Buku Nota H311

》BUKU NOTA H311《

“Tangkap gambar terakhir anda bersama kesemua rakan yang ada dengan awak.”

Itulah cabaran tugasan terakhir yg Aina kena buat dalam permainan ‘Buku Nota H311’. Mencari dan mengumpul kesemua rakan camping dan bergambar. Permainannya mudah aja. Gambar yg usai ditangkap kamera apa sekalipun mestilah harus dicuci dan dijadikan gambar. Tak susah manalah! Kata si Aina.

Tapi, tugasan ini ada penaltinya jikalau gagal;
[Sekiranya satu ahli dalam gambar tersebut terkurang sebagaimana si dia mula2 bergambar dengan rakannya tadi mengikut bilangan asal, maka dia akan dikenakan denda!]
>Translation: kalau si dia bergambar dengan 7 org kawannya tapi dalam gambar cuma ada 6 orang maka dia akan dikenakan denda. ‘Begitu juga Vice-versa’.

Aina mulakan pencarian tujuh rakan campingnya; Sara, Mia, Kat, Ally, Lina, Al & Luna. Daripada air terjun tempat si Aina bermandi manda tadi, dia mula berjalan menyusur denai-denai hutan menuju semula ke tapak khemahnya. Sambil meneruskan perjalanan, dia mengunyah sekeping roti sambil mengamati keadaan sekeliling. Nyamannya cuaca hari itu. Ditemani cahaya terik memancar dari langit sehingga ke lantai hutan, dikelilingi pokok tirus ala-ala pokok krismas yg jarang2 jaraknya, ditemani kicauan burung di hutan, bertemankan dua buah bukit biru berkembar didepan mata, daun Maple yg berguguran menyambut setiap perjalanannya, Ah! Cukup mengasyikkan.

Kira2 setelah dalam 20 minit menapak, Aina berhenti di satu tempat. Dia melabuhkan punggungnya disuatu batu besar yg tidak jauh daripada tempat dia berhenti. Setelah duduk, Aina mengeluarkan sebiji kompas elektronik buatan Jepun dari beg kantungnya. Jarinya rancak menekan-menekan screen kompas. Dia lihat bacaan jarak ke tempat khemahnya pada screen. 3 Kilometer. Tak jauh dah tu! Dia meneruskan semula perjalanannya selepas habis berehat seminit dua di atas batu tadi. Dalam perjalanannya ke arah kem, dia terserempak dengan satu tiang berupa “Obelisk” (Kalau nk tau obelsik tu mende silalah google) yg berdiri tersorok dicelahan tiga pohon renek yang rendang sewaktu dia berpaling ke arah kanan. Ternampak disitu ada satu lakaran nombor bercampur simbol pada pandangan muka tiang batu tersebut. ♤6.7.7.6♤
Apa yg dimaksudkan dengan 6.7.7.6 tu? Ah, masa bodoh! Aina tetap meneruskan perjalanan dengan gigih.

Dia selamat tiba di tapak perkhemahannya kira2 jam 6.30 petang. Kelihatan si Sara, Mia, Kat, Ally & Lina sedang sibuk menguruskan masak-masak ditengah keliling khemah masing2. Dapur yg diperbuat drpd unggunan ranting kayu & batu-batan hutan amat menyelesakan kerja memasak mereka. Itupun mereka semua dirikan dapur tersebut secara ala kadar saja. Aina mula menyapa mereka semua. Sara & Mia aja yg datang menyambut Aina. Yg 3 lagi kusyuk menyiapkan sajian malam.
“Al dengan Luna mana?” Tanya si Aina
“Entahlah Aina. Aku dgn budak2 ni semua dari tadi duduk menunggu kelibat dua org tu.” Balas si Sara.
“Tapi cerita si Ally tadi, Al dgn Luna ada bagitau kt Lina yg diaorang berdua nak follow ko pergi mandi air terjun yg dekat kaki bukit ko daki tadi petang tu. So dieorang dua jalan terus lepas ko menghilang 30 minit” Kata si Mia.

“So mcm mana ni Na, Sara?” “Kita jumpa dengan girls2 tu dulu lepas tu kita suruh girls2 ni siap2 bawak lampu suluh, pisau, air botol, then kita start gerak berkumpulan” Ujar Aina.

Aina, Sara & Mia berjalan ke dapur khemah dan memanggil Kat, Ally & Lina. Lalu, Aina tanpa banyak berkata terus mengarahkan mereka bertiga supaya bersiap dgn beg galas masing2. Mulanya si Kat x faham apa yg berlaku dan dia pun persoalkanlah si Aina ni. Aina tegah Kat balik. Maka, bertekaklah kejap diantara Aina & Kat tapi pantas ditamatkan oleh rakan mereka berdua. “Sudahlah sudahlah… takpe, Kat ko siapkan aja apa yg Aina pesan tadi. Dapur tu kita tinggalkan dulu. Nanti kita sambung balik masak”. Kata si Sara. “Haa yelah!” Maka fahamlah mereka semua akhirnya yg Aina mahukan mereka berlima teman Aina masuk hutan utk mencari Al & Luna setelah dijelaskan sendiri oleh Aina.

Perjalanan dimulakan.

“Jarum dah tunjuk 7.30 wei, hari dah gelap, kemana ko nak ajak kiteorg semua pegi sebenarnya ni wei?!” Kat mula memecahkan kesunyian di hening malam.
“Ala please la jgn tanya byk. Kita just diam and jalan. That’s it”
“K fine. Aku diam. Tapi kalo apa2 jadi kat aku memang teruk kau aku ‘api2kan’!” Diam jugak akhirnya Si Kat. Dalam perjalanan mereka semua hendak menuju ke checkpoint “-tiang obelisk batu”, mereka berenam dikejutkan dengan satu ngauam harimau. Harimau? Apalagi, terdiam kaku sekejap mereka semua. Si Sara & Ally dah mula nak menjerit & menangis tapi mereka sempat mententeramkan diri mereka apabila Aina, Mia, Lina dan Kat menunjukkan isyarat telunjuk di bibir. Bayangkanlah, siapa yg tak takut kalau dia harus diperdengarkan ngauman Pak Rimau betul2 di depannya sendiri. Usai berdiam diri, mereka meneruskan semula perjalanan secara senyap-senyap. Fuh, mujurlah ngauam cuma sekali. Setibanya mereka di pertengahan jalan yg mendatar, kini mereka harus mula meredah jalan menuram naik. Ya, jalan mendaki. Perjalanan kali ini sukar sikit disebakan terpaksa meredah jalan yg berlecak & berserabut dgn akar pokok yg menjalar.

“Urhhh”… satu suara garau mendayu menyapa disebelah telinga Kat sewaktu Kat sedang meredah akar menjalar di hadapannya. Sekali Kat pusing, Ya Allah! Ada lembaga berupa lelaki tua tetapi bertaring panjang dan mata tersembul berdarah disebelah Kat rupanya! Kat menjerit sekuat hati sambil menekup mukanya. Aina dan yg lain2 terhenti sekejap lalu berpatah kebelakang mendapatkan Kat. Mereka semua terserempak dengan ‘lembaga’ tersebut. Lembaga itu makin lama makin merapatkan mukanya yg hodoh kearah tangan Kat yg sedang menekup muka. Aina dan Mia mengagahkan diri mereka yg tak seberapa dengan membaca ayat Kursi sehingga habis manakala Sara, Ally dan Lina tercegat kaku. Pembacaan ayat Kursi diusulkan sebanyak 3 kali berselang dengan takbir Azan. Lembaga yg cuba nak menerkam Kat lesap secara tiba2. Malangnya, Kat telah pitam ditengah2 perjalanan. Lebih memalangkan lagi apabila Sara dan Mia, menyatakan hasrat untuk membatalkan pencarian Al & Luna, maka Aina mula jadi tidak keruan. Aina berusaha sedaya upaya memujuk mereka semua supaya teman dia mencari Al & Luna akan tapi Sara dan Mia tetap menegaskan yg mereka tidak lagi mahu meneruskan ekspidisi pencarian Al & Luna. Akhirnya, Sara, Mia, Lina, Ally dan Mia memutuskan yg mereka hendak pulang semula ke tapak khemah mereka lalu mereka meminta izin untuk beredar dari situ sambil mengendong Kat bersama. Aina terpaksa akur. Dia merelakan jua pemergian kawannya itu. Maka pulanglah sekawan berenam tersebut. Tinggallah Aina seorang diri di tengah rimba hutan yg gelap.

Dengan berbekalkan cahaya sinaran bulan yg terang dan bintang2 berkelipan di atas langit, Aina gigih meredah alur liku dihadapannya. Sambil berjalan, mulutnya tidak lekang terkumat-kamit membaca ayat Kursi dan berdoa tanpa putus-putus agar Allah menyelamatkan dirinya drpd ‘tajam duri’ hutan ini. Lebih kurang setengah jalan berjalan, dia tiba di perkarangan checkpoint ‘Menara batu obelisk’. Tidak semena-mena keletihan Aina telah bertukar menjadi satu kegembiraan beaar buat Aina. Masakan tidak, Aina betul2 terserempak Al & Luna berpelukan antara satu sama lain didepan tiang batu itu. Aina tergesa-gesa berlari kearah mereka sambil memanggil2 nama mereka. Al & Luna berasa teruja apabila terdebgar suara Aina memanggil nama mereka. Aina berpeluk-peluk dengan Al dan Luna. Begitu juga dengan Al dan Luna. Luna dan Al menangis menggigil ketakutan namun Aina mententeramkan mereka berdua. Tanpa bercerita panjang, Aina membawa mereka berdua beredar dari menara batu itu. Perjalanan masih diteruskan. Sambil berjalan sambil itulah Aina bertungkus-lumus menenangkan Luna dan Al daripada menggigil ketakutan. Akhirnya, Luna mula memecahkan keheningan diantara mereka bertiga. Sambil berjalan menurun denai berliku, Luna bercerita tentang kisah dia dan Al. Kata si Luna, mereka berdua tadi mulanya berniat nak ikut Si Aina pergi mandi sekali di kaki bukit tersebut tapi Aina terlebih dulu meninggalkan mereka. Maka, mereka berdua mengambil keputusan utk pergi juga kesana tanpa mengajak yg lain-lain. Masa mereka dalam perjalanan menuju ketempat Aina ‘bersiram’, mereka terserempak dengan menara batu sepertimana yg dilihat mereka bertiga awal-awal tadi. Mereka berasa pelik apabila mereka terserempak Aina sedang duduk berpeluk lutut sambil membungkam muka. Lalu mereka berdua pun datang menghampiri ‘Aina’ yg konon-kononnya mcm lah Aina yg real. Ye lah, terjumpa Aina terduduk membungkam didepan tiang batu ditengah hutan belantara jadi mestilah pelik kan! Masa Al baru nak buka mulut tiba-tiba mereka berdua terasa silau menerik tak semena-mena. Segala pemandangan menjadi putih. Tak nampak apa pun di depan mata. Agak lama mereka terperangkap di dalam dunia silauan dan akhirnya mereka terbebas apabila Aina menjumpai Al dan Luna sepertimana diterangkan oleh Luna dari permulaan cerita.

Sedang mereka bertiga meredah alur jalan yg berlubang, muncullah perempuan berbaju putih yg terbang dari belakang mereka dan turun betul2 sederet dengan muka Aina, Luna & Al. Rupanya agak menyeramkan. Rambut ikal mayang bersulamkan mata merah yg terjojol sebelah serta gigi bertaring sampai mencecah paras dada. Makin lama ‘Perempuan’ tersebut semakin maju rapat hampir kemuka Aina. “Hei Aina! Kau pulangkan Al aku balik!!! Kalau tak aku ganggu korg bertiga!”
Aina buat tak endah dengan permintaan ‘perempuan’ tadi. Dengan keberanian yg ibarat suam-suam kuku, Aina melawan pontianak tersebut dengan ayat Kursi, Luna turut ikut sama sekali walaupun dia tengah menggigil seraut badan. Al hanya menangis dan menangis ketakutan. Berentaplah diantara Aina, Luna & Pontianak selamat berpuluh minit. Akhirnya, pontianak tersebut terbang lari menjerit kesakitan sambil sempat berkata “Kau akan tau nanti GANJARAN kau!”.
Letih, sakit, takut, sayu, sedih, menangis semuanya bertandang sekali di kotak hati kami. Alhamdulillah. Aina, Luna & Al akhirnya selamat tiba di tapak perkhemahan masing2 setelah hampir sejam meredah dalam kepenatan serta ketakutan. Keluarlah kelima-lima rakan yg ada di khemah tersebut dan menerpa Aina, Luna dan Al. Betapa girangnya hati sekawan itu. Betapa indahnya pertemuan pada malam itu… Oh Tuhan… sungguh bermaknanya malam ini buat Aina dan rakan-rakan!

“》Tangkap gambar terakhir anda bersama kesemua rakan yang ada dengan awak.”

Ya, Permainan ‘H3ll’ masih lagi berjalan! Ianya harus ditamatkan! Aina dengan tergesa-gesanya mengarahkan kesemua rakan mereka berbaris. Lalu, Aina mengeluarkan kamera polaroid yg diambil daripada beg galasnya.
“Cheese!”
Berakhirlah sudah tugasan terakhir Aina sepertimana yg dipinta oleh ‘Buku Nota H311’.
Gambar polaroid yg ditangkap Aina tadi segera dilekatkan ke dalam ‘Buku H311’. “Semuanya ada”. Ujar Aina.

Selesai makan berjemaah, masing2 mengambil keputusan utk merebahkan diri di khemah masing2. Aina masuk kedalam khemahnya. Sambil baring, dia merenung ‘Last Mission’ pada buku H311 miliknya. Ditenungnya gambar yg ditangkap, kelihatan semuanya ceria kecuali Si Al. Entahlah. Tak apa. Janji tugasan H311 aku dah tamatkan. Aina tidur.

Keesokan paginya, semua telah bersiap mengemas barang masing2. Semua kelihatan riang dan bersemangat kecuali Al. Barangkali mungkin trauma semalamnya beluh surut lagi. Dengan sekali lafaz, mereka semua akhirnya meninggalkan Taman Hutan itu secara rasminya dengan menaiki van sewa Aina. Kenangan tinggal kenangan. Semua sudah pulang kepangkuan keluarga masing2.

Aina sedang sibuk mengemas barang di biliknya apabila pada waktu Malam itu dia menerima panggilan daripada Emak Si Al. Mak Si Al memaklumkan Aina bahawa Aina telah meninggal dunia di dalam biliknya semasa emak Si Al masuk kebilik Al. Jasad Al telahpun selamat dikebumikan di kawasan perkuburan taman perumahannya. Innalillah Wainnalillah Hirajiun. Tak semena-mena air mata Aina bercucuran dilantai. Aina menangis dan meraung2. Tidak tahu apa yg harus Aina lakukan.

Peraturan permainan yg ke-50:
‘Sekiranya satu ahli dalam gambar tersebut terkurang sebagaimana si dia mula2 bergambar dengan rakannya tadi mengikut bilangan asal, maka dia akan dikenakan denda!]
>Translation: kalau si dia bergambar dengan 7 org kawannya tapi dalam gambar cuma ada 6 orang maka dia akan dikenakan denda. ‘Begitu juga Vice-versa’

Aina teringat semula akan peraturan utk permainannya yg terakhir! Tapi semuanya sudah terlambat! Sebelum Aina sempat menutup ‘Buku Nota H311’ kepunyaannya, tiba-tiba ada satu suara ‘berdehem’ di belakangnya. Sekali dia menoleh… Muncullah ‘Pontianak’ yg dia terserempak semalam didepan mukanya!!!

Maka… tamatlah riwayat seorang puteri yang bernama “AINA” pada malam itu juga!

‘Buku H311’ terbuka dengan sendirinya lalu ia terselak dengan sendirinya di halaman yang terakhir. Permainan yg ke-50. Sekeping gambar kenangan yg ditangkap oleh arwah Aini bergerak dengan sendirinya ke tangan kanan mayat Aini. Didalam gambar itu, wajah arwah Al yang suram tiba-tiba tersenyum manis!

》Tamat《

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Abang AG
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

37 comments

  1. ape yg ko mengarut dlm karangan ni weyyy???????????????????????
    ni kalau buat karangan darjah 6 ni, xtahu nk bg berapa markah.

    1. jangan la hina writer punya writing , tegur elok elok sudahlah . MAKBAPAK TAK AJAR EH? just asking

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.