Budak pokok jambu

Hai nama aku tasya , untuk permulaan cerita , aku akan mulakan dengan kisah dari keluarga aku . Adik beradik mak aku ada dua belas orang , kami selalunya aku berkumpul kalau ada masa masa tertentu hah macam tulah .\

Kisahnya , pada satu malam ni kami semua berkumpul dekat rumah opah , yang tak jauh dari rumah aku sendiri , rumah kami rumah perumahan , tapi masatu dalam tahun 2013 waktu aku still budak budak yang tengah berjalan pegang botol susu dan bantal busuk heh , rumah opah ni kira nya rumah teres yang terakhir lah , rumah dia betul betul depan hutan tambah semak samun , dekat situ pun ada kebun , selalu kalau aku main dekat situ mesti ada b**i lalu haha yelah , hutankan .

Untuk teruskan cerita , malam kami berkumpul , selesai je kami dari makan makan , kami pun duduk setempat dan berborak , aku dan sepupu aku bernama “lia” balik lah ke rumah aku yang tak jauh dari rumah opah aku ni , kami pergi untuk ambil botol susu adik aku dan bantal busuk aku , haha aku rasa botol susu tu aku punya kot :|..

Waktu perjalanan balik ke rumah opah , lia ni tertinggal jauh dekat belakang , aku dh berlari untuk msuk dalam rumah opah , belakang rumah opah memang gelap gelita , takde lampu langsung , dekat belkang rumah opah pulak ada banyak tanaman yang dia tanam , yang paling seram pokok betik dia tulah , tinggi dan lebat betul daunnya , masa aku dah masuk rumah , lia tertinggal dalam masa yang sama makcik dan mak aku tengah basuh pinggan yang kami makan tadi , dia basuh menghadap tingkap dan boleh nampak kalau ada orang dekat luar , dia nampak kami berlari , dan waktu tu dia ternampak ada sorang budak lelaki ikut belakang lia , tapi masa lia lari dan masuk ke dalam rumah dia terus tutup pintu dan tinggal budak tu dekat luar .

Mak aku pun jeritlah “lia kenapa kau tinggal budak dekat luar “ sepupu aku yang lain dengan aku yang baru sampai ni pun terkejut , “budak mana pulak ni ?” Tanya aku , mak aku cakap dia nampak budak lelaki sebesar adik lelaki aku mengekori belakang lia , aku pun terkejut sebab tadi aku rasa aku pergi berdua jea dengan lia ? , mak aku yang terlalu berani ni , dia pergi bukak pintu belakang tadi dengan gelap gelita , tapi takde sesiapapun dekat belakang tu ,kami terus tergamam , mak aku pun macam tak percaya “ betul aku nampak budak tu berlari ikut dua org ni mak” kata dia pada opah .

Pada tahun 2018 waktu aku tingkatan 3 , baru aku tahu cerita sebenar , kami duduk rumah teres dan lalu masuk ke rumah kami ni , ada satu pokok jambu yang betul betul besar ada dekat pinggir jalan , sebelah pinggir jalan tu pulak ada lereng bukit , alkisahnya begini , budak tu boleh menjelma menyerupai sesiapapun , asal budak tu dari rumah pertama dari deret rumah teres aku , tapi lepas owner baru masuk , owner tu halau jin budak tu pergi tempat lain , disebabkan budak tu ada kisah tersendiri dia dengan rumah tu , dia taknak berjauhan dari rumah tu , ustaz yang tuan rumah tu panggil , buang makhluk tu dekat pokok jambu yang tak jauh dari rumah tu dimana dia berada dekat hujung lorong kami dan laluan keluar masuk dari rumah teres ni .

Budak ni takdelah mengacau sangat , tapi dia suka kacau budak budak dekat area perumahan kami ni disebabkan dia seronok ada kawan , dan malam yang dia ikut kami , dia tengah bermain “ depan rumah jiran kami , lalu ternampak kami dan mengikuti kami .

Jadi sesiapa yang lalu lalang jalan pintu masuk rumah kami akan ada yang terserempak dengan dia , ada juga jiran kami , dia bekerja sebagai pemandu van sekolah , jadi waktu malam ni dia akan check van dia sama ada dalam keadaan okay atau tak , malam waktu dia nak balik ke rumah , dalam pukul 10 malam , dia ternampak seorang budak perempuan , dalam keadaan sedih dan monyok duduk di sebelah pokok jambu tu , dia bagitahu penduduk area situ “kenapa sara duduk sorang sorang dekat jalan gelap ni bahayalah” sara tu anak jiran kami , umur dalam lingkungan 5 , 6 tahun waktu tu , tapi jiran kami bagitahu , sara ada dekat rumah waktu tu , yelah dah malam kan bahaya mak bapak nak bagi anak kecil keluar waktu macam tu .
Banyak lagi cerita tentang area perumahan kami ni nanti lah aku cerita lagi , sekian , terima kasih .

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Tasya Hisyam
Rating Pembaca
[Total: 73 Average: 3.2]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.