Cerita Kedai Kopi ( Mac Amin )

Aku berhentikan kenderaan di tepi jalan. Keluar kereta dan berjalan naik tangga.

Asyraf: woi. Hantu.

Aku: haha..apasal panggil aku hantu ? kurangajar betul.

Aysraf: yelah. Kau kejap ada. Kejap hilang.

Aku: habis aku nak buat macam mana. Kau pun tahu kerja aku kan. Macam nilah. Ni aku datang nak lepak. Boleh ke tak ?

Fakrul: di alu alu kan. Haha

Aku: wah..makin handsome ah kau.

Fakrul: iya iyalah. Makin hari makin maju. Beg tu letaklah tepi dulu.

Aku: eh tak boleh. Kena sentiasa dekat dengan aku.

Fakrul: okay okay faham. Pesan pesan air.

Aku: ha’a. air asam ais satu eh. asam boi.

“ okay “ pelayan.

Aku: tadi aku dah lalu. Nampak korang. Aku patah balik. sembang rancak tadi nampak. Sampai tangan tangan semua berjalan. Sembang apa ?

Fakrul: dia cerita masa dia kena kacau dulu. Zaman zaman dululah. Throwback gitu haa

“ aku memang tak boleh lari dari benda ni ke apa ? ke mana mana pergi ada je hal mistik “, kata aku dalam hati.

Fakrul: meh lah join sekali.

Aku: ha’a yaya. Sila sila. Sambung sambung. Eh eh kejap. Nasi goreng cina satu eh.

Fakrul: nak yang mualaf punya.

“ ishhh dia ni.. “ kata pelayan sambil membuat muka dan berlalu pergi.

Aku: haha..lain macam kau dengan dia ?

Fakrul: haha tak ada apa apalah. Usik usik je haa.

Asyraf: korang nak dengar ke tak ni ?

Fakrul: eh nak lah. sambung sambung..

Asyraf: okay. aku mula balik dari awal ya. Masa ni aku kerja dekat mall. Xxxxxxx waktu ni dah tutup dah. Jadi aku dengan member aku sorang. Kami semua dekat atas. tengah tutup suis. Dah habis semua kami tutup. Masa nak turun bawah. Tiba tiba kami terdengar bunyi radio. “ laaa. Suis radio belum tutup ke ? “ Tanya member aku ni. aku cakap “ entah “ je. sebab aku fikirkan dia tutup. So mungkin juga dia fikirkan yang aku tutup. So kami decide patah balik dan tutup suis radio. Kami sampai dalam bilik. Aku tekan button nak turn off radio. Tapi button tu macam tak berfungsi. “ asy.. woi asy..” kawan aku sorang ni panggil. Dengan muka dia yang berkerut. Aku pun jadi hairan. Aku tak fikir banyak. Aku pergi dekat dia. dalam dua tiga langkah macam tu ja. Dia tunjuk dekat aku. apa yang aku tengok. Aku rasa macam memang tak masuk akal.

Fakrul: apa yang kau nampak ?

Asyraf: plug radio tu dah bergulung. Dah memang dah simpan dah pun. dah tercabut dari socket. Jadi mana datangnya elektrik untuk hidupkan radio tu. lepas tu dengan tiba tiba juga. radio tu tiba tiba bunyi lain macam sikit. Tiba tiba dia mainkan lagu klasik. Aku dengan member aku ni apa lagi. kami lari tak cukup tanah. Masa kami lari tu. telinga aku masih dapat tangkap satu suara dari belakang. aku syak datang dari radio tu.

Fakrul: suara apa ?

Asyraf: dia ketawa. “HAHAHAHAHAHA” panjang. Dengan garau pun garau but suara perempuan aku rasa. Apa lagi lepas tu. larian kami memang tak normal dah. Orang turun tangga satu satu. Kami sekali boleh pergi dalam empat anak tangga sekali gus. Nasib tak jatuh tergolek.

Fakrul: hahahahaha..

Fakrul tiba tiba berhenti ketawa bila mata asyraf memandang tepat ke wajahnya.

Asyraf: tak kena tak apalah beb. Kena sekali. Aku nak tengok kau still boleh ketawa atau tak.

Fakrul: alaa. Rileklah. Sambung sambung balik. tadi cakap banyak. Janji tak gelak dah. Janji.
Kalau aku gelak lagi kejap lagi. aku janji lagi untuk tak gelak.

Aku ketawa sambil memandang ke bawah dengan jari menekan dahi

Aku: sambung sambung.

Aysraf: gelak siap kau. Okay. Masa ni lepas pada kejadian radio tu. dorang letak setiap satu aras seorang supervisor. Jadi malam tu. aras berapa aku tak ingat dah. Supervisor ni berjalan dekat atas. masa ni pun mall dah tutup jugalah. Tiba tiba. Kami dengan bunyi tapak kasut lari dari aras atas. laju. laju kemain. Sampai dekat tangga. Baru aku nampak. Supervisor aras atas yang lari. Dia nampak kami. Terus dia meluru ke arah kami. Tercunggap cunggap dia. nafas keluar masuk laju. kami masih lagi diam. Kami tengok ja apa dia buat. Dia berdiri sambil tangan menongkat lutut. Wajah yang memandang ke bawah. Dia angkat kepala dia. tengok kami berdua. Dengan muka keletihan.
“ jangan cerita orang “ pinta supervisor.

Asyraf: aku masa ni. nak gelak pun ada. Tapi bila terkenangkan yang aku pun dah kena. Takut kena balik nanti. Aku tak jadi gelak walaupun aku nak sangat gelak haha. lepas tu kami tanyalah dia. apa yang jadi sebenarnya sampai dia lari punya laju. dia cakap, dia nampak patung yang jadi model pakaian tu. bergerak. Bukan setakat bergerak ja. Tapi berjalan jalan. Itu yang buat dia jadi atlet lumba lari malam tu. esok hari aku dengar dia cuti. rupa rupanya demam. Jujurlah ni aku cakap. Lepas dapat berita dia demam. Aku gelaklah juga hahaha.

Tiba tiba phone aku berbunyi. Menandakan ada text masuk.

Fakrul: uish. Berderu sekali masuk. Ada someone special dah ke ?

Aku: haha sambung sambung acap.

Asyraf: okay. Ni cerita last masa aku kerja mall. Masa ni kami dekat luar tau. aku dengan member aku yang tadi juga. lepas tu sorang lagi. kiranya kami bertiga sekarang ni. tengah hisap rokok dekat luar. Keadaan semua okay. Cuma member aku yang lagi sorang ni macam pelik sikit. Dari tadi. dia asyik pandang bawah sambil duduk mencangkung. Dengan air liur meleleh. Kami ada juga panggil dia. tapi dia buat tak dengar ja. Aku malas nak ambil tahulah. Aku borak jelah dengan member aku sorang ni sambil menghembus asap berkepul kepul ke udara.

Fakrul: ayam berkokok atas batang, bak rokok sebatang. Hahaha bak bak.

Asyraf: haram sungguh aih dia ni.

Aku: haha..sohai. nah nah ambil rokok aku. diam. Jangan menyampuk dah. Sambung balik acap.

Fakrul: haha terima kasih. Aip aip cip. Haha

Asyraf: tengah tengah borak bohong. Aku dengar orang menjerit dari belakang. kami pusinglah tengok. Member aku sorang lagi tu tengah berlari mendekati kami berdua. Aku dengan pantas pusing belah depan. Kepala otak aku pantas berfikir. “ tadi dia ada depan. Tengah duduk. Macam mana tiba tiba dia boleh berlari dari belakang pula “ pertanyaan yang bermain di fikiran aku. tapi masa ni depan kami dah kosong. Dah tak ada sesuatu yang duduk tadi. tiba tiba satu lagi pertanyaan datang singgah di otak aku, “ macam mana pula kalau yang tengah berlari ni bukan orang juga ? “ “ lari!!!! “ kepala otak aku memberi tindak balas yang begitu laju. tapi belum sempat aku nak loncat turun motor. Member aku tengah berlari tadi dah sampai pun dekat kami. Kaki aku mengigil. Mata aku tak lepas dari pandang dia. aku takut kalau tiba tiba wajah dia berubah ke apa ke. kiranya aku dah stanby untuk lari kalau jadi apa apa yang pelik.

Asyraf: “ tolong aku weh “ member yang berlari tadi tiba tiba bersuara dengan suara yang tersangkut sangkut. Member aku sorang lagi Tanya “ kenapa kau ni ? “. “ tadi, masa aku dalam mall. Aku nak turun bawah. Kepala aku pandang bawah. Masa nak turun tangga. Aku pandang depan. Kaki aku terus kaku. Mata aku tak dapat dipejamkan. Anak mata aku seolah terpaku terus untuk pandang benda yang ada depan mata. aku nampak. Lembaga hitam. Dengan lidah terjelir keluar. Panjang lidah dia. mata yang seakan nak terkeluar. Dekat leher dia ada tali seperti orang mati gantung diri. Seminit dua lepas tu. kaki aku dah mula rasa boleh bergerak. Secara automatic kaki aku mengundur setapak demi setapak. Tapi aku terjatuh bila tersalah langkah. Sebab mata aku masih lagi menatap ke arah lembaga tu. lepas terjatuh tu. aku bangun semula. Kali ni aku dah rasa bebas. Aku dah boleh bergerak sepenuhnya. Dan benda tu pun dah hilang dari tangga tu. aku terus lari keluar “

Asyraf: “ sampailah aku nampak korang berdua. Tu yang aku lari sini “. Aku nampak dia pucat lesi. Member aku hulur air dekat dia. air mineral besar tu. ada separuh lagi. habis terus dapat dia. tiba tiba. Masa ni otak aku menangkap. Sesuatu yang kiranya tertinggal. Kalau dia ada dekat dalam. habis siapa dengan kami tadi ? aku teragak agak. Nak Tanya dia. dari pukul berapa dia dekat dalam. aku dekatkan mulut dengan telinga member aku. “ tadi siapa yang duduk mencangkung depan kita ? “ aku bisik dekat dia. dia tiba tiba mengundur ke belakang setapak demi setapak sambil mata yang tak lepas memandang ke arah member yang berlari tadi. member yang berlari tadi pun pelik tengok dia kenapa tiba tiba dia berundur. Lebih kurang dalam lima langkah dia berundur. Terus dia pusing depan. Dan buka langkah seribu.

Asyraf: aku terkejut. Tiba tiba dia lari. Masa ni pula aku perlukan tindak balas yang cepat. Apa yang dia bagi masa tu adalah “ lari!! “. Aku pun apa lagi. lari juga ikut dia. “ kau jangan ikut aku. aku tak percaya sesiapa pun. semuanya tak boleh percaya..jangan ikut aku hantu “. Dia berlari sambil jerit. “ tunggu aku woih “ aku jerit balik dekat dia. lagi laju dia lari. Aku ingatkan dia nak tunggu. Tiba tiba masa aku tengah lari. Aku rasakan ada sesuatu dekat sebelah aku. aku pusing tepi. “ kenapa korang lari. Janganlah tinggal aku sorang sorang. Aku pun takut. “ kawan yang tadi kami tinggal. Sekarang ni berada di sebelah aku. rupanya dia pun lari bila tengok kami lari. Dengan tiba tiba aku rasakan yang aku mendapat sesuatu kekuatan luar biasa. aku rasakan larian aku semakin laju..

Aku: hahaha..macam haramlah..bikin saspen.

Fakrul: tulah. Aku ingatkan apalah. Ingatkan kot kot kau tiba tiba ada kuasa untuk berhenti dan berlawan dengan hantu hantu semua. Kalau tiba tiba kau boleh terbang ke apa ke dahsyat ah juga. ni lari lagi laju je.

Aku: haha sambung sambung.

Aysraf: biarlah cerita aku. bukan cerita korang. Nak dengar, dengar. Tak nak sudah.

Aku: iyalah iyalah. Sambunglah. Nak dengar.

Asyraf: okay. Masa ni aku dah lari sebelah member aku yang lari mula mula sekali tadi. dia tengok aku dekat sebelah. Aku syak dia pun dapat kekuatan luar biasa juga. dia tambahkan lagi kelajuan larian dia meninggalkan aku. dalam aku kena tinggal tu. member yang kena tinggal dari belakang tadi pun ada sebelah aku juga. sekali lagi aku dapat rasakan kekuatan baru. Aku juga tambahkan lagi kelajuan. Sampailah sekarang ada sebelah member aku yang depan sekali. Dia tengok aku. dia lagi laju. keadaan ni berulang. Sampailah kami sampai surau. Kau faham tak jadi macam mana ?

Aku: hahahaha. Aku faham. Kawan kau yang depan tu lari lagi laju sebab dia takut yang kau pun hantu. Yang kau lari sebab ikut dia. lepas tu bila yang kena tinggal tu lari juga sebelah kau. Kau pun takut kalau kalau dia pun hantu sebab perasaan takut dah menguasai diri. Jadi kau lari laju lagi. sampai dekat sebelah orang depan. Dia pun tambah laju lagi. bila kau dah sebelah dia. masing masing lari sebab takut. Yang kena tinggal pun lari sebab takut kena tinggal sorang sorang. Semuanya salah faham ja.

Asyraf: macam itulah ceritanya. Sampailah kami masuk surau. Semua berenti sebab penat. Tiba tiba member aku yang lari tadi bersuara. “ okay, kita dalam surau sekarang. Jadi aku rasa kita tak perlu lari. Ni rumah Allah. Tak ada hantu. Kita semua manusia “. Aku pun anggukkan kepala tanda setuju. Begitu juga dengan kawan aku yang kena tinggal tadi tu. haha betapa jahilnya aku waktu ni haha. okay lepas berapa minit kami dalam surau mall. Phone aku berdering. Dengan tangan yang bergeletar. Aku jawab panggilan phone. “ hello, mana kau ? lama aku tunggu dekat motor ni. nak balik ke tidak ? “. Aku simpan phone dalam pocket. Tak cakap banyak. Aku terus lari keluar dari surau. “ lari lari am. Lari am “ aku ajak member yang kena tinggal tadi lari. Kasut ? memang tak sempat pakai. Aku just capai ja kasut guna tangan. Tu pun lari setengah kasut jatuh pula. aku tengok belakang.

Aysraf: sebabkan aku lari laju sangat. Kasut tu aku rasa macam aku dah tinggal jauh. Jadi aku tak mahu patah balik dah. Bak kata orang. Apa yang lepas, biarkan lepas. Hahaha. Aku lari sampailah dekat motor. Kami bertiga hidupkan motor. Dan terus keluar. Member aku yang tadi call. Tiba tiba jerit. “ woi. Korang belum punchcard “. “ lantakkkklah benda tu “ aku jerit balik. terus jalan balik rumah. Rupanya yang kena tinggal tadi bukan hantu. Tapi yang lari mula mula. Aku rasa malu gila di permainkan sebegitu rupa. Yang celakanya. Member yang kena tinggal tu. masa dia lari dengan aku. lansung dia tak Tanya kenapa aku suruh dia lari. Aku rasa kalau aku suruh dia terjun sekali dengan aku pun. dia terjun rasanya. Haha

Fakrul: hahahahahahahahahahahahahahahahahaha….

Aku: ada lagi ?

Asyraf: ada lagi.

Aku: haa cerita cerita cepat..

Asyraf: kejaplah. Bagilah aku minum air dulu..

Aku: haa sila sila.. lepas tu cerita.. cepat sikit.

Asyraf: benda ni berlaku dekat kawasan rumah sewa aku. Masa ni aku baru balik dari kerja. Dah sampai depan pagar rumah. Aku turun motor, aku jalan buka pagar. Lepas tu, aku masukkan motor ke ruang depan rumah. Masa ni, aku tengah tundukkan kepala sebab aku aku tengah tongkat motor. Masa aku angkat kembali kepala aku. Aku kaku, aku diam. Aku tak tahu nak buat apa. Depan aku, ada seekor beruk. Besar, bulu lebat, mata merah. Menatap muka aku. Tak lama selepas tu. Aku rasa seolah olah aku dah boleh kawal badan, akal aku apa semua. Satu benda terlintas dalam kepala aku. LARI!!!. Aku terus lari keluar pagar. Masa ni aku tak ada arah dah. Aku main lari saja ke mana kaki aku bawa pergi.

Asyraf: tiba tiba, dari jauh aku Nampak satu cahaya. Makin lama makin dekat. “ mail ni “. Kata aku dalam hati. Mail ni kawan satu rumah aku. “ MAILLLLL…MAILLLL… “. Aku jerit panggil mail. Aku Nampak cahaya dari lampu motor si mail makin laju mendekati aku. Dia berhentikan motor . “ apahal kau ni weh ? “, Tanya mail. “ ada benda dekat rumah. Ada benda dekat rumah weh “, balas aku. “ benda apa ? “, Tanya mail lagi. “ ada beruk. Beruk besar. Depan rumah kita “, jawab aku. “ ni sini, mai naik mai naik! “, suruh mail. Aku terus naik motor tanpa bercakap sepatah pun. Mail terus memecut, bila hampir sampai di depan rumah. Dia tak perlahankan motor. Malah lebih laju tapi dengan pandangan mata yang menghala ke rumah.

Asyraf: benda tu dah tak ada masa tu. Mail perlahankan motor dan membuat pusingan U. kami berhenti depan pagar rumah. Mail sekali memerhati keadaan sekeliling rumah. Dah bila dia yakin memang tak ada apa. Baru dia ajak aku masuk. Penat katanya ada overtime di kilang. Aku masih lagi berasa takut untuk masuk. Tapi mail memujuk aku untuk masuk dan mengatakan yang apa yang aku Nampak tadi hanyalah perasaan aku saja. Aku hanya diam walaupun aku sebenarnya yakin bahawa apa yang aku Nampak tadi bukanlah mainan perasaan ataupun di sebabkan aku letih. Malam tu kami tidur seperti biasa. Alhamdulilah tiada apa apa gangguan yang berlaku. Mungkin di sebabkan penat juga kot aku Berjaya melelapkan mata.

Asyraf: dua tiga hari kemudian..

Phone aku bordering. Ada text masuk. Asyraf terus diam, tidak menyambung ceritanya. Sehingga aku selesaikan urusan aku.

Asyraf: dua tiga hari lepas tu..

Sekali ada text masuk phone aku.

Fakrul: aih. Dah ada orang istimewa dah ni. Kalau tak, sekali saja masuk. Tak pernah masuk banyak banyak kali ni. Siap spam lagi. Haha. Orang mana pula ni ?

Asyraf: orang jauhlah.. comfirm.

Aku: haha. Yaya. Sarawak.

Fakrul: aku nak Tanya sikit ni. Apasal kawan yang jauh jauh eh ?

Aku: adalah seorang dua aku kawan orang dekat dekat. Bukan apa. Sebab tugas aku ni melibatkan orang orang jahat. Pasti ada yang berdendam. Jadi aku takut bila orang tak dapat aku. Orang buat dekat orang yang aku sayang. So aku kawanlah orang jauh jauh. terpaksalah. Jadi aku dah dapat elakkan dari benda ni.

Asyraf: itu namanya pengorbanan fakrul.

Fakrul: aku baru nak adjust dekat kau seorang gadis melayu terakhir ni haha..tapi dekat dekat sinilah. Dah kau cakap macam tu. Tak apalah. Eh tapi kalua kau nak. Bagitahulah..haha.

Aku: haha dah dah. Asyraf sambung balik cerita.

Aysraf: okay. Dua tiga hari lepas tu. Malam ni aku seorang diri dekat rumah. Malam tu aku rasa lain sangat. Hati jadi gelisah tak menentu. Tak lama lepas tu. Datang macam macam bunyi. Bunyi cakaran dekat dinding,cermin dan bumbung. Bunyi orang ketuk pintu bertalu talu. Aku cuba call mail. Tapi dia tak angkat. Aku beranikan diri untuk keluar rumah. Aku keluar rumah. Depan rumah aku ada satu lagi rumah. Aku Nampak lampu luar dia bercahaya lagi. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi rumah dia. Sampai depan rumah. Aku beri salam. “ pak usoooppp oo pak usooooppp “, aku panggil tuan rumah. Tak lama lepas tu. Anak perempuan dia keluar.

Asyraf: “ ayah dah tidur “, kata anak dia. “ mak ?, Tanya aku. “ mak pun sama “, jawab dia. Tiba tiba..kami berdua terkejut besar. Dengan secara tiba tiba. Terdengar orang menangis. Kuat. Kami terpandang sesama sendiri. Tak lama. Lepas tu dia terus lari nak masuk rumah. Aku secara tiba tiba. Ikut sama. Bangun dari anak tangga yang tadi aku duduk. Terus melangkah satu demi satu anak tangga. Masuk ke rumah. Di sebabkan bunyi bising tu. Mak senah. Terjaga dari tidur yang lena. “ asy..ada apa ni ? “, Tanya mak senah. Aku ceritakan segalanya yang terjadi. Mak senah pun tidak menafikan yang dia pun turut di ganggu juga. Pak usop masih belum berjaga. Agaknya kalau rumah di bom baru dia terjaga agaknya. Dasar orang tua tidur mati. Tak lama lepas tu. Mak senah berjalan ke cermin depan rumah. Di bukanya cermin depan sedikit. Lalu menundukkan pandangannya untuk melihat ke luar. “ dia perhatikan rumah aku ke ? “, tanya aku sendiri dalam hati.

Asyraf: “ kemarin pagi. Mak senah macam biasa. Bangun nak masak kuih. Masa senah buka tingkap depan ni. Hati mak senah masa tu berdebar debar tuhan saja yang tahu. Atas bumbung rumah kamu asy.. “, mak senah berhentikan ceritanya. “ ada apa atas bumbung rumah saya mak senah ? “, Tanya aku inginkan kepastian. “ mak senah Nampak, ada seekor beruk besar, mata merah, bulu lebat. Lagi satu. Yang berbungkus bungkus tu. Dua dua ekor ada atas bumbung rumah kamu “, jawab mak senah. “ pocong ke ?, lantas aku bertanya. “ pam “ secara tiba tiba. Bumbung rumah mak senah berbunyi, sangat kuat. Seperti ada satu benda yang menghempap. “ kami sebut buat apa asy “, marah mak senah dengan nada ketakutan. “ maaaaafffff..mak senah “, aku meminta maaf dengan nada yang bergetar sedikit kerana masih terkejut. “ senahhhhh, bunyi apa tu ? “, kedengaran satu suara dari dalam bilik dan tak lama lepas tu. Terdengar tapak kaki sedang berjalan keluar dari bilik.

Asyraf: Pak Usop keluar dari bilik dengan tangan yang masih mengulung kain pelikatnya. “ asy.. ada apa ni ? “, Tanya pak usop bila terkejut memandang aku yang turut berada di situ. Belum sempat aku menceritakan semua. Mak senah terlebih dahulu menceritakan dari A hingga Z. “ tak apa, esok aku bawakan ustaz datang tengok “, kata pak usop dengan nada yang sedikit geram. Keesokkannya. Aku ambil cuti. Sebab nak turut serta dengan pak usop. Sebab benda tu pun berlaku dekat rumah aku. Bila ustaz datang. Kau tahu apa penyebabkannya jadi macam tu ? padahal sebelum ni tak pernah jadi macam ni pun sejak dari awal aku sewa situ. Penyebabnya dari batang buluh yang mereka tebang entah dekat mana. Pokok tu ada benda yang menunggu. Mereka dengan tak minta izin apa semua. Terus ambil macam biasa. Petang tu juga. Kami cari siapa yang ambil buluh tersebut. Tak susah nak cari. Pergi jumpa balai parti xxxxxxxxx. Sebab buluh tu mereka ambil untuk pacakkan bendara parti. Jadi ustaz minta untuk mereka pulangkan. Ustaz tu cakap yang dia akan ikut bersama sama semasa pergi letak kembali buluh tu. Selepas pada tu. Dah tak ada lagi gangguan gangguan yang semacam tu terjadi di rumah aku.

Aysraf: ini cerita terakhir. Masa ni aku ikut orang pergi berubat. Dia ni kemalangan jalan raya. Dia punya luka dekat betis dah lama dah tak kering kering. Jadi keluarga dia decide untuk berubat kampung. Jadi kami pergilah satu rumah ustaz ni. Bila dia cek, rupanya ada benda yang duduk makan dia punya luka. Nanah, darah dan air bisa tu. Sebab tu tak sembuh sembuh dan kering walaupun dah lama. Jadi nak buat ubat untuk suruh benda tu pergi. Dengan tiba tiba benda tu masuk dalam badan pesakit. Terjadilah sesi temubual bicara si ustaz dengan si jin yang masuk dalam pesakit. “ jangan kau kacau aku. Di situ memang tempat aku. ( jalanraya yang si pesakit kemalangan ). Aku memang suka tempat tu. Dulu dulu kami selalu ada makanan. Darah banyak dekat situ “, kata jin tersebut. Dengan tak semena mena bau hanyir darah menusuk rongga hidung. “ tapi sekarang manusia dah ubah sikit keadaan jalan di situ, kami lapar. Kemalangan sudah kurang berlaku “, kata jin tu lagi.

Aysraf: “ aku yang buat dia ni kemalangan. Jadi aku tak nak pergi. Aku nak makan. Aku belum puas. Aku haus darah, aku mengidam ketulan ketulan daging manusia yang hancur.. aku tak nak pergi. Aku bukan makan kau. Jadi kau tak payahlah kacau aku. Biarkan dia ni. Kalau kau tak kacau aku. Aku janji aku bagi apa yang kau nak “, kata jin tadi cuba memperdayakan si ustaz. Ustaz masih lagi kelihatan tenang. “ kau keluar atau aku bakar kau ? “, kata si ustaz tenang menyuruh si jin untuk keluar atau dia akan bakar jin tersebut dengan ayat ayat suci Al-Quran. Jin tadi masih lagi berkeras tidak mahu keluar. Selepas tu, si ustaz tidak lagi berkata apa apa. Hanya menyuruh orang orang di sekelilingnya berzikir dan dia terus membaca ayat ayat suci Al-Quran. Tidak lama selepas tu. Pesakit tadi pengsan. Sebelum dia pengsan. Dia ada menjerit dengan berselang seli dengan entah apa yang dia cakap. Terkumat kamit bibir pesakit. Membaca sesuatu yang aku lansung tidak faham. Dan tidak pernah dengan akan Bahasa yang di tuturkan. Lepas pesakit tu pengsan. Ustaz berhenti membaca ayat suci Al-Quran. Dia mengambil sebotol air botol besar dan membacakan sesuatu. Selesai di bacakan olehnya.

Asyraf: dia menutup semula penutup botol tersebut. Lantas di serahkan botol tersebut kepada ayah si pesakit. “ macam mana dengan anak saya ustaz ? bila dia nak sedarkan diri ? “, Tanya ayah pesakit dengan nada yang agak risau apabila melihat anaknya masih terbaring tak sedarkan diri. Ustaz hanya senyum dan lansung mengambil kain serbannya yang di sangkut di atas bahu. Dengan satu pukulan yang terhasil oleh kain serban tersebut. Pesakit terus sedar dari pengsan dan lantas bangun. Dia agak kebinggungan bila tersedar sebegitu rupa. Jadi dia bertanya akan apa yang terjadi. Ustaz memceritakan segalanya dan sebelum balik. Ustaz beritahu semua apa yang dia perlu buat selepas tu. Sekali dengan air di dalam botol tersebut. Serta pantang larang yang tidak boleh di langgar. Seperti pemakanan yang ada pantang tidak boleh di jamah sebelum sihat. Okay habis. Aku dah penat. Bawa mai kopi o satu hoi.

Aku: ha’a ni. Aku nak tunjukkan gambar sikit ni. Kalau ada ternampak bagitahu aku eh. Macam biasalah.

Fakrul: emmphh. Patutlah singgah sini.

Aku: uish jangan kata macam tu. Aku kalau boleh tiap hari nak lepak. Tapi masa untuk aku sendiri pun kadang tak ada. Janganlah cakap macam tu. Kecil hati aku ni haa.

Fakrul: tak adalah aku gurau saja. Aku fahamlah. Jangan risau. Janganlah ambil hati. Nanti aku tak ada hati. Macam mana nak hidup.

Aku: haha yelah yelah.

Phone aku bordering. Aku jawab panggilan dari boss.

Aku: aku kena gerak ni. Apa apa rojer aku eh. Ni duit. Tapau semua sekali. Upah riki okay. Haha. Selamat malam geng.

Fakrul: weh. Hati hati kerja.

Aku: baik.

Asyraf: terima kasih bro.

Aku: tak payah terima kasihlah. Korang banyak tolong aku.

Thank you admin,editor dan pembaca semua. Maaf kalau kurang menarik sebab saya pun tak ada hati nak menulis. Banyak nak menulis. Tapi yang ni pendek. Saya sajikan yang ini dulu. Maaf sekali lagi andai ada kecacatan dalam penulisan saya. Kalau masih ada yang ingat pada saya. Saya pun rindu korang juga haha. Rindu nak baca komen. Rindu nak menulis tapi tiada. Nanti dah ada hati. Saya tulis banyak banyak ya. Itupun kalau masih ada yang nak bacalah haha.

-Mac amin.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

46 thoughts on “Cerita Kedai Kopi ( Mac Amin )”

  1. Terima kasih sudi menghantar cerita, Walaupun cerita kedai kopi tapi karya MA mmg sy nantikan. Masih setia menuggu hasil karya seperti dulu. Selamat berkarya.

    Reply
  2. Who is mac amin? Haha

    Aku pun de cerita tapi tak reti karang. Sakit otak nak karang. So, tunggu la klo otak da berfungsi seperti penulis² novel terkenal k.

    Reply
  3. seram bak hang…siap ad atas bumbung umah lagi tu…anak pak usop ngn cik senah lawa x??nk cucuk line..hihihi

    Reply
  4. semak penggunaan tanda baca dan tatabahasa. contoh, pembuka kata dan penutup kata. susunan perenggan perkemaskan lagi.

    Reply
      • Sblm ini lg panjang. Berhenti sbb nk siapkan kerja rumah. Siap sambung baca. Xk habis berhenti lg nk masak makan pulak kemudian solat zohor. Sambung berhenti asar pulak. Lps maghrib baru khatam.

        Reply
  5. Dua kali aku baca cerita ni..
    selamat kembali my detektif..
    setiap bulan pasti aku search mac amin atau detektif.. nti cerita lgi ekkk..
    Selamat Kembali.

    Reply
  6. Mac Amin… Lama dah tak nampak story dari Tuan. Sihat ke? Abu dengan big bos sihat?

    Hope dapat baca lagi cerita dari Tuan

    Reply

Leave a Comment