Assalammualaikum kepada semua pembaca FS sekalian, sekali lagi aku menulis kisah seram yang terjadi pada keluarga aku. Terima kasih pada publisher kerana sudah menerima cerita aku yang sebelum ini dan membuat aku lagi bersemangat menulis cerita-cerita pengalaman seram yang telah aku dan keluarga alami.
Kisah ini adalah arwah nenek aku seorang mualaf. Dia mempunyai penyakit d***h tinggi dan kencing manis. Semasa kisah ini terjadi, nenek aku berumur lebih kurang 70tahun. Sebelum dia jatuh sakit dan meninggal dunia, nenek aku ini suka meracau-racau dan suka tiba-tiba mengamuk tanpa sebab. Arwah nenek aku tinggal dengan keluarga aku sebab ibu aku ditugaskan untuk menjaga ibunya kerna adik beradik yang lain sibuk bekerja dan ibu aku hanyalah seorang surirumah tangga.
Pelbagai ujian yang kami tempuhi semasa menjaga nenek. Kadang-kadang nenek akan tiba-tiba marah pada kami sedangkan kami tidak melakukan apa-apa. Dia akan mengamuk sehingga mahu lari dari rumah. Pernah sekali kami sedang membuat kerja masing-masing dia rumah dan tanpa pengetahuan kami dia sudah berjalan mengensot keluar dari rumah pada jarak hampir setengah lorong perumahan kami. Anak jiran pula terpaksa menolong abang aku untuk angkat nenek pulang kerumah, dalam pada masa yang sama nenek meracau-racau marah pada kami.
Kisahnya adalah pada suatu petang, aku berada ditempat kerja, ibuku menelefon aku memberitahu yang nenek aku pengsan jatuh dibilik mandi. Setelah itu nenek aku sedar, tetapi dia tidak dapat bercakap dan bergerak. Pada malamnya setelah aku pulang kerja, barulah kami menelefon ambulans untuk ambil nenek aku.
Nenek aku di admitkan kedalam wad hospital. Hampir 3-4 hari juga ibu aku menjaganya dihospital. Doktor sahkan seperti tiada harapan tapi nenek aku masih bertahan. Ibu aku dan adik beradiknya membuat keputusan untuk bawanya pulang kerumah kami. Ibu aku menjaganya atas bantuan bapa aku juga seperti menukarkan pamper, memberi susu dan memberi ubat.
Pada malam kedua nenek aku dibawa pulang kerumah, mak cik aku iaitu kakak sulung kepada ibu aku membawa beberapa lelaki dari perubatan islam datang kerumah kami kerana kami syak sesuatu ada pada diri nenek aku. Setelah hampir 20minit berbincang, kumpulan perubatan islam itu pun memulakan langkah untuk meruqyah nenek aku.
Pada masa itu aku dan mak cik aku (isteri kepada adik ibuku yang bongsu) berdiri di tingkap bilik nenekku yang menghadap dapur, kelihatan seorang anak muda berusia lebih kurang 20an, terkumat kamit mulutnya membaca ayat-ayat suci Al-quran. Tiba-tiba dia membuka langkahnya seperti menarik-narik sesuatu yang tidak nampak pada mata kasar, setelah itu seperti dia menyimpan sesuatu ke dalam botol mineral dan cepat-cepat menutupnya.
Dua kali dia telah memasukan sesuatu itu kedalam botol mineral tapi pada mata kasar, botol itu hanyalah botol kosong yang tiada apa-apa didalamnya. Dalam masa yang sama berpeluh-peluh tubuhnya seakan-akan bersilat untuk menarik sesuatu untuk kali yang ketiga. Malangnya tidak dapat ditangkap dan makhluk itu terlepas dan lari.
Setelah habis meruqyah, kami pun duduk di luar rumah, dia menceritakan apa yang berlaku pada nenek aku. Rupanya ada 3 ekor saka didalam tubuh nenek aku yang disimpan nenek moyang mereka pada zaman dahulu kala. Dua ekornya sudah di buang oleh remaja lelaki itu tadi dan satu ekor lagi telah lari dan tidak dapat ditangkap.
Pada keesokan harinya, ibu aku keluar bersama makcik aku untuk membeli pampers nenek aku. Dan hanya bapa aku yang berada dirumah untuk menjaga nenek aku. Setiap minit bapak aku akan menjenguk nenek aku didalam bilik, jika tidak pun dia menjenguk dari tingkap dapur. Pada suatu ketika beberapa minit selepas bapa aku keluar dari bilik, dia menjenguk dari tingkap bilik, dilihatnya seperti tiada penafasan pada dada ibu mertuanya.
Dia bergegas masuk kebilik untuk memastikan adakah ibu mertuanya masih bernafas. Sampai saja dia didalam bilik dia memeriksan hidung dan dada nenek aku dan mendapati nenek aku sudah tidak bernafas. Cepat-cepat dia menelefon ibuku dan makcik ku, mereka pulang kerumah dan aku juga pulang awal ketika itu. Sesampai aku dirumah, nurse dan juga dressar memeriksa nenek aku dan mengesahkan nenek aku sudah meninggal dunia.
Kami bernasib baik kerana saka itu dibuang dari tubuh nenek aku dan bukan mencari pengganti baru untuk untuk membela saka tersebut. Tetapi sampai kini seekor saka yang lari itu tidak dapat d tangkap dan mungkin sesekali datang ke rumah kami.
Bagaimana aku tahu dia datang? Akan ada cerita lain lagi yang akan aku tulis, jika cerita aku ini diterima masuk FS. Sampai sini saja cerita aku kali ini, biarpun tidak sangat menyeramkan tetapi aku hanya ingin berkongsi pengalaman seram yang pernah aku dan keluarga alami. Terima kasih buat para pembaca sanggup meluangkan masa untuk membaca.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI