Champing tengah malam

Hi semua untuk yang pembaca fs ni nama aku tira(bukan nama sebenar).di sini aku ingin menceritakan kisah yang pernah aku dan kawan aku lalui dan sampai sekarang kami tak dapat lupa kan, saat itu aku dan kawan ku plan ingin camping atas bukit yang ada kat sabah(aku tak bagi tahu tempat takut nanti menimbulkan ketidakpuasan orang lain)

Okey aku mulakan cerita , pada masa tu kitaorang dah plan ingin champing pada waktu malam dan semua kawan-kawan pon dah setuju tempat yang kami ingin pergi ni adalah tempat yang di datangi oleh orang ramai dan bawah bukit tu ade beberapa rumah dan ada orang jaga juga kat bawah tu…dan kami memulakan perjalanan pada hari sabtu sebab ahad kan cuti keje kami semua bergerak lebih awal, dalam jam 8 malam sebab nak naik atas bukit tu memerlukan 2jam.

Sebelum perjalanan di mulakan kami pun baca doa untuk perjalanan ,Dalam perjalanan tu kami semuanya bergembira sambil dengar lagu DJ, dan menari biasa lah darah muda kan hahahah…setelah 1jam perjalan kami rehat sekejap untuk mengisikan tenaga, saat aku kawan ku tengah makan kami dengar orang menangis suaranya sangat pelan tapi boleh dengar dengan jelas, lepas je nangis kami dengar minta tolong ,tapi kami ingat orang tua pesan jangan tegur benda pelik waktu malam…kami pon diam dan buat tak tahu selepas isi tenaga kami pon melanjutkan perjalanan, selama perjalanan tu semua nya tenang hanya di teman kan suara cengkerik dan suara kawan ku yang bergelak ketawa…sedar tak sedar jam menunjukkan 12 malam dan kitaorang pon sampai destinasi.

Sesampainya kami di sana kami rehat pun kejap sambil-sambil pasang khemah…khemah kami besar la bole muat 3 orang tapi kami pasang 2 khemah sebab kitaorang ade 5 orang, saat khemah siap kitaorang bakar kayu untuk menghilangkan nyamuk hutan yang ade kat bukti tu…kami pon lepak sampai jam 2 pagi dan kami pelik sebab kawan kami lagi 1 tu tak keluar dari khemah kami tak kacau atau kejutkan dia mungkin dia penat sebab naik bukit tu…kami pon gelak ketawa sambil ungkit cerita yang lalu….

Saat kami bercerita kami terdengar orang menangis, tangisan tu tepat kat khemah yang kawan aku rehat tu, kami pon bangun dan menuju ke khemah tu untuk tengok kawan aku, takut dia teriak ke ape ke dan apa yang kami nampak kawan aku tu tak takut langsung tapi dia hanya tersenyum tengok kami semua padahal dia lah kawan yang paling penakut kalau dengar ape-ape…

Jap sory lupa nak sebut nama kawan aku ni ika,montel,mar dan nadia…yang ada dalam khema tu nadia,okey aku teruskan kawan yang nama mar dan montel ni masuk untuk taanya keadaan nadia ni dan apa yang kami takutkan memang terjadi nadia kena rasuk dan dia tiba-tiba gelak kuat-kuat kadang menangis dan aku mula risau dalah tekde lelaki seorang pon, kami mampu bertahan sambil baca ayat kami tahu ..nasip mar dan ika ni tahu ayat-ayat panjang mar dan ika bacakan ayat untuk nadia ni kemudian tenang seketika…

Pada saat tu kami semua tak tenang dan ingin turun semula kebawah di sebab kan hal yang telah menimpa kami…sepanjang perjalan kami dengar bermacam-macam bunyi tapi kami tak hirau kan kami hanya mebaca surah yang kami thu sepanjang perjalan tu….

setelah sampai kebawah nadia tiba-tiba muntah darah dan pengsan lalu kami cerita kan apa yang terjadi kat atas dengan orang bawah dan orang yang berjaga tolong call ustaz kami pon di minta untuk datang kerumah ustaz tu, kami semua menaiki kereta untuk datang kerumah ustaz tu…montel driver dan aku kat depan mar dan ika kat belakang untuk jaga nadia setelah sampai kat rumah ustaz yang bertingkat 4 tu. a

Aku dan mar angkat nadia mengguna kan bahu kami sampai je depan rumah ustaz tu kami duduk kan nadia kat tangga sebab kami ingin mengetuk dan memberi salam rumah ustaz tu bila ustaz tu buka dan menyuruh kami masuk setelah kami pandang belakang nadia tu hilang takde di tempat kami mencari sekeliling tapi takde! Setelah beberapa minit pencarian ustaz tu tanya “betul ke yang kamu bawa naik tu kawan kamu?” Ahh suda kami pon dah keliru dan ustaz tu suruh aku turun semula dan chek kereta…dan betul nadia ada dalam kereta tu whattt??? Kami semua terkejutt tapi kuat kan semangat dan naik balik…

Setelah beberapa jam di rawat oleh ustaz akhir selesai juga dan kami dapat tahu nadia kena rasuk sebab benda kat tempat champing tu marah kitaorang sebab langgar tempat dia dan buat bising kat tempat dia…

Dan pengajaran nya kat sini bila masuk  hutan harus minta izin dan berdoa jangan buat perangai tempat macam tu🙏🏻

Untuk owner fs nak ucapkan terima kasih kalau expose cite saya ni

Tiy

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.