BUKTI KES KEHILANGAN 6 REMAJA DI HUTAN SIMPAN PAHANG

334567 / FOREST SPIN-OFF
6 NOVEMBER 2017
RAKAMAN DAN BUKTI KES KEHILANGAN 6 REMAJA DI HUTAN SIMPAN PAHANG
HANAWI ARSHAD
……………………ZZZZzzzzzzzz (bunyi kamera terpasang)
“Huh, huh, huh…..”. Hanawi masih termengah-mengah setelah berlari sepanjang hari. Rakan-rakannya, Iqmal, Reza dan Aizan juga sudah terlalu penat. Masing-masing tidak mam;u lagi untuk meneruskan perjalanan, jadi mereka terpaksa berehat disitu. “Rasanya…Kita…jauh lagi tak…dari jalan keluar?”. Soal Reza yang masih lagi penat. Sebenarnya, bukan sahaja penat yang dirasai oleh mereka, malah juga ketakukan. “Aku tak tahu…dengan keadaan hutan yang terlalu tebal ini, apa pun tak nampak. Tapi, rasanya Ashraf mesti dah jumpa jalan keluar”. Balas Aizan. Ya, salah seorang daripada mereka, iaitu Ashraf sudah melarikan dir terlebih dahulu.

“Kalau macam tu, aku akan tengok-tengok jalan keluar. Kamu semua jangan pula pergi jauh dari aku”. Ujar Aizan seraya bangun dari situ. Pada waktu itu, Iqmal yang sedikit risau akan keselamatan rakannya itu cuba menghalangnya. “Wei, kau tak rasa bahaya ke kalau kita berpecah? Aini dah jadi macam tu! Kalau kau..!”. “Janganlah risau! Aku akan selamat. Lagipun aku tinjau keadaan dekat-dekat sini sahaja”. Aizan mencelah kata-kata Iqmal. Setelah itu, Aizan terus beredar, meninggalkan Hanawi, Iqmal dan Reza disitu. “Berani betul si Aizan tu..kita dah penat macam ni, dia masih lagi mahu bergerak”. Ujar Hanawi keseorangan.

Pada masa itu, Reza terlihat wajah Iqmal yang sugul. Beliau hanya tertunduk sahaja selepas perginya Aizan dari situ. Walau bagaimanapun, Reza tahu bahawa Iqmal masih lagi menyalahkan dirinya untuk apa yang berlaku. “Iqmal, sudah-sudah la tu. Nasi sudah menjadi bubur. Dah terlambat dah pun untuk kita lakukan sesuatu untuk Aini”. Kata Reza, menyedarkan Iqmal daripada lamunannya. “T-Tapi…semuanya salah aku…sebab aku, kita sesat dalam hutan ini. Sebab aku juga, Aini…awek aku….”. Iqmal tidak mampu lagi meneruskan ayatnya, dek kerana terlalu sedih selepas apa yang berlaku. Reza hanya dapat menepuk bahu rakannya itu, tanda sokongan moral padanya.

Tidak lama selepas itu, Aizan pulang daripada pencariannya. Daripada riak wajahnya, sudah pasti Aizan sudah menemui sesuatu yang menggembirakan. “Wei!! Aku dah jumpa sesuatu! Cepat ikut aku!” Laung Aizan. Setelah itu, mereka terus mengikut hala tuju Aizan. “Aizan, kau dah jumpa jalan keluar ke?”. Soal Hanawi kepada Aizan. Walau bagaimanapun, Aizan menggelengkan kepalanya seraya berkata “Aku tak jumpa lagi. Tetapi, aku jumpa sesuatu yang dekat dengan jalan keluar”. Balas Aizan. Selepas beberapa perjalanan, mereka menemui sebuah bukit.

“Eh, macam aku kenal bukit ini…ini kan…”. “Ya, bukit yang kita nampak selepas beberapa belas minit kita memasuki hutan ini”. Aizan mencelah kata-kata Iqmal sekali lagi. Mereka yang lain juga bersetuju. “Tapi, apa kaitannya? Bukan kita jumpa jalan keluar pun!”. Reza menyindir Aizan. “Ya, memang aku tak jumpa lagi jalan keluar. Tetapi, dengan penemuan bukit ini, maksudnya kita dah dekat dengan jalan keluar!”. Balas Aizan semula, membuatkan Reza terus malu akan sindirannya sebelum ini. “Betul juga. Masa kita nampak bukit ini, kita sudah beberapa ratus meter daripada jalan masuk ke hutan ini. Kalau kedudukan bukit dari pandangan kita macam ini, maksudnya kita perlu bergerak ke utara!”.
Ujar Hanawi dengan lebih terperinci. Mereka yang lain mengangguk bersama-sama. Tiada pilihan lain, mereka terpaksa meneruskan perjalanan untuk keluar dari hutan puaka tersebut. Dalam perjalanan, mereka ada sesekali terdengar bunyi semak bergoyang, membuatkan mereka mula berdebaran. “Wei, korang rasa itu…”. “SSSHHHH!! Jangan cakap apa-apa”. Balas Reza, memotong pernyataan Hanawi. Setelah beberapa ketika kemudian, mereka terlihat sebujur tubuh yang terbaring diatas tanah. Tubuh yang cukup mereka kenali.

“Ashraf!!”. Laung Aizan selepas mengenali tubuh tersebut. Ya, Ashraf, rakan mereka yang cuba melarikan diri terlebih dahulu.

Mereka terus menghampiri tubuh rakan mereka yang masih tidak bergerak itu. Apabila memeriksa tubuh Ashraf, Iqmal sudah tahu bahawa Ashraf sudah mati. “…Dah terlambat..dia dah mati 3 jam yang lalu”. Ujar Iqmal dengan perlahan. Mereka yang lain sudah terdiam. Iqmal terus memeriksa mayat rakannya itu, dan beliau menemui satu luka yang besar pada perut Ashraf itu. luka itu seperti berbentuk cakaran binatang buas. “Eh, kejap..luka ni…”. Kata Iqmal didalam fikirannya. Pada masa itu, semak semakin bergoyang, dan kedengaran suara garau berdesir.
“Gggrrrrrrr….”. berbunyi begitu.
Mereka yang ada disitu mula berdebar kembali. “Wei, aku rasa kita kena pergi dari sini. Aku rasa DIA yang bunuh Ashraf!”. Kata Aizan. Ketika mereka mengambil beberapa langkah kebelakang, muncul satu perangkap pada kaki Reza, menyebabkan kaki Reza tersusuk dengan kayu pada perangkap itu. “Argghhh!!!!”. Laung Reza kesakitan. Hanawi cuba membantu beliau, namun selepas terlihat kelibat bayang pada semak yang ada didepan mereka, mereka terus bersembunyi, meninggalkan Reza disitu.
“Woi!! Korang nak…!!”. Belum sempat Reza menghabiskan ayatnya, muncul seorang wanita didepannya. Mulutnya berbuih dan berair, matanya berwarna merah bernyala, serta kukunya yang panjang! Reza yang terlihat wanita itu, cuba melepaskan dirinya. Akan tetapi usahanya hanyalah sia-sia sahaja. “CELAKA!!!!TAK GUNA!!!”. Jerit Reza. Wanita itu terus menghampiri Reza dengan aura membunuhnya. “A-Aini…aku tahu..kau masih disitu…tolong Aini…jangan…”. Pinta Reza pada wanita bernama Aini itu. Ya, Aini. Salah seorang daripada mereka, yang dikatakan oleh Iqmal sebelum ini. Apabila diamati dengan menggunakan kameranya, Hanawi dapat melihat dengan jelas, bahawa wajah Aini sekarang ini telah bertukar menjadi separuh rakasa berupa Harimau!

“Oh alamak…dia dah jauh bertukar..”. Kata Aizan dengan perlahan. Iqmal pula terdiam disitu. Pada masa itu, dalam masa sesaat, satu cakaran yang pantas dilakukan oleh Aini kepada wajah Reza! Habis darah terus terpecik dari tubuh Reza! “ARRRRGGHHHHHH!!!!”. Jerit Aini dengan suara raksasa. Setelah itu, dia terus menerkam dan memakan tubuh Reza dengan rakus. Mereka yang lain cuba melarikan diri, namun Aini menyedari kehadiran mereka disitu selepas Iqmal terpijak ranting. “Lari!!!”. Jerit Aizan. Apa lagi, mereka terus melarikan diri. Walau bagaimanapun, keadaan hutan yang sesak, ditambah pula dengan ketakutan mereka yang tinggi ketika itu, menyebabkan mereka terpisah antara satu sama lain.
“Alamak!! Iqmal!! Aizan!!!”. Jerit Hanawi seorang diri. Pergerakan kameranya semakin tidak fokus. Pada masa itu, Aini terus menerkam laju kearah Hanawi. “Warghh!! Laung Hanawi ketakutan. Aini terus dan terus cuba menggigit lehernya. Sementara Hanawi mula redha akan kematiannya, Aizan tiba dan terus menikam Aini dengan sebatang kayu yang tajam. “Cepat bangun!”. Arah Aizan kepada Hanawi. Apa lagi, melihat Aini yang masih tidak mati itu, mereka terus melarikan diri……………………………………………………
ZZZzz…(bunyi kamera terbuka)
Aizan, Reza, Hanawi, Ashraf, serta pasangan kekasih Iqmal dan Aini tiba di sebuah hutan simpan yang berada di Pahang. Selepas menurun beg-beg mereka, mereka terus bergerak dari situ. “Jom lah! Tak sabar aku nak hiking!”. Ujar Reza kegembiraan. Hanawi pula merakam Iqmal dan Aini yang sedang bermesraan ketika itu. “Wei, rakam tempat lain lah!”. Marah Aini yang terlihat perbuatan Hanawi.
Zzzzzzz….(bunyi kamera terbuka)
“Cepatlah panjat!”. Arah Aizan kepada Hanawi. Mereka ketika itu bersembunyi diatas sebuah pokok besar. Masih termengah-mengah selepas melarikan diri daripada rakan mereka yang kini bertukar menjadi raksasa buas, Aizan terus tersandar pada pokok itu. “Huh..Huh..Huh…Tak sangka…Aini…telah bertukar sebegitu rupa!”. Ujar Aizan yang masih lagi kepenatan. Mereka juga masih teringat akan kematian Reza yang baru saja berlaku. Walaupun mereka agak jauh daripada kedudukan Reza ketika bersembunyi, namun bau darah rakannya itu masih melekat pada hidung Aizan.

“Tu la pasal…perkara apa yang mereka sudah lakukan dekat pondok itu? Ritual? Pemujaan?”. Soal Hanawi kepada Aizan. Aizan walau bagaimanapun masih mendiamkan diri. Ini kerana, beliau juga tidak tahu untuk menjawab persoalan rakannya itu. “Apa-apa pun…kita cuba bertahan disini. Jika keadaan sudah tenang, baru kita akan memulakan perjalanan semula”. Ujar Aizan. Hanawi mengangguk perlahan.

“Aizan!! Hanawi!!!”.
Laung seseorang dari jauh. Menggunakan kamerany untuk ‘zoom’, Hanawi terlihat Iqmal yang juga berada diatas pokok. Walau bagaimanapun, kedudukan mereka agak jauh daripada satu sama lain. “Wei!! Aku dah jumpa kereta kita!!!”. Jerit Iqmal. Walaupun dia sedar bahawa perbuatannya akan menyebabkan kedudukannya terdedah, tetapi dia terpaksa melakukan kerana jarak dia dan 2 orang rakannya agak jauh. Aizan dan Hanawi terus melihat kenderaan mereka dan ya, mereka terlihat kereta milik Aizan. “Cantik! Kereta aku tak jauh dari sini! Wei, jom kita……….!!!”. sebelum sempat Aizan memberitahu Iqmal untuk menuju ke kereta miliknya, beliau dan Hanawi terlihat kelibat Aini dibelakang Iqmal.

Tidak sempat untuk Iqmal berbuat apa-apa, Aini terus menikam perut Iqmal, sebelum membaham tubuh Iqmal. Tiada pilihan lain lagi, mengharapkan nasib untuk tiba di kereta dengan keadaan selamat, Aizan dan Hanawi terus turun dan melarikan diri. “Kita berpecah! Sekurang-kurangnya salah seorang daripada kita akan selamat dan memberitahu pihak berkuasa!”. Ujar Aizan seraya menyerahkan kunci pendua keretanya kepada Hanawi, sebelum berpecah. Hanawi terus dan terus melarikan diri, sebelum terdengar jeritan Aizan. Menyedari nasib rakannya itu, Hanawi terus menambah kelajuan lariannya, walaupun dia sendiri sudah tiada tenaga lagi.

“Alamak..alamak…oh tuhan…!!”. ujar Hanawi ketakutan. Berlari dan terus berlari, usaha Hanawi akhirnya berjaya, beliau tiba di jalan keluar. Namun, nasibnya belum selamat jika beliau tidak beredar dari situ. “Sikit saja..lagi!”. Ujar Hanawi. Beliau akhirnya berjaya tiba di kereta milik Aizan selepas beberapa ketika. Tiada masa lagi, Hanawi meletakkan kameranya dan mengeluarkan kunci kereta. Walau bagaimanapun, saat ketika dia mahu membuka pintu kereta, satu raksasa muncul dibelakang Hanawi. Raksasa yang besarnya 2 kali ganda dari Hanawi. Hanawi bertoleh kebelakang dengan perlahan. Beliau tahu dan sedar, tiada ruang untuk beliau lari lagi.
“Gggrrrrr…”. ngaum perlahan raksasa itu.

Pada waktu itu, Hanawi melihat Aini yang kini 100 peratus bertukar menjadi raksasa harimau. Atau, lebih tepat lagi, HARIMAU JADIAN! Peluh terus membasahi wajah Hanawi. “Oh alamak…”. Kata Hanawi perlahan, sebelum beliau diheret kedalam hutan. Kameranya juga terjatuh selepas diheret. “TIDAKKKKKK……!!!!!”. Jerit Hanawi ketakutan, sebelum suaranya terus lenyap didalam hutan yang tebal itu……..
……..
……..
ZZZzzz….(bunyi kamera terbuka)
“Wei, aku jumpa sesuatu!!”. Panggil Aizan yang agak jauh dari mereka. Apabila tiba disitu, merek melihat sebuah pondok yang diperbuat daripada kayu. “Siapa pula yang buat pondok ini? Setahu aku, Miss Shakila tak bagitahu apa-apa mengenai pondok ini”. Hairan Reza. Mereka mula memeriksa pondok tersebut, sementara Iqmal, Aini dan Hanawi terjumpa beberapa arca dan patung berupa harimau, berserta beberapa lilin disitu. “Apa ini? Pemujaan?”. Hairan Hanawi, sebelum Aini dan Iqmal menendang peralatan tersebut. Habis patah patung-patung harimau itu. “Hei! Korang buat apa?! Mana tahu ini alat-alat pemujaan atau jampi!”. Hanawi terus menegur perbuatan pasangan kekasih itu. namun, Aini tergelak seraya berkata
“Jangan lah risau! Bukannya ada berlaku apa-apa pun!” Ujar Aini, sebelum bayangan harimau muncul pada kamera itu……..

Tamat

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zul Hafiq
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

40 comments

  1. Alhamdulillah aku dapat masuk juga story writer ni.. best idea ni kipidap👍
    Kepada yang tak faham lagi mengutuk tu korang tulis pastu hantarlah story di sini kami pula yang nilai😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.