BUKIT GRIK

BUKIT GRIK

Salam semua…
Ni kisah aku semasa di Bukit Grik. Nama aku Joe Besut. Masa ni aku masih belajar di Kedah pada Tahun 2010. Kami pelajar dari besut selalu nya akan balik kampung 4 kali setahun dengan menunggang motosikal.
Dipendekkan cerita, minggu tu adalah minggu belajar sendiri sebelum menduduki peperiksaan semester. Setelah selesai menonton perlawanan bola sepak liga juara-juara dalam pukul 5 am. Aku dan Mirul membuat keputusan balik ke kampung. Macam biasa la, kami siap2 kemas barang untuk pulang ke Besut menunggang RXZ sorang satu.

Kami pun bertolak macam biasa, selalu kami hanya singgah berehat di stesen minyak untuk mengisi minyak dan menghisap rokok. Entah kenapa, semasa aku singgah di stesen minyak terakhir sebelum mendaki Bukit Grik terasa seram sejuk. Tapi aku buat bodoh je kan masa tu waktu pagi memang la sejuk.

Kami pun mendaki Bukit Grik, jalan yang sunyi sepi , tiada sebarang kenderaan membuatkan kami seronok melayan lap or corner. Tetiba aku perasan satu lembaga yang amat besar berada jauh dihadapan. Aku pernah dengar orang cerita jumpa gajah di Bukit Grik, tapi setakat pengalaman aku tidak pernah berjumpa pun. Jadi kami perlahankan RXZ supaya lembaga tu hilang dari pandangan. Setelah semua ye ok, kami kembali mendaki dan Mirul mengajak aku berhenti di Hentian Rehat Titiwangsa. Kami hisap rokok sambil melihat pemandangan yang indah.

Masa tu aku dan Mirul tidak sebut atau bincang lembaga tadi. Tetiba bau wangi menusuk hidungku, aku mencari sumber bau wangi tu. Aku melihat Mirul dah hidupkan enjin motor. Ak pun ikot je la.
Masa turun Bukit Grik bau wangi telah hilang tapi didatangi bau busuk pula. Masa baru terlintas di otak aku macam2. Hantu apa yang wangi dan busuk, aku terus berdoa supaya “ ia” tidak tunjukkan diri. MIrul semakin laju, beliau macam orang gila bawak motor aku pun binggung juga. Tengah serabut berfikir rambut berwarna hitam yang panjang menyapu bahu ku. Terus peluh jantan keluar, dada berdegup kenyang. Aku cuba takbir tapi sebarang suara tidak keluar. Aku berani kan diri melihat dari cermin motor. Aku melihat seorang wanita berambut hitam panjang, berbaju serba putih dan “ia” tunduk kebawah jadi aku tidak Nampak wajah nya. Masa tu, aku rasa dada mahu pecah mahu je aku lompat dari motor.

Aku jatuhkan cermin, aku lajukan lagi motor. Aku berharap “ia” tidak perasan bahawa aku sedar akan kehadiran. Ternyata fikiran ku melesit, motor ku semakin perlahan, aku tersa motorku semakin berat, aku cuba jatuhkan gear tapi percubaan aku gagal. Aku pandang ke depan, hanya cahaya merah kecil dari jauh je. Hati ku memaki hamun Mirul tinggalkan aku seorang diri. Aku membaca semua ayat aku ingat tapi kau banyakkan ayat Al-Kursi. Aku rasa sangat meyesal dan sangat takut, aku berharap semua dugaa berlalu dengan cepat. Entah berapa lama, motor ku kembali sempurna dan dapat menunggang selaju yang boleh. Aku langsung tidak menolek kebelakang, setelah sekian lama aku yakin bahawa “ia” tidak pergi. Aku terus laju mengejar motor Mirul tapi langsung tidak kelihatan. Satu suara mengilai menghilangkan kesunyian Bukit Grik. Suara mengilai tu semakin lama semakin jauh.

Akhirnya, Aku sampai di stesen minyak Jeli. Aku melihat muka Mirul pucat lesi, mesti beliau pon terkena ganguan. Rupa-rupanya Mirul sudah melihat baju putih terbang bersama lembaga hitam semasa mendaki Bukit Grik lagi. Masa di Hentian Rehat Titiwangsa beliau juga terdengar suara mengilai dan bau yang teramat busuk. Beliau bergerak laju kerana melihat hantu di belakang motor aku dalam keadaan marah.

Sejak hari itu, kami sudah tidak berani bergerak terlalu awal dan tidak berani untuk menunggang pulang ke kampung hanya berdua.

Sampai disini saja cerita untuk kali ini… Salam jumpa lagi.. Sekian terima kasih..

hantar kisah and : fiksyenshasha.com/submit

joe besut

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “BUKIT GRIK”

  1. Bukit grik ni memang seram. Masa kecil(sekolah rendah) pernah balik kampung belah mak di kelantan, memang kena lalu grik la. Abah ambil keputusan nak gerak dari rumah(sekincan) lebih awal. Awal betul nampaknya. Sampai di hentian rehat (sebelum hentian rehat titiwangsa) memang awal gila. Takda ornag langsung. Dalam pukul 630 mcm tu. Tapi abah tetap stop juga. Sebab memag akan stop situs etiap kali balik kampung ung nak rehatkan enjin abah kata. Tak lama lepas kami sampai, ada lori sampai. Abah sembang2 dengan pemandu lori, pemandu lori tu ada cakap, kalau sampai sini takda orang lagi, lebih baik tak payah stop. Abah tak tunggu lama(lama juga lebih kurang g 30minit kat situ) terus chow. Start dari situ bermula. Saya dgn kakak duduk di belakang. Kakak saya tidur memang dari sebelum sampai hentian tu lagi. Di hentian pun dia masih tidur. Berselimut. Tapi tiba2 saya rasa seram bila tengok dia. Muka dia tiba2 pucat gila. Masatu budak2,x fikir ape la. Kejut dia. Dia hmm hmm ja. Mata terus pejam. Memang x fikir apela. Kereta masa tu memang bau busuk amat. Bau tu dari arah tempat duduk depan. Bila mak saya tarik seatbelt bau makin kuat. Bah dah siap2 cakap diam je, jgn ckp ape2. Sampai kat bukit bunga,abah berhenti. Kat situ bau memang ada lagi. Lama juga abah berhenti kat situ. Lepas dari tu dah takde bau. Dah. ‘dia’ dah turun sama agaknya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.