Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Bilik Khas dan Tandas asrama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Nama aku fikah dan umur 22 tahun, aku berasal dari sabah. Aku teringat cerita seram waktu dulu aku masih bersekolah di salah satu sekolah berasrama penuh di sabah. Aku nak kongsi cerita seram ini yang berlaku dekat asrama aku dulu. Waktu aku bersekolah dulu, aku ni adalah antara budak-budak yang nakal jugak la. Sebabnya aku dan kawan-kawan aku selalu poteng prep malam.

Waktu kejadian tu, aku dan kawan-kawan aku semua umur 16 tahun. First, aku nak bagitau nama kawan-kawan aku yang selalu sama-sama poteng dengan aku. Kawan aku pertama, kita orang panggil dia nera, kedua ann, ketiga wiya dan last aku sendiri. Kita orang 4 orang ni la selalu potong bersama.

Seperti kebiasaan waktu malam, pelajar asrama kat sekolah aku dulu, semua pelajar wajib pergi prep malam dan tak ada siapa pun boleh ponteng dan sebab kedegilan aku dan kawan-kawan aku, kami semua ambil keputusan untuk ponteng prep malam pada masa tu. Pengawas-pengawas asrama menjalankan tugas mereka dengan ‘check’ bilik satu persatu, dan kami yang poteng prep malam pada masa tu agak bernasib baik kerana disebabkan bilik kami berada paras paling atas. Pengawas asrama tak rajin nak naik dekat bilik kita orang tu dan mungkin atas sebab dia orang seram nak naik sebab paras kami tu agak menyeramkan.

Ohh ya, sebelah bilik kita orang tu ada satu bilik kosong dan bilik tu digelar ‘bilik khas’ selepas bilik tu pula ada tandas tapi tandas tu tak digunakan juga sebabnya masalah tak ada air. selalunya tiap tahun bilik khas ni dibiarkan kosong je. Selepas semua pengawas dah ‘check’ bilik, dalam erti kata lain dah “line clear’ kita orang berempat nak ambil kesempatan untuk pergi gosok baju sekolah kita orang dekat ‘bilik iron asrama’ yang berada dibawah supaya tak berebut-rebut lagi nak beratur gosok lepas semua pelajar balik dari prep malam.

Banyak cerita-cerita dari senior aku dulu yang mengatakan bilik khas dan tandas yang tak digunakan tu sebenarnya ada ‘penghuni’. Selalu orang nampak kelibat budak perempuan berambut panjang dan bayangan perempuan dalam bilik khas tu. Ada juga yang mengatakan ada ‘hantu gula-gula’ maksudnya hantu pocong.

Disingkatkan cerita, kita orang turun berempat bersama-sama, masa kita orang turun tu aku perasan yang kawan aku nera ni lain semacam. Dia macam tak nak pandang sekeliling dan hanya pandang lantai ketika kita orang lalu dekat bilik khas kosong dan tandas yang tak digunakan tu. Aku sedapkan hati aku, mungkin dia tak sihat kot dalam fikiran aku. Sampai saja dekat bilik iron asrama tu, aku tanya la dekat si nera.
‘kau kenapa? Nampak ‘moody’ je?’

‘Tak ada apa la, aku pening je’ kata nera

Aku hiraukan, aku teruskan gosok baju aku.

‘ARGHHH’!!

Wiya tiba-tiba jerit dan pengsan. Ann sempat sambut wiya dan pada masa tu kami semua ‘panik’. kita orang hanya berempat di asrama, tak tau nak buat apa. Dalam keadaan separuh sedar, tiba-tiba wiya ketawa dan bercakap dengan kita orang.

‘Kenapa langgar anak saya tadi?’ kata wiya sambil tersenyum

Kita orang masa tu berpandangan antara satu sama lain, rupanya wiya dah kena rasuk!. Nera cuba baca ayat-ayat al-quran dekat wiya, tapi keadaan semakin huru-hara. Mahluk yang ada dalam badan wiya memberontak.

Tiba-tiba dalam waktu yang sama, datang pengawal asrama yang kami gelar ‘umi’ ke tempat kami bersama pengawas asrama.
Sempat dalam hati aku kata ‘alamak, kantoi ponteng prep’.
Pengawal asrama tu bertanya kepada kami,
‘kenapa ni? Apa yang jadi?’
Ann menjawab sambil memangku wiya yang tak tentu arah.
‘wiya histeria’
Ketika itu pengawal asrama dengan segera memanggil ustazah yang pada ketika itu tinggal di perumahan guru yang berada tidak jauh dari asrama.
Lama jugak lah kita bergelut dengan si wiya yang berusaha melepaskan diri sambil bercakap berulang kali ‘lepaskan aku!’.

Sesampai ustazah di bilik iron, melihat keadaan kita orang, ustazah cuba untuk merawat wiya yang dalam kerasukan. Dalam masa rawatan wiya cuba melawan.
Ustazah membaca ayat-ayat ruqiah dan bertanya jin yang berada dalam badan wiya.

‘Siapa nama kamu? Kenapa ganggu budak ni’

‘Budak ni langgar anak aku!’ jawab jin yang ada dalam badan wiya

‘budak ni tak nampak kewujudan kamu di tempat tu, janganlah ganggu budak ni.. kesian ‘ kata ustazah
Jin dalam badan wiya tak menjawab, hanya mengeluarkan bunyi yang keras seolah-olah melepaskan geram.

‘kalau kamu jin islam lepaskan dia, kamu tahu akibat melanggar larangan allah kan’ kata ustazah.

‘Aku memang islam tapi aku nak balas dendam sebab dia buat anak aku sakit’

Rupanya jin pada badan wiya marah disebabkan wiya terlanggar anak jin tu. Cerita dari senior sekolah aku tu betul la. Waktu kita orang nak keluar dari bilik kita orang nak pergi gosok baju, nera nampak perempuan berambut panjang dan disampingnya ada seorang budak sedang berdiri di hujung paras berdekatan tandas dan bilik khas, dan kemungkinan pada masa kita orang lalu, wiya terlanggar anak perempuan jin tu.

‘maafkan la budak ni, aku keluarkan kau dari budak ni’ ustazah membalas.

Wiya hanya mendengus marah. Tanpa buang masa lagi ustazah meneruskan bacaan ayat-ayat ruqiah pada wiya. Dan akhirnya jin itu telah dikeluarkan oleh ustazah dari dalam badan wiya. Wiya berteriak seperti kesakitan serta muntah, ann bertanya pada wiya.

‘wiya, wiya, kau dah ok ke’

Wiya mengangguk dan selepas itu ustazah menyuruh kami untuk menjaga wiya di bilik sakit ditemani oleh pengawal asrama dan pengawas asrama.
Keesokan harinya kita orang dipanggil oleh guru disiplin kerana poteng prep malam dan di denda membersihkan tandas sekolah. Sejak daripada itu, kita orang dah tak ponteng prep malam dah. Pengajarannya di sini, adik-adik yang masih belajar, janganlah ikut perangai kita orang yang kuat ponteng ye.

fiqah
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram