Assalamualaikum wbt kepada Team FS dan pembaca sekalian.Semoga semua dalam kerahmatan,keberkatan,perlindungan dan keredhaan dengan izinNya..
Kali ini saya ingin berkongsikan perihal tentang minyak tautan kasih KUDA LAUT. Kisah ini terjadi di sekitar awal 2018 dan berlaku didepan mata saya. Saya menolak untuk menggunakan minyak ini kerana ia adalah syirik dan penuh dengan pemujaan serta tidak bersih dan suci. Bahan utama adalah bangkai kuda laut sebagai intipati minyak ini. B
egini kisahnya..
seorang pesakit dari ibu kota datang berjumpa saya untuk iktihar bekas suaminya balik kepada dia semula. Dari cerita si isteri, suaminya telah menceraikan dia kerana dah diguna-guna oleh wanita lain (masih samar2 kebenarannya).
Wanita berkenaan minta saya untuk iktiharkan tentang masalahnya. Saya hanya boleh sarankan memohon pada Allah swt dengan beberapa amalan untuk kasih bertaut kembali. Namun pesakit minta saya buatkan minyak. Kawannya memberitahu minyak kuda laut sangat mujarab. Saya memberitahu bahawa itu syirik dan kotor. Tapi pesakit masih mendesak, akhirnya saya terpaksa menghantar balik dan menolak permintaan pesakit. Bukan tidak mahu menolong pesakit, tetapi saya tidak sanggup membuat perkara yang memang dah jelas syirik. Jangan mencari Murka Allah.
Disini saya kongsikan secara umum cara nak membuat minyak kuda laut. Namun jangan khuatir kerana ianya tidak lengkap dan tiada jampi2 yang boleh digunakan oleh pembaca sekalian. Saya sharekan di sini hanya sebagai pengetahuan para pembaca.
Seperti yang anda tahu, pasar untuk barangan bomoh/dukun dan perawat yang terbesar di Malaysia adalah di chow kit. Jadi berhati2 jika ada yang ingin berkunjung ke sana kerana lagi banyak ilmu yg hitam dari putih disana.
Bahan2nya.
A.
– sepasang bangkai kuda laut jantan dan betina yg dah di awet/kering(seekor dlm rm30)
– 7 jenis bunga yang berlainan warna
– minyak wangi kasturi hitam,kijang,putih setiap satu jenis 20 botol.
B.
– kemenyan dan colok cina
– limau purut 21 biji
– andang pinang
– bertih beras
– kelapa hijau muda 3 biji
cara2nya
– campur semua bahan A dalam sebuah bekas dan peram selama 40 hari jangan kena cahaya matahari.
– hanya boleh mandikan dengan cahaya bulan mengambang sahaja.
– dibacakan dengan mantera semasa bawah cahaya bulan.
– bangkai kuda laut hendkalah diikat bersama gunakan benang hitam.
bahan B pula letak dalam dulang
-bakar kemenyan dan colok setiap malam ketika memuja minyak kuda laut ini di waktu malam.
-manteranya yang mujarab dalam bahasa sanskrit kuno.
Cara nak patahkan ilmu minyak kuda laut pula. Ini ijazah umum dan sesiapa boleh guna dengan izin Allah swt berkesan..inshaa Allah mudah2an
- Air kolah dari 7 masjid (ambil sejurus solat jumaat habis).
- bunga 7 warna dan berlainan jenis.
- limau purut 7 biji
- daun sireh 5 helai
- pinang dan kapur makan
- cuka makan sebotol
- limau nipis 7 biji
- kunyit hidup 3 incicara2nya
- campurkan semua bahan dalam besen untuk mandian selama 7 hari berturut. (bahan utk 1 hari,kalau 7 hari tambahkan saja bahan)
- bahan di bacakan dengan beberapa p****g ayat berikut sebanyak 3 kali ulang
- hari kedua dan seterusnya boleh guna air paip di rumah.
- Al Fatihah
- Ayat Kursi
- Al Falaq
- Al Ikhlas
- An Nas
- Yaasiin 9
- Al Ankabut 57
- Yaasiiin ayat 58
- Asy- Syu’ara’ ayat 80
- Al Jin ayat 2, 13
semasa mandi di luar bilik air, baca bismillah 1x,selawat 1x dan lepas tu zikir sebut Allah sehingga selesai mandian.
inshaa Allah jika istiqomah dan diizinkan Allah boleh patahkan ilmu ni jika terkena pada sesiapa pun.. Kepada yang sedang terkena minyak pengasih “kuda Laut”, bolehlah amalkan cara-cara yang saya telah berikan. Yakin Allah adalah penyembuh
wassalamualaikum wbt…..
Wow,seramnya.