Busung

Aku pembaca tegar FS. Entah kenapa harini hati aku terusik untuk menulis pengalaman aku sendiri. Mengimbau kembali kejadian yang sentiasa segar dalam minda aku sejak 15tahun yang lalu.

Melaka, 2003.

Mak Ogy mak cik kesayanganku. Mak cik yang paling rapat denganku memandangkan perwatakkannya yang agak ganas dan lincah seperti ku membuatkan kami rapat. Kehidupannya sempurna dimataku. Punya suami yang penyayang. Anak lelaki (Luq) yang bijak dan agak manja mungkin kerana jarak usia Luq dan adiknya yang agak jauh. Actually, Mak Ogy pun tak sangka bersalin lagi selepas Luq. Semuanya biasa- biasa sahaja sehinggalah Jun 2003. Secara tiba- tiba Mak Ogy jatuh sakit. Bermula dari demam kemudian beralih kepada sakit perut. Dari cuti sakit sehinggalah terpaksa berhenti kerja. Dari klinik swasta hingga hospital kerajaan. Bermacam- macam kaedah digunakan tapi masih tak dapat mengenal pasti sakit yang Mak Ogy alami. Apa yang pasti hari ke hari perut Mak Ogy semakin membesar. Doktor tebuk tapi yang keluar hanya air dan perut masih malah makin membengkak. Mak Ogy masih biasa-biasa hanya menanggung sakit. Kurus kering mencengkung hanya perut ibarat mengandung 9 bulan.

Atas saranan pihak hospital sendiri kami sekeluarga membawa Mak Ogy balik kerana mereka buntu memikirkan penyelesaian sakit Mak Ogy. Perbincangan keluarga sepakat untuk menggunakan kaedah perubatan islam. Di sini segalannya terhurai. Sebelum ini Mak Ogy hanya menahan sakit tapi sejak Ustaz dipanggil untuk mengubatinya, dia mula meracau-racau. Akhirnya suami Mak Ogy membuka cerita. Satu hari Mak Ogy tanpa sengaja memarahi anak jirannya kerana membuang sampah (plastik snek) ke laman rumahnya. Mungkin kerana perkara tersebut telah banyak kali berlaku. dan dia hilang sabar pada hari itu. Antara yang keluar dari mulut Mak Ogy “dasar anak orang asli”. Untuk pengetahuan, jiran Mak Ogy ialah guru yang berkahwin dengan wanita orang asli. Seminggu selepas kejadian tersebut, Mak Ogy ada memberitahu suaminya tentang dia bermimpi seolah-olah ada lembaga hitam yang cuba masuk kedalam mulutnya.

Berbalik kepada Ustaz yang mengubati Mak Ogy, pelbagai kaedah yang digunakan. Antaranya, menggunakan telur ayam kampung. Bila dipecahkan, telur tu berdarah. Tapi sakit masih tak berkurang. Dipanggil pula Ustaz kedua, menggunakan lendir batang betik, lendir disapu atas perut, bertukar menjadi darah. Tapi masih tidak sembuh jugak. Dan bermacam- macam lagi cara lain. Bermacam- macam ustaz dipanggil. Mak Ogy makin tak kenal orang. Meracau tak tentu pasal. Pernah sekali bomoh (kaedah yang digunakan agak tahyul) dipanggil untuk mengubati Mak Ogy. Malam tu rumah kami ibarat dilanda taufan. Angin bertiup kencang. Zink rumah ibarat dipijak-pijak. Tapi Mak Ogy semakin nazak. Sehinggalah kami berjumpa seorang ustaz, beliau menyarankan kami berubat dengan tok batin perkampungan orang asli. Kerana katanya benda tu berasal dari kaum tersebut. Setelah mencari perkampungan orang asli yang terdekat, kami bertolak selepas isyak. Dugaan malam tu lebih hebat. Perjalanan kami diuji dengan hujan lebat kilat sambung menyambung. Kuasa Allah swt, sesampainya kami dirumah tok batin tersebut, hujan turun serta merta.

Tok batin yang melihat Mak Ogy hanya menggeleng kepala. Ayat yang sangat sayu yang aku ingat sampai ke hari in, “terlambat kamu membawa dia berubat”. Menurut tok batin, apa yang dihantar kepada Mak Ogy, memang ingin dibuat sampai mati. Tok Batin tu kebelakang rumah. Dia kembali dengan seulas herba (bentuk seperti halia). Disuruh buat rebus dan minum. Dia cakap hanya mampu bantu apa yang patut sahaja selebihnya kepada tuhan berharap.

Aku ingat lagi, jumaat tu. Tiba- tiba pagi tu Mak Ogy suruh kami tadah air. Dia suruh tadah air banyak- banyak. Dia cakap nanti tak ada air. Zohor tu dia mintak nak solat. Kami terkejut tapi kami tunaikan. (Im crying while typing this part)!! Kami teman dia angkat wuduk. Pakaikan telekung. Dia mampu solat berdiri. Dia suruh ingatkan kalau dia terleka dalam solatnya. Meruntun hati mendengar bacaan doanya. Setiap bait-bait kemaafan yang dia pohon pada Penciptanya. Seusai solat, dia bangun untuk buka telekung, secara tiba- tiba dia hampi rebah. Mak Ogy cakap ada ular sawa besar dalam bilik tu. Kami tenangkan. Kemudian dia pesan, apapun jadi, anak-anak dia jangan pisahkan. Kami dah start tak sedap hati. Dia minta tidur atas katil arwah mak dan ayah dia. And finally after 6month menanggung sakit Mak Ogy pergi tinggalkan kami. The best part is, masa nak mandikan jenazah, kami guna air yang kami tadah banyak- banyak pagi tadi. Melaka tak ada air out of sudden. MasyaAllah.

Ajal maut ditangan Allah swt. Sakit mungkin penyebab yang pasti ajal dah ditetapkan. Kami sekeluarga redha dengan pemergian Mak Ogy. Tak ada dendam. Behati- hati bila berkata terutamanya dalam marah dan berbaliklah kepada agama walau dalam apa jua situasi.

Terima Kasih.

I miss you Mak Ogy.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mata Zulaikha

55 comments

  1. assalamualaikum..ayah saya skng terkena buatan org..semua tempat berubat memg dia bgtau kena santau angin..perut ayah besar..lebih dri 20 tempat kami pergi smua dia dihntar oleh bomoh sakai asli..kami ade putuskn untuk pergi cari bomoh asli..tpi kami takut tersalah tempat..sbb ada yg cakap dorg tak kn hapuskn puak dorg..mcm2 ustaz yg kami pergi..klu boleh memg kami nk cari org asli..sbb org yg dengki tu tiba2 bersuara pada org..klu betul dia buat ayah kami..dia cabar mana2 bomoh yang kami pergi pulangkn balik brg2 kt dia…tu yg kami sedih..kami tak menuduh dia..cuma setiap kami pergi rumah berubat..bnde tu akan termasuk dekat mak saya..mak saya akan sebut nma dia sahaja..siap binti sekali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *