Kisah Rumah Sewa Nenek

Kisah ini diceritakan oleh ibu saudara aku adalah kisah sekitar tahun 2002/2024. Suaminya seorang pegawai polis dan kehidupan mereka ketika itu selalu perpindah randah disebabkan belum ada kekosongan diflat polis daerah suaminya bertugas. Sudah beberapa buah rumah tempat mereka menyewa tetapi hanya 1 rumah sewa yang ibu saudara aku mengalami pengalaman yang menyeramkan.

Pada suatu malam, kebiasaannya suaminya akan pulang jam 12malam keatas selepas bertugas. Rumah sewa tersebut adalah sebuah rumah kayu usang, rumah kayu bertangga dan bawah rumah tersebut tempat suaminya memarkir kereta, hanya memiliki 2 bilik tidur sahaja iaitu bilik utama adalah bilik tidur dia dan suami dan tiga anak mereka yg masih kecil dan bilik kedua adalah bilik tidur dua anak perempuannya.

Kebiasaannya, jika suaminya pulang dia akan mendengar bunyi enjin kereta dari dalam rumah dan pintu rumah mereka juga berkunci dari dalam dan sekiranya suaminya sudah sampai beliau akan mengetuk pintu rumah terlebih dahulu sebelum makcik aku membuka kunci dari dalam rumah. Tetapi pada malam itu, dia tidak mendengar bunyi enjin kereta hanya mendengar ketukan pada pintu rumah sahaja, dia pun hairan kemudian dia memberanikan diri utk bertanya adakah itu suaminya tapi tiada yang jawab. Ketukan pada pintu rumahnya semakin kuat dan berlanjuatan selama 2-3 minit.

Beberapa minit kemudian, barulah dia mendengar bunyi enjin kereta suaminya. Setelah suaminya mengetuk pintu dan menjawab soalannya barulah dia berani untuk membuka pintu rumah mereka. Keesokkan harinya dia menceritakan perkata tersebut kepada anaknya yang sulung yang tidur dibilik sebelah, rupanya anaknya juga mendengar akan ketukan pintu pada malam itu tapi dia tidak menghiraukan bunyi ketukan itu.

Kisah kedua, pada satu pagi dia terkejut melihat tudung saji yang ada dimeja makan rumah nya berada di bawah kaki kerusi. Pada mulanya dia menganggap itu perbuatan tikus dirumah nya, tapi bila difikir lagi mustahil tikus boleh mengangkat kerusi makan tersebut dan meletakkan tudung saji di bawah kerusi tersebut.

Beberapa minggu setelah mengalami kejadian-kejadian aneh itu, dia pun menceritakan kepada jiran-jirannya tentang perkara yang dia alami sepanjang menyewa dirumah sewanya itu. Ketika itu barulah jirannya membuka cerita yang sebenarnya rumah tersebut adalah rumah bekas nenek tua yang pandai mengubat dan minyak-minyak yang digunakan untuk mengubat masih ada tersimpan didalam rumah dan dibawah rumah sewa itu.

Setelah mendengar cerita dari jiran-jirannya, dia pun bergegas pulang dan cepat menyuruh suaminya untuk mencari rumah sewa baharu. Mujur sehari selepas itu suaminya jumpa rumah sewa yang baru, mereka pun segera pinta kerumah sewa yang baru.

Dan aku juga pernah bermimpi, ketika itu aku bermain dikawasan rumah sewa makcik aku itu. Sedang aku berlari-lari aku terjatuh dan lutut aku terluka. Bila aku hendak angkat untuk pulang kerumah sewa makcik aku itu, aku melihat ada seorang nenek tua yang senyum pada aku dan ada sesuatu yang dia sampaikan pada aku ketika itu tapi aku tidak dapat mengingatinya.

Itu sahaja cerita dari saya, jika cerita saya ini diterima masuk kedalam fiksyen shasha ini, saya harap cerita ini menarik pada pembaca dan pembaca sekalian seronok serta merasakan keseraman dari cerita saya ini. Dan mungkin saya akan menhantar kisah seram benar yang lain yang terjadi pada diri saya sendiri. Terima Kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 50 Average: 3.1]
Sera Mohd

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.