#CarlitoRocker – BUNIAN

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada semua warga Fiksyen Shasha yang aku sayangi dan aku sanjungi sekalian. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan terima kasih kepada admin page Fiskyen Shasha kerana telah menyiarkan kisah-kisahku yang sebelum ini iaitu PONTIANAK DI DEPANKU, SI ABANG POCONG, & LANGSUIR. Diharapkan korang semua terhiburlah hendaknya. Untuk edisi kali ini aku ingin bercerita mengenai sejenis makhluk ghaib yang dikenali sebagai BUNIAN. Aku mulakan dahulu dengan lafaz agung Bismilahhirahmanirrahim.

BUNIAN – Satu subjek yang aku boleh klasifikasikan sebagai sebuah kisah pengembaraan yang sarat, kompleks, dan berselirat pengisiannya berbanding dengan makhluk-makhluk ghaib lain yang pernah aku temui. Apa yang aku lalui mungkin tidak sama dengan apa yang orang lain lalui. Aku harapkan segala ilmu yang aku kongsikan di sini dapatlah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh korang semua. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Bunian adalah sejenis jin berbangsa Ifrit dan mempunyai kabilah-kabilah mereka yang tersendiri. Mereka (bangsa-bangsa Ifrit) juga pernah berkhidmat di bawah naungan dan daulat Nabi Sulaiman as suatu ketika dahulu.

Gelaran bunian adalah panggilan yang telah diberikan oleh masyarakat kita di seluruh Nusantara ini. Mereka tergolong di dalam kelompok jin darat dan terbahagi kepada banyak kabilah. Setiap kabilah menguasai tempat pemerintahan masing-masing seperti di bukit-bukau, gunung-ganang, air terjun, mata air, hutan belantara, padang pasir, gurun, dan sebagainya. Mereka juga mempunyai pegangan agama yang sama seperti manusia. Ada yang beragama Islam dan kafir seperti Kristian, Yahudi, Majusi, Hindu, Budha, dan ada juga yang tidak beragama (Atheis).

Mereka mempunyai rupa dan fizikal seperti manusia dan mereka juga mampu bertukar rupa untuk menjadi apa sahaja dalam sekelip mata. Mereka boleh menonjolkan diri di dalam bentuk puaka (Pontianak/Langsuir/Jembalang/Pocong/Hantu Galah/Hantu Kopek & lain-lain) akan tetapi mereka tidak mampu untuk meniru sepenuhnya sifat-sifat asal puaka-puaka tersebut seperti terbang dan terapung terawangan di udara. Mereka bergerak sama seperti kita iaitu dengan berjalan kaki. Kadangkala mereka akan menyelinap masuk ke dunia nyata dengan tujuan untuk menakutkan/membalas dendam/memperdayakan/dan memporak-porandakan manusia.

Kebanyakan bunian mempunyai banyak muslihat, hebat berlakon, kuat menyimpan dendam, serta pandai memanipulasikan akal dan fikiran manusia. Jangka hayat mereka adalah sangat panjang dan ada yang mencecah sehingga ribuan tahun. Mereka juga berkeluarga, makan/minum, beribadat, berurusniaga, dan berpeleseran seperti kita. Setiap kabilah mempunyai seorang Raja dan dia bertanggungjawab di dalam setiap perihal urusan kabilah tersebut. Bunian Islam seperti jin-jin Islam yang lain berada di bawah pemerintahan kuasa 7 raja jin Islam alam atas iaitu Rukyail, Jibriyail, Samsamail, Milkiyail, Sarifiyail, Ainyail, dan Kaspiyail. Manakala bunian kafir pula berada di bawah bidang kuasa 7 raja jin Kafir alam bawah iaitu Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Kesemua raja-raja jin tersebut mempunyai kekuasaan, empayar kerajaan dan bala tentera tersendiri, dan kekuatan yang tersendiri. Mereka semua dipantau dan dikawal oleh seorang malaikat iaitu Qutbul Jalalah.

BUNIAN & MANUSIA – Pengalaman banyak memdewasakan dan mengajarku tentang erti di dalam perhubungan di antara bunian dan manusia. Aku mempunyai beberapa orang kenalan dari kalangan bunian Islam dan aku sendiri pernah menjalinkan hubungan cinta dengan gadis dari alam mereka tetapi hubungan tersebut hanya lebih kepada kawan rapat sahaja. Aku tidak mampu untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat yang lebih tinggi kerana perbuatan tersebut adalah dilarang di dalam Islam kerana faktor perbezaan alam serta berbeza jenis bangsa dan ras keturunan. Mereka berbangsa jin manakala aku adalah seorang manusia merangkap seorang khalifah di bumi ini. Kebabian apakah jenis perhubungan tersebut? Aku masih waras dan berpegang teguh kepada syariat Islam.

Walaubagaimanapun terdapat juga segelintir manusia yang menjalinkan hubungan dengan mereka lalu mendapat anak hasil daripada hubungan terlarang tersebut. Anak yang dilahirkan itu hanya wujud secara ghaib di alam sana dan bukannya di alam nyata. Sekiranya manusia tersebut adalah seorang lelaki maka masalahnya tidaklah serumit yang dihadapi oleh seorang wanita yang menjalinkan hubungan dengan lelaki bunian tersebut. Masalah besar timbul apabila wanita tersebut hamil. Fizikal badannya akan berubah seperti orang yang sedang mengandung.

Tempoh mengandungnya adalah singkat sekitar 2-3 bulan sahaja. Sekiranya dilakukan imbasan ultrasound oleh doktor, maka akan terlihatlah kemunculan janin seorang bayi di dalam rahim wanita tersebut. Secara automatiknya doktor akan mengesahkan bahawa wanita tersebut sedang mengandung. Ketika usia kandungan tersebut berada di minggu ke 11 – 12, perut wanita tersebut akan mengecut secara tiba-tiba dan tiada tanda seperti dia sedang mengandung malahan kesan keguguran juga tiada. Ketika berjumpa semula dengan doktor, dia disahkan tidak pernah mengandung dan hasil dari imbasan ultrasound menunjukkan bahawa dia tidak pernah mengandung ataupun mengalami keguguran.

Hakikat yang sebenarnya adalah sekumpulan bunian telah datang menyambut kelahiran anaknya secara ghaib ketika dia tidak sedarkan diri/tidur. Anak tersebut sebenarnya telah selamat dilahirkan dan membesar di bawah jagaan keluarganya di alam bunian sana. Kes yang sama juga pernah berlaku tetapi melibatkan hantu raya, saka, jerangkung, dan jin kafir yang merogol mangsanya bertalu-talu tanpa disedari oleh mangsa tersebut. Apa yang dirasakan hanyalah seperti nikmat mimpi basah ketika tidur walhal kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang tidur. Oleh sebab itulah Islam melarang umatnya untuk menjalinkan sebarang perhubungan dengan makhluk yang berbeza alam seperti manusia dan bunian/jin. Memang aku tak nafikan bahawa wajah bunian agak tampan, segak, ayu, jelita, dan comel tetapi pertimbangan akal yang waras harus digunakan dengan sebaiknya supaya kita tidak terjerumus ke lembah maksiat dan kehinaan akibat tuntutan hawa nafsu semata-mata. Bunian Islam memang indah paras rupanya dan jauh berbeza dengan wajah bunian kafir yang agak buruk dan hodoh.

HARTA DI ALAM BUNIAN – Alam mereka sememangnya dipenuhi dengan sumber-sumber mineral dan besi seperti batu-batu jed, zamrud, delima, intan, kristal, nilam, akik, berlian, gangsa, tungsten, perak, dan emas dan harta-harta daripada kerajaan-kerajaan dari era tamadun lama. Kesemuanya terlindung dari hijab manusia biasa dan terjaga dengan selamat di bawah jagaan mereka semua. Ada juga dari kalangan mereka yang menjadi pemegang amanah untuk menjaga harta-harta karun milik manusia dan mereka akan menjaganya sehinggalah keturunan asal kepada pemilik harta tersebut datang menuntutnya sendiri.

Sesetengah daripada harta tersebut boleh dibawa masuk ke dunia nyata dan kebiasaannya ianya adalah hadiah ataupun kurniaan daripada mereka sendiri kepada manusia tersebut. Ada manusia yang menerimanya secara ilham melalui mimpi dan ada juga yang menerimanya secara nyata ketika berada di sana. Sekiranya korang ditakdirkan dapat masuk ke alam sana, maka janganlah menyimpan niat yang tidak baik dan jangan sesekali membiarkan mata korang dikaburkan dengan harta-harta dan perhiasan dunia mereka kerana dibimbangi korang akan terperangkap di sana untuk tempoh yang cukup lama.

BUNIAN MALAYSIA – Bunian yang terdapat di sini aku boleh kategorikan sebagai bunian asli Melayu. Mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dan ada juga yang boleh berbahasa Parsi dan Arab. Kebanyakan bunian yang aku pernah temui di sini adalah bunian Islam. Mereka berpakaian menutup aurat dan warna pakaiannya adalah satu warna sahaja iaitu putih, hijau, ataupun hitam. Ada juga yang pakaiannya berwarna bercampur-campur dan tidak menutup sepenuhnya aurat mereka tetapi jumlahnya tidak ramai. Mereka bersifat peramah, suka membantu, ringan tulang, dan tidak sombong.

Mereka boleh menjelmakan diri di alam nyata mengikut rupa asal mereka ataupun berubah menjadi haiwan. Sekiranya mereka berubah menjadi haiwan, warna bulu/kulit haiwan tersebut adalah putih berkilat dan terdapat sejalur warna kelabu halus di bahagian dahi dan dadanya. Matanya akan memantulkan kembali cahaya sekiranya disuluh dengan cahaya lampu. Sekiranya terserempak dengan mereka, jangan sesekali menangkap, mencederakan, ataupun m******h mereka kerana dikhuatiri ahli keluarga dan keturunan mereka akan menuntut bela di atas kejadian yang menimpa bunian tersebut. Manakala penampilan bunian kafir pula agak ‘Rugged & Brutal’ jauh berbeza daripada penampilan bunian Islam.

Mereka gemar berpakaian compang-camping, dan warna tema pakaian mereka adalah hitam dan kusam. Bunian kafir lelaki jarang memakai baju, mereka hanya memakai seluar pendek, dan memakai celak tebal di sekeliling mata. Maksudku celak di mata mereka kelihatan seperti mata seekor beruang Panda. Wajah asal kejadian mereka adalah hodoh dan ada sesetengahnya berwajah seperti orang tua yang begitu lanjut usia. Kebanyakan daripada mereka memakai kalung yang diperbuat daripada tulang-tulang haiwan. Mereka gemar mempermainkan dan memporak-porandakan kehidupan manusia. Mereka juga boleh mengubahkan diri mereka kepada bentuk lain untuk melindungi diri sendiri ataupun dengan niat untuk mengganggu manusia.

Mereka boleh menjelma menjadi orang tua/nenek kebayan/budak kecil/gadis jelita@lelaki tampan/orang kenit@kerdil/ dan orang yang kusut masai dan bercompang camping. Mereka juga boleh menjelma menjadi haiwan jadian dan bulu/kulit mereka berwarna hitam pekat. Mata mereka berwarna merah gelap dan sekiranya disuluh dengan cahaya, ia tidak akan memantulkan kembali cahaya tersebut. Lokasi penjelmaan mereka adalah di kawasan-kawasan sunyi seperti di tepi jalan raya yang lengang, di kawasan semak-samun, dalam hutan, tepi tasik/sungai/air terjun/lagun, di atas bukit/gunung, dan di tempat yang agak terpencil dari pandangan manusia.

Mereka akan mengganggu manusia sekiranya mereka berkenan/berminat kepada manusia tersebut. Peringkat permulaan kepada gangguan tersebut adalah melalui mimpi. Mereka akan memunculkan diri mereka di dalam mimpi dan memberikan kata-kata nasihat, pedoman, dan kadangkala memberikan ayat-ayat yang dipetik daripada surah tertentu di dalam Al-Quran sebagai strategi untuk meyakinkan manusia tersebut bahawa dia sedang bermimpikan alim ulama/wali lalu manusia itu beranggapan bahawa berkemungkinan besar dia akan dianugerahkan ilmu ataupun kurniaan oleh jelmaan yang dilihat di dalam mimpinya itu. Kebiasaanya mereka akan mengaku sebagai tok guru, pendamping, wali, raja bunian, puteri bunian, ataupun menyerupai ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia.

Ada sesetengah manusia yang terpedaya dengan tipu helah tersebut dan dari situlah bermulanya persahabatan dan perjanjian di antara mereka berdua. Bunian tersebut akan berdamping dan memberi bantuan sihir secara berterusan selagi manusia tersebut mengamalkan ilmu yang diajarkan olehnya. Kes ini banyak berlaku kepada bomoh, pawang, dan pengamal-pengamal perubatan alternatif yang menawarkan khidmat di dalam bidang perawatan tradisional. Mereka akan dipergunakan sehabis-habisnya oleh bunian tersebut untuk menyesatkan akidah mereka. Secara zahirnya korang mungkin mendengar mereka berdoa membaca beberapa patah ayat di dalam bahasa Arab tetapi hakikatnya ayat-ayat tersebut bukanlah ayat di dalam Al-Quran tetapi lebih kepada mantera untuk memuji dan menyeru kehadiran bunian/jin tersebut.

Terdapat satu lagi hobi klasik para bunian iaitu mereka suka bergurau dengan mempermainkan emosi manusia sehingga boleh menyebabkan manusia itu tersesat jauh dari laluan asalnya dan adakalanya sehingga terjebak masuk ke alam mereka secara tidak sengaja. Kes sebegini biasanya berlaku di habitat mereka seperti di dalam hutan, atas bukit, gunung, dan di kawasan yang sunyi serta jauh dari penempatan manusia. Mereka akan memukau pandangan mata mangsa tersebut dan membuatkan dia hilang arah tuju dan terus menuju kesesatan dan secara tidak langsung motivasi dan semangat mangsa itu semakin lemah dan akhirnya terperangkap di situ untuk suatu tempoh yang tidak pasti. Kebanyakannya berjaya keluar ke dunia nyata dengan selamat dan ada juga yang terperangkap seumur hidup di situ kerana telah dapat menyesuaikan diri di alam tersebut.

Aku berkata begitu kerana aku pernah terserempak dengan seorang manusia yang pada asalnya hidup di alam nyata tetapi telah hidup berkeluarga dengan bunian Islam lalu memilih untuk hidup di alam tersebut sehingga kini. Sekiranya korang berada di dalam situasi tersebut sentiasalah berada di dalam keadaan berwuduk lalu berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, membaca ayat Qursi, dan membaca ayat ke 285-286 dari surah Al-Baqarah iaitu:

Ayat 285 – Aamanar rasuulu bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun aamana billaahi wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal mashiir.

Ayat 286 – Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa membaca dua ayat di akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya Allah taala akan menjaganya dari segala gangguan musuh dan syaitan.”

“Sesungguhnya Allah Taala telah mengakhiri surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang mana ianya adalah perbendaharaan Allah di bawah ‘Arasy, maka belajarlah kamu akan ayat itu dan ajarkanlah ia kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu. Maka sesungguhnya ia adalah solat, doa dan Quran.”

DI SAMPING ITU KORANG JANGAN LUPA UNTUK BERUSAHA MENCARI JALAN KELUAR DENGAN MENCARI SUMBER AIR DAN MELIHAT ARAH KEDUDUKAN MATAHARI. ALAM BUNIAN BERBEZA KEDUDUKANNYA DARI ALAM NYATA. SEKIRANYA KORANG TERNAMPAK CAHAYA MATAHARI DI BAHAGIAN TIMUR MAKA JALAN PULANG ADALAH DENGAN BERJALAN MENYELUSURI SELATAN SAMBIL MEMBACA SELAWAT DAN DOA-DOA DI ATAS SECARA BERULANG KALI SEHINGGA TERLEPAS DARI GANGGUAN BUNIAN/JIN. SENTIASA BERJALAN MELAWAN ARAH KEDUDUKAN MATAHARI.

DIPERMAINKAN OLEH BUNIAN KAFIR

Kisah yang aku ingin kongsikan di sini adalah berkaitan dengan pengalamanku ketika diganggu oleh bunian kafir suatu ketika dahulu. Peristiwa ini berlaku di dalam tahun 2008 dan ianya merupakan pengalaman yang kedua ketika berhadapan dengan mereka. Alkisahnya begini, ketika itu aku dan sepupuku iaitu Zard berkelah ke air terjun Ulu Yam untuk menghilangkan tekanan kerja yang sedang kami hadapi. Kami berdua sampai di lokasi perkelahan itu pada jam 11 pagi @ 12 tengahari.

Pada awalnya kami mandi seperti biasa dan bergurau senda sambil bergelak ketawa di situ. Kemudiannya akibat kelaparan kami bercadang untuk makan tengahari lalu kami naik ke darat untuk mencari bekalan makanan yang kami bawa bersama pada sebelumnya. Kami terkejut apabila mendapati pakaian, telefon bimbit, dan beg yang mengandungi bekalan makanan kami tiada di situ lalu kami pun memulakan pencarian di kawasan tersebut. Pada mulanya kami beranggapan bahawa mungkin terdapat pencuri ataupun kera yang melarikan barang-barang kami tetapi setelah diselidiki tiada sebarang tapak kaki yang kelihatan di kawasan itu.

Ketika itu aku perasan bahawa kami berdua sedang berpusing-pusing di tempat yang sama beberapa kali dan mula mengesyaki bahawa mungkin terdapat gangguan daripada makhluk halus. Aku mengesyaki bahawa kami sedang disorok dan dipermainkan oleh bunian kerana beberapa bulan sebelum itu aku pernah juga ditimpa masalah yang sama cuma di tempat yang berbeza. Aku memberitahu Zard bahawa mungkin jin sedang menyakat dan mengganggu kami dan berkemungkinan besar jin tersebut adalah bunian Islam ataupun bunian Kafir. Dia hanya tersenyum sinis apabila mendengar penjelasanku itu. Kami bersama-sama membaca surah 3 kul berselang seli dengan ayat Qursi dan berdoa semoga kami menemui jalan keluar dan dapat pulang dengan selamat.

Akibat tertekan dan keletihan yang melampau, aku tidak mampu mengawal emosiku dan aku mula menyalahkan Zard kerana dialah punca kami tersesat di situ. Kami berdua bertekak sambil tuduh menuduh sesama sendiri dan hampir bergaduh. Aku kemudiannya bermuhasabah diri sambil beristighfar dan menyedari bahawa itu adalah salah satu dari taktik jahat mereka iaitu melaga-lagakan dan melemahkan semangat kami berdua. Kami berdua mengambil keputusan untuk berehat di sebuah batu besar di tepi air terjun itu dan dalam masa yang sama kami berulang kali melaungkan azan.

Tatkala kami selesai melaungkan azan untuk kali ketiga, aku melihat dengan jelas susuk tubuh seorang lelaki yang berketinggian dalam 4 kaki, berkepala botak, bermata sepet, memakai seluar pendek, tidak berbaju dan memakai kasut seperti kasut kung fu sedang berjoget-joget sambil tersengih di depanku seolah-olah memerli keadaan kami ketika itu. Sah tekaan aku, seorang bunian kafir sedang mempermainkan kami. Aku berlakon seolah-olah aku tidak nampak kewujudan dirinya. Mungkin dia beranggapan bahawa aku tidak sedar akan kehadirannya walhal aku nampak dengan jelas wajah dan kelakuan bodohnya ketika itu. Zard tidak nampak kehadiran bunian tersebut. Aku berbisik pada Zard lalu memberitahunya supaya jangan panik dan berlagak selamba sahaja ketika itu. Bunian tersebut semakin melampau apabila dia melondehkan seluarnya dan berjoget-joget sambil menayangkan bontotnya betul-betul di depan muka Zard.

Aku hampir terkencing menahan gelak ketika itu. Zard pula dengan selamba menangguk dagunya di hadapan bontot bunian tersebut. Andaikata dia dapat melihat apa yang aku sedang lihat ketika itu barangkali bunian tersebut hanya tinggal sejarah sahaja. Tanpa membuang masa, aku berdiri lalu menyepak celah kelangkang bunian tersebut dan dia jatuh tersungkur sambil menjerit kesakitan. Aku menindih belakang badannya sambil memijak kedua-dua tangannya dan meminta supaya ditunjukkan jalan keluar. Dia menjerit-jerit kesakitan dan aku menggertaknya dengan mengatakan bahawa aku akan menyeru nama sahabat-sahabatku yang merupakan bunian Islam untuk datang ke situ sekiranya kami tidak dilepaskan ke alam nyata.

Dia menjerit meminta maaf sambil memujukku supaya melepaskannya dan dia berjanji untuk membawa kami keluar dari situ sekiranya aku melepaskan dia. Zard ketawa terbahak-bahak dan menganggap aku seperti orang tidak siuman kerana pada waktu itu dia hanya melihat aku terjerit-jerit seorang diri dan membuka langkah silat tanpa sebab. Aku membiarkan sahaja gelagatnya itu kerana aku faham bahawa dia adalah manusia normal seperti insan lain dan matanya tidak dapat melihat menembusi alam ghaib seperti diriku ini. Aku redhakan sahaja diri ini ditertawakan sebegitu rupa. Aku melepaskan bunian tersebut dan ketika itu mulutnya terkumat kamit membaca mantera/jampi serapah sambil menuding jarinya ke arah sebuah pohon ara yang terdapat di situ.

Tatkala itu suasana di sekitar kami sudah berubah dan hari sudah bertukar menjadi malam. Tempoh masa yang kami rasakan ketika berada di alam sana adalah seperti 1-2 jam walhal kami sudah berada di alam sana selama hampir 10 jam. Hujan gerimis mula membasahi tubuh kami dan Zard bersorak kegembiraan sambil menunjukkan beg bekalan makanan kami yang belum terusik lagi sejak dari siangnya. Aku tidak sempat berkenalan dengan bunian tersebut kerana dia telah menghilangkan dirinya ketika Zard sedang bersorak keriangan. Kami berdua akhirnya selamat keluar dari kawasan tersebut ketika jam sudah menghampiri 2 pagi. Semenjak berlakunya peristiwa tersebut, Zard mula percaya bahawa aku sememangnya mampu melihat dan berinteraksi dengan makhluk-makhluk dari alam ghaib.

Kisah di atas adalah hanya secebis pengenalan pengalamanku ketika berada di alam mereka dan aku akan berkongsi kisah yang lain berkaitan dengan alam bunian Islam pula di edisi yang lain. Pesananku adalah jangan terlalu banyak ketawa dan bergurau senda ketika korang berhibur kerana di sebalik kegembiraan itu bakal muncul suatu malapetaka dan bala yang korang akan mengalaminya sendiri. Dan jangan sesekali lupa bahawa kita semua sedang diperhatikan oleh mereka kerana mereka sentiasa berkeliaran untuk bergurau senda dengan diri kita ini. Di dalam bilik, di dalam tandas, dan waima di atas katil mereka hadir tanpa diundang dan dipesan. Mereka tidak diundang dan selalu sahaja datang bertandang. Bagi yang pernah menyaksikannya ketahuilah bahawa itu adalah anugerah dan sentiasalah berfikir positif walaupun dirimu di dalam ketakutan. Akhir kata dari saya Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Jazzakallahu Khaira Khatiro, dan Salam 1 Malaysia.

-CarlitoRocker 2017-

Carlito Rocker

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

56 thoughts on “#CarlitoRocker – BUNIAN”

  1. Uish, ko punya level ni dah tahap lain dah bro. I wish I have a friends like you. Love to explore more on this scenario and situaion. Love and appreciate all your story, you’re the man!

    Reply
  2. same la tu….yg aku jumpa tue bunian pakai baju sekolah …baju putih…seluar hijau…. adoi…serem plak bila ingat balik…nasib dia rupa lelaki ensem…. kalo sebaliknya pengsan gamaknya….

    Reply
    • Christianity, Judaism and Islam are abraham religion…The Quran, torah and holy bible also was 80-90% similar…So why can’t we just being tolerance and don’t say some religion else as kafir if kau pon solat tinggal and x puasa ramadhan cause the meaning of kafir / kafaro is INGKAR..And muslim also can be kafir klau x buat tuntutan agama…God bless u #malaysiatolerance

      Reply
      • What are you talking about? Selain islam adalah kafir. Maksudnya Ingkar dari mempercayai bahawa Allah Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

        The religion of all prophets is only Islam. Christianity took from the name of jesus Christ, same it goes with Judaism, Buddhist and so on. Though Jesus is a muslim, his followers had created their own religion called Christian. We and all prophets believed that Allah is our God, but the kafir believed the prophet himself is the GOD. So all of you kufur bahawa Allah Tuhan yang satu dan Muhammad Nabi terakhir. Jin pun takut dengan Allah dan ayat-ayatNya.

        Reply
        • kita tidak bole myalahkan orang yg mempercayai agama lain selagi mereka belum terdedah dengan agama islam. kepada manusia yg belum terdedah dengan islam dan belum kenal islam mmg dia akan kekal dgn agama dia. jikalau dia kenal islam tahu akan islam adalah agama yg benar ttp msih ttp dgn agama azalinya maka baru jatuh kafir. kerana dia INGKAR. tahu kebenaran ttpi tidak mengamalkan. tugas kita berdakwah ttg islam kepada golongan ini. bg mereka kenal islam dgn betul bukan hya kenal melalui tngkah laku salah seorang muslim dimana akan mmbuatkan mereka memandang islam ni agama yg lgi teruk dari agama mereka sekarang. hidayah hya dtg dr ALLAH, byk mana kita berdakwah pun klo Allah xbukak hati dia, xkan jadi jugak. jd dimana kuasa kita untuk menjatuhkan agama lain kafir? adakah btul mereka sudah kenal islam? adakah betul mereka menolak islam? nk senang faham, knapa kita tolak lamaran dr org lain/pilihan keluarga kita sdgkan kita xkenal lg calon kita tu? kita tolak sb kita rs xberkenan, tolak siap2 xnk knal pun. then family bg ms kenal2 kwn2 msg2, jumpa dua tiga kali. pastu bljar mengenali hati budi tup2 terkenan plak haaa terus trima. btul x? begitula jga agama. kna ada pndedahan. klo salah pendedahan, lagi la dia xpandang islam, kalo btul gayanya, dia akan berminat n lama2 pintu hati terbuka. #justmytwocents.

          Reply
      • Well serenity seeker, for your knowledge, a disobedient muslim is called “munafik”, the word concludes all kinds of “ingkar”, and you know what, munafik , is the solid “G-Floor” here and beyond.

        Reply
    • Ketahuilah maksud istilah KAFIR itu bermaksud seseorang yg bukan beragama islam. KAFIR tdak bermaksud sesuatu yg beruk atau teruk. Ambil contoh, agama ISLAM bukan agama islam itu semua MELAYU, MELAYU adalah bangsa… BUGIS, JAWA, BANJAU juga ada beragama Islam dan ada juga tidak beragama Islam. Saya BUGIS Malaysia dan beragama Islam…!!!

      Reply
  3. Tolong jangan impikan jumpa bunian sbb yg nak bawak kita ke sana tu semua yg manja/rosak(spoil)….kalo yg alim tak de masa nak kacau/usik/bimbing manusia sebab depa hanya tahu beribadat kepada Allah SWT..wallahu a’lam

    Reply
  4. i like the way how you explained about bunian bcs not many people are interested enough to learn or explain about the other world, and i cant help but to be intrigued and want to talk on the other world and the other aspects of creatures createdby god with u tho.

    Reply
  5. di bawah pemerintahan kuasa 7 raja jin Islam alam atas iaitu Rukyail, Jibriyail, Samsamail, Milkiyail, Sarifiyail, Ainyail, dan Kaspiyail. Manakala bunian kafir pula berada di bawah bidang kuasa 7 raja jin Kafir alam bawah iaitu Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon.

    mane dpt info ni?

    Reply
  6. Mana dapat info smua pasal bunian ni? Pernah tinggal dekat alam bunian ke? Ape pun dah ada banyak pengalaman pasal bunian, cerita lah lagi, best baca, lagipun minat nak tau cara hidup diorang, lagi2 pasal teknologi dkt alam bunian yg dikatakan boleh main FB,whtsapp dan aplikasi wave tu .

    Reply
  7. Seronok baca. Sebab ada info untuk kita as manusia yang hanya ilmu basic ni, bertindak jika terjebak dalam alam bunian. Thank you bro.and i’ll wait for the next cerita bunian islam.

    Reply
  8. konfuis kt matahari tu, klu di alam bunian matahari di timur, bkn lawan die barat?
    klu jmpe sungai, ikut arus atau lawan arus? sj je bertanye…

    Reply
  9. bro carlorito.. sambung cerita lagi plisss… cuma nak cakap kelebihan kamu lebih kurang macam suami saya selalu nampak benda2 yang saya x nampak..dulu seram tp lama2 dah biasa

    Reply
    • Haha. Yang ni soalan lawak. Ada tu memang ada tapi sebelum tu kau kena ada kriteria berikut:
      1. Solat tak tinggal + selalu solat sunat taubat, sunat Tahajjud, & kuat berwirid berzikir + selalu berwukuf dalam masjid/surau.
      2. Tak tengok benda2 lucah.
      3. Tak minum arak.
      4. Selalu baca Yaasin & Al-Quran terutamanya di tengah malam.
      5. Selalu dalam keadaan berwuduk.
      6. Selalu bermuhasabah diri.
      7. Rajin menderma.

      Kau follow je steps yang aku bagi ni. Hati mesti ikhlas bro. InsyaAllah
      adalah rezeki kau nanti. InsyaAllah.

      Reply
  10. Tuan #CarlitoRocker, dalam page FS ini ada satu cerita bertajuk ‘Tamu Dinihari’. Kalau tuan sudi baca mungkin tuan boleh agak-agak bangsa tamu itu dan apa tujuannya bertamu malam itu.
    Harap-harap tuan terbaca mesej ini.
    Terima kasih kongsi pengalaman dan pengetahuan.

    Reply
  11. Trigt cg aku dlu prnh cerita dia dpt hadiah batu zamrud dripda bunian islam so skrg aku dh lebih jelas. Thx kongsi ilmu dan pengalaman.

    Reply
  12. Teringat filem sembunyi: amukan azazil, dia psl alam bunian la.. Tapi sy nak tahu la diorang makan makanan mcam mana, sbb pernah ms tu saya tgh baring dlm bilik tp suami dh tidur, lepastu saya mcm dgr ad pergerakan kt dapur (dlm kul2 pg), bunyi periuk pinggan berlaga, bunyi letak barang. sy fikir bunyi jiran sbb biasa la rmh apartment ad bunyi dr atas bwh dpn blkg so tak fikir pelik, tp lepastu tiba2 suami saya trbgn n ckp sy masak apa, dia ada bau makanan mcm kari, padahal saya mmg xde bau apa2 lgsg. Lgpun rumah saya kedap bau, mmg xleh bau jiran masak melainkan saya bukak pintu/tingkap atau keluar rumah, dan kitorg pulak mmg akan ttup tgkp wktu mlm.

    Reply
  13. Teringat filem sembunyi: amukan azazil, dia psl alam bunian la.. Tapi sy nak tahu la diorang makan makanan mcam mana, sbb pernah ms tu sy tgh baring dlm bilik tp suami dh tidur, lepastu saya mcm dgr ad pergerakan kt dapur (dlm kul2 pg), bunyi periuk pinggan berlaga, bunyi letak barang. sy fikir bunyi jiran sbb biasa la rmh apartment ad bunyi dr atas bwh dpn blkg so tak fikir pelik, tp lepastu tiba2 suami sy trbgn n tanya sy masak apa, dia ada bau makanan mcm kari, padahal saya mmg xde bau apa2 lgsg. Lgpun rumah sy kedap bau, mmg xleh bau jiran masak melainkan sy bukak pintu/tingkap atau keluar rumah, dan kitorg pulak mmg akan ttup tgkp wktu mlm.

    Reply
  14. Tapi,kalau aku Mimpi yg die Kata Nabi Muhammad.then sky keliru.die Kata yg baginda nk duduk kat umah aku.so,pada pendapat korang die ni nabi muhammad or ape. Sbb ade ustaz kata yg org yg kata die nabi Muhammad dalam mimpi die memang nabi yg betul.ape pendapat korang?

    Reply
  15. klau manusia tu dh tinggal alam bunian mcm mana pengakhiran dia? dia tetap akan m**i mcm umur manusia biasa la kan x leh hidup beratus/ribu tahun mcm jin. klau dh m**i dikebumi alam sana ke atau akan kembali ke alam nyata?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.