PENUNGGU JALAN RAYA

Assalamulaikum semua, nama aku wan. Aku ni klau nak kata ada deria ke-6 tu takde lah pulak tapi kalau dah rezeki aku nak ternampak “dia” dah nasib aku lah. huhu

Aku nak cerita kan kisah yang aku alami sendiri pada tahun 2016, tarikh aku tak berapa ingat pulak.
Aku ni jiwa rempit, jadi setiap malam minggu memang aku akan fly ke dataran shah alam, aku duduk di kawasan klang jugak. Tapi takde lah betul-betul sharp tiap minggu aku pergi merempit kira dalam sebulan tu 2 kali camtu lah. Zaman tu pulak memang banyak budak moto lepak kat dataran shah alam tu, bukan cam sekarang, sunyi.

Kisah nya bermula, masa tu aku dalam perjalan balik ke rumah, masa tu aku dah pecut laju motor aku jadi kawan-kawan aku semua dah tertinggal kat belakang. nak di jadi kan cerita kawasan klang ni memang banyak highway, masa tu aku dah sampai ke kawasan bukit raja, dari shah alam. dan aku rasa aku tak bawak laju mana pon.

Tiba nya aku di 1 Fly over menuju ke highway NKVE, depan tu kalau terus ada tol shahpadu atau tol 60sen orang sini panggil, sebelum sampai ke Fly over tu, aku ternampak 1 lembaga berupa nenek tua, jalan terbongkok, tapi Lidah nya memanjang keluar sampai kedada dan berwajah sangat hodoh. aku tengok je lembaga tu berjalan tapi dalam masa yang sama, aku terfikir apa orang tua ni buat berjalan sorang2 tengah malam kt highway pulak tu.

Dan tak semena mena dalam tengah leka tengok org tua tu berjalan, aku berlanggar dengan kereta depan yang mana kereta tu tengah berhenti sebab terlajak jalan. dah berhenti tak pasang signal pulak, aku ni tengah leka tengok lembaga, lansung lah tak perasan ada kereta tengah berhenti. dah terlanggar pulak. nasib baik aku tak bawak awek aku mase tu, kalau tak, mampos aku nak menjawab dengan orang tua dia.

kemalangan tu menyebab kan aku patah kaki, dan rahang. motor jangan cakap lah, memang teruk jugak hancur. cuma aku bersyukur sebab nyawa aku masih panjang. masa aku baru lepas jatuh tu kawan-kawan aku yang kat belakang tadi lalu tempat tu jugak, jadi semua urusan senang.

aku dibawa ke hospital, aku ingat sepanjang aku kt hospital sementara nak tunggu tunggu turn operation aku, lebih kurang dalam seminggu jugak lah. aku mimpi aku dikejar oleh nenek tua yang aku nampak masa kemalangan tu. kata nya dia lapar sambil menggejar aku. jadi aku pun cerita lah benda tu kat mak aku. mak aku pun pergi lah berjumpa dengan 1 ustaz ni,

Ustaz tu bagi tahu nenek tua yang aku nampak masa kemalangan dan dalam mimpi aku tu adalah penunggu highway tersebut, dan sekira nya kemalangan berlaku pada tengah malam itu mungkin berpunca dari penunggu tu. Ustaz tu kata jugak memang setiap tahun akan ada kemalangan kat kawasan tersebut, ada yang meninggal, ada yang nyawa masih panjang, Wallahualam, aku pon tak pasti.

Dan menjadi tanda tanya jugak untuk aku, kenapa penunggu tu menggangu pengguna jalan raya dikawasan tu, nak makan d***h orang kemalangan ke? Seram jugak kalau di ingat kan. selepas berubat tu, aku takde dah mimpi lembaga tu lagi. dan selepas 4 hari operation aku dah boleh keluar hospital.

sejak dari hari tu, aku tk pernah lalu kawasan tu kalau balik pada waktu malam, sanggup aku lalu jalan jauh dari kena lalu kawasan tu.

Itu saja kisah aku, takde lah seram mana pon kisah aku sbb aku pon tak berapa pandai nak mengarang. cuma aku ni sekadar berkongsi pengalaman aku ternampak penunggu highway yang berlidah panjang. hihi

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

izwan
Rating Pembaca
[Total: 50 Average: 4.3]

3 thoughts on “PENUNGGU JALAN RAYA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.