PLKN SIRI 12/2015

Assalamualaikum dan Hai! Short intro, nama diberi Sher, umur 20, tak lawa dan potato hahah. Ok Kisah yang ingin diceritakan adalah cerita flashback yang berlaku ketika aku dah habis SPM, dan telah terpilih untuk menjadi pelatih Program Latihan Khidmat Negara Siri 12/2015. Sebelum ni dah pernah post cerita kat FS, and thank you so much admin sebab sudi publish. Hehehe cayangg admin!

Aku dapat penempatan PLKN dekat area pedalaman yang bernama ‘Isketam Batu’. Sangatlah ‘pedalaman’. Kiri, kanan, depan, belakang semua hutan. Nak lari daripada kawasan kem tu pun rasa takut, yelah, hutan tebal kot entah-entah pak belang pak beruang semua ada kat dalam.

So tarikh pendaftaran adalah pada bulan 12/2014 yang mana tarikhnya hamba dah tak ingat, maklumlah dah tua. Aku ingat lagi, masa tu kitorang semua pelatih yang terpilih kat daerah ‘isketam Bola’ tu berkumpul kat dewan bandar, ada bas PLKN yang ambil kitorang untuk pergi ke PLKN Isketam Batu.

Skip part mendaftar dan kena tengking oleh jurulatih kat kem sebab bawa bagasi sebesar almari, lalu aku pun berlalu ke blok kediaman aku iaitu L. Jenuh aku cari rupanya blok aku kat bawah bukit. Belah kiri adalah ruang menonton TV yang hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, belah kanan adalah blok M, N, O dan P. Belah depan adalah blok tandas untuk setiap blok, dan belah belakang hutan belantara yang sumpah tebal.

Aku sampai blok around jam 5 lebih. Sampai je aku tengok dalam blok aku dah meriah, maksudnya aku lah yang paling lewat mendaftar, dan aku dapat katil paling akhir. Satu blok menempatkan 20 buah single bed besera loker tiap satu. Dapat bayang tak betapa panjangnya blok kediaman tu.

Skip semua part tak penting, gangguan mula berlaku waktu masuk bulan ke-2. Haaa… So bulan ke-2 kami 20 orang dalam blok L tu dah rapat macam gusi dan gigi, yelah, makan sama-sama, mandi sama-sama, solat sama-sama, tidur sama-sama, semua benda buat bersama. Ada satu malam ni, kitorang berkumpul ramai-ramai kat tengah blok sambil makan meggi berjemaah. (bukan pakai baldi okay!) Tengah mengumpat, bergosip tu tetiba pulak masuk cerita hantu.

Ni cerita ketua blok aku, Man. Man ni ayah dia imam, antara kitorang semua dia antara yang kuat agamalah, and boleh nampak benda. So dia ceritalah, masa first day mendaftar, dia orang pertama yang masuk blok L.

CERITA MAN
Selesai daftar kat dewan makan, aku pun jalan ke blok. Waktu tu dah lepas zuhur. Aku masuk area blok kita ni sunyi gila.

‘Uish, aku orang pertama sampai ke?’ getus hati aku.
Aku pun cari blok bertanda L. Oh depan ni je. Masa aku nak angkat bagasi turun tangga, aku pandanglah tingkap blok tu, tingkap tu langsir dia berikat, dan ada mosquito net warna hijau tu. Aku terberhenti.

Aku nampak jelas ada ‘someone’ berdiri kat tingkap tu, tengah pandang aku kat luar. Mengucap panjang aku, aku baca-baca ayat quran lepas tu aku tengok benda tu dah tak ada. Agak lama jugak la aku berdiri kat luar blok tu, tak tahu nak masuk ke tak. Sampailah Wa dengan Joey sampai.

“Patutlah kau berdiri kat luar time tu! Aku fikir kau pun baru sampai!” Wa mencelah. Kitorang pun dah start seram, bulatan yang tadi besar pun makin lama makin kecik, takut haha.

“Aku pun ada kena jugak weh. Aku dengan An.” Dils tengok An kat sebelah dia, An pun buka cerita.

CERITA DILS DAN AN
Masa tu kita semua dah balik blok dah lepas habis roll-call jam 10. So aku dengan Dils lepas mandi semua pun rehatkan diri kat katil. (Katil An dan Dils sebelah-sebelah) Entah kenapa malam tu kitorang tak boleh nak lelapkan mata. Segar bugar. Korang semua dah pengsan. So masa tu kitorang berdua berceritalah, sampai jam 2 lebih baru rasa mengantuk.

Tengah on the way berusaha nak tidur tu, tetiba aku dengar suara perempuan menjerit dari dalam hutan tu! Kuat gila weh, panjang, kuat dan nyaring! Aku dah bergegar gila, aku fikirkan aku sorang je dengar, rupanya Dils kat sebelah pun dengar.

“Korang tak dengar ke?” soal Dils. Semua menggeleng.
“Seram siot. Meremang bulu roma.”
“Wuish, aku pun pernah kena jugak do.” Semua pandang empunya suara, Ika.

CERITA IKA
Masa tu hari Sabtu, hari Sabtu Ahad kan kita dah boleh pegang handphone. So malam Sabtu tu aku tidur la macam biasa, aku pakai earphone dengar lagu. Masa tu aku baring meniarap, tangan bawah bantal. Blok pun dah lights out.

Masa aku on the way nak tidur sambil menghayati lagu Adista, tetiba aku dengar bunyi besi berlaga besi. Bunyi besi katil tu. Aku ignore je lah. 10 saat lepas tu, bergegar katil aku. Sumpah aku terkejut. Cuak beb. Aku ingatkan sekali je dia gegar. Lepas tu dia gegar lagi, kali ni kuat and lagi lama. Aku dah nangis dah, aku tekap je muka aku kat bantal, tak nak angkat muka kang entah apa yang muncul depan mata aku nanti, mau m**i kejung aku dibuatnya. Katil aku bergegar sampailah aku tertidur.

So cerita malam tu tamat di situ sahaja kerana Jurulatih dah suruh matikan lampu dan tidur.
Selang beberapa minggu lepas tu, kem dikejutkan dengan bunyi siren kecemasan pada jam 11 malam, masa tu malam hari jumaat, lepas sahaja pelatih dilepaskan balik ke blok masing-masing. Part ni aku tak ada waktu kejadian sebab aku dah pengsan dahulu, kepenatan sungguh akibat aktiviti seharian, kawan-kawan yang lain semua masih bangun ada yang mandi ada basuh kain masa tu.

Pengumumannya berbunyi, “Perhatian kepada semua pelatih, anda diminta untuk segera masuk ke dalam blok kediaman masing-masing dan dilarang sama sekali untuk keluar sehingga pengumuman seterusnya di umumkan, walaupun untuk ke tandas!” Agak-agak gitulah bunyinya aku dengar cerita je aku dah ke alam lain masa tu. Semua pun peliklah, uish ada apa sampai nak buang hajat pun tak boleh.

Rupa-rupanya, malam tu ada seorang pelatih lelaki daripada blok bukit kerasukan. Siap nak panjat atas bumbung blok lagi. Ceritanya lelaki tu pergi tandas seorang, then balik dari tandas kawan-kawan dia hairan apasal dia pucat dan mengigil. Kawan dia tepuk je bahu, terus meracau. Siap ada adegan kejar mengejar lagi. Sebab tu semua kena kuarantin malam tu.

So ini cerita yang aku alami pulak. Masa tu kitorang baru balik dari roll-call jam 10 malam. Masa tu kunci blok yang ketua pegang tertinggal kat dewan makan, so kitorang pun tunggulah lepak kejap kat tangga depan blok tu. Masa tu aku tengah menyandar kat pintu kayu utama blok aku, sambil bercerita dengan Mei. Mei ni Chinese tapi BM dia lagi fasih kot dari aku hahaha. Tengah bercerita tu tetiba ‘streeeeeet’, bunyi katil besi ditarik dari dalam blok! Kitorang terdiam, aku pandang Mei kat depan aku. Nak sedapkan hati punya pasal, “Eh bunyi perut aku. Dengar eh?” aku dan Mei gelak je padahal hati hanya Tuhan yang tahu.

Ada lagi sekali, masa tu sebelum Maghrib. Aku dan Ikin pergi tandas. Tandas dia besar, kat tengah tu ada kolah besar, lepas tu ada satu baris tandas kat tepi. Masa tu aku mandi and basuh kain, lokasi aku dekat dengan tandas yang sebaris tu, dipisahkan dinding. Ikin pulak dekat dengan kolah, mandi. Masa aku tengah bilas kain aku, aku dengar bunyi paip yang bila ada tekanan yang tinggi dia akan bunyi yang bunyi membingitkan telinga.

Harap korang fahamlah aku tak reti nak describe bunyi dia. Dan itu perkara biasalah kan. Aku teruskan lah kerja aku, sampailah satu saat, bunyi tu jadi bunyi lain. Aku terhenti. Aku pandang Ikin, dia tak perasan kot bunyi tu. Aku amati bunyi tu sekali lagi. Shit. Shit. Terus aku sudahi kerja aku. Masa aku tengah kelam-kabut kemas apa yang patut, kawan aku lagi sorang Nana masuk tandas.

“Sher kau ada nampak tak aku punya…” Nana terhenti. Dia pandang aku. Aku pandang dia, aku tahu dia dengar apa aku dengar. Aku signal dia, suruh diam, rilex. Jangan sampai Ikin tahu sebab Ikin lemah semangat and masa tu dia period.

“Ikin dah siap? Jom keluar. Tak lama lagi kena pegi roll-call.” Aku cipta alasan. Ikin mengangguk lalu kami pun keluar.

Tahu apa aku dan Nana dengar? Jeng jenggggg… Suara perempuan menangis tersedu-sedan. Datang dari arah tandas yang sebaris tu. Allahuakbar sumpah aku meremang gila dengar tangisan yang sayu dan menyeramkan tu. Aku cerita kat kawan-kawan satu blok aku, rupanya sebelum ni dorang pun pernah dengar, dan source of sound pun dari tandas sebaris tu. (biarpun dah lama sis masih ingat sampai skarang bunyi tu huhu)

Banyak lagi sebenarnya yang terjadi kat PLKN tu, cerita aku ni cover kisah yang jadi kat blok kediaman aku je. Blok kediaman lain pun ada cerita masing-masing, kalau cerita satu persatu boleh jadi novel kot. Sekian itu sahaja daripada saya. Minta maaf kalau tak seberapa bagi effect kat pembaca, just a sharing. Thanks guys! Till we meet again, Sher.

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

13 comments

  1. Seram aden apaapapun terbaik la cerita ni kalau ade org kcm awak.awak ckp la canggini at least dh buat yg terbaik.ok kalau ade lagi ceritakankan yer. #sorrykomenpanjang. #peaceyo

  2. Baru baca siri 12 Mr M mengenai dia sehabis mungkin elak PLKN tiba-tiba baca yang ni. Patut la Mr M tak nak pergi PLKN

  3. mula2 baca ingat penulis perempuan, start ketua dorm nama Man, okeh penulis lelaki..pastu kawan nama An & Joey..laki..kot..pastu baca takut sampai nangis2, pondan kot………..sampai hujung2 baru tau dia perempuan

  4. Saya PLKN siri 2 kump 7 tahun 2010 tak silap.. Kem teluk sari..
    Mane2 kem PLKN pn kiri kanan hutan je.. kalau mlm seram dia jgn ckp lah.. sebab jurulatih bagi balik dorm kol 10 camtu lah.. Saya dan kawan2 kalau dh balik dorm takdenye nak basuh kain malam2, sory to say lah.. tandas dahlah dekat blkg lpstu ada pokok besar lagi.. dah lah dpt dorm paling last, sabar jelah haha

  5. huhu…saye, kakak sy dan adik2 saya setakat ni tak pernah dpt plkn..
    kakak sy thun 2004. sy tahun 2005, adik ppuan tahun 2010, adik laki sy tahun ni.
    haha… maaf

  6. skarang ni kan program PLKN dh tamat, ape cer dengan kem2 tu eh?? kalau xde orang guna, memang bertambah-tambah la keseramannye…uuuuuuuu

    1. Saya rasa ada yang dirobohkan sebab dulu dekat area PD ada 1 kem PLKN ni..Tapi last week masa bercuti dengan family kat situ, tapak kem tu dah rata.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.