Cermin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS.

Kalau cerita aku ini dipublish, terima kasih kepada admin FS. Haritu aku ada cerita mengenai aku datang awal ke office dan di kejar “kakak” baju putih. Boleh pula ada yang komen kata aku lembam. Yelah memang la menakutkan, tapi macam aku cakap, aku tengah sorang dan aku nampak kakak ni betul betul depan mata aku jelas, tak kan aku nak fikir dia hantu. Buat kan dia manusia yang baru jatuh tangga ke apa ke kan. Kalau tiada benda baik nak cakap, tak perlu cakap apa apa kot. Ok lah, habis cerita disitu, entri kali ini cerita lain pula aku nak sampai kan. Tapi masih di pejabat yang sama.

Seperti biasa hari itu aku datang awal, setelah beberapa minggu lepas diganggu, aku mulai lupa perasaan takut itu dan aku juga tengah sakit perut jadi ku gagahi juga naik ke tingkat office ku yang masih kosong. Pagi tu, dengan laju aku masuk ke bilik ofis aku untuk meletakkan semua barang dan menuju ke bilik air. Seperti biasa, floor pejabat aku masih gelap tapi sebab kan perut yang memulas, tiada perasaan takut yang timbul dalam diri ini.

Sebelum aku masuk ke toilet, aku seperti perasan yang ada dua atau tiga kanak kanak berlari di dalam kegelapan itu. Nampak seperti bayang berlari tapi tiada bunyi. Sebab kan terkejut dengan kelibat itu, suasana terasa panas dan sakit perut aku semakin membuak, jadi cepat cepat aku buka lampu untuk satu floor itu. Kosong, tiada langsung kelibat kanak kanak mahupun orang tua. Tapi, disudut tiang ada pokok hiasan. Setiap tiang dalam pejabat aku ada pokok hiasan, jadi aku fikir mungkin aku salah pandang. Mungkin apa yang aku perasan tadi cuma pokok hiasan itu.

Aku pun menerus kan perjalanan aku ke bilik air, sunyi. Bunyi air menitik pun tiada. Sedang elok aku melangsaikan hajat, ekor mata aku seperti perasan yang di penjuru atas kiri bilik air itu seperti ada benda bertenggek. Tapi aku tak sanggup menoleh, logik nya pada aku ketika itu adalah, “kalau aku tak nampak dia, dia tak nampak aku”, fikir positif lah katakan, yelah aku dah lah tengah memerut. Sempat lagi dia nak kacau. Walaupun sedang fikir positif, jatuh jugak peluh sejuk sebabkan tengah dalam ketakutan.

Sedang elok aku berperang dengan diri sendiri, aku dengar ada orang lain yang masuk ke tandas sebelah dan betapa leganya aku kerana ada orang lain yang bersama aku dalam tandas itu. Setelah beberapa ketika, aku pun keluar daripada tandas dan ke singki untuk membasuh tangan, dan tidak lama selepas itu, orang yang berada di tandas sebelah dengan aku tadi pun keluar. Oh, kak Nida (bukan nama sebenar), aku kenal kak Nida ini, dia merupakan penyambut tetamu syarikat sebelah. Kak Nida keluar daripada tandas dan terus ke singki bersebelahan aku, yang pelik nya kak Nida hanya memandang terus ke depan, dan tidak menegur ku. Pelik, selalunya kak Nida ceria dan memang selalu menegur aku, mungkin tengah sakit perut kot getus hati ku. “Awal harini kak, suami akak hantar ke?” tegur aku.

Diam. Kak Nida diam dan langsung tidak memandang aku, dia menunduk di singki untuk membasuh tangan. Aku yang kehairanan dan agak malu kerana pertanyaan aku dibiarkan berlalu seperti angin sepoi. Aku pun terus membasuh tangan dan sekali lagi peluh sejuk turun membasahi dahi aku bila aku perasan yang bayangan kak Nida yang di dalam cermin tersenyum memandang aku, sedangkan kak nida yang berada di sebelah aku masih menunduk di singki untuk membasuh tangan.

Walaupun rasa nak menangis kat situ juga, tapi aku buat buat tak nampak bayangan itu, dan terus menuju ke pintu keluar tandas. Lemah lutut rasanya bila aku membuka pintu tandas, aku terserempak dengan kak Nida. Kak Nida yang sebenar, dia juga terkejut kerana aku bergegas mahu keluar daripada tandas. “kenapa dik, nampak hantu ke apa kau ni?”, kata kak nida, aku yang masih tergamam masuk balik ke dalam tandas untuk melihat siapa yang berada di singki tadi, ternyata tiada sesiapa di situ. Aduh pagi ni lain macam dia kacau, kata aku dalam hati. Aku juga berasa sedikit lega kerana kak Nida yang sebenar ada disitu. Kali ini, aku tidak demam bila dikacau, cuma selepas kejadian itu, aku semakin kerap dikacau, kalau berkesempatan nanti aku sambung cerita. Terima Kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

B

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.