#Cik_Alin – Saka, Khadam atau Iblis?

#Cik_Alin : saka, khadam atau iblis ?

Assalamualaikum reader FS, nama aku Alin. Ni entry aku ke-3 untuk FS. Sebelum ni aku ada bagitahu bahawa aku sering diganggu sejak kecil oleh makhluk-makhluk yang tak dapat dilihat oleh mata kasar. Macam mana bentuk gangguan, mari baca apa yang aku nak ceritakan.

Cerita 1.
Sejak umur aku 5 tahun, aku memang sedar setiap kali aku bangun daripada tidur mesti bahagian kaki aku sekitar paha dan betis lebam-lebam. Kawasan yang paling banyak lebam adalah sekitar lutut. Lebam-lebam ni dalam bentuk saiz besar-besar. Lebam pula apabila disentuh tidak sakit seperti kebanyakan lebam biasa yang kita alami akibat kecederaan. Senang cerita, aku dapat love bite dari jin.

Yang paling aku yakin ini perbuatan jin apabila jelas lebam yang berbekas dilutut aku adalah berbentuk bibir atau gigi. Bekas paling besar yang aku masih ingat ialah berbentuk bibir saiz orang dewasa dan ditengah-tengah bibir jelas ada kesan gigi yang menggigit. Korang bayangkan bila perempuan pakai gincu penuh kemudian lekapkan di sehelai tisu. Haa, macam tu bentuk bibir penuh.
Selain itu, kesan yang paling kerap aku terima adalah lebam besar yang ditengah-tengahnya terdapat dua titik kemerahan atau kehitaman. Orang tua cakap itu kesan gigitan benda halus atau lebih tepat pelesit. Dua titik ditengah itu maksudnya taring. Kejadian sering digigit ini berlarutan sehinggalah usia aku sekarang. Tapi Alhamdulillah sekarang sudah semakin jarang digigit, tidak sekerap dulu.
Berubat ?. mak ayah aku memang maklum sejak kecik aku kerap digigit, tapi mereka tidak pernah bawa aku pergi berubat. Tambahan pula adik beradik aku yang lain tidak pernah menerima nasib seperti aku.

Cerita 2.
Mungkin disebabkan oleh sering dikunjungi mahklus halus inilah yang membuatkan deria aku sensitif mengesan kehadiran mereka. Kadang-kadang aku juga dapat melihat bayangan mereka. Bermula zaman sekolah rendah sehinggalah alam universiti, bila aku ke sesuatu tempat panas, bulu roma aku cepat sahaja merinding. Badan aku cepat berasa panas dan telinga kiri aku akan berdesing secara tiba-tiba.
Di rumah aku sendiri, sekiranya aku tinggal sendirian ketika ketiadaan ahli keluarga yang lain sememangnya “mereka” kerap mengganggu aku. Mereka akan memberikan isyarat kehadiran mereka dengan menampakkan diri berbentuk bayangan hitam samada berdiri kaku atau melintas laju. Seram kan ?. kadang-kadang memanglah akan terkejut bila makhlus ni tiba-tiba sahaja muncul depan mata, tapi mungkin dah biasa sangat jadi aku dah boleh hadam benda ni dan buat tak tahu jer la. Kalau aku cerita dekat family aku pun nanti diorang pulak yang takut .
Pernah sekali lewat petang menjelang maghrib, hujan turun dengan lebat. Mak aku tadahkan sebuah tong besar dekat hujung atap rumah untuk menadah air hujan yang turun. Kerana excited air hujan yang sejuk, aku dan mak berhasrat untuk mandi sahaja di sudut tadahan tersebut. Oh ya, sudah tentu lah kawasan tadahan ni berada diluar rumah, lebih tepat dibelakang rumah. Waktu makin senja, aku terlebih dahulu turun keluar rumah untuk mandi disitu. Sedang syok mandi air yang sejuk tetiba zupppp ! jelmaan hitam legam melintas. Haha apalagi aku cepat-cepat mandi dan naik ke atas rumah. Bila aku ceritakan kepada mak, terus mak tak jadi mandi. Haa takut ler tuh. Huhu
Tentang lembaga hitam yang melintas tu pula, aku agak mungkin salah satu makhluk yang ingin “pulang kerumahnya”. Yea lah masa tuh kan senja dah dekat maghrib. Mungkin juga dia bagi amaran dekat aku jangan berada luar rumah waktu-waktu senja. Hehe

Kisah 3.
Paling kerap aku kena ganggu semasa di asrama sekolah. Masa aku tingkatan3 dan tingkatan5, aku ambik keputusan untuk duduk asrama memandangkan PMR dan SPM makin dekat. Banyak gangguan yang aku terima sepanjang di asrama. Nanti aku hantarkan entry khusus kepada FS lepas ni k. Nk tulis satu persatu terlalu panjang pula .
Semasa STPM, aku ambik keputusan takmahu lagi duduk asrama ekoran kerap diganggu. Jadi gangguan dirumah semakin kerap terjadi pada aku. Nak dijadikan cerita, aku memang stay up sampai pagi untuk buat kerja sekolah dan buat nota-nota ulangkaji. Aku akan tidur sekitar jam 12 hingga jam 2 pagi.
Suatu malam, selepas semua isi keluarga aku sudah tidur dalam jam 11 aku masih lagi menyiapkan kerja-kerja rumah aku dimeja yang terletak diruang tamu memandang bilik tidur aku juga berada bersebelahan dengan ruang tamu. Sedang ralit menulis, aku rasakan perasaan yang tidak enak. Automatik kipas yang berpusing ligat memutarkan angin terasa bahang panas. Hatiku makin tak sedap, lantas terdetik dalam kepala …”selalunya aku duduk sorang macam ni la kau suka datang kacau kan………” .DDDUUUUMMMMMMMMMM ! .
Allahuakbar , hanya perkataan itu jer keluar dari mulut aku sebab terlampau terkejut . Mana tak terkejutnya, baru jer aku bermonolog serentak jugak aku terdengar benda besar jatuh atas bumbung rumah aku yang sememangnya berbumbungkan zink. Bunyi tuh kuat sangat, seolah-olah bergegar rumah ni. Lebih tepat benda yang jatuh tersebut seolah-olah tepat jatuh keatas kepala aku duduk. Aku boleh andaikan kalau lah keadaan normal, bunyi yang kuat ni jiran depan rumah pun boleh dengar tau. Aku tengok jam, tepat 12 malam. Tiba-tiba jugak aku rasakan angin sejuk meniup pangkal leher aku, serentak aku tengok pen diatas meja aku bergerak sendiri.
Huishh takkan nak tunggu lagi kot, bergegas aku tutup lampu ruang tamu dan masuk bilik tidur. Baca doa terus lelap. Esoknya, bila aku tanya family aku tentang bunyi benda jatuh atas bumbung semalam, masing-masing menafikan mendengarnya. Aish hairan aku takkan la bunyi sebegitu kuat takde sapa yang dengar. Mak aku cakap mungkin hantu raya yang suka terjun-terjun atas bumbung rumah. Hairannya, aku sorang jer dia ganggu. Hmmm …..

Kisah 4.
Lagi seminggu STPM akan bermula. Maka makin lewatlah masa aku tidur. Suatu malam aku stay up sampai pagi. Sedar tak sedar dah jam 2 pagi, macam biasa aku keseorangan. Ketika itu kedudukan aku membelakangi pintu bilik dan menghadap tingkap bilik. Berhampiran tingkap bilik aku ni adalah pokok langsat dan pokok rambutan yang bersebelahan dangan pokok sena. Kiranya sebelah luar bilik aku adalah halaman rumah yang agak lapang tetapi terdapat pokok-pokok disekelilingnya.
Terasa lenguh kerana asyik duduk membongkok aku ke dapur membancuh nescafe kemudian kembali ke bilik. Aku sambung mengadap nota-nota yang terhidang didepan mata sambil menghirup nescafe suam. Baru jer nak sambung mood study, tiba-tiba isyarat badan aku memberi tanda kehadiran tetamu berkunjung. Aishh tak boleh tengok orang senang betul la, ada jer nak kacau. Aku merasakan ada kelibat yang menjenguk aku dipintu. Aku menoleh, tapi tiada siapa. Sekali lagi aku meneruskan bacaan, tapi sekali lagi juga aku merasakan ada kelibat yang memerhatikan aku dari belakang. Dapat aku rasakan kehadiran makhluk ini yang besar dan hitam. Bila aku menoleh lagi, sememangnya tiada siapa. Sah “dia” datang mengganggu lagi ! .
Kuatkan semangat, aku malas melayan. Aku teruskan bacaan aku, tapi betullah iblis itu tidak akan pernah berhenti mengganggu manusia melakukan amal ibadah ( studykan salah satu cara ibadah jugak. Hihi). Seketika aku dengar seolah-olah pasir ditabur diatas bumbung rumahku. Lebih tepat, diatas bumbung bilik aku.Bukan sekali, tetapi berkali-kali. Bisingnya ya Allah aku rasa nk menjerit jer suruh dia berhenti. Anehnya keluarga aku takde sorang pun yang terjaga dari bunyi bising pasir ditabur atas bumbung. Tak cukup dengan itu, aku dengar seolah-olah binatang berlari pula. Logiknya bila bumbung rumah aku berbentuk zink dan condong, takkan ada binatang yang boleh berlari kerana keadaan zink yang licin. Seketika aku diam untuk memerhati, namun lebih kerap pula dia berlari ke serata arah bumbung rumah aku.
Aku mulai marah. Dengan suara perlahan aku memberi amaran “ tak kisahlah kau sape, jangan ganggu aku boleh tak ?”…… suasana sunyi seketika dan aku beranggapan mereka cuma ingin bergurau dengan menakut-nakutkan aku. Aku meneruskan bacaan, tapi belum sempat habis sebaris ayat tiba-tiba ….. “hihihihihih …..” seperti normal bunyi puntianak dalam tv, sebijik bunyinya datang dari arah pokok sena ditepi tingkap bilik aku . jangan kata bulu tengkuk, segala bulu kat badan aku mencacak naik.
Aku ?. ya Allah, nak tunggu apa lagi mak nenek oii, tidur lah !. haha seriusly masa ni adalah pertama kali aku dengar puntianak mengilai secara live. Dengan buku berselerak, barang tak sempat kemas, aku lompat atas katil berselibung dalam selimut menggigil-gigil dah. Bila aku tertidur pun tak sedar. Besoknya bila aku ceritakan pada family aku, macam biasa mereka cakap tak dengar apa-apa langsung. Mak aku cuma cakap mungkin mereka tu adalah makhluk yang menghuni kawasan rumah aku. Tapi, soalnya kenapa dia ganggu aku sorang, dan kenapa sorangpun daripada keluarga aku tak pernah kena kacau. Ayah aku lagi la, siap gelak-gelakkan aku lagi kononnya “mereka” hanya berminat dengan aku.

Kisah 5.
Memandangkan keluarga aku tak pernah bawa aku berubat, aku ambil inisiatif untuk bertanyakan kepada guru disekolah aku yang aku percayai. Yea la, macam mana family aku nak bawa aku berubat sedangkan aku tak sakit, tak kena histeria, tak kena sampuk dan tak pernah meracau bukan-bukan. Ok back to story, bila aku bertanya pada yang lebih mahir, mereka selalu bertanyakan soalan yang sama dan membuatkan aku rimas. Soalan mereka “ keluarga awak ada saka ke?”. Aishh mana la family aku ada saka. Keturunan belah ayah dan mak aku kedua-duanya datang daripada keluarga yang tak pernah berkaitan dengan benda-benda mistik ni. Jadi macam mana aku nk percaya pada saka. kemudian, aku hanya menganggap perkara-perkara yang berlaku pada aku dirumah dan di asrama adalah hanya kebetulan dan Allah hanya menguji aku.
Pernah aku mengadu perkara yang aku alami kepada seorang guru lelaki aku yang rapat dengan aku. Kebetulan cikgu Suhaimi juga diberikan kelebihan untuk merasai kehadiran makhlus halus. Suatu malam selepas selesai satu acara disekolah, cikgu Suhaimi menghantar aku pulang ke rumah menaiki keretanya. Esoknya semasa berjumpa dengannya disekolah kami berborak-borak.
C. Suhaimi : Lin, rumah awak ada anak sungai kecik kan ? (sungai yang aku ceritakan pada entry sebelum ni)
Aku : yea cikgu. Ada.
C. Suhaimi : rumah awak ada pokok besar kan?. Pokok tuh bawahnya ada busut kan ?
Aku : yea cikgu. Eh tapi mana cikgu tahu ?. ( dalam hati kau dah pelik, yea la mustahil kalau cikgu boleh nampak sungai, pokok dan busut yang disebut jika ke rumah akau semalam. Yea la sebab semua tuh kedudukannya dibelakang rumah)
C. Suhaimi : hmm ada benda besar hitam berbulu duduk dekat pokok tuh. Benda tuh lah yang suka terjun atas bumbung rumah awak.
Aku : gulp ! (hanya mampu telan liur )

Kisah 6.
Aku ingatkan bila aku berhijrah tidak lagi tinggal dirumah, aku takkan dinganggu lagi. Namun sangkaan aku salah, sampailah aku dapat sambung pelajaran aku di peringkat ijazah disebuah IPT di Utara. Di asrama, aku dapat roomate yang juga seorang yang “panas” berkaitan dengan mistik. Bilik kami kerap dikunjungi, bahang panas dalam bilik kami juga hanya kami berdua yang merasakannya. Bila kawan-kawan daripada bilik lain berkunjung, suasana seolah-olah tiada yang pelik. Maksudnya hanya kami berdua sahaja merasainya. Bukan itu sahaja, kadang-kadang “mereka” kerap mengetuk tingkap bilik kami, mengetuk locker pakaian, berbisik ditelinga dan kadang-kala kerap mengetuk dinding. Aku dan roomate sememangnya pernah mengalami pengalaman yang sama sebelum masuk IPT hanya membiarkan sahaja mereka mengganggu.
Pernah suatu hari, sewaktu petang kami hanya berehat didalam bilik diatas katil single masing-masing. Bilik kami tutup rapat tapi tidak berkunci. Sedang kami ralit dengan dunia sendiri tiba-tiba jer … srekkkkkkkkk………. pintu berbunyi seolah-olah ada orang yang menolak pintu dari luar dan cuba masuk ke bilik. Roomate aku segera bingkas bangun memberi isyarat bulu romanya berdiri. Macam biasa, suasana dalam bilik juga bertukar bahang panas. Dalam nada bergurau aku cakap “ haaa kamu takpayah masuklah dalam bilik kami kalau setakat nk masuk kacau kami. Keluar kau dan tutup pintu, syuhh syuhhh syuhhhh …” ( buat gaya macam halau ayam). tiba-tiba ……. srekkkkkkkkkkk….. pintu bergerak lagi, tapi kali ini kearah pintu tertutup. Apalagi melompat la roomate aku naik katil aku.
Roomate : wehh hang ni ..
Aku : hahahaha mana la aku tahu…
Roomate : yang kau tegur dia kenapa ..
Aku : hahaha mana la aku tahu ada “benda”, aku tegur angin jer.. haha
Aku gelak-gelak jer terasa kelakar pulak bila “dia” ikut arahan aku untuk keluar dan tutup pintu. Choiiiii .. haha

Kisah 7.
Di asrama kami, bilik air terletak diluar bilik dan berada di hujung aras blok. Roomate aku pulak jenis penakut sikit. Malam-malam dia akan sebolehnya selesaikan urusan dia berkaitan bilik air sebelum jam 11. Aku pun tak faham kenapa bila jam 11 jer aras kami terus terasa lengang dan suram. Kalau perlu roomate hendak ke bilik air, wajib akulah yang akan diajak menemaninya.
Oh ya, roomate aku ni kadang-kadang boleh melihat jugak kehadiran “mereka” sama macam aku. Suatu malam jam hampir 12 malam, roomate mengajak aku menemaninya ke bilik air. Akupun ok jer la. Semasa roomate dalam toilet, aku hanya menunggu di tempat sinki. Sinki tandas ada 4 buah kedudukannya sebaris dan setiap sinki ada cermin. Sambil aku main-main air dalam sinki, aku menilik-nilik muka aku di cermin. Sekilas zuppp aku terpandang helaian kain putih melintasi pintu masuk bilik air melalui cermin. Apa yang tak syok, kain tuh berjela panjang tapi tidak mencecah lantai.. mujurlah aku tidak menjerit terkejut .
Kemudian roomate aku selesai urusannya dan keluar dari toilet, lantas mengajak aku masuk bilik. Kami berjalan beriringan menuju ke bilik,tapi tangan roomate aku tak semena-mena mengcekam lengan aku dan menarik aku berjalan dengan pantas. Masuk bilik dan tutup pintu, roomate beritahu aku bahawa ada sesuatu mengekori kami setelah kami keluar daripada tandas.
Aku : wehh apsal tarik aku laju-laju.
Roomate : wehh aku rasa ada benda ikut kita dekat belakang lepas kita keluar tandas la.
Aku : haha (gelak). Ooo memang ada benda ikut, putih jer aku tengok dia terbang.
Roomate : wehh serius la ?.
Aku : hahaha (gelak lagi). Yea la, aku nampak dia duk tunggu kita masa kau dalam toilet lagi.
Roomate : eh, bongok la kau ni boleh gelak-gelak lagi.
Kisah 6.
Setelah banyak gangguan yang berlaku dalam bilik aku, dan kawan-kawan ramai yang mengatakan bilik kami terasa suram, aku dan roomate mengambil keputusan untuk pagar sendiri bilik kami. Kami melakukan solat hajat dan bacaan yassin dengan menyediakan segelas air yang kami akan gunakan untuk merenjis sekitar penjuru bilik.
Setelah selesai solat hajat dan bacaan yassin, roomate menyerahkan urusan memagar bilik kepada aku. Sambil membaca beberapa surah seperti ayatul qursi, Al-Fatihah dan 4 Qul, aku mulakan renjisan dengan niat memagar bilik daripada gangguan mahkluk tak diundang lagi. Aku renjiskan hampir keseluruhan 4 bucu bilik, dan dinding-dinding yang seringkali kami dengan orang mengetuknya. Selesai merenjis, air baki renjisan separuh gelas aku simpan di atas rak buku aku. Rak buku ini sememangnya telah disediakan oleh pihak asrama dengan kedudukannya yang melekat didinding berhampiran meja study.
Alhamdulillah, gangguan dalam bilik kami berhenti dan bahang panas juga sudah tidak terasa. Dalam sebulan kami hidup dalam keadaan tenang. Roomate juga sudah tidak lagi terlalu takut. Sehinggalah suatu malam, aku merasakan bahang panas kembali lagi sehingga aku berpeluh-peluh. Terlintas aku untuk memagar lagi bilik menggunakan air yang masih berbaki daripada yang aku gunakan untuk memagar bilik dahulu.
Bila aku panjat kerusi untuk mengambil air dalam gelas berkenaan, aishh terkejut aku bila aku tengok air dalam gelas berkenaan sudah kering tanpa setitispun air yang tinggal. Walhal, masih separuh gelas air bacaan yassin itu yang masih aku simpan. Aku mengandaikan roomate telah menggunakan gelas berkenaan lalu membuang airnya. Tapi, apabila aku tanya roomate ternyata dia juga tidak pernah menyentuh gelas berkenaan dan langsung tidak mengetahui dimana akau menyimpan gelas itu. Hmm hairan bin pelik.
Selepas kejadian itu, bilik kami kembali dikunjungi. Berkenaan air bacaan yassin itu juga sampai sekarang aku tidak menemui jawapan. “mereka” bukan sahaja mengganggu aku dalam bilik, bahkan juga mula mengganggu aku dimana-mana. Korang rasa ??.. haha

Kisah 8.
Suatu malam, aku ke cafe asrama aku untuk discuss assigment dengan seorang kawan lelaki. Selesai assigment, kami berborak kosong sehingga lah sedar tak sedar orang yang ada di cafe mula berkurangan. Jam menunjukkan 11 malam lebih. Aku tak ingat masa yang tepat. Kami sengaja memilih meja cafe paling hujung sambil melayan angin malam yang sejuk. Sebelah luar cafe berhampiran meja kami terdapat rumpunan pohon pinang hiasan. Adalah dalam 5-6 pokok duduk setompok betul. Kawan lelaki aku, Rony duduk membelakangi pokok pinang tersebut, menghadap aku. Aku pula sudah tentu menghadap tepat ke arah pokok pinang berkenaan.
Kisah seram bermula, apabila kami ingin pulang ke bilik masing-masing. Aku mengeluarkan henset aku lalu menekan butang kamera. Aku menghala kamera aku ke segenap cafe untuk mencari mood malam, kemudiannya aku halakan kamera ke arah Rony. Kononnya acah-acah ingin mengambil gambar Rony. Cehh !. baru jer nak snap, tetiba aku terperasan ada entiti lain menumpang dalam ruang kamera sebelah belakang Rony. Aku tak puas hati, sekali lagi aku halakan kamera ke arah yang sama.
Yup ! entiti itu wujud !. aku melihat seorang nenek tua dengan muka menggerutu dan rambut kerinting kusut masai beruban berada dicelah-celah pokok pinang di belakang Rony. Apa yang membuatkan jantung aku berdegup kencang apabila nenek tua itu merenung aku tajam tepat ke mata aku. Pandangannya seolah-olah penuh kemarahan dan kebencian tanpa bergerak-gerak. Lagi menakutkan aku ialah mata nenek tua itu merah menyala. Tapi apa yang aku nampak hanya dalam skrin kamera henset aku saja. Bila aku pandang tempat yang sama dengan pandangan kasar aku di tempat yang sebenar, entiti itu tiada. Rony yang melihat aku gelisah terus bertanyakan kenapa. Aku menceritakan apa yang aku nampak kepada Rony. Kata Rony, patutlah sewaktu aku menghalakan kamera aku kearah dia, dia merasakan bulu tengkuknya berdiri.
Apalagi, terus kami pulang ke bilik masing-masing. Tapi bila difikirkan balik, menyesal pula tak snap terus gambar Rony, manalah tahu kot-kot nenek tuh melekat dalam gambar, boleh simpan buat kenangan kan. Hehe.

Kisah 9.
Aku ingatkan setakat itu sahaja aku diganggu luar bilik, tapi sekali lagi aku dikunjungi. Ceritanya sama berlaku pada suatu malam apabila aku selesai sahaja group discussion di cafe asrama aku. Memandangkan ahli group yang lain tinggal di asrama lain, jadi aku keseorangan akan berjalan balik ke bilik aku. Waktu tuh jam dah hampir 12 malam.
Keluar daripada cafe aku perlu susur laluan pejalan kaki berbumbung, sambil aku rangkul buku-buku di tangan kiri aku, tangan kanan aku pulak laju jer tekan-tekan keypad henset. Yea la tuh jer peneman aku tatkala sorang-sorang macam ni. Hehe. Malam tuh, suasana memang sunyi, takde pelajar lain sekeliling aku. Sedang kusyuk mata menatap skrin henset, tetiba telinga aku dengar tap tapp tapp derap tapak kaki berkasut berjalan belakang aku. Dalam hati lega la ada jugak pelajar lain boleh buat saing berjalan balik ke bilik.
Terus aku toleh ke belakang nak tengok sapa, mana lah tahu boleh buat teman borak. Tapi aneh, takde siapa yang kelihatan. Aku mengandaikan itu hanya imaginasiku, lalu akau sambung langkah kaki aku dan terus tekan-tekan keypad henset. Waduhh sekali lagi aku dengar tapak kaki ikut aku berjalan, makin laju kaki aku laju jugak la dia ikut. Aku dah geram, terus aku toleh belakang lagi. Sahih memang takde sesiapa pun, hanya aku sorang jer. Bulu roma aku terus terpacak naik, haha takkan nak tunggu lagi kan?. Memang langkah seribu la aku berlari masuk bilik. Haha kuss semangat oii.

Kisah 10.
“dia’ semakin berani mendekati aku. Jika dulu hanya menggangu dirumah, asrama, dalam bilik asrama kolej aku dan sekarang dalam bilik aku. Bahkan terlalu dekat hadir didepan mata aku. Kisahnya semakin menjadi-jadi apabila aku bertambah semester. Roomate aku kerap pulang ke kampung meninggalkan aku sendirian. So “dia” take advantage la kot dekat aku.
Bila malam jer, dia selalu rentap selimut aku bila aku tengah tidur. Bila aku sedar jer selimut dah jatuh bawah katil. Padahal aku ni jenis tidur statik, kalau mengiring memang mengiringlah sampai pagi. Mustahil selimut jatuh sendiri, lagi kau yakin bila waktu dia tarik selimut aku, aku separa sedar merasakan selimut bergerak sendiri. Tapi dah malas nak layan, aku abaikan jer. Mungkin dia bosan kot aku tak layan dia nak bermain, sampai satu tahap dia tarik bantal peluk aku pulak. Sedar-sedar bantal peluk dah ada bawah katil. Semua benda ni aku sedar jer masa tidur ni, cuma aku jer jenis malas nk layan.
Pernah sekali aku stay up, roomate aku jenis tidur awal. Masa tengah layan movie sengsorang aku dengar kucing mengiau bising sebelah tingkap meja study aku. Meja study pulak memang dekat tingkap betul. Bisingnya kucing tuh seolah-olah kucing jantan yang bergaduh berebut kucing betina. Anehnya, hanya satu suara kucing jer kedengaran takde pulak bunyi kucing yang lain. Macam biasa, isyarat badan aku datang membawa rasa panas membahang. Waktu jam dah dekat 2 pagi. Aku terus matikan laptop dan berbaring atas katil sambil layan henset. Tetiba almari locker roomate aku yang duduknya dihujung katil tempat dia tidur bergoncang dari dalam. Mak aihh benda apa yang boleh goyangkan almari besi berat macam tuh. Lagi aku pelik, roomate aku tidur macam tak sedar apa-apa berlaku.
Aishh geram pulak aku rasa. Baca doa dan terus tidur. Esoknya bila aku cerita dekat roomate, katanya dia memang tak dengar apa-apa bunyi. Pelik kan ?.

Kisah 11 .
Ekoran dah makin kerap diganggu, aku dan roomate mengambil keputusan untuk cantumkan katil kami dan tidur sekali. bukan takut, tapi berjaga-jaga. Hehe. Kedudukan kami tidur pula roomate disebalah kanan aku, dan aku disebalah kiri roomate. Tapi gangguan serentak berlaku atas kami pula nampaknya.
Suatu malam, kami tidur seperti biasa dengan membiarkan sebiji lampu study terpasang. Sedang nyenyak tidur, aku merasakan seolah-olah ibu jari kaki kanan aku seperti ditarik-tarik. Lalu akau bukakan mata untuk melihat. Dalam mamai aku melihat seorang(kalau lah dia orang. Seekor pom boleh kot. Haha) nenek tua rambut panjang lurus memutih berada dihujung kaki kau. Pakaian dia serba putih, bersih tanpa secalit kotoran. Berbeza dengan nenek yang aku tengok dekat pokok pinang tuh. Nenek rambut putih ni hanya menundukkan kepalanya kebawah tanpa memandang aku, dan dia duduk dalam keadaan melutut tanpa bergerak.
Dalam keadaan mamai, aku tak mengendahkan kehadiran nenek putih tuh dan ambil bantal tutup muka dan sambung tidur . besoknya seperti biasa aku ceritakan kepada roomate apa yang aku lihat.
Aku : roomate, semalam aku tak tahu lah aku mimpi atau aku mamai tengok betul-betul seorang nenek tua dekat hujung kaki aku.
Roomate : eh betul ke ?. dia buat apa weh ?
Aku : entah, dia duk keras jer. Awalnya aku sedar sebab aku rasa ada yang tarik kaki aku .
Roomate : (muka terkejut dan cemas). Wehh kau biar betul. Tahu tak semalam aku rasa ada orang urut lutut aku wehh (sambil dia urut lutut aku buat gaya). Aku ingatkan kau yang buat kat aku.
Aku : eh takde makna aku nak urut lutut kau, aku sendiri pun dia tarik ibu jari kaki.
Makan fahamlah kami bahawa nenek itu mengunjungi kami berdua dengan melakukan isyarat untuk memberitahu kehadirannya kepada kami. Tapi agak istimewa pula aku apabila dia menonjolkan diri dia depan aku. Haha sepuluh kali ingat, sepuluh kali berdiri bulu roma aku.

***
Sampai disini saja dulu untuk kali ini, next entry akan aku ceritakan pencarian jawapan aku atas setiap gangguan yang aku terima adakah “mereka” hanyalah sekadar saka, khadam atau iblis ?.
Semua apa yang aku tulis adalah kisah benar yang terjadi dalam hidup aku. Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi untuk next entry.

#Cik_Alin

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Cik Alin
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

26 comments

  1. menurut cerita2 awak saya nak kongsikan beberapa point:

    1. Kesan lebam seperti kesan gigitan itu bukanlah akibat jin menggigit.
    ianya adalah ecchymosis atau salur d***h kecil (capilary) pecah dibawah kulit. memang selalu boleh terjadi kat sesiapa pun. Janganlah dimistikkan benda yang tak patut. Cuba suruh sesiapa gigit anda tengok, sure tak akan dapat bentuk mulut, bentuk gigi adalah.

    2. Tajuk cerita awak ni kurang sesuai (saka,khadam,iblis).
    Sepatutnya tajuk lebih menunjukkan yang anda dapat merasai kehadiran mahkluk halus. Tajuk yang sesuai mungkin (Hijabku Terbuka), (I can sense your presence), (Aku dapat rasa dapat lihat) whatsoever lah. sebab cerita kau ni tak ada kena mengena dengan saka,khadam,iblis pun. Lebih berkait dengan gangguan dari jin/syaitan. Bare in mind Iblis/syaitan ada perbezaan. Begitu juga khadam/saka.

    3. Cerita ada perenggan tapi jarak antara satu perenggan dengan perenggan tak nampak.

    4. Cerita ni boleh dipadatkan lagi untuk bagi cerita ni nampak padu. Isi ada tapi kulitnya tebal sangat. kena kupas beberapa lapis baru jumpa isi. Contoh di bawah.

    ”’Kisah 4.
    Lagi seminggu STPM akan bermula. Maka makin lewatlah masa aku tidur. Suatu malam aku stay up sampai pagi. Sedar tak sedar dah jam 2 pagi, macam biasa aku keseorangan. Ketika itu kedudukan aku membelakangi pintu bilik dan menghadap tingkap bilik. Berhampiran tingkap bilik aku ni adalah pokok langsat dan pokok rambutan yang bersebelahan dangan pokok sena. Kiranya sebelah luar bilik aku adalah halaman rumah yang agak lapang tetapi terdapat pokok-pokok disekelilingnya.
    Terasa lenguh kerana asyik duduk membongkok aku ke dapur membancuh nescafe kemudian kembali ke bilik”’

    Boleh saja tulis, ”’Aku sedang mengulangkaji untuk STPM di sebuah meja yang menghadap tingkap. Di sebalik tingkap pula ada pelbagai pokok-pokok.. Tiba-tiba…”’

    Itu contoh. Poiny aku, make it short and nice.

    BTW, cerita quite nice.

    Markah: 6/10

    Teruskan berkongsi. I will wait for your next story alin.

    1. mano ado hadiah yo..
      tuleh cito sini pon mano dapek apo pon jah..
      cumo monyonangkan oghang nak skip ko nak baco cito yo.
      buek penulis plak, untuk membino, membantu penulis improve.
      tu jee

  2. Saka? Macam mana kau tau family kau tak ada saka? Memang atuk nenek kau cakap tak ada bela, tapi nenek punya nenek kau ? Nenek punya nenek punya nenek kau ?!! Kau tau ? 10 keturunan sebelum kau , kau Ptau ? Tak Ada sapa tau. Satu je aku nak nasihatkan, PERGI BERUBAT SEBELUM TERLAMBAT 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.