#CeritaNasa – Ada Yang Memerhati.

#Thrillerseram #CN

LAPTOP dibuka. Jari-jemarinya menaip, membuka laman web – “fiksyenshasha.com”

Button “Add new post” di-klik, terserlah satu ruangan kotak kosong.

Dalam ruangan kosong itu, jarinya menaip tajuk,

“#CeritaNasa – Ada Yang Memerhati.”

Tapi tajuk itu masih lagi tidak tepat. Namun buat masa sekarang, itulah yang sesuai pada fikirannya.

Email dimasukkan, dan jari itu terus menari di atas papan keyboard. Anak panah menuju ke Microsoft Office – Word.

Satu cerita di-copy dan anak panah itu menuju kembali ke laman web Fiksyen Shasha.

Cerita itu di-paste di kotak yang disediakan dalam ruangan web.  Maka cerita tadi berpindah tempat. Dari asalnya hanya di Word, cerita itu sudah siap untuk dihantar kepada page Fiksyen Shasha. Kalau admin berkenan, sudah tentu cerita itu akan dipublish! Jadi dia menunggu sehingga minggu depan atau sehingga email sampai yang menyatakan penulisannya itu diterima dan dipublish untuk tatapan pembaca. Sebenarnya dia masih berkira-kira. Dia mahu kekal dengan penulisan genre thrillernya, tapi permintaan pembaca itu perlu diambil juga. Antara mereka suka, dan ada yang tidak. Mungkin tak salah jika dia mencuba genre seram.

Sepasang mata kepunyaannya membaca sekali lagi cerita yang telah dipindahkan bagi mengelakkan salah tatabahasa atau ejaan. Agak fokus, satu persatu, sebab dia tahu, dia selalu typo. Mungkin laju sangat menaip, atau otaknya yang pergi jauh dulu sebelum sempat jarinya menterjemahkan dalam bentuk penulisan. Tapi itu selalu dilalui olehnya sepanjang menulis. Dia tergelak lagi apabila mengingatkan rakan sahabatnya mengecam teks yang dihantar melalui whatsapp semuanya typo!

Apa itu typo? Dia pun tak tahu, malas nak ambil tahu, tapi sejak perkataan itu famous, ia menunjukkan kesalahan dalam menaip. Mungkin je dari perkataan type, taip, tiub  atau… Ah! Dia malas fikir tentang tu, baik dia sambung baca. Dia perlu menghantar cepat penulisan dihadapannya, sebab dalam fikirannya sekarang sudah ada cerita baru.

Lalu dia fokus kembali ke arah laptop di depan. Matanya membaca satu persatu dan bibirnya bergerak mengikut perkataan yang lalu.

 

AKU Madiah. Pernah korang dengar tentang badi mayat? Aku pun tak pasti apa istilah tu sebenarnya, satu istilah yang wujud? atau hanya perkataan paranormal yang direka bagi menyatakan sesuatu keadaan. Tapi aku tak akan faham selagi aku tak mengalami. Memang aku tak teringin pun, tapi… aku tak tahu kalau perkara itu akan terjadi padaku. Sebolehnya aku nak elak daripada perkara macam ni berlaku.

Aku bukan seorang yang suka berfikir tentang dunia halus. Maksudnya aku bukan seorang yang terfikir jika aku berseorangan, mungkin akan ada yang memerhati. Jauh sekali aku nak fikir yang ‘benda’ halus tu berlegar-legar di sekeliling. Ya! Aku bukan juga penakut. Malah setiap malam je aku baca cerita dari fiksyen shasha. Anker Arkib Negara, pensel studio, koleksi cerita hantu di google dan menonton video seram. Cakap je cerita hantu apa, semua aku dah tengok.

Kisah ni bermula apabila kawan baik aku sendiri meninggal dunia. Meninggal kerana b***h diri, kalau aku dengar apa yang jiran cerita katanya dia mengalami tekanan. Haaa!! Biar aku namakan kawan baikku itu Siti. Mudah untuk aku cerita nanti.

Siapa siti? Dia rakan sekerja aku dulu, kami rapat sejak dari belajar lagi. Lepas habis sahaja, aku dah tak pernah bertemu lagi, tapi tetap bertanya khabar melalui telefon. Dan setiap kali itu Siti selalu merahsiakan masalahnya. Dia akan telefon aku dengan tangisan dan rayuan, aku jadi risau. Bukan aku tak nak ambil tahu tapi aku sendiri pun tidak diberitahu apa masalah yang menimpanya.

PAGI INI aku dapat panggilan dari keluarga Siti yang mengatakan Siti sudah meninggal. Aku terduduk, masih terfikir betul ke Siti meninggal? Betul ke aku dapat panggilan dari ibunya. Berkali-kali aku semak nombor yang muncul di skrin, ya! Memang dari keluarga Siti. Masakan keluarganya mahu bergurau pada jam 5 pagi? Aku masih tidak dapat menerima lagi apa yang aku dengar. Mungkin baru bangun tidur, jadi otak tu lambat sikit berfungsi. Lebih-lebih lagi berita tentang kematian. Sedangkan kalau mak aku nak kejut solat subuh pun dia simbah dengan air, baru aku hilang mamai.

“Madiah…” Tiba-tiba mak aku datang masuk bilik dalam keadaan kelam kabut. Aku siap silang tangan sebab aku dah terbiasa disimbah segayung air. Tapi kali ini  tidak. Mak aku menyatakan perkara yang sama tentang kematian Siti. Kenapa dia b***h diri? Masih menjadi tanda tanya. Yang aku tahu dia meninggal hari ni.

AKU TENGOK tubuh Siti di bilik mayat. Mataku tertancap pada tengkorak kepalanya yang sudah dijahit kemas. Kepalanya kemik. Ada sedikit d***h yang masih bersisa di tepi. Hentakan akibat jatuh dari tingkat 18 flat rumahnya bukanlah rendah. Malah kalau buah tembikai pun boleh hancur. Tapi mana sama tengkorak dan buah tembikai. Kepala manusialagi keras strukturnya. sempat lagi mindaku membuat andaian secara saitifik.

Setelah berbual dengan doktor, aku tengok keluarga Siti menangis teresak-esak.  Aku ditinggalkan berdua di dalam bilik mayat itu, ya… lama aku renung Siti sebab aku dah lama tak jumpa dia. Aku rindu sebenarnya. Kali terakhir kami ada bertekak. Malas lah aku nak ingat balik punca kami bertekak, nanti aku sendiri yang sakit hati. Aku menoleh ke arah belakang melihat keluarganya yang masih lagi menangis. Dari ekor mataku, terasa seperti Siti itu bangun dan duduk memandang ke arah ku. Aku segera berpaling. – Lega… Siti masih lagi berbaring di atas ruang logam berwarna kelabu di bilik mayat itu.

KESEMUA keluarga Siti telah berkumpul. Jenazah akan dimandikan. Siti diletakkan di atas papan kayu yang siap dilapik dan tubuhnya diselimuti kain batik. Aku masih sama perhatikan dia. Marah? Aku tak marah… sebab Siti pun dah tak ada, tapi setiap kali aku pandang dia, sakit di hati itu masih terasa.

“Jenazah ini akan dimandikan tanpa ada orang lain melihat.” Kata seorang wanita tua, separuh umur, aku teka, itu mungkin ketua dalam urusan ini. Aku menawarkan diri, biarlah jadi yang terakhir untuk aku berbakti. Saat sekujur tubuh itu dimandikan, air yang lalu menyebabkan kain batik itu melekat di tubuh, menampakkan setiap lekuk dan bentuk. Yang paling aku perasan, adalah perutnya. Bagaimana Siti sanggup terjun dari bangunan 18 tingkat dalam keadaan dia mengandung 5 bulan?

Maka proses memandi jenazah itu dirahsiakan. Semua tahu Siti belum berkahwin. Biarlah antara keluarga dan aku sahaja. Tapi aku tak pasti lah kalau tidak ada sesiapa yang perasan, masakan perut sebesar itu dapat ditutup? Aku menampar pipi aku sendiri, tidak patut aku berfikir buruk pada orang yang dah tiada. Aku sambung memandikan jenazah itu semula. Sekadar mengikut, aku bukannya pegi kursus mana-mana sebelum ini.

Aku pegang tangan Siti, lembut sahaja, walaupun sudah 7 jam pemergiannya, masih lagi tidak keras. Saat aku pegang tangannya dan jemari, membiarkan air itu lalu setiap kulit, aku terasa Siti menggenggam tanganku. Dia pegang! Aku terus menjerit perlahan dan menjauh. Semua memandang , tapi aku buat-buat tak ada apa berlaku, tidak ada sesiapa pun besuara, sepanjang memandikan jenazah itu, mereka banyak berzikir dan memuji Allah. Tidak ada kelainan pada jasad Siti. Aku beranikan diri mendekati.

Kali ini aku mandikan di bahagian kepala. Juga atas permintaan ibunya. Melihat air mata wanita itu sentiasa mengalir, aku tidak banyak membantah, lagipun aku bukan jenis yang lemah semangat. Itu kataku sendiri! Aku siram air perlahan melalu rongga hidung, telinga dan mata. Rambutnya telah aku uruskan dulu, perlahan aku usap dan belai wajahnya. Ketika ini  aku sebak, ya! Kenapa aku perlu marah pada Siti? Sedangkan aku yang salah?

Tiba-tiba mata Siti terbuka, menjeling aku, sekali lagi aku menjerit. Melihat keadaan aku yang sudah dua kali begitu. Aku disuruh keluar, bukan apa, tidak mahu nanti aku mengaibkan jenazah pula.  Aku keluar dan duduk di antara ramai orang yang hadir. Proses kafan dan yang lain-lain itu aku tidak sertai, entah! Aku pula terasa seram. Aku tak tahu, mungkin aku terasa bersalah.

Semua selesai sehinggalah pengebumian, tidak ada apa yang aneh berlaku, aku meminta kebenaran untuk balik setelah semuanya selesai. Hari ini di dalam bilik aku termenung. Termenung mengingatkan pertengkaran aku dan Siti.

“Sampai hati kau buat aku macam ni Madiah.” Siti menangis.

“Dah lah Siti….” Aku berjalan cepat, malas nak ambil tahu tentang Siti lagi. Biarlah! Apa nak jadi jadilah. Aku tetap dengan keputusanku. Siti berlari meminta agar aku fikir semula tindakanku. Itulah kali terakhir aku berjumpa dengan Siti dan aku sangat menyesal. Aku menunduk meraup wajah.

Pintu bilik diketuk. Mak aku sudah berdiri berpakaian kurung.

“Nak kemana mak?.”

“Mak nak keluar balik kampung, atok ko tak sihat. Ko tinggal rumah ya?.”

Aku mengangguk. bukan kali pertama aku ditinggalkan sendirian dalam rumah besar itu. Tapi hari itu, hari itu adalah hari yang mengubah persepsi aku tentang ‘kehidupan lain’ selain manusia.

Maksudnya apa? Maksudnya aku tidak bersendirian, maksudnya aku tahu ada yang memerhati dan mereka yang aku maksudkan, berlegar di sekitarku.

Aku meminta ibuku tidak pergi malam itu agar dapat menemaniku dan ibuku bersetuju! mungkin ibu tahu aku baru sahaja lepas mengalami saat sedih……

 

DIA BERHENTI membaca. Matanya berkedip beberapa kali, kemudian duduk. Jari jemarinya menggaru kepala. Berfikir , adakah ayat sambungan selepas itu sesuai. Dia tidak tahu samaada apa yang telah tertaip di penulisan itu sedap dibaca atau tidak. Sebagai penulis dia selalu memikirkan bagaimana pembaca berfikir, dari sudut sisi lain, Dia lebih suka jika dia meletakkan diri sebagai pambaca, apa yang pembaca mahukan? bagaimana ceritanya akan memberi kesan? Ya! Pembaca itu ramai, kalau nak diikut satu persatu kemahuan mereka, memang satu perkara yang mustahil! Tapi sebagai penulis dia boleh mencuba.

Dia bangun dan berlari ke dapur, membasuh muka, menjamah sedikit makanan dan menegur ibunya yang sedang makan. Kalau time dia sedang leka menulis, sudah tentu sahaja siaran televisyen tidak menarik perhatian. Dia suka suasana yang senyap ketika mengeluarkan idea, telefon disilentkan dan dia tidak mahu mendengar sebarang bunyi. Perkara itu mengganggu kosentrasinya. Mungkin cara menulis berbeza bagi setiap manusia, tapi itu adalah caranya!

Selepas dia selesai meregangkan badan, dia duduk semula di depan laptop, menghadap penulisan yang masih di kotak kosong laman web fiksyen shasha. Dia menarik nafas dan memulakan pembacaan, sambungan dari yang dia terhenti.

AKU meminta ibuku tidak pergi malam itu agar dapat menemaniku dan ibuku bersetuju! mungkin ibu tahu aku baru sahaja lepas mengalami saat sedih……

DIA terdiam lagi. Jari jemarinya lekas menari di papan keyboard. Dia kemudian memadam ayat yang dibuat tadi, tak sesuai! terasa ada idea baru yang lebih menarik.

Kenapa ibu Madiah perlu ada di rumah jika dia ingin mengetengahkan elemen seram dalam ceritanya? Adalah lebih baik dia hapuskan watak ibu Madiah untuk perenggan baru. Biarlah Madiah bersendirian di rumah. Ya! Otaknya setuju dan jari jemarinya menyambung menaip.

AKU meminta ibuku tidak pergi malam itu agar dapat menemaniku, namun katanya mustahak, lalu aku hanya melambai kedua ibu dan ayahku pergi. Kini aku tinggal sendiri.

DIA tersenyum membaca perenggan baru yang baru diubah tadi. Berpuas hati dengan penulisannya. Sebagai penulis, dia berhak menukar apa sahaja yang dia mahu. Watak ibu Mardiah tiada lagi, mudah dia memasukkan unsur seram dalam ceritanya nanti. Jarinya sambung menaip lagi

MASA terasa lambat berganjak. Jam juga lambat berdetik. Suasana sunyi itu menyebabkan sebarang bunyi yang terhasil dapat didengar di pendengaranku. Aku membuka siaran televisyen, namun semua siaran menyiarkan tentang kisah pembunuhan, kisah kematian. Malas! Lalu aku menutup., radio dibuka menggantikan suasana sunyi.

Dari ruang atas, aku lihat sesusuk tubuh dia atas tangga. Aku terperanjat. Aku berdiri untuk memastikan apakah itu, bila aku semakin dekat, hanyalah baju jubah ibuku yang disangkut sebelah tangga. Aku duduk kembali, hatiku tidak senang, terasa ada yang sedang memerhati.

Tingkap dapur aku berbunyi. Aku terperanjat. Kalau ikutkan hati, aku tak mahu pergi menjengah, tapi aku risau jika ada bahagian yang tidak berkunci. Aku seorang, tidak mahu nanti ada pencuri. Aku beranikan diri pergi ruangan dapur. Berdebar juga hati apabila mendengar tiupan angin yang berbunyi seperti siulanbunyi.

Sesampai di dapur aku lihat tingkap aku ditiup angin, ya… cuaca agak berangin di luar, tentu sahaja mahu hujan. Aku pergi ke arah dapur menutup tingkap, baru sahaja aku ingin menyelak langsir, aku lihat di luar seseorang berdiri memandang aku, rambutnya panjang. Aku terkejut. Aku terus menarik kain langsir. Aku berjalan menapak kebelakang. Cuba menghindar. Dari sinaran lampu, aku lihat susuk tubuh itu menghampiri tingkap, semakin lama semakin jelas bayangan hitam itu dari celahan langsir. Sebaik sahaja bayangan hitam itu mendekat, aku segera berjalan dan menyelak langsir

“Siapa kau!!!!.” Jeritku. Namun yang kelihatan hanyalah bayangan dahan yang melambai. Aku tutup langsir itu kembali. Badan ku mula berpeluh. Aku rasa itu semua hanya bayangan minda sahaja. Aku terlampau memikirkan tentang Siti sehingga aku terbayang dirinya, atau sebenarnya aku bukan terbayang siti, tapi terbayang kesalahan aku padanya. Ya terasa seperti ada yang memerhati.

Seseorang melintas di belakangku. Badan ku berpusing. Aku melihat tidak ada sesiapa, tapi aku rasa angin itu, tiba-tiba bunyi pintu dihempas sekali lagi menyebabkan aku terlompat. Dari ruang dapur aku berlari ke depan. Aku menjerit memanggil nama Siti. Aku percaya dialah yang mengganggu aku. Aku tahu dia marah, rohnya tidak tenteram. Aku tahu dia sakit. Dia menderita.

“Kau nak apa Siti!!!.” Jeritku seperti orang hilang akal.

Dan ketika itu aku terdengar suara orang ketawa perlahan tapi mengilai. Bunyi itu dari arah bilik belakang.

Aku menoleh. Suara ketawa itu kuat. Aku tension! Aku tidak suka perkara ini berlaku, seperti kataku awal tadi, aku bukan penakut. Aku berlari membuka pintu hujung, namun suasana sunyi, suasana sepi, tidak ada hilaian ketawa mahupun sebarang bunyi. Aku duduk di depan pintu. Badan ku sudah berpeluh. Itu semua hanyalah mainan mimpi, tidak wujud. Tidak mungkin itu Siti. Siti sudah m**i!!.

Telefon aku berbunyi, terus aku mencapai dan menjawab.

“Madiah…. nanti pulangkan barang Siti di rumah ya?.” Kata suara itu. Nama pemanggil adalah ibu Siti.

“Boleh makcik… barang apa tu ya?.” Jantungku masih berdebar, apa yang berlaku benar-benar menguji keberanianku.

“Barang yang kau guna untuk memikat kekasih aku!!!!.” Suara itu menjerit, bertukar kepada suara Siti. Aku terkejut. Tercampak telefon, sekali lagi aku memeriksa nombor pemanggil, namun tidak ada tersenarai. Nombor itu hilang! Siapa yang menelefon? Aku benar-benar buntu. Bunyi hilai tawa kedengaran lagi. Dan Siti menuntut aku memulangkan kekasihnya?

Zamri…. Lelaki tu menjadi rebutan antara aku dan Siti, walaupun aku tahu Siti lebih dahulu mengenali dan anak yang dikandung adalah kerana dia terlanjur, namun aku tidak peduli, aku sanggup merampas lelaki itu kerana aku suka! Kerana aku cinta!

Tidak lama itu susuk tubuh itu menjelma, susuk tubuh Siti. Dia merapati. Wajahku pucat, aku terdiri kaku, terdiam!

Siti  menghampiri, kakinya tidak cecah ke bumi. Siti telah m**i, tapi malam itu dia berkunjung ke rumah ku. Untuk menuntut janji. Ya janji!!!

Siti semakin menyinga. Wajahnya yang lembut itu hilang. bertukar kepada garisan kedut di setiap kulit yang mereput dan mencair

“Aku akan rampas apa yang kau rampas dari aku!!!!” Jerit Siti dengan hilai tawa. Aku menggigil, Siti berhenti di hadapan mataku. wajahnya benar-benar dekat sampai boleh kurasa angin panas dari hidungnya.

Mata aku terbuntang. Lalu aku……

DIA TERDUDUK lagi, jari jemarinya berhenti menaip. Ah! Kenapa pula dia perlu mengambil dialog dari cerita pontianak harum sundal malam!! “

“Aku akan rampas apa yang kau rampas dari aku” Itu dialog Maya Karin!!

“Udara panas dai hidung??.” Dia menggumam. setahunya mayat tidak lagi bernafas.

Dia  menggaru kepala. Ini yang dia tidak suka. Sebab tu dia tidak pernah berniat untuk menghantar cerita seram di Fiksyen shasha, ceritanya tidak setanding dengan cerita-cerita seram dari penulis yang hebat di sana. Sudahlah tu dia pun tak tahu apa kesudahan ceritanya tadi. Janji apa yang dituntut Siti? Lepastu kenapa pula Siti b***h diri? Argh!!!!  Dia  menggaru dahi.

Dia sendiri tidak tahu untuk memberi details bagaimana wajah hantu itu yang sebenar. Dia menoleh cermin  melihat dirinya. Rambut serabai. Bahagian atas tercacak. Bawah matanya lebam. Wajahnya sedikit sembap. Kening bersepah. Bekas bedak sejuk yang dipakai tadi pon tidak habis dibersihkan? Pada fikirannya, sudah tentu dia dan Siti tiada beza. Ah! Lantaklah.

Bila dia membaca ceritanya semula, langsung tidak seram! Lagi seram dirinya yang sekarang. Kalau lah dia menghantar cerita itu, tentu kena kecam. Tapi kalau dia hantar cerita tak habis pun kena kecam. Jadi apa bezanya? Pembaca sekarang terlalu bijak menilai. Lalu jarinya menekan ikon tong sampah di laptop.

Cerita tadi dibuang sebelum dihabiskan – trash. Dia malas menyambung dan dia malas untuk menulis sebarang cerita hantu. Tidak tercapai akal tentang apa yang  perlu ditulis. Bagaimana untuk menjadikan cerita itu logik!

Dia bernafas lega. Rasanya dia hanya akan menulis cerita thriller sahaja, sebab itu adalah kepakarannya. Dia menutup laptop, malas untuk berfikir soal penulisan buat masa ini.

Tapi tiba-tiba.

Owh ya!! Kepalanya sekarang terbayang satu lagi kisah pembunuhan. kadang-kadang dia rasa dirinya psiko! Mana tidak, terlalu banyak kisah pembunuhan samada nyata atau tidak di dalam kepala. Dia duduk kembali, membuka laptop.

Membuka microsoft word – terus menaip tajuk.

-MASTERMIND-

Ya! itulah tajuk ceritanya selepas ini. Cerita tadi dibuang dan dia akan menggantikan dengan cerita Mastermind. Tentu sekali genre thriller. Tapi sebab matanya telah mengantuk, dibiarkan laptop terbuka dan dia berbaring. Kenapa dia tak jadi seorang director je? Itu minatnya dari kecil. Novel yang dihantar pada buku prima pon masih tidak tahu jawapan samaada diapprove atau tidak. Pastinya masih berunsur thriller.

Hanya beberapa minit sahaja dia berangan, email baru masuk di telefon. Dalam keadaan mengantuk, dia membuka isi kandungan.

Dari fiksyen shasha? Dia duduk menegak. Apa kes pula FS menghantar email malam-malam. Email lamaran untuk bekerja bersama merekakah? Atau mungkin sahaja mereka mahu mengambil dia sebagai penulis tetap yang berbayar? Dia masih lagi berteka-teka. Haaa! Dia tahu! mungkin pihak FS sengaja ingin bertanya khabar? Walaupun tidak logik, tapi dia tidak peduli, asalkan dia dapat memenuhi minda dengan jawapan tekaan yang dirasakan dapat menjawab persoalan sekarang.

Dia membuka inbox. Satu email keluar. Terus dia membaca.

“Terima kasih! Cerita anda selamat kami terima, beri kami masa untuk menyemak sebelum ianya dipublish!.” – Ayat yang selalu diterima apabila dia selesai menghantar cerita. Bolehlah dikatakan cara berkomunikasi dengan pihak FS walaupun tidak bersua muka.

Dia gelak, macam dapat surat cinta pula.

Kejap!! Dia duduk tersentak!!

Terkedu!!!

Dia tidak menghantar apa-apa cerita, lalu dia pun membuka tajuk apa yang terakhir dihantar,

“#CeritaNasa – Ada Yang Memerhati.”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1]

304 thoughts on “#CeritaNasa – Ada Yang Memerhati.”

    • Hai materia… ini cerita di dalam cerita. DIA merupakan watak penulis, dan AKU adalah watak penulisannya. Dlm cerita ni CN gabungkan dua cerita tu untuk buat suspen thriller. Lebih kepada cerita yg berunsur teka teki. Sengaja CN tinggalkan cerita utk pembaca berfikir tentang siapa penghantar ceritanya….

      Reply
  1. 9.5/10

    Terbaik kak.. lain dari yg sebelum ni. ‘Dia & Aku’ di blend sama rasa. Patut habiskan cerita pasal Siti tu.. haishhh dia ni la.

    Kak… typo dimana-mana. hahaha cari sendirilah.

    Reply
      • mungkin.. ni mungkinlah kak.. kau tak seperate kan letak **** time kau nak masukkan part DIA. tu yg ada pembaca macam kelam sekejap.. tp cerita kau sangat okaylah kak..

        Reply
  2. Kerana percayakan Siti
    Tercetus revolusi ini
    Tapi ironinya cinta kami tak jadi

    Kerana percayakan Siti
    Lantasku beranikan diri
    Merentas dunia demi mengejar mimpi

    Mahu bikin benda seni
    Bukan boleh bikin dengan separuh hati

    Kerana percayakan Siti
    Kerana terlalu ku kasih
    Aku tinggalkan dia untuk suatu hari

    Mahu bikin benda seni
    Bukan boleh bikin dengan suka hati

    Hanya Tuhan saja yang tahu
    Sarat duka aku galas di kala itu

    Biar lewat begini lihat luruh gerimis
    Ku tersentuh luruh gerimis
    Biar lewat begini lihat luruh gerimis
    Jiwa ini bagai dihiris

    Reply
    • Hai Ratu… ini cerita di dalam cerita.

      DIA merupakan watak penulis, dan AKU adalah watak penulisannya.

      Dlm cerita ni CN gabungkan dua cerita tu untuk buat suspen thriller. Lebih kepada cerita yg berunsur teka teki. menceritakan tentang penulis tapi dalam masa yang sama menceritakan tentang watak yang ditulisnya.

      Sengaja CN tinggalkan tergantung utk pembaca berfikir tentang siapa penghantar ceritanya….

      anyway thanks for the middle finger.

      Reply
  3. lain dari yg lain..nice kak..ko buat cerita seram tapi xtau nape aku asek gelak je baca cerita ko ni..hahaha
    ko dgn typo mmg xleh dipisahkan..ko kene redha..hahaha..

    9.5/10

    Reply
  4. 2 cerita dalam 1. Pernah baca cerita style mcm ni masa kecikkecik dulu.
    sukar nak bezakan cerita yg mana satu melainkan kalu 1 cerita diitalicskan dan satu lagi biar dgn tulisan biasa. Memandangkan saya membaca sambil nak buat kerja, saya skip2 paragraph sebab tak boleh nak hadam.

    Reply
  5. Best!! Bkn semua org bleh faham level penulisn mcm ni. Perlu fikir! dn aku x ingt pnulis mane yg bleh bkarya mcm ni. Ada sorng tu. Aku lpe nma. Tpi mmg trbaik!

    Reply
  6. Wahhh. Out of the box. Terbaikla kak cn. Even cite tergantung but i get the feeling tu. Skejap rase cam writer. Kejap cam madiah. Eh tpi sambung la pasal madiah siti tu. Asal siti b***h diri. N kalo b***h dri bkan anak dlm kandungan pun meninggal ke. Mcm mne time mandi mayat tu still leh nmpak perut buncit. Ke imagination je?

    HAHAHA. kak im waiting for sambungan.

    Reply
    • Baby x dikeluarkan klo meninggal dalam perut tanam sekali mawar… sebb tu perut masih nmpak

      Hahaha tahniah mawar sbb faham. Sengaja CN buat story yg jenis mcm ni hari ji. Nak tgok mcm mana reaksi pembaca. Ada yg faham ada yg x faham. Yg faham tu tahniah hehehe.

      Cite madiah dan siti tu rekaan penulis. Tpi dia pon x sempat hbiskan sbb tak ada idea lagi last2 sia buang cite tu hahaha tpi pelik sbb cite tu boleh terhantar juga akhirnya hahahah

      Reply
  7. Ko memang ratu typo kak.. Dlm story ko pun ada lagi yg typo.. Ni kalo ada award memang ko layak dapat…. Huhuu

    Cite ko ni misteri betul.. Ko ada sangkut pape kat pagar ke kak.. Ehh.. Hahaha

    Reply
    • Bukan otak lambat… hehee jgn ckp mcm tu, mungkin mereka x didedahkan dengan cerita2 yang lebih advance. Setakat cerita straight tu je… itu yg banyak pembaca tak tahu. Mereka kene lebih banyak membaca lagi.

      Reply
    • ada satu cite lagi kuar tu try lah baca ayeen. Tq ayeen

      Klo cerita benar. Nasa x boleh nak ekmbangkan sangt semua straight to the point tpi yg ni fiksyen so boleh kembangkan ikut idea nas sendiri heheheh

      Minat menulis dan masih lahi cuba untuk menulis perbagai kategori. Terima kasih baca ya

      Reply
  8. BEST!🤗

    Teruskan berkarya!

    Cerita Nasa sentiasa lain daripada yang lain dan pengolahan cerita juga menarik.Tahniah!Cerita Nasa tidak pernah mengecewakan!Ada je idea baru yang dicurahkan dalam setiap cerita!

    Reply
  9. ok je cerita ni….fokus dia kat penulis yang sedang menulis cerita, bukan cerita tentang siti dan madiah. Style cerita underground dan indie macam fiksi @ dubook. terbaik

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.