alkesahnya dh dipendekkan cerita…????
    Atau hakak yg terlepas pandang…???

  2. “So kpada korang kat luar sana yang mana tak percaya cerita adik yang sesat tu, cukup2 la hentam dia”
    Dek non, hanya orang yang belum pernah mengalami situasi kelam alam mcm tu, akan pukul kompang sekuatnya mengatakan dia poyo dan sebagainya. Bagi yang dah pernah “menjejakkan” separuh jiwanya ke kelam alam tu, takkan bergegak gempita mempoyokan dia.
    Terbaik dek non citer ko!

  3. Batu besar kat puncak tu jalan nak ke gunung tok wan.. Bukan gunung datuk ye… Gunung datuk kt N9.
    *********************************

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *