Chalet Ulu Langat

Salam sejahtera kepada semua pembaca FS dan admin. Selaku penggemar page ini aku ingin berkongsi sedikit kisah seram yang pernah berlaku kepada aku dan keluarga.

Sedikit kisah permulaan dimana aku mendapat kelebihan untuk melihat sesuatu ‘beyond human capability’ yang bermula tanpa aku ketahui pada umur 6 tahun dimana aku telah memasuki kawasan yang aku yakin bukan dari alam manusia. Pada petang tersebut, aku baru pulang dari mengaji al quran dan dalam keadaan tergesa-gesa aku telah meninggalkan kakak dan abang aku di rumah guru mengaji aku kerana aku ingin pulang kerumah awal. Ketika dalam perjalanan balik, keadaan sekeliling yang familiar dan jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu lalang tidak memberikan elemen seram akan tetapi, dalam kesibukan jalan dan hari yang kian senja aku dipanggil oleh sesuatu. Nama ku disorak dalam nada berbisik dari arah hutan yang terletak berdekatan kawasan perumahan aku.

Pada waktu tersebut, aku hanya memikirkan adakah sekumpulan kanak-kanak sedang bermain disana kerana keriuhan suara yang memanggil serupa dengan suasana taman permainan. Aku melangkah kedalam kawasan hutan tersebut dan ada laluan berbentuk ‘L’ yang tersorok disebalik semak dan daun-daun liar melingkar. Sebaik tiba di hujung laluan tersebut, kelihatan begitu ramai abang dan kakak yang cantik dan tampan. Mereka melambai kearah aku dan bersorak seakan sudah lama menanti ketibaan aku. Senyuman mereka yang manis dan pelawaan untuk tinggal bersama mereka tidak dapat aku lupakan. Mereka tidak memaksa aku untuk tinggal bersama mereka akan tetapi terdapat satu syarat untuk meninggalkan kawasan tersebut. Aku diminta memilih salah satu daripada mereka untuk menemani aku pulang. Aku masa tu budak lagi jadi tidak tahu permintaan tersebut adalah untuk berdamping. Aku telah memilih seorang pemuda akan tetapi aku tidak melihat wajahnya kerana aku merasa malu dan takut akan renungannya.

Aku telah dihantar pulang oleh pemuda tersebut tetapi sampai sahaja dirumah dia sudah tiada disamping aku. Pemuda tersebut kerap muncul dalam mimpi aku tetapi hanya untuk menyampaikam berita kematian atau memberi amaran tentang perkara yang tidak elok yang akan berlaku. Kadang dia muncul dalam mimpi dan menyapa aku serta bertanya berkenaan perkara-perkara aneh yang berlaku dan menjelaskan setiap sesuatu perkara kepada aku. Seperti contoh, aku pernah terlihat susuk tubuh terangguk-angguk didalam hujan dibelakang rumah aku. Benda tu seperti membebel sesuatu(seriau aku pikir balik benda tu). Dia menjelaskan itu merupakan bentuk jelmaan iblis atau jin yang ingin menggoda kanak-kanak bermain hujan dan seterusnya memgakibatkn mereka disambar petir. Ibu aku pernah berkata hujan-hujan jangan main hujan atau berteduh dibawah pokok,seeloknya cari tempat berteduh yang elok dan ramai orang ketika itu . tak tahu betul tak mak aku ni tapi aku pernah baca pasal syaitan disambar dengan cahaya.

Berbalik pada kisah si pemuda tersebut. Dia muncul untuk menyampaikan berita kematian dan malapetaka. Dia pernah muncul di mimpi dan berkata aku baru sahaja kehilangan atuk aku. Aku punya terkejut sampai terbangun dan menangis meminta ibuku. Aku beritahu ibu yang atuk sudah meninggal, ibu menafikan kerana aku hanya tinggal seorang atuk iaitu bapa ibu aku. Ibu kata mimpi itu mainan tidur dan suruh aku cuci kaki sebelum sambung tidur. Esoknya aku sedar, ibu aku dah takde kat rumah, tinggal bapak aku. Bapak aku menghampiri aku dan berkata “atuk korang dah takde dah, atuk korang dah meninggal pagi tadi.”. Abah kata yang ibu bergegas pulang ke kampung selepas mandapat berita bahawa atuk terjatuh tangga ketika hendak mengambil wudhuk dan atuk koma sebelum meninggal. Kejadian itu berlaku selang beberapa jam selepas aku mendapat mimpi bertemu dengan pemuda tersebut.

Aku pernah terserempak dengan seorang pendekar berbaju hitam lusuh, Bertengkolok dan dalam keadaan sedang bertarung. Teriakan yang lantang dan jelas “mahu kemana!!” Membuatkan aku berlari lintang pukang pulang ke rumah. Pada masa tersebut, aku ingin ke sungai di belakang rumah nenek aku tetapi dihalang. Pada petang hari pula, aku diarahkan buang sampah dibelakang rumah nenek. Kelihatan sekujur badan yang dalam keadaan merangkak terbalik dari atas pokok pinang turun dan mendongak untuk melihat aku, aku yang terkaku sebentar seperti hilang akal dan terleka sebelum sedar dan mendapati aku berdiri kaku disitu selama 20 minit tanpa bergerak. Aku terdengar bisikan “segerakan urusan kau” terus mencampak sampah tersebut dan berlari pulang. Pada malam tersebut, pemuda itu muncul dan menerangkan apa dua kelibat yang aku lihat berdekatan rumah nenek aku. Si pendekar merupakan penjaga kawasan rumah nenek aku yang telah diarah untuk menjaga keturunan nenek aku. Si pemuda dan pendekar tidak sehaluan sebegitu juga aku dan nenek aku. Nenek aku merupakan seorang bekas bomoh dan aku tidak pasti jika nenek aku sudah membuang semua belaannya atau belum. Pemuda itu menjelaskan lagi bahawa sekiranya aku dibawah bumbung nenek aku. Hendaklah aku menghormati peraturan dan tuan rumah. Pemuda itu berkata bahawa kehadiran dia tidak disukai akan tetapi dibenarkan kerana aku sudah memilih dia. Berkenaan susuk badan terbalik yang aku lihat di belakang rumah nenek sebelum buang sampah petang tadi, itu merupakan makhluk yang pernah diusir oleh nenek ku suatu ketika dahulu dan makhluk tersebut ingin mencari tuan.

Semenjak daripada itu aku kerap terlihat benda2 yg x masuk dek akal dan kadang-kadang memanipulasi realiti kehidupan aku. Pemuda itu tidak kerap muncul dalam hidup aku tapi apa yang aku ingin sampaikn disini ialah perkara yang baru aku alami pada tahun ini. 2018..30 September..

Aku dan 7 rakan karib ku mengadakan BBQ di salah sebuah Pusat Rekreasi yang terkenal di Ulu langat..pada malam kejadian..kami bermain suatu permainan dinamakn ‘Warewolf’..pada yang pernah bermain permainan tersebut tahulah bahawa permainan ini sedikit sebanyak memecah-belahkn hubungan keakraban dan kepercayaan sesama pemain..pada asalnya kami menyewa 2 buah chalet..tetapi selepas permainan tamat.berlaku sedikit kecik hati dikalangan kawan-kawan ku..aku ingat lagi semua bermula pada pukul 3 pagi..di tepi sungai yg deras dan gelap. Kami bergaduh sesama-sendiri. Tidak semena-mena aku merajuk dan ingin pulang ke rumah. Aku tidak berpikir panjang lalu mengemas bagasi aku dan terus mencapai apa yg aku ada dan beredar. 2 rakan rapatku cuba menghalang aku akan tetapi aku dan ego aku terus melangkah keluar dari kawasan chalet.

Aku tidak pergi jauh, aku hanya mencari chalet berdekatan dan ingin menumpang untuk satu malam. Di luar kawasan chalet ada 2 simpang gelap. Dimana aku yakin di sebelah kiri aku terdapat kawasan chalet lebih kurang 800 meter..aku terus melangkah ke kiri dan pergi ke arah chalet tersebut. Aku yakin bahawa rakan-rakan aku melihat aku ke kiri. Entah bagaimana chalet di belah kiri ini penuh dan aku pon berpatah balik ke kawasan chalet aku. Dengan perasaan malu dan segan ingin bersemuka. Aku melihat 2 buah kereta milik rakan ke keluar dari kawasan chalet. Manakala 3 rakan ku yang lain sedang menyuluh di sekitar kawasan chalet kami. Aku lalu di sebelah kereta dan kelihatan rakan ku seolah-olah pucat dan tidak ingin membuka tingkap. Aku pon merasa hairan dan terus berjalan ke arah rakanku yg dari tadi menyuluh ke arah semak-samun..dia terkejut dan terus menyuluh muka aku..bertanyakn apakah benar ini aku..aku pon macam endah tak endah dengan ego aku terus ke kawasan pengurusan chalet kami..aku meminta bilik kosong..betul2 bersebelahan bilik kawan aku. Di kawasan itu hanya ada 5 unit chalet dan aku dpat yg paling tengah.

Pengurus chalet bertanya padaku. “Adik ada ketuk pintu pakcik ke tadi?”..aku berkata tidak..dia memberi tahu dia melihat aku berlari selepas ketuk pintu dia..dan kawan2 aku bertanya pada pakcik itu ke mana aku lari. Dia kata ke kanan..padahal aku berjalan biasa dan ke kiri. Seorang rakan aku yg di dalam kereta tadi berkata. Sewaktu aku melangkah keluar dari bilik chalet kerana merajuk. Dia nelihat aku terus ke kwasan hutan belah kanan dan kelihatan seorang pemuda menghampiri aku. Seperti yang aku kata tadi. Aku pergi ke kiri..rakan aku risau akan terjadi sesuatu yang tidak baik dan mereka mula menyuluh kerana pakcik itu kata aku berlari msuk ke kawasan hutan..manakala rakan aku kata aku ditemani seorang pemuda..sejurus aku mndapat bilik chalet aku terus masuk dan hempas pintu..aku keseorangan di di dalam bilik..berharap agar seseorang datang dan menemani aku..aku tiba-tiba ketakutan..pada pukul 4 pagi..pintu aku diketuk..ok sedikit maklumat berkenaan bilik aku..ada 2 pintu keluar masuk..depan dan belakang..aku kunci pintu depan dan belakang. Di sebelah kedua-dua pintu ada tingkap yg mmg jenis nmpk terus keluar..xdew fade pattern or geriji..mmg klau hutan, hutan lah kau nampak..masa pintu depan diketuk..aku syak mungkin salah seorang rakan aku nak teman or maybe nk ‘bro talk’ pujuk aku. Aku pon jenguk ikot tingkap..sebab keadaan yg terang daripada lampu depan buatkan aku fikir aku sedang melihat refleksi muka aku sendiri. Aku dah la aku tekap muka kat tingkap exact position dgn refleksi tu. Tapi yang aku hairan, kenapa rambut aku panjang and serabai. Dia punya terkejut lepas aku tengok benda yang aku ingat refleksi muka aku tu senyum and teleng kepala..ketar skjp lutut adelah dalam sesaat dua baru aku sedar tu kawan aku..hahahahaha..bikin suspend

So aku pon bukak pintu, and kawan aku pon meluru masuk buat muka seposen. Btw dialah yg punca aku keluar chalet mlm tu. Kalah game punya pasal dy nak sentap dengan aku. So aku pon mcm endah x endah terus ke katil and tutup lampu. Dia merangkak atas katil and kiteorg share katil mlm tu. Aku pon mula-mula taknak cakap dengan dia.pastu dia mula lah tarik-tarik bahu aku nak pujuk. Aku pon tak taw apesal perbualan kteorg a little bit emotional mlm tu..aku sampai nanges guys..dahlar aku rindu member-member aku..pastu jadi plak sinetron sentap-sentap nie..ingat yer gadis-gadis diluar sana..kami hat laki-laki pon kadang ade yang merajuk kalah ampa hat tino..so lepas dy dah pujuk tu, kiteorg pon berbual psl kehidupan, plan masa depan and aku pon tgh syok berbual tertoleh tingkap tadi..guess what??
Aku nampak susuk tubuh seakan kawan aku tapi yang buat mulut aku ni terus cakap lepas ialah sebab susuk tuh berlitup dengan kain batik..aku dahlar dh merayau kat hutan sorg-sorg. Pastu dh merajuk bagai. Muncul pulak gadis berlitup. Aku terus mencelah kwn aku. “Kaw nampak tak kat tingkap tu ??”. Kawan aku yang tengah busy explain life dia terus toleh and cakap takde pape. Aku yang panik sbb pintu depan tu betol-betol direct depan muka. Silap-silap klau ‘dia’ masuk berkicap aku. Aku pon suroh kawan aku describe ape yang dia nampk kat tingkap. Dia kata just a plain view pokok-pokok and cahaya..aku describe lah psl susuk yang x berapa nk bongkok and berlitup tu.dia kata xdew..aku x seram sangat mlm tu sebab member aku punya bongok lagi berbaloi layan dari perasaan seram. Tapi aku pikir lebih baik klau aku halau or at least xnmpk benda tu. So aku acah-acah silau and nk tutup lampu beranda depan. At least xdew lah jelas sgt susuk tu. Aku baru nk tutup and dah smpai pon sebelah tingkap. Teka apa member aku cakap?

“ kau silau ke takut tengok yang kat tingkap tu?” Dengan nada sinis and adelah kebabian sikit. Aku punya cuak terus tutup lampu depan and capai tombol nk tekan lock lompat landing atas katil sambil mencarut kat member aku tu. Apesal dia kata takde pape.aku mmg boleh nampak and aku tahu member-member aku pon boleh. Aku taw korg mesti pikir “ dah xkn dh nmpk nk kecoh-kecoh, nanti benda tu tahu lah”. Bukan guys. Aku kecoh sbb aku bkn sahaja pikir hantu. Klau penyamun?..pembunuh?..haa tu lah..lepas jer aku dh puas mencarut. Muncul pulak perasaan curiga kat kwn sebelah aku ni.. sbb setahu aku, dia ni jenis ego, klau aku merajuk mmg smpai ke mati xdew nye pujuk. Mula dah perasaan seram aku tu..time tu jugak xdew suara or any sound dlm bilik gelap..yang aku tahu rasa kehadiran disebelah aku yang aku pon x sure member aku ke tak..aku capai phone..membelakangi sekejap ‘member’ aku tu. Nak wassap dalam group tanya yang member aku tu ade kat bilik mana antara 3 bilik nieh. And satu suara dari blkg telinga aku tertawa berkata “aku kat dalam bilik ni lah..hehehehe”..aku terus cepuk yang belakang aku tu lepas aku dengar dia gelak..sah member aku..pundek..

Dia kata dia pon seram jugak tapi seronok sakan aku..malam tu semua xnak cerita kat aku ape jadik sampai lah esoknya pukul 9 pagi….tengah syok terjun sungai , keluar member aku join terjun and beserta senyuman menganjing dari member bilik sebelah. Aku ingat dyeorg menganjing..sampai lah sorg tu bersuara..kata dia yang suro member aku tu pujuk aku.sebab dy kata dia risau kalau tak member aku tu, bende lain yang teman. Aku mcm hilang kata-kata dengar dyeorg explain ape dyeorg nampak..

Semalam lepas aku merajuk. Sorg member aku ni dia kata dia mmg dok tengok aku jalan papah beg nak naek bukit, dia kata dalam sekelip mata aku hilang, dia kata tiba-tiba aku kat atas bukit nk pegi arah kanan. Padahal yang mcm aku kata. Aku ke kiri. Then dia terus panggil kawan2 yang ada kereta sebab dia risau. And member yang lain kata member aku yang tengok aku ke kiri tu start gelabah sebab dia nampak ada motor lalu laju menuju arah aku, tapi motor tu x bukak lampu. Dia punya menggelabah sampai selipar pon x pakai nk kejar aku. Yang lain pon turun padang cari aku and ade yang naek kereta dah pon nk keluar. Sampai lah nampak aku patah balik dari arah kiri lepas xdapat nk book chalet sebelah. Kawan aku yang suluh aku kata dia nampak ada susuk tubuh betol-betol belakang aku main sorok-sorok..yang aku hampiri kereta pon sama. Dia kata nak tengok aku pon x sanggup sebab benda tu dekat sangat dengan aku. Tu dia org biar aku marah-marah pagi office owner mntak kunci bilik lagi satu and masa aku masuk bilik tu. Dia orang kata benda tu nak masuk tapi xdapat. So dia orang suroh kawan aku yang sorg ni pegi pujuk and sebenarnya dia org pegi depan bilik aku berjemaah. Teman si member aku sebab semua takut. At least klau member aku dah masuk baru semua aman nak tido. Aku punya sebersalah sebab dah babitkan member aku dalam hal ni..aku terus ajak member yang teman aku ni pegi kluar jap cari bahan-bahan yg bleh nk masak Grill..buat lah makan-makan skit sebelum balik..the moment aku keluar dari chalet tu masa malam kejadian tu aku memang dah kata dalam hati. “ ala bodoh lah kau ni merajuk lebeh-lebeh”..and masa aku kat hutan tu pon aku dah dengar macam-macam pon sampai rasa nak nanges pon aku tetap jugak berjalan. Sebab ego guys. Bende ni suka org yang ego-ego acah berani macam aku ni..sekian..
P.S : maaflah cerita agak lari tempo

36 thoughts on “Chalet Ulu Langat”

  1. Yg sebenarnye penulis ni lelaki ke perempuan? Kenape gaye mcm perempuan?apebende aku bace ni?ape ni?kenape aku bace cerite ni?

    Reply
  2. Cerita takde isi,mcm membangge diri.merajuk la,nak menangis la,kesian kawan2 ko nak hadap perangai gedik ko ni.jgn ade yg menyumpah ko dah la.pesan aku,pergi la berjumpa tuhan,muhasabah diri tu balik.main bende bodoh pastu nak merajuk.kalau ko ni kawan aku ni dah mendapat dah nak merajuk2 siap nak pujuk.memang mendapat.

    Reply
  3. aku tak faham cerita ko bro, tolong jgn gelabah pondan nak merajuk bagai. cerita tunggang terbalik. pls lah admin, semak dulu cerita sebelum publish.

    Reply
    • Satu perkara ja yg sy paham.. >kunyit< damn lu!!! Walaupon anda(penulis) kunyit,pondan,sajaat tetapi story tu jgn nk ‘adik2’ sangat la. Cemuih la wehh!!! Po #pelaQ
      #babSatu!!!!

      Reply
  4. Lu ni sapa punai ker pepek. Pening la gua baca lu punya story. X tau jantan betina. Paluiii sungguh la lu ni. Lu sembang pun bersepah la derrr. Atau lu ni spesis LGBT derrr.

    Reply
  5. Always baca fiksyen shasha…walau sesuatu cerita tu hilang tempo sekali pun…still boleh faham jalan cerita dia…but this time..Tak boleh nak brain langsung jalan cerita die…hampa…

    Reply
  6. Gaya penulisan berterabur.. Kena improve kan gaya penulisan (buat part-part skit untk masa kecik dgn masa skrg).. But still, ak faham apa yg penulis nak smpaikan..

    Haa kann lelaki pun sma naik kalau merajuk.. Hangit betoii.. Hahaa btw, pemuda yg dipilih dlu mcmana? Masih berdamping ke?

    Reply
  7. Kalau pembaca yg lain2 xpuas hati sgt pun, jgn lah smpai korg gunakan perkataan2 yg x elok.. Kalau xbest ckp xbest.. Mende lah korg nk emo2 smpai keluar perkataan bukan2

    Reply
  8. ‘Warewolf’… hahahahahaha aku baca lompat-lompat je cerita ni. Gaya penulisan tu boleh tiba-tiba bertukar dari skema ke gaya wechat. Tanjat relaxkuma.

    Reply
  9. bole paham jalan cerite tu..yg tak bole paham knpe ko merajuk,pujuk pegang bahu pastu nanges,,bnde tu yg buat aq seram bile bace,nasib tak kelaut..hahaha..tpi pape pon aq penah gak main game tu,seronok kalau ramairamai sbb semua tuduh menuduh..tpi takde la nk merajuk bagai,kalau merajuk mknenye mntak penyepak..hahaha

    Reply
  10. Ya, aku boleh faham cerita ni even tunggang-langgang. Tapi, asal tak letak tajuk “Pendamping Aku” ke, “Pemuda” ke, baru kena dengan intro. Dekat chalet pun, ada yang nampak pemuda tu, kn? Dah masuk bab si pemuda yang berdamping dengan kau tu. Lebih baik xpayah letak tajuk chalet. Tertanya-tanya aku bila nak sampai part chalet.

    Paling xleh blah, part “Aku telah memilih seorang pemuda akan tetapi aku tidak melihat wajahnya kerana aku merasa malu dan takut akan renungannya.” Malu, bro? Aku ingat kau perempuan hahaa… Bila kau gitau “ingat yer gadis-gadis diluar sana..kami hat laki-laki pon kadang ade yang merajuk kalah ampa hat tino..” baru aku tau kau berlainan jantina dengan aku hahaa.. Aku, PEREMPUAN okeyh..

    Anyway, citer kau boleh tahan best sebab aku faham apa yang kau nak citer. Pemuda tu still dampingi kau ke?

    Reply
  11. Ni mesti pompuan yg tulis!!! Sebab:- Bnyk meleret (pompuan suka meleter) dan kbnykan pompuan suka mengaku dia ade special 6th sense….

    Reply
  12. Kesian penulis cite ni sbb ramai pembaca kata x phm. Tp aku boleh phm. Mula baca pun aku ingat dia pompuan sebagaimana anggapan Nurra. Takdelah teruk sgt cara dia bercerita. Aku dan beberapa org pembaca masih boleh memahami. Kesianlah kat dia. Aku setuju dgn Ayan Mubina.

    Reply

Leave a Comment