Assalamualaikum dan hai semua readers FS. Cikjah di sini. Terima kasih admin sbb postkan Aku & Kunci Pendua. Jujur aku kata, aku sendiri tak tahu pendua itu ada dengan aku lagi atau tidak kerana aku hanya pergi berubat dengan Wak tersebut sekali sahaja. Tapi yang aku perasan lepas aku berubat tu, aku jadi tidak mudah marah, aku jadi orang yang lebih penyabar, takda cepat berapi sangat. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa memelihara aku dan kamu.
Entry yg ini aku nak sambung pasal “pedang-pedang” yang aku sebutkan dalam kisah sebelumnya. Sebelum itu, aku nak jelaskan, aku cuma ingin kongsikan buat pengajaran kita semua dan ada bacaan-bacaan dalam ini, sememangnya diambil dari ayat alquran tapi kami guna untuk panggil pedang-pedang kami. Moga ALLAH ampunkan dosa-dosa kami jika kami tergolong dalam mereka yang menyalahgunakan kalamullah. Wallahu’alam. Aku mulakan. Bismillahirrahmannirrahim.
(Paya Jaras, Sg Buloh, Selangor, tahun 2012).
Aku dibawa oleh Ayah dan Abang-Abang ke sini. Untuk berubat katanya kerana aku telah diganggu di Rumsis Saidina Hussin, Melaka. Aku menderita sakit-sakit badan dan sebelah kaki aku perlu diseret masa aku berjalan. Mcm berat sebelah.
Angah aku dia sudah beberapa kali datang ke rumah di sini untuk berubat dan telah rapat dengan pakcik yg merawat dia. Angah aku ni jugak dah dapat pedang dia terlebih dahulu. Dia dapat dua pedang tapi aku hanya ingat satu saja. Nama pedang dia, Al-Kubro.
Mula-mula sampai, kami borak-borak dulu. Minum kopi, kenal-kenal. Yelah, Angah aku kan dah biasa datang sini. Sesi kenal-kenal itu kami diberitahu keturunan kami siapa, siapa yg jaga dan sebagainya. Aku ingat lagi masa tu aku macam excited, sebab selepas diselidik susur galur nenek moyang belah ayah aku ini berketurunan hebat. Jadi kami ini ada anugerah. Ada “power”. (kononnyalah).
Kemudian, tibalah masa, the crucial part. Kami akan discan, nak tahu pedang-pedang kami tu. Macam biasa take turn lah kan. Mula-mula ayah aku, kemudian Abang-abang aku. Seterusnya aku dan kakak aku. Masa turn aku sampai, kami ke ruang sebelah. Ahli keluarga aku yg lain tunggu di tempat kami duduk tadi. Ada seorang wanita, 2 orang lelaki dekat situ, satu pakcik, satu lagi lelaki muda. Kalau tak silap aku, yg wanita itu, dia boleh scan. Yang lelaki ada peranan mereka sendiri. Jadi dia ke belakang aku dan dia scan. Aku tak ingat sangat butir-butir kejadian tapi ada perbualan antara aku dan yang mengubatkan aku itu.
Wanita itu aku namakan Kak Mah. Dia kata tiada apa-apa benda halus dengan aku cuma pedang itu je. Dalam hati aku, habis tu yang aku kena kacau, kaki berat sebelah sampai nak jalan pun susah. Agak-agaklah pedang tu pun nak say hai, takkan dengan cara macam tu. Aku nak cakap tapi, aku ni berat mulut sikit.
Lelaki yang pakcik tadi tu kata, “Pedang awak namanya Loh-Mahfuz.”
Tambah lagi, pakcik itu kata aku ada dapat benda lain, sebagai hadiah lah. Aku dapat batu, warna hijau kalau tak salah aku. Aku ingat-ingat lupa. Aku dengan lurusnya, nak terima. Mereka suruh aku buat isyarat genggam. Aku kira itu tanda terima secara batin, batu itu tak nampak dekat mata kasar. Inilah dia, batu yg aku sebut dalam entry sebelum ini. Batu yang menandakan termeterainya akad antara aku dan kunci pendua aku, secara sedar tapi tak sedar bahana yang menunggu.
Sebenarnya, setiap orang dari kami, mereka kata ada pedang. Pedang itu ada nama, loh-mahfuz, al-waqiah, al-fatihah, lagi dua aku lupa. Pedang-pedang ini kami berhak dapat kerana asalnya dari keturunan kami juga. Sebelum ini, katanya pedang-pedang ini “tidur”, kerana kami tidak tahu kewujudannya. Sekarang kami dah tahu kan, jadi bolehlah digunakan. Pedang ni boleh guna utk rawat orang atau utk diri sendiri. Tetapi kami dinasihatkan untuk rawat orang, kenalah kuat dalaman. Tak boleh rawat sebarangan.
Selesai segala urusan, kami beransur pulang ke rumah. Jam masa itu dah lewat. Dah tengah malam. Masing-masing dah penat mengantuk. Aku teman Angah aku drive pulang ke rumah kami, selatan tanah air. Yang lain dah tertidur. Aku sebenarnya masih tercari-cari jawapan, sama ada nak percaya atau tak. Aku juga rasa pelik, bila kami tanya pada pakcik yang kami jumpa tadi perihal gangguan & sakit kaki yang aku alami, katanya itu datang dari “pedang” aku. Hmm. Dekat situ sebenarnya dah nampak semua ini meragukan tapi aku, seorang anak perempuan yang sedikit lurus, hanya senyap dan buat macam tiada apa yang jadi.
Suatu malam, kebetulan aku cuti dan Angah ada di rumah. Kami keluar minum sampai tengah malam.
Angah: kau ada guna tak pedang tu?
Aku: takde. Kena guna ke?
Angah: sebab kau dah tahu dia ada, kau gunalah nanti dia hilang.
Aku: aku sebenarnya tak tahu nak percaya ke tak. Benda ni betul ke, tak salah ke?
Angah: aku pun taktahu tapi aku percaya. Sebab aku boleh rasa pedang tu. Aku ajar kau, kau cuba rasa pedang kau ada x.
Angah suruh aku baca selawat ke atas Nabi Saw kita sebanyak 3kali, kemudian baca ‘walaa ya uduhu hifzuhuma wahuwal ‘aliyul ‘azim, sambung dengan beberapa ayat dari surah yasin, kemudian niat, wahai pedang ______ (nama pedang kau), keluarlah dan pergi ke tapak tangan kiri-ku. Aku ikut dan aku dapat rasa pedang tu macam bergerak ke tangan kiri aku dan tapak tangan kiri aku berat. Aku pandang Angah dengan rasa tak percaya. Allah. Aku dapat rasa. Angah suruh aku niat beralih ke tangan kanan pula. Aku ikut dan aku dapat rasa dia bergerak. Ya! Aku masih dapat rasa pedang aku berat di tangan kanan aku. Ok sekarang, aku percaya dia ada.
Yang kedua, Angah ajar aku cara rawat diri sendiri atau orang terdekat. Cara panggil pedang masih sama cuma kali ini bila rasa pedang tu dah ada di tapak tangan, kau halakan ke tempat sakit, dan kau buat isyarat macam kau tarik dan genggam, kemudian genggaman kau tu kau baca selawat, hembus dan buat isyarat buang (readers faham kan? Aku harap korang faham). Cara ini diulang-ulang sehingga sakit itu lega. Biasanya Angah aku buat ini bila dia sakit kepala. Aku juga. Jujur aku kata, ianya menjadi.
Aku juga diajar rawat orang dari jauh. Aku selalu disuruh Angah untuk scan dan ubat dia dari jauh. Masa aku dah balik Melaka atau kami memang jauh antara satu sama lain. Angah akan bagitahu sakit di mana, sekian-sekian. Aku akan guna pedang itu, seru cara yang sama, dan aku akan bayangkan tubuh angah, bahagian tempat dia yg sakit macam yg dia beritahu. Aku akan buat isyarat tarik sakit tu dari jauh. (harap readers dapat bayangkan).
Dalam kalangan ahli keluarga yang ada pedang ini, hanya aku dan Angah yang aktif gunakan pedang ini. Along pernah guna, dia cuma guna suka-suka bila dia bosan. Sekejap suruh kat tangan kanan, kejap kiri dan macam tulah. Kakak pula dia lemah semangat sikit, jadi Angah nasihatkan jangan guna untuk rawat orang. Angah pula memang dah biasa guna, sama ada rawat diri atau orang yang terdekat. Aku pula guna bila perlu saja (lebih tepat bila Angah minta tolong). Angah lebih suka minta tolong aku sebab aku kuat semangat. Pernah dulu, Angah sakit. Aku tak ingat sakit dekat mana dan aku perlu ubatkan dia dari jauh. Kesan dari ubat dari jauh ini, sakit orang tu akan pergi dekat kau. Kau boleh rasa sakit dada tiba-tiba, sakit kepala tiba-tiba. Sebab itulah, Angah selalu minta tolong aku kalau masa tu dia dah tak berdaya, dah habis tenaga. Apapun aku sedar, kuasa yang menyembuhkan hanya dengan kuasa ALLAH.
Antara kegunaan lain pedang ini kan, yang aku dan kakak aku suka, pedang ini sebagai teman. Yelah, kami ni perempuan, bukan sentiasa keluar berteman. Ini kakak aku yang cerita. Pernah dia keluar, dia rasa macam meremang. Seram semacam. Dia call abang aku, abang aku suruh guna pedang tu. Kakak aku pun guna lah dan dia dapat rasa selamat tu. Dalam masa yang sama, abang aku try scan dari jauh, abang aku kata ada benda ikut kakak aku tapi sebab pedang tu ada, benda tu tak dapat dekat.
Pedang ni bukan untuk benda-benda tu sahaja. Kalau orang dekat sekeliling kitaorang, ada niat tak baik. Pedang ini ada. Bukan itu saja, tapi bagi aku bila kitaorang guna pedang ini, maksudnya kami keluarkan dia, aku rasa orang-orang yang terpilih boleh nampak yang kami ni ada penjaga aka pedang. Ada satu masa, ada seorang pakcik tua berkopiah nampak kakak aku dan masa ini dia memang dah keluarkan pedang dia sebab dia jalan seorang. Dia nampak pakcik tu senyum je dekat dia. Senyum ada makna, kemudian pakcik itu geleng kepala. Maknanya?huhu.
Kami juga boleh rasa kalau ada makhluk-makhluk halus ini. Tapi ini lebih pada kami yang nak rasa. Takde keje kan kitaorang adik beradik ni. Huhu. Janganlah minta deria khas tu ya. Seram. Ini betul aku cakap. Pernah aku, Angah dan kakak lepak tengah malam sama-sama. Kami baru balik dari minum kat luar. Dari dalam kereta, Angah aku kata tak sedap. Macam ada benda ikut kami. Mujurlah kami ni keluar dengan Abang sendiri. Kalau tak dah ketar dah. Sebelum kami masuk pintu rumah, abang aku suruh baca doa semua. Kakak aku je yang masuk dulu, aku stay dengan abang aku. Angah baca ayat kursi, selawat dan panggil pedang dia. Aku juga disuruh buat benda sama. Untuk elak aku terkena sampuk ke ape2. Angah aku halakan tapak tangan dia ke depan ke arah yang gelap gelita, dia scan dia dapat rasa benda itu ada.
Dia kata, “aku tak ganggu kau, jangan ganggu kami.’’ Masa tu aku dah meremang semacam, then abang aku nampak macam sepasang mata merah dalam gelap itu dan dia rasa dekat tapak tangan dia makin berat, dia tahu lah yang benda itu makin dekat. Jadi, dia buat gaya macam zusss, macam orang silat tu, dan tolak ke depan. Macam berlawan gelombang? Inilah kegunaan lain pedang itu, untuk halau atau bunuh makhluk-makhluk halus yang ganggu kami. Faham tak ye? Aku tak tahulah readers dapat bayangkan ke tak cara zuss tang tu. Maaflah, aku cuba terangkan semampu aku. Aku pernah try nak buat, cara lawan tu ada style macam silat sikit dan abang aku kata benda tu terbakar & aku dapat rasa tapak tangan aku panas.
(Masih di sini, 2017)
itu saja kegunaan pedang itu. Buat pengetahuan readers, pedang ini, jika kitaorang tak jaga solat, tak jaga ibadat, dia akan bagi kesan pada kami. Kami akan rasa sakit-sakit, lenguh-lenguh badan. Pedang ini seakan-akan peringatan buat kami untuk tak buat benda tak baik. wallahu’alam. Walaupunlah dikatakan banyak kegunaan, tiada salahnya kalau kami taknak pakai kan. Tahun berganti tahun, aku dan yang lain tak guna dah pedang itu kerana kami takut benda ini salah. Bergantung pada pedang-pedang kami. Berlindung di sebalik pedang sedangkan ALLAH itulah sebaik-baik tempat berlindung. Takut jatuh syirik sedangkan itu bukan niat kami. Aku suka tolong ubatkan orang tapi jika itu caranya, lebih baik tidak payah. Pedang-pedang itu aku tak tahu masih ada dengan kami atau tidak. Kami taknak cuba pun nak seru-seru ni.
Selain pedang itu, batu yang aku terima seperti yang aku ceritakan dalam post sebelumnya itulah yang dikatakan aku dah ada akad dengan pendua aku itu. Oleh sebab itu, aku nak ingatkan lagi para readers sekalian, nak berubat tu carilah tempat yang betul ya. Ingat juga, itu semua hanya perantaraan, yang berkuasa menjaga, menyembuhkan hanyalah ALLAH. Jangan sesekali korang terima apa-apa. Hatta dalam mimpi sekalipun. Jangan jadi lurus macam aku. Jangan jadi jahil macam aku. Dulu. Nasib aku baik, sebab aku masih muda dan kuat. Pesanan Mak aku, mengaji sehari jangan kurang dari 100 ayat. Mungkin berkat pesanan Mak dan doa seorang Ibu yang tiada hijab ini yang buat aku masih kuat lawan dengan pendua aku sebelum ini. Jadi, jom amalkan. Jadikan al-quran itu teman dan sahabat. Ok? Sampai sini saja dari aku. Maaf jika cerita aku bosan dan susah difahami. Aku sudah cuba semampunya. Terima kasih kerana sudi baca. Ingat, letak ALLAH dalam hati, In Shaa ALLAH, kita akan terjaga. *peace*
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
So benda tu salah ke x wak
Maaf kalau xfaham.
Mcm saya ckpkan, kami sendiri taktahu salah atau tak.
Kami adik beradik pilih untuk tak guna pedang-pedang tu lagi. Buat mcm takde apa-apa. Mcm tak wujud.
Aku still tak faham sebenarnya pasal pedang2 tu. story first mcm pedang tu punca masalah, 2nd story mcm pedang ni satu anugerah, mcm anugerah #kucingkelabu tu. ermmm
Sorry kalau gaya cerita aku buat kau masih xfaham.
Sebenarnya, cerita pertama “Aku & Pendua” – pendua tu aku dapat bila aku terima batu. Batu tu aku terima dgn pedang. Mcm dlm cerita kedua.
Punca masalah yg jelas ialah batu tu. Batu yg sebagai tanda akad aku dgn pendua aka nenek tua.
Pedang2 kami , aku tak dapat kata ia satu anugerah. Kami xtau nak percaya yg mana. Tak tahu pedang ni dtgkan baik atau buruk. Kami ragu2 bila kami kena seru pedang ni untuk teman/jaga/ kami guna. Walaupunlah kami seru dgn ayat2 alquran tapi kami takut kami pilih jalan salah. Jadi ktorg back off. Taknak guna dah. Wallahu’alam.ALLAH lebih tahu.
bagus tindakan awak. pernah tanya orang berilmu tak?
Tak pernah 🙂
Try lh tye ustaz @ ustazah..
Jalan cerita die berbelit sikit tapi best dpt guna pdg tu untuk kebaikan
cerita dan pengalaman yg menarik..tq sebab kongsikan pada kami..
(Benar Allah lah sebaik baik pelindung,berserah dirilah hanya pada Allah)
perkongsian yg baik.
selalu dgr psl org yg bleh brubat ni as anugerah.
i ad beberapa org saudara terdekat yg mcm akak.
tapi,xsure diorg dpat smula jadi ke,kturunan ke atau belajar.
namun,utk mnjaga anugerah ni bkn senang.
zahir n batin kena kuat.
solat,al-quran,zikir xboleh tggl.
mase kecik2 dulu, aku terjumpa barang berbalut kain kuning dlm almari mak aku. dia tersorok sket. barang tu panjang, bentuk mcm pedang. aku tengok terus rase seram. mak aku kate pedang tu leh terbang… tak lame kemudian aku ngn adik beradik aku main bawah pokok durian belakang rumah. aku nampak pedang tu ada kt atas pokok durian tu…. hmmm mungkin dia terbang kot…
cerita pedang awak best.. mungkin tu salah satu anugerah.. tapi wallahualam..
kebetulan baca cerita pedang ni, ada satu cerita korea saya ngah layan.. tajuk dia Goblin.. pasal pedang jugak.. 😀
Sy pun br nk Tanya, dia ni goblin ke??
hahahaha aduh.. crack.. terus rasa nak tinggalkan FS, bukak kdrama sekarang
Hahahaha.
Kebetulan je sama dgn goblin tu. Sy manusia biasa, umur 25tahun, bukan mcm ahjussi goblin yg hidup beratus2 tahun tu .
Wallahu’alam.kisah ni pengalaman sy. Nak percaya atau x terpulang Ni pedang saya. Apa rupanya saya taktahu. Kitaorg cuma diberitahu, ok kitaorang ada pedang. Ok thats it. Hehe.
Part rawat orang sakit, sakit orang tu kita rasa. Sama lah macam kita. Tapi kita tapak tangan.xder lah pedang. Urut anggota badan orang yang sakit. 1/2 jam @1 jam pastu, merekot lah kita atas katil. Merasai kesakitan orang tu. Berganda ganda.after 1-2 ari orang yang sakit dah sembuh. Kita xsembuh lagi.huhuhu…
lepas tu macamana korang yang dapat sakit tu sembuhkan diri sendiri? kalau yang pedang ni saya bayangkan dia sembuhkan diri sendiri guna pedang dia. tapi awak dengan cara macamana? saya ada sorang kawan, dia sebelum nak rawat orang, dia mintak 5sen dari orang tu dulu supaya sakit tak beralih kat dia. wallahu’alam
Setiap orang cara sembuhkan diri sendiri pelbagai, cam kita sepatutnya sebelum urut orang sakit tu, kene solat sunat dulu… lepas urut tetap rasa sakit.mybe 1-2 ari. Sembuh kita,sembuhlah orang tu.time sama. Tapi kadang kita terlupa, ternampak orang jatuh, sakit kepala, kaki patah ker kita gi sentuh tempat sakit orang tu. Jadi bertabahlah. Keistimewaan Allah Swt bagi pada tiap2 orang berbeza beza. Bersyukur selalu dan segala pertolongan kita harapkan pada Allah Swt sahaja.
Aku ni pun semacam pelik jugak kejadiannya..boleh tarik penyakit tp xsedar..selalunya aku dpt dari org yg aku rapat n sayang sgt2 mcm very best friend..igtkan dh ok..baru2 ni jd pulak..bff aku bgtau yg dia gatal2 alegik..sekali aku terfeeling..ambik kelopak garam satu badan..jenuh mandi air panas + bunga garam n sapu gamat
macam cerita power ranger..perlukan satu bende untuk bertukar…
aku ni malas nak cakap..pedang tu isinya JIN,pendamping melalui barang..
mungkin jin islam…
nasihat aku kuatkan iman takut nanti kau taksub dan iman pudar..
ingat la..yang menyembuhkan yang menolong bukan pedang tu. tp allah..pedang tu hanya menjadi perantara sahaja
Bolehke rawat dari jauh hingga overseas?