Jalan Puaka Hutan Simpan

Assalamm dan salam damai buat semua. Bertemu kembali bersama Ato. Terima kasih FS dan semua pembaca setia FS. Kali ini aku kongsika kisah aawal tahun 2020 ku. 3 kisah berlaku dalam masa sebulan.

Jam menunjukkan 12.37 tengah malam. Setelah selesai berehat di Restoran Mamak, aku dan kawan (asal Kedah dan telah bekerja selama 7 tahun – Satu tempat kerja dengan aku) meneruskan perjalanan balik ke tempat Kerja ke Paitan, Beluran sabah. Kami berehat minum seketika di Kota Marudu sabah setelah perjalanan balik dari Kota Kinabalu selepas cuti hujung minggu.

Dalam perjalanan ke Paitan, kami rancak bercerita tentang hal-hal kerja. Kereta Axia berwarna hitam dipandu oleh kawan memecut laju kerana keadaan jalan yang lengang. Namun perlu berhati-hati dan berwaspada selalu kerana terdapat banyak kerosakan jalan terutama tepi-tepi jalan yang berlubang yang boleh mengakibatkan tayar bocor dan rim bengkok.

Setelah perjalanan hampir sejam, kami mula memasuki Jalan ke kawasan hutan simpan Paitan. Untuk pengetahuan semua, jalan dari simpang Kanibongan Pitas ke Paitan tersangatlah teruk. Pemanduan perlu ketelitian kerana jalan sekerat-sekerat baik dan kemudian jalan rosak berlubang sana sini. Sepanjajng 40KM perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit atau lebih bergantung kepada kebrutalan pemandu.

Keadaan jalan tersangat sunyi dan sepi. tiada sebuah kereta pun kami terserempak. Aku tidak henti-henti berdoa semoga perjalanan kami selamat dan tiada apa-apa malang yang bakal menimpa kami. Sekali sekala aku akan terasa seram dan takut. Kawasan yang kami lalui adalah lkawasan hutan simpan. Namun aku dapat tumpang semangat kawan aku. dia nampak tenang dan tidak sedikit pun nampak rasa takut.

Tiba-tiba, mataku tertumpu pada satu objek di atas pokok. Objek bulat besar dan berwarna merah. Aku diam dan ku perhatikan kawan aku di sebelah. Dia tetap tenang dan seolah-olah tidak nampak apa yang aku nampak. Aku suruh dia supaya up sedikit kelajuan. “Tenang To” hanya itu yang dia berikan jawapan.

Nampaknya bebola merah tersebut bergerak dan sepertinya mengiringi kami. Aku rebahkan bangku dan baringkan diri. Aku tidak ingin terus melihat bebola merah tersebut. Kawan aku mula tambah kelajuan. Dia mula perasan akan bebola merah tersebut. Selepas dalam 5 minit diekori bebola merah tersebut, kawan aku kemudian memberitahu bahawa ‘benda tersebut telah tiada.

Selepas dari peristiwa tersebut, aku telah jerah dan tidak mahu lagi berjalan balik pada waktu tengah malam. Menurut beberapa orang kawan, Bebola Merah tersebut memang selalu kelihatan pada waktu malam. Namun tidak lah terlalu menggangu tapi hanya sekadar mengacah-acah pengguna jalan raya pada waktu tengah malam sahaja. Seorang kawan pernah memecut motor yang dia naiki kerana di kejar bebola tersebut. Jalan raya yang rosak dan berlubang nampak rata saja sepertinya jalan di Litar Sepang katanya. Semuanya kerana takut. Kesian motor dia kerjakan. Mujurlah tayar tak pancit.

Kisah kedua yang aku alami di jalan Hutan Simpan Paitan adalah pada awal malam sekitar jam 7 selepas waktu maghrib. Kisah berlaku seminggu selepas kisah pertama. Pada masa tu, aku menaiki motor Yamaha yang aku pinjam dari salah seorang staff di tempat kerja aku. Nak pakai motor jimat sikit lagi pun perjalanan agak lancar kerana senang nak elak lubang-lubang pada jalan rosak. Aku ke Pekan Pitas untuk membeli barang-barang keperluan dapur disamping singgah sebentar melawat kawan yang telah lama berpindah ke daerah pitas.

Sekitar jam 3.30 petang, aku meminta izin dari bos untuk keluar ke Pitas. Lagipun semua tugasan kerja aku dah siapkan. Perjalanan dengan motor mengambil masa sekitar sejam. Setibanya di Pitas, tanpa membuang masa, aku ters mebeli barang-barang yang aku dah senaraikan. Selepas membeli belah barang-barang yang sepatutnya, aku kemudian berangkat balik ke Paitan. Sebelum balik, aku telah singgah ke rumah kawan untuk sembang-sembang seketika tentang tempat kerja barunya.

Oleh kerana kawan ni terlalu banyak cerita, maka aku terpaksa balik malam sikit. Sebelum jam 7 malam, aku meminta izin untuk berangkat balik. Seperti biasa, jalan hutan simpan Paitan memang jarang sekali kelihatan kereta lalu. Beras dan beberapa barang keperluan dapur aku ikat di belakang. Ayam pulak aku letak di bakul motor beserta segala jenis perencah.

Selepas perjalanan jauh dari kawasan kampung, tiba-tiba aku rasakan motor aku seperti berat. memang terasa sangat seperti ada muatan bertambah. Aku berhentikan motor dan melihat tayar kalau-kalau pancit. Namun tiada apa-apa yang berlaku. Aku teruskan perjalanan namun mula tidak sedap hati kerana seperti ada yang menumpangi ku. Bulu roma ku asyik meremang dan menyebabkan aku rasa seram dan takut.

Sebelum sampai ke satu kawasan perumahan, aku merasakan plastik ayam ku seperti ditarik. Hal ini menyebabkan pemanduan ku kurang stabil. Semakin hampir ke kawasan kampung, semakin kuat plastik ayam di tarik. rakus sangat nampaknya si kawan inginkan ayam segar ku. Aku tambah kelajuan, namun sesuatu di luar dugaan berlakiu. Plastik ayam ku jatuh kerana di tarik dengan kuat. aku tidak endahkan kerana perasaan takut telah menguasai diri ku.

Dalam hati menyumpah seribu bahasa. Setelah sampai ke kawsan kampung, hati aku tiba-tiba terasa rugi membiarkan ayam yang terjatuh dan perasaan takut bertuka menjdai marah. Aku pusing balik untuk mengambil ayam tersebut. Sesampainya di tempat ayam jatuh, aku mula berkata-kata sendirian. “Tolong jangan kacau aku. Aku hanya mau balik dengan aman. Pergilah cari rezkimu ditempat lain”. Kemudian aku mencapai plastik ayam ku dan meneruskan perjalanan balik. Selepas itu, tiada apa-apa yang berlaku.

Kata orang-orang terdahulu, jangan membawa daging mentah pada waktu malam semasa merentasi sesebuah kawasan terutama kawasan hutan. ‘Benda’ tu memang sangat berminat. Menyesal juga naik motor waktu malam dengan membawa ayam segar hanya kerana mau jimat.

Kejadian ketiga juga berlaku waktu malam pada 22 januari 2020. Aku keluar ke bandar kerana cuti Tahun Baru Cina ditambah lagi cuti hujung minggu. Nak cuci-cuci mata setelah 5 hari berada dalam kawsan hutan. Biasanya aku akan keluar berdua dengan seorang kawan yang mau balik kampung pada setiap hujung minggu. Namun kali ini aku bersendirian. Kawan yang selalu tumpangi aku telah menumpang dengan salah sorang kawan sekerja yang keluar lebih awal.

Selepas berkemas dan solat Maghrib, aku pun meneruskan perjalanan. Aku perhati jam menunjukkan 6.56 petang. ” Masih awal” bisik hati ku. Aku berhenti sekejap di kedai runcit untuk membeli air minuman dan keropok. “Ato keluar bandar?” tanya tuan kedai. Aku anggukkan kepala berserta kata ‘ya’ yang agak perlahan. ” Hati-hati ya”. Dia berpesan.

Setelah memandu hampir setengah jam, di satu kawasan ladang sawit, Bonet kereta axia ku bsing seperti orang sedang menyelongkar. “Sudah!!!, dia datang lagi”. Aku bermonolog. aku buat tidak tahu saja lantas aku naikkan cermin tengah pandang belakang menghala ke atas dengan harapan tidak nampak bahagian belakang kereta. Oleh kerana takut, tanpa ku sedari, aku telah memandu agak laju sedikit dari biasa. Terkadang aku tersedar oleh hentakan-hentakan tayar yang termasuk ke dalam lubang jalan rosak.

Setelah ‘benda’ tu puas bermain-main di belakang bonet, akhirnya dia berpindah tempat ke tempat duduk belakang kereta pula. Kali ni dia kronyok-kronyok plastik.” Gigil aku menggigil. Ketenangan ku telah dirampas. Hanya seram dan takut menemani ku. “Janganlah kacau aku. Aku tidk pernah pun kacau kau”. Aku teringat kata orang dulu-dulu. Kemudian aku capai telefon dan memainkan surah ar-Rahman yang telah aku download. Akhirnya, bunyi plastik pelahan-lahan hilang. “Alhamdulillah” aku bersyukur kepada Allah.

Nampaknya awal tahun 2020 ku disambut dengan gangguan-gangguan Makhluk Ghaib. Semoga ianya tidak terus berpanjangan. “Aamiiiin.

Hantar kisah anda di sini : fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Jalan Puaka Hutan Simpan”

  1. Gigih pegi amik balik ayam yg kena curi hantu tu… Klu aku mg xkn amik dh sbb kotor weh.. Hantu tu dh pegang, jilatĀ² lg.. Pe bangang la… Beli aja yg baru… Klu xde duit mkn aje garam dlu.. Bengong..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.