Camping di Templer Park. Satu Persatu Peserta Histeria

Assalamualaikum semua. Sekali lagi aku suka nak kongsi pengalaman aku sendiri & kali ni pasal histeria. Cerita ni jadi dah lama sangat..masa aku sekolah menengah dulu around 1996 kot.

Aku ni jenis aktif persatuan. Kalau camping sepanjang alam persekolahan tu dah jadi makanan aku. So kali ni aku berpeluang untuk join Kempori Pengakap Negeri Selangor. Time ni la aku berpeluang jumpa dengan Almarhum Sultan Selangor yang kawin dengan Aishah tu. Sape ingat? Kalau Selangor punya camping takde tempat lain kat Templer Park, Rawang jela. Selain camping sekolah, ni 1st time aku join camping yang beratus sekolah dari pelbagai daerah join. Wowww banyak crush..haha!

Start dari sampai, aku dah bz dengan macam2 aktiviti. Malam jela masa nak rest tu pon kalau takde apa2 aktiviti atau terkena time ko berkawal malam. Nama pon camping bilik mandi & bilik air kami share. Kalau dah ramai2 ko tau jela keadaan dia macam mana kan?

1 malam tu tengah syok berehat2 tiba2 kami semua dipanggil untuk berkumpul 1 tempat. Aku ingat ada la apa2 aktiviti kena buat ni, sebab pengakap ada aktiviti trekking malam. Sampai tempat berkumpul semua terpinga-pinga, kenapa pulak ni? Tiba-tiba dengar ada budak menjerit. Tak lama tu dengar lagi budak yang lain menjerit. Berjangkit-jangkit. Kecoh dah kat situ & masing-masing punya takot takyah cakap la termasuk aku.

Kami diberi arahan untuk duduk setempat & jangan kemana-mana seorang diri. Sementara nak tunggu ustaz datang untuk redakan keadaan, makin banyak jeritan yang aku dengar. Katanya kalau sesiapa yang lemah semangat jangan dengar jeritan tu, nanti kita pon akan berjangkit. Jadi kami ramai-ramai tutup telinga..dengan harapan tak dengar la apa2 benda yang menakotkan. Ayat-ayat Al-Quran pon dimainkan tanpa henti sambil mulut masing-masing terkumat-kamit sebab ketakutan.

Semua yang terkena histeria dikumpulkan 1 tempat & ustaz pon sampai. Lama jugak ambil masa nak pulihkan kesemuanya. Aku tak pasti berapa orang yang kena sebab kami sangat ramai. Korang bayangkan semua sekolah kat Selangor yang ada Persatuan Pengakap hantar wakil. Jadi keadaan macam blur-blur je, yang aku ingat kami berkumpul sampai pagi baru dapat balik ke khemah masing-masing.

Alhamdulillah, aku & kawan-kawan takde yang terkena. Selesai je ustaz jalankan tanggungjawab dia, ustaz bagi pesanan pada kami. Katanya budak yang mula-mula kena histeria tu tengah dalam haid. Kalau kita tengah kotor & duduk pulak kat hutan mesti la benda tu suka kan? Lagi-lagi kalau tak jaga kebersihan. Jadi ustaz tu pesan, sesiapa pelajar perempuan yang sedang dalam haid mintak jangan buang merata-rata & basuh bersih-bersih.

Nasib baik takde apa-apa yang buruk berlaku & aku cuma dengar jeritan demi jeritan je. Tapi dia punya seram tu sampai rasa nak balik rumah time tu jugak. Aku nak pesan untuk kaki camping & kaki hiking tu. Kalau boleh masa tengah kotor tu tolong basuh bersih-bersih & simpan. Korang buang la bila dah sampai rumah nanti. Erti kata lain, jangan mengundang la. Kalau yang datang tu senang handle takpe. Buat yang degil aduh..beringat sebelum terkena la. Peace! Psst..macam mana la Templer Park sekarang ni ek?

Mika
Camping di Templer Park. Satu Persatu Peserta Histeria
6 (60%) 1 vote

6 comments

  1. Sepp sikit 🖐🖐..aku pun pegi jambori pengakap tu, tapi takde lah dpt pengalaman seram, cuma aku dgn 2 lg kwn tido lg khemah tepi sungai, ptt senior dtg mlm tu tido sekali, end up dorang x dtg, bila ditanya katanya mlm td nmpk cik ponti berlegar2 dkt khemah tu, tp sbb kitaorg tido mati, mmg x dgr apa2 la..next 2 days later aku blk rmh sbb demamm..tp jambori tu mmg bestt

  2. Jambori pengakap memang best. Sy pernah pergi jambori utk melaka n thailand. Pergh best sgt². Thailand tu buat kat pantai songkhla. Ha balik malaysia jd bangla sbb pantai kan. Panas lak tu. Tp bukan 1996 ah. Tu umur baru 4tahun😅

  3. Teringat pesanan seorang alim bekas pengakap dalam memoir beliau :
    Bagi saya, apalah yang boleh dibanggakan sangat dalam pengakap selain menjadi orang suruhan Lord Baden Powell itu yang mengajar kita bersalam dengan tangan kiri, menghadiri pesta unggun api (camp fire) warisan yahudi dan majusi, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dalam aktiviti berkayak, mandi manda secara terbuka tanpa ada batas sekatan, berseronok dengan nyanyian lagu “Goreng Pisang” yang dah lapuk dan basi itu.

    Sekadar menyampaikan… heee…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.