CamboDIA

Nama aku T dan aku pernah melancong ke Cambodia pada tahun 2018 dengan seorang best friend aku, H. We just browsed skyscanner.net, serched for ‘everywhere’ and selected for the cheapest return flights. Cambodia adalah negara termurah dalam list. Aku pun fikir “Great. I have a good friend in Cambodia. He always wanted me to visit his country someday. Why not now?” Aku dah terbayang Phnom Penh dan Angkor Wat dah depan mata. Bila aku call kawan aku yang dari Cambodia tu dan bagitahu dia kami nak datang, dia kata “Please do come. Can’t wait!” Nama kawan aku tu B…

Kami plan trip kami tak lama, 5 hari 4 malam je. Style aku bila travel adalah aku tak suka plan terlampau detailed. Aku jenis yang suka go with the flow bila travel dan aku suka surprise and unplanned moments. Kawan aku H pun jenis traveller jugak. Kami belum pernah travel sama-sama sebelum Cambodia trip ni tapi masing-masing ada pengalaman travelling dan pandai adapt dengan situasi. Aku suka travel dengan orang macam ni. Jadi, masa kami plan untuk tempat-tempat yang kami nak visit, kami decide untuk pergi dua cities, Phnom Penh dan Kampot. B tinggal kat Phnom Penh, jadi memang confirm kami akan visit sana. Kampot pulak kampung B.

Hari pertama dan kedua kami di Cambodia, B bawak kami jalan-jalan dalam Phnom Penh, ibu kota Cambodia. Masuk hari ketiga, B bawak kami ke Kampot. Perjalanan Phnom Penh ke Kampot tu kalau tengok dalam Waze, anggarannya just dalam 4 jam je. Tapi sebenarnya perjalanannya lebih lama, dalam 7-8 jam sebab lorong memandu just ada satu je untuk setiap hala. Kami bertolak dalam pukul 11 pagi dari Phnom Penh dan sampai ke Kampot lebih kurang jam 7 malam. B dah book bilik kami siap-siap kat resort di Kampot, jadi kami tak risau kalau sampai lambat sikit untuk check in. So, kami singgah makan kat satu kedai kat dalam kampung yang betul-betul dekat dengan resort sebelum kami check in.

Kat Cambodia, kedai makan diorang ada pondok-pondok untuk pelanggan duduk rehat santai dan makan. Kat setiap pondok tu ada hammock. Masa kat Phnom Penh kami tak sempat pergi kedai makan yang jenis pondok sebab B asyik bawak pergi restoran, café atau makan kat rumah dia je. Jadi, bila ada something different macam ni, kami teruja sikit la. Aku dengan H bergilir-gilir duduk atas hammock sebab rasa best sangat. B rilex je duduk bawah makan kuih sementara tunggu order kami sampai. Dia dah biasa, local kan. Tak la teruja sangat macam kami. Masa duduk atas hammock tu, aku mintak H ambilkan gambar aku. Belakang pondok tu hutan. Lepas aku, H pulak ambil mintak ambilkan gambar dia.

Habis makan, kami cepat-cepat pergi resort dan check in. Aku tak risau nak terkejar solat maghrib sebab boleh jamak. Kami just pergi check in, freshen up sikit, letak barang kat bilik, lepas tu nak keluar balik sebab B nak bawak kami jalan-jalan kat pekan Kampot malam tu sambil tunjuk rumah kampung dia. By the time kami nak keluar bilik, tiba-tiba staf hotel datang ketuk pintu dan bagitahu kami yang bilik yang kami duduk tu ada orang lain dah book dan dia silap bagi kunci. B duduk bilik sebelah. Of course lah, dia lelaki. Resort yang kami duduk ni ada banyak accommodations. Yang kami duduk ni main house, paling besar dan ada tiga tingkat. Tingkat yang kami duduk ni tingkat tiga, paling atas. Biliknya luas, ada dua katil king-sized. View dari bilik kami memang cantik, boleh nampak seluruh resort, sungai dan hutan-belantara. Ada veranda dan kerusi malas kat veranda. Memang lawa habis bilik tu.

Bila kami diminta pindah, kami pelik jugak tapi kami ikutkan je. B datang bilik kami yang baru dan B tak puas hati. B kenal rapat dengan owner resort tu, jadi B call dia dan tak sampai 5 minit, owner resort tu datang ke bilik baru kami dan cuba jelaskan keadaan. Katanya, memang kami dah booking dan bayar bilik yang paling besar tu, tapi ada couple mat salleh dah book bilik tu sebelum kami dan sekarang, bilik tu dah ter’double’ book. Dia janji akan refund kat kami sebab bagi bilik yang lebih kecik. Bilik baru yang kami duduk tu just ada satu katil king sized tapi masih ada veranda. View tak nampak apa-apa sebab situ just ada lampu yang kat veranda je. Kat luar takde lampu. Settle pindah bilik baru, kami pun keluar balik ke pekan Kampot.

Selesai jalan-jalan kat pekan Kampot, kami balik ke resort. Waktu ni dah dalam pukul 10 malam. Tangga kat main house ni sangat cantik sebab tangganya berpusing-pusing dan ada ukiran kayu kat dinding. Sempat jugak kami ambil gambar kat tangga sebelum naik ke bilik. Kami dah penat sebenarnya sebab non-stop travelling dari pagi kat Phnom Penh sampai malam Kampot, tapi B ajak lepak kat veranda sambil makan jajan kami beli kat pekan tadi. Aku fikir, bila pulak kami nak ada masa berbual-bual macam ni lagi kalau dah balik Malaysia. Jadi aku dengan H lepak la jugak dengan B kat veranda bilik kami. Habis berbual, tengok-tengok jam dah pukul 12 lebih. Sekali lagi pintu bilik kami kena ketuk. Ah sudah. Siapa pulak datang malam-malam ni. Aku dah tak sedap hati.

B pergi kat pintu. Rupa-rupanya owner resort tu datang balik. Dia bagitahu kami yang management dah bincang dengan couple tu and diorang decide untuk tak duduk bilik tu dan nak duduk bilik yang kami baru dipindahkan tadi ni. Aku dengan H dah mula naik bengang sebab kami dah unpacked banyak barang, lepas tu asyik kena pindah-randah. Kami cakap yang kami nak duduk bilik ni je, tak payah la pindah dah. Owner tu cakap tak boleh, sebab dia dah janji nak bagi couple tu duduk bilik ni. Dia mintak maaf tapi dia kata dia tunggu kitorang pack barang semula dan kunci pintu baru dia akan keluar dari main house dan pergi ke front desk balik. Aku dengan H malas dah nak fikir sebab dah kepenatan. Kami cepat-cepat sumbat je barang-barang dan bawak ke bilik asal kami.

Owner resort tu tunggu depan pintu bilik once kami dah masuk bilik asal dan mintak kami serahkan kunci bilik yang kami pindah sekejap tu sebab katanya nak bagi kunci tu kat couple tu cepat-cepat. Kami pun bagi la kunci tu. Owner keluar je dari main house, barulah B balik ke bilik dia. B memang gentleman. Dia jaga kami dua baik-baik sepanjang kami kat Cambodia. Aku tunggu H pergi mandi dulu baru aku pulak mandi. H uzur, so aku sorang je solat malam tu. H duduk katil kanan, aku duduk katil kiri.

Tiba-tiba, aku dengar bunyi menangis lepas tu tukar kepada mengilai betul-betul kat luar tingkap H. Tingkap kat katil-katil kami betul-betul sebelah bahu katil. H dah pandang muka aku tak berkedip. Aku pun pandang muka H. Tiba-tiba aku nampak ada kelibat kat luar tingkap H. H perasan yang aku pandang benda tu. H tak cakap banyak. Dia terus tanya “T, nak tidur sana boleh?” Aku angguk laju-laju. Jarak dari katil H dengan katil aku sangat jauh. Boleh letak dua katil king-sized lagi in between of our beds. Bayangkanlah macam mana menggeletarnya si H masa nak datang ke katil aku bila benda tu betul-betul kat belakang dia, walaupun luar bilik.

Aku baca Ayatul Qursi dan aku sembur kat muka H masa H tidur. Aku risau dia kena ganggu sebab dia tengah tak boleh solat, dalam keadaan ‘kotor’. Aku suruh H tidur kat sebelah kanan. Aku tidur kat kiri. Biar aku yang menghadap tingkap. Kalau dibandingkan H dengan aku, aku lebih kuat semangat masa tu. H ni tenang orangnya tapi aku tahu dia takut gila dalam keadaan tu. Yang bagusnya H ni, dia buat-buat biasa je masa dia bagitahu nak pindah tidur sama dengan aku tu. Dia tak lari atau menjerit. H ni boleh dikategorikan lebih muslimah la dari aku. Jadi, H tak cepat melatah. Dia pun baca apa yang patut dalam hati sepanjang kena gangguan tu. (Rupa-rupanya, lepas dah balik Malaysia, barulah H cerita kat aku yang masa aku dengar suara menangis tukar mengilai tu, dia dengar bunyi tapak kaki pijak bumbung dan bunyi tapak kaki tu macam ada gelang kaki.)

Bunyi mengilai tu tak habis lagi lepas H dah pindah ke katil aku. Aku dengar pulak bunyi tu kat area tingkap aku tapi aku buat tak tahu dan pejamkan mata. Biasanya aku tidur padam lampu tapi disebabkan ada gangguan, aku paksa diri tidur walaupun lampu terang. Kalau tak silap aku, H pasang surah masa tu. Bunyi hilaian tu slowly hilang. Sebabkan aku pejam je mata, aku pun tak sedar aku dah tertidur. Sedar-sedar, dah pukul 5 pagi dan bunyi alarm telefon aku kejutkan aku untuk solat subuh. Masa nak bangun pergi tandas tu, Allah je yang tahu betapa seram sejuknya keadaan masa tu. Bilik tu takde tandas. Tandas kat luar dan kena jalan kaki lalu corridor yang gelap sebelum dapat nak pasang lampu yang ada dekat dengan tandas. Aku gagahkan jugak diri sebab nak solat. Aku fikir, Allah ada, Allah ada.

Habis ambil wudhu, aku jalan pergi balik bilik. Corridor tu aku biarkan lampunya terpasang sebab aku masih lagi sangat takut masa tu. Ruang untuk solat kat bilik tu just kat tengah-tengah antara dua katil tu. Kat ruang kosong tu, depannya veranda. Pintu ke veranda tu pintu kaca dan langsir yang ada kat pintu tu jenis see-through, nampak luar dengan jelas. Aku bentang sejadah, pakai telekung dan sedia nak solat. Baru lepas takbiratul ihram, ada lembaga muncul betul-betul menghadap aku yang tengah solat ni. Mata aku tengok sejadah tapi aku tahu, mata dia tengok aku. Hantu punya hantu.

Aku tak pasti kalau lembaga tu tinggi atau baju dia panjang tapi aku nampak dia samar-samar warna putih kat veranda luar bilik tu. Yang memisahkan lembaga tu dengan aku hanyalah pintu kaca ke veranda tu je. Kain dia sayup-sayup kena tiup angin. Masa tu, bilik tu sejuk macam ada air-cond padahal bilik tu ada kipas je. Lantai bilik tu pun sejuk semacam. Aku fikir, aku nak solat, nak jumpa Allah. Allah ada, Allah lindungi aku dengan kawan-kawan aku. Habis sujud terakhir, aku angkat kepala, lembaga tu dah hilang dari veranda. Solat aku kurang khusyuk sebab benda tu tapi at least, aku fikir, aku solat jugak. Habis solat, aku sambung tidur.

Bangun pagi tu, kami buat macam biasa. Kami langsung tak bincangkan pasal hal malam tadi. B masuk bilik kami dan tanya “How was your sleep?”. Lepas dia tanya, baru lah kami cerita. Bila kami cerita, B kata “I heard something as well but I just went to bed. I was too tired driving around.” Kental sungguh jiwa mamat Cambodia ni. Lepas tu baru lah B bukak cerita yang sebelum ni pun dia ada pernah kena gangguan macam ni jugak tapi dia buat tak layan je. Memang lain macam semangat B ni. B bawak kami jalan-jalan kat tempat bersejarah kat Kampot macam Bokor National Park. Then, dia bawak kami pergi Kep Beach nikmati laut, makan kat pondok sambil rehat kat hammock yang disewa sorang satu.

Dalam pukul 3 petang tu kami balik ke Phnom Penh dan sampai lewat malam, around pukul 10 pm. Esoknya, anak-anak buah B datang bilik kami dan ajak berbual. Yang paling muda namanya M. M ni ramah, baru umur 5 tahun. M dengan adik-beradiknya mintak kami tunjuk gambar-gambar kami waktu berjalan kat Kampot sebab aku tengah edit gambar-gambar tu untuk upload ke IG. Tiba-tiba, M tanya “T, what’s this?” M tunjuk gambar aku kat atas hammock masa kat kedai makan kampung di Kampot tu. Gambar yang M tunjuk tu macam ada something kat belakang aku. Waktu ambil gambar tu, aku tak perasan pulak ada apa-apa dalam gambar sebab aku sempat tengok gambar lepas semua gambar tu diambil.

Gambar yang M tunjuk tu dari normal resolution nampak mcm ada satu ‘titik’ putih je kat belakang aku. Aku tengok jugak gambar-gambar lain. Semua ada ‘titik’ tu. Yang menariknya, ‘titik’ tu makin lama makin dekat dengan aku bila gambar-gambar lain diambil. Aku tengok gambar H pulak. H punya gambar lagi nampak dengan jelas ‘titik’ tu. Sama jugak dengan aku, ‘titik’ tu makin lama makin dekat dengan kami lepas gambar diambil banyak kali. Aku cuba zoom gambar-gambar tu. Bila zoom, baru nampak. Aku terkejut campur seram.

Titik tu bukan titik. Nampak mcm kepala, rambut panjang, ada organ-organ dengan tulang belakang bersambung dengan kepala tu. Ye, penanggal. Aku pandang H, H pandang aku. H kata “Dah T, H taknak tengok la benda tu. Tutup la phone.” Dah la kat gambar H benda tu dekat gila. Lepas tu, aku tengok pulak semua gambar-gambar lain yang aku ambil masa malam hari pertama sampai Kampot. Gambar kat pekan Kampot masa malam tu dengan gambar kat tangga berpusing main house tu semua ada ‘orb’. Mungkin tu cuma mainan kamera tapi ada yang kata, kalau supernatural beings tak munculkan diri dengan sempurna, dia muncul dalam bentuk ‘orb’. Tak hairan la kami kena gangguan malam tu.

Paling kelakar, kami rasa owner resort tu sangat fishy masa sesi pindah-randah bilik tu. Dia macam tahu sesuatu tapi tak bagitahu kami. Dia pindahkan kami ke bilik lain dari bilik asal, tapi lepas kami balik semula dari pekan Kampot malam tu, dia suruh kami pindah balik pergi bilik asal. Benda yang ganggu kami tu tak masuk bilik tu, or more like it couldn’t go in. B kata, dia rasa owner tu sengaja buat cerita kata yang ada tetamu lain double-booked dengan kami dan sengaja pindahkan kami sekejap ke bilik lain sebab dia nak ‘pagar’ bilik kami asal kami tu sementara kami keluar. B kata, owner tu tak pernah buat macam tu sebelum ni bila B datang visit. Maybe owner tu niatnya nak tolong kami sebenarnya. Sebab tu kami just dengar and nampak benda tu kat luar bilik sebab dia tak dapat nak masuk. Bilik yang kami pindah sekejap tu rupanya takde siapa pun yang check in.

B cakap, orang Cambodia, tambahan lagi yang duduk di kawasan rural, adalah sangat sinonim dengan penggunaan supernatural beings dan black magic. Kadang-kadang diorang guna ‘benda’ untuk pelaris or majukan bisnes diorang. Kadang-kadang benda tu orang dah taknak dan orang buang, jadi sebab tu ada kat hutan-hutan or kampung-kampung. Selesai berbual kat bilik kami, B ajak turun untuk makan dengan keluarga dia kat bawah. Semua orang dah turun kecuali aku, H dan M. Aku ajak M, anak buah B ni untuk turun makan sama tapi M cakap “It’s okay. I think I’m going to stay here with her.” Aku tanya balik “You want to stay here with H?” dan M jawab dengan selamba sambil main game kat ipad dia “No, with that girl.” Mata M kat screen ipad dia tapi tangan kiri dia tunjuk ke arah satu sudut bilik yang takde sape-sape. M kata dia nak tinggal kat bilik tu dengan sorang perempuan, bukan aku, bukan H. Terus aku dengan H terdiam. Kami dua orang je perempuan dalam bilik tu.

Aku dengan H lari tingkat bawah dan cepat-cepat bagitahu B pasal M sebab risau dengan apa yang M cakap. B panggil mak dia dan mak dia kata dia nak tengok phone aku yang ada gambar-gambar tu. Aku tujuk phone aku dan mak B suruh aku delete semua gambar-gambar tu. Katanya, benda tu ikut kami balik ke Phnom Penh! Delete gambar-gambar tu untuk ‘putuskan’ benda tu dengan kami, supaya dia boleh balik ke Kampot. Kalau benda tu ikut sampai kami balik Malaysia, tak ke naya? Aku rasa sayang sangat nak delete gambar-gambar tu semua sebab tu je bukti aku ada kat Kampot malam tu dan tu je gambar yang aku ambil kat resort. Tapi untuk keselamatan semua pihak, aku delete jugak.

Lepas dah delete gambar dan makan, aku dengan H naik balik bilik. M masih kat bilik main game. H tanya M “Are you still playing games?”. M jawab “Yes, I’m winning.” Kami biar je dia main games tu dan kami buat aktiviti masing-masing. Lepas dalam 20 minit macam tu, M bangun nak keluar. Aku tanya M “Are you done playing? Leaving now?” M jawab “Yes. I won. I’m going downstairs now.” Aku beranikan diri tanya M “Is she still here?” M jawab sambil tengok aku “She left a while ago when I was still playing the game alone in here. She’s not here at home.” Allah je yang tahu betapa leganya lepas aku dengar jawapan M tu. H pun terus senyum dan lega.

Esoknya kami ready nak balik Malaysia. B hantar kami sampai airport and dia pesan next time datang la lagi Cambodia, jangan serik. Aku dengan H cakap yang kitorang tak serik. So far, Cambodia lah negara yang paling kitorang tak boleh lupa dalam list of countries that we’ve visited so far. Walaupun ada pengalaman mistik kat Cambodia, negara Cambodia sangatlah best. Kitorang bawak balik kenangan and souvenirs balik Malaysia. Nasib baik tak bawak balik benda lain.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Tya Abdullah

1 thought on “CamboDIA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.