CERITA EL 3: Cara nak Buang Saka Sakat Jin Iblis!

Balik class, aku baring atas katil main game dekat phone. Aku pakai earphone mase tu, dengar lagu. Tak lama tu, lagu stop sendiri, senyap, then bunyi macam radio tak dapat siaran, tiba tiba je dengar suara perempuan panggil mengilai nama aku

“ Arizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ~~”

Sejibik cara panggil tu macam Pontianak panggil name orang dekat tv tu, korang dapat bayangkang! Bunyi tu bukan dari luar tau, aku kan pakai earphone, so macam dengar lagu la. Betul betul menusuk masuk telingga! Ok, meremang bila tulis ni. Hahaha.. Gila, ape lagi, aku lempar phone aku tu then lari keluar bilik. Check dekat Ustaz, saka belah my dad. Hari tu yang Pontianak terkam aku tu (boleh search 2 cerita aku dah publish, taip je “CERITA EL & CERITA EL 2” mesti jumpa.) Penat weh kena kacau je selalu ni, sejak Hantu Raya terperangkap dalam badan tu, makin ramai setan yang suka aku.

Semua “connection” saka dengan aku dah di P****g/Buang dengan Ustaz from my Dah & Mum side. Tapi kena kacau lagi, why? Dia datang balik? NO!! dengan izin Allah, InsyaAllah dia takkan datang balik, semuanya sebab “connection”! Tak faham? Meh aku Explain, aku ada cerita kat orang yang Ustaz Zul ni pandai buang saka. Then orang tua tu cakap aku syikiri and marah aku ! Mane boleh buang saka la, ape la. Nasib dia pakai songkok Haji, rasa nak tumbuk je, tapi lantak kau nak percaya ke tak, janji Family dah tak ada saka sakat ni.

1. “Saka Connection”
“Connection” saka ni kuat, kalau dulu dia janji nak ikut/berdamping dengan Family Husin sampai kiamat, sampai 100 keturunan pon dia akan ikot. Ok aku bagi contoh keturunan family aku.

Hj Husin > Hj Kasim > Hj Razak (Atuk) > Ismail (Dad) > Ariz (Me)

Tadi aku ada mention kan, aku dah buang/p****g “connetion” saka, tapi yang aku cuma p****g dari

Ismail (Dad) > Ariz (Me) je..

So aku & my dad dah tak ada connection dengan saka. TAPI, my dad aku ada adik beradik yang lain. Hj Razak (Atuk) > Adik beradik my dad. Benda tu memang dah tak ada kat aku or my dad, tapi setan tu still ada kat Uncle & Auntie aku so setan tu leh still kacau aku, tu yang dengar Pontianak mengilai nama aku. Faham? So after that, my dad panggil semua 10 orang adik beradik dia berubat. Yang duduk Sabah pon dia sponsor ticket suruh balik sebab tak aku kena kacau lagi. Selain dari “connection” ada satu lagi benda yang korang kena tau.

2. “ Saka Platform”
Saka ni dia ada platform dia sendiri, bukan main turun macam tu je. Macam Family daddy aku ada 10 adik beradik. Saka punya platform dua orang, dua orang! So, platform dia ada “5” ! Ustaz Zul dia scan semua family Daddy aku, then dia pasangkan semua berdua dua. My Dad + Pak Su, Mak Ngah + Mak Lang & sampai la semua la 10 orang. Tapi yang perasan kan, family daddy aku yang dipasangkan berdua dua ni la yang paling rapat antara satu sama lain. Paksu aku manja & rapat dengan Daddy aku, Mak Ngah rapat dengan Mak Lang. Itu yang aku perasan, tapi aku tak tau WHY saka tu pilih base on that. Ape sebab aku explain Platform ni?

Sebabnya, Saka tu turun kan semua adik beradik ayah aku. Kena kacau kaw kaw dengan tak je beza nya, tapi SEMUA ADA! Mak lang mimpi bayi mintak dokong la. Mak ngah aku kena kacau kaw kaw, sampai pengsan, suami dia nampak ada Hantu nak gigit dia. Platform ni sebenarnya trick Saka. Contoh, My Daddy kena kacau, then pergi berubat dah p****g/buang saka semua, tapi kena kacau lagi (macam kes aku) why? Sebabnya, platform My Daddy + Pak Su. Saka ni dia still ada kat Pak su aku, berjuta kali pon my dad pergi berubat, tak akan baik. Sebab “platform” saka pak su ada agi. Dia boleh kacau balik. Nak baik? Buang sama sama! (Kalau korang pergi berubat tak baik baik, maybe sebab ni). Sebab tu Ustaz akan pasangkan berdua dua. Macam kes orang lain, ada yang anak bongsu dia pasangan dia dengan Mak dia. So, dua dua orang kena beruabat.

Saka mana boleh buang?! Mengarut! Maybe ada orang akan cakap macam tu, tapi cari Ustaz ni dia bukan buang, sebab kalau perjanjian dia nak ikut keturunan tu sampai Kiamat, memang akan ikut la sampai cucui cicit aku. Dari pandangan aku bukan buang , TAPI PINDAHKAN! Macam mana? Dia guna Kelapa! Bukan kurafat okey, Ustaz ni 100% ak percaya dia guna cara Islam btw dia Imam, family dia baik baik, & kawan Daddy aku. Macam mane dia pindahkan?
Dia akan mintak sebahagian apa yang ada kat badan kita. Organ? Hahaha.. No! Just.

  1. Rambut
  2. Bulu roma kaki & tangan (Kiri & Kanan)
  3. Kuku ibu jari (Kaki Tangan Kiri & Kanan)

and last……………………. D***H!

Hahahaha.. sikit je, Ustaz akan cucuk pakai Jarum Emas (RM60 satu kau harga dia, kau rasa berape banyak daddy aku dah habiskan duit untuk aku? Hummm.. Aku ni menyusahkan dorang je. Tapi ada orang yang tak berduit datang, Ustaz tu tak mintak pon bayarana Jarum or Upah). Sikit je dia cucuk, bagi syarat ada d***h sikit keluar dari ………..

“Ibu jari Tangan (Kanan & Kiri) dan Ibu jari Kaki (Kanan & Kiri)”

Hahahahahahahaha. Kau rasa? Sakit gila tau tak! Lagi sakit dari kena cucuk dengan jarum Nurse. Aku dah lah takut jarum, tiap kali kena cucuk tu, rasa nak sepak je Ustaz tu. Hahahaha.. Takot lepas tu Sakit! Ok sambung, lepas tu kuku rambut, jarum emas tu, & tisu yang ada d***h kita tu letak dalam telur ayam. Then Telur tu masukan dalam Kelapa tu. Tutup kelapa tu, then bungkus dengan kain putih & ikat! Dia akan suruh pasangan family tu pegang kelapa masing masing (5 Pasang = 5 Kelapa) dan baca ayat! Yang aku ingat la,

“Bismillahirrahmanirrahim. Ni bukan hak kau, dan bukan hak aku, ini hak Allah…. (tak ingat)…… Segala Saka, Sakat, Jin, Iblis, Syaitan… (tak ingat lagi)… jangan ganggu (sebut nama sendiri)…. Sampai bila bila”

Siap! Then kena pergi sungai yang mengalir, dan hanyutkan kelapa tu dekat sungai tu. Tapi ada syarat!

  1. Lepas buang tu, JANGAN PANDANG BELAKANG!
  2. Kalau ada orang panggil ke ape ke, buat bodoh je, jangan pandang or sahut. Masuk kereta terus blah.

Benda tu boleh je muncul nak takutkan kita supaya tak jadi buang. Buang pukul 1 pagi 2 pagi, seram beb! Gelap lagi.. Huuuuuuuuu… Malam tu aku mimpi, ada 5 bungkusan putih (maybe kelapa tu) hanyut pergi macam tu. Pernah tanya Ustaz, buah kelapa tu jadi ape? Macam mane kalau ada orang jumpa? Ustaz cakap maybe kelapa tu akan hilang/ghaib macam tu macam tu je. Tu la, ada hikmahnya aku kena kacau semua ni, kalau tak, cucu cicit keturuanan aku family aku ada saka. Sampai aku, STOP! Tak ada follow follow okey, nak follow pergi follow aku dekat Instagram. Bukan nak riak, tapi kalau tak di sebabkan usaha keras My Dad, sampai sekarang Mak ngah kena kacau kaw kaw. Pengsan. Nampak kelibat. Nampak dia sendiri kat depan. Aku bersyukur dapat AYAH yang sayang aku sangat sangat, duit dia habis berape ribu pon dia tak kisah, asal aku sihat. Alhamdulilah. Lepas tu aku dah tak ada kena kacau dengan saka belah my dad but from my Mum side?! HAHAHAHA! Jengggg! Nanti sambung, nak balik rumah, waktu office dah habis.. 😛

**** Sape sape nak buang saka aku cadangkan pergi dekat Separap, Batu Pahat, Johor. Dia Imam masjid. Tanye je Ustaz ubat ubatkan dekat orang situ, confirm semua tau & korang jumpa jumpa.. Orang dari Pahang, Kedah, sanggup datang sebab dia TERBAIK! Setakat ni semua saka & setan bersepah sepah yang kacau aku tu dah kena buang, tak pernah datang lagi. Alhamdulilah sangat. btw dialah Ustaz Zul tu (bukan nama sebenar  )

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

44 thoughts on “CERITA EL 3: Cara nak Buang Saka Sakat Jin Iblis!”

  1. eh ko blh pm phone ustaz tu x… aku letih r klu aku terjmpa org yg plik2 sikit msti dia akn ckp 2 bnde ni.
    1. ko ni ada pendamping
    2. ada orang xnak lepaskan ko
    alahaaaaii…klu sorg ckp xpe..dh beberapa org cakap…

    Reply
  2. Assalamualaikum. Maaf saya nak bertanya boleh ke saya dapatkan nombor imam yg saudara/saudari dptkn rawatan? IBU saya sakit dah melarat sehingga spt mayat hidup kena gangguan saka, adik beradik ibu saya menanggap ibu saya x siuman, saya sendiri mengalami gangguan Saka tapi dah merata perawat pergi tapi semuanya xberhasil. Saya sdg usaha nak buang Saka keluarga belah ibu saya. Kalau xkberatan saya tinggalkan number telefon saya utk saudara/saudari hubungi saya. Harap bantuan saudara/saudari boleh membntu kami sekelurga. 0187694561 Dee

    Reply
  3. weh sama mcm family aku. saka ada belah mak ngan ayah.. yg belah mak dah buang buat mcm kau cerita tu la gi buang bungkus putih tgh2 malam.. but baru2 ni tahu ada belah ayah juga. still dalam process nak buang sbb benda tu dok kacau adik aku pula..

    Reply
  4. OOO…kalo x putuskan smua kena kaco jugak ke…mcm aku, belah mak aku ada laa..tp mse nenek aku nk mninggal dia ckp nk pegi kat ank pompuan bongsu…mak aku punye adik bongsu laki…haa…tu amacam plak ek..smua adk bradik mak aku kne berubat jugak la ekk…hadoiiii…seremmm

    Reply
  5. Assalam EL.. akak bru follow cerita ko ni..apsal cara berubat kite sm..entah² ustaz yg sama.. akak mmg ada saka sbb pernah mmpi didatangi bayi,ms tu kecik lg, so xde rs pape.. berubat dia mcm tu la, ustaz scan (sebut nama penuh)..then dia ckp akak ada saka.. amik kuku, rambut ckit, cucuk ibu jari nk amik drh guna jarum emas (harga sama uittt).. pastu masuk dalam kelapa, tp part telur tu tak perasan..pastu baca pun ayat yg sama sebab ada perkataan hak² semua tu, dan alirkan kat sungai..tapi akak xbuat, minta ustaz tu buat..takut hoihhh.. cuma akak xde la kena gangguan sepanjang ada “saka” tu.. solat, puasa, xde panas baran..semua ok..ada saka ke, dah buang saka ke, akak xde rasa perbezaan.. adehhh

    btw, kampung akak kat batu pahat..

    Reply
  6. Just nak tanya pandangan lah kan…
    Kalau mcm kita pernah mimpi pasal kita mengandungkan baby, apa mksdnya ehh ?
    And masa kecil2 dulu, selalu lah mimpi ular hitam, byk gila then dia mengelilingi kita. Tapi tak patuk pun.
    And bila dah dewasa ni, tak kerap mana pun mimpi pasal ular. Cuma ada satu kali tu, mimpi ular tu nak patuk waktu tu dekat area muka, tp waktu tu aku sempat lah halang dgn kain, aku kibas2 so tak kena lah patukkan tu.

    Reply
  7. Assalamualaikum el. Boleh ke saya dptkan no ustaz tu? Ayah saya dah makin teruk.. Kurus sgt2.. Minta tolong sgt watsap saya ye.
    011-10827276

    Reply
  8. Assalamualaikum El… Sy dari Johor…Sangat Memerlukan…Saka durjana dari zmn aku xpnh hidup…Bnyk tempat berubat…Nak kerja pon susah…Asik diganggu…Boleh sy dapatkan No Telefon Ustadz tu? ni no fon aku 0187603115

    Reply
  9. Assalam..maaf blh tak tlg bagi saya no phone ustaz tu?ibu saya dh semakin truk..ada kaitan dgn saka.dh byk tempat berubat tapi masih sama mlh makin truk..minta send ke email saya..terima kaseh cik.

    Reply
  10. Hai el mintak no tel ustaz tu bole?saya pon kena gangguan macam awak..dah banyak tempat saya berubat..pm saya please 0172621395

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.