9 November 2021
Pagi
“Pagi buta dalam pukul 4 pagi tadi betis saya tiba-tiba krem. Saya rasa macam ada yang tak kenalah. Abang rasa macamana?” Tanya Amir minta pendapat dari saya.
“Tak kena tu apa maksudnya?”
“Abang rasa boleh jadi ke setan yang saya serang tu balas balik?”
“Mmm… saya tak pasti, sebab sebelum ni dah banyak kali saya serang setan-setan tu, diaorang memang tak tau siapa yang serang sebab biasanya tak nampak wajah penyerangnya, tapi dalam kes Amir ni boleh je terjadi diaorang sempat tau siapa yang serang.”
“Biasa kalau malamnya saya bersukan atau main futsal pernah la betis jadi krem, tapi sejak PKP ni saya dah lama tak bersukan. Macam pelik pulak bila jadi macam ni.”
“Takpe Mir. Nanti saya akan susul apa sebenarnya yang berlaku.”
“Baik Bang. Saya OK je sekarang ni, cuma rasa nak tau jugak kot-kot ada salah cara ke saya serang setan tu.”
“Saya pun nak tau jugak. Nanti boleh kita sama-sama belajar. Apa-apa nanti saya bagitau Amir ye.”
“OK Bang. Terima kasih banyak Bang.”
“No problem Mir… sama-sama.”
3 hari sebelumnya…
6 November 2021
Malam
Saya dapat panggilan dari seorang sahabat saya yang bernama Nabila yang pernah bekerja satu pejabat dengan saya dahulu. Katanya dia selalu menghadapi macam-macam gangguan di rumahnya. Nabila tinggal bersama suami dan 2 orang anaknya. Sebenarnya masalahnya dah agak lama, cuma dia baru terfikir untuk memberitahunya kepada saya.
Sejak beberapa tahun lepas dia selalu diganggu makhluk halus. Kadang-kadang waktu suaminya pergi kerja, dia dengar macam ada orang balik, tapi sebenarnya suaminya masih di tempat kerja. Nabila juga selalu ditindih. Kerap juga dia bermimpi buruk seperti mimpi hantu, binatang buas, jatuh tempat tinggi dan lain-lain. Ada bahagian anggota badannya selalu lebam biru kekuningan. Kalau berdasarkan pengalaman saya, lebam biru kekuningan biasanya adalah tanda serangan disebabkan oleh makhluk tu marah kepada orang tersebut.
Rumahtangga Nabila selalu panas. Disebabkan perkara kecik pun dia akan gaduh besar dengan suaminya. Kata Nabila ada perawat pernah bagitau suaminya ada amalkan ilmu kebatinan, jadi setan tu macam pendamping suaminya lah. Yang hairannya, anak-anaknya tak pernah pulak mengadu nampak atau dikacau oleh hantu.
Memandangkan pada masa itu, malah hingga sekarang ni pun saya ada banyak komitmen lain, saya tanya Amir jika dia sanggup bantu saya menangani kes Nabila. Amir adalah salah seorang murid saya. Saya berkawan dengan Amir sebelum dia belajar rawatan dengan saya lagi. Bila ada apa-apa masalah atau kemusykilan dia akan call saya untuk bertanya. Bila call tu biasanya memang panjanglah kami borak.
Dia tinggal tak jauh dari rumah saya, jadi jika ada masa terluang kami akan ngeteh kat restoran mamak sambil dia mendalami lagi ilmu rawatan dengan saya. Tiap kali ngeteh tu penuhlah gelas atas meja kami, kejap teh tarik, kejap kopi jantan kosong, kejap extra joss anggur… tambah gendutlah badan saya yang dah sedia gendut ni kalau selalu sangat jumpa. Badan Amir lak cekeding macam tu jugak 😊. Amir memang rajin mencuba apa yang saya ajarkan kepada dia, sebab tu saya minta dia bantu dalam kes Nabila untuk dia menambah pengalaman dan skill. Sebelum ni dia dah selalu cuba merawat ahli keluarga dan kawan-kawannya, tapi ini kali pertama dia cuba apply untuk bantu orang lain.
Jadi, tugasan pertama yang saya berikan kepada Amir adalah untuk serang setan yang kacau Nabila. Sehari dua lepas tu Amir mula menjalankan tugasannya. Bila ada masa terluang dia akan serang. Kadang-kadang waktu drive pun dia buat. Malam lepas balik kerja pun dia serang lagi… hinggalah pagi yang betis dia krem tu. Ada yang panggil simpul biawak. Merasakan krem betisnya tu ada kaitan dengan setan yang dia serang itulah Amir tanya pendapat saya.
9 November 2021
6.21 petang
Bila ada kes yang pada perkiraan saya perlu untuk dirungkaikan, saya akan minta bantuan seorang sahabat saya untuk mengenalpasti makhluk yang terlibat. Sebelum siasat apa yang berlaku pada Amir, saya terlebih dahulu minta tolong sahabat saya untuk tarik makhluk yang kacau seorang kawan baik saya yang selalu bermimpi momok. Untuk yang belum tahu, saya hanya akan berdialog tanpa dapat melihat makhluk tersebut.
“Kau nak apa? Aku cuma masuk dalam mimpi je kan?”
Baru datang dia dah membebel. Bagi dia masuk dalam mimpi orang je kira dia tak bersalahlah 😊.
“Memanglah mimpi je… tapi mimpi pun kira kau kacau dialah. Pagar dia ada lubang ke?”
“Ada. Lubang kecik.”
Bila dia kata ada lubang kecik, saya segera tutup lubang tu.
“Sekarang lubang tu ada lagi tak?”
“Dah takde.”
“Kau pontianak kan?”
“Ya.”
“Kau ngucap sekarang boleh?”
Biasanya untuk kes kecik saya tak tanya banyak, terus suruh mengucap syahadah je.
“Boleh.”
“Asyhadu allaa ilaa ha illallah. Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Nama kau Aisyah.”
“Boleh.”
“Malam tadi Amir krem betis dia.. ada setan kacau dia kan?”
“Malam tadi dia ada kacau setan tak?”
Nak tergelak saya bila dia tanya saya balik dengan soalan yang tak terjangka.
“Ada. Setan tu ke yang kacau dia?”
“Ya.”
“Kau panggilkan setan tu pastu kau keluar ye. Terima kasih. Salam.”
“Sama-sama. Waalaikumussalam.”
Datang je setan yang kacau Amir, terus dia tanya saya soalan standard;
“Kau nak apa?”
“Sapa tuan kau?” Ada soalan dia yang tak perlu saya jawab. Saya terus ke perkara penting yang perlu saya ketahui.
“Aku pun tak tau sapa tuan aku.”
“Kenapa kau kacau Amir?”
“Dia kacau aku.”
“Dia buat apa kat kau?”
“Dia serang aku, tak guna betul!”
“Ye ke? Sekarang ni kau cedera ke?”
“Cederalah.”
“Teruk tak?”
“Teruk jugaklah.”
“Kenapa dia serang kau? Ni mesti kau ada kacau orang kan?”
“Alah kau ni. Dah memang keja aku kan.”
“Kau kacau Nabila tu kan?”
“Ya.”
Mengaku pun dia. Tapi diaorang ni memang tak rasa bersalah kacau orang, sebab diaorang rasa itu dah memang kerja diaorang.
“Macamana kau boleh tau Amir yang serang kau? Biasanya setan tak nampak sapa yang serang dia.”
“Nampak sekali imbas je. Aku pun main agak-agak je sebab nampak sekali imbas… lagipun dia macam ada sifat terburu-buru.”
“Terburu-buru macamana?”
“Jenis macam tak sabar.”
“Pagar dia ada lubang ke?”
“Ada. Sebab tu aku boleh masuk.”
“Sekarang ada lagi tak lubang?” Sebelum tanya saya dah tutup dulu lubang pada Amir tu.
“Dah takde.”
“Dia tak tutup diri dia sebab tu kau boleh tau dia yang serang kan?”
“Ya.”
“Betul ke suami Nabila tu ada amalkan ilmu kebatinan?”
“Bukan ilmu kebatinan, tapi ada setan pompuan yang suka kat dia.”
“Eleh… bukan kau ke yang suka kat suami dia tu?”
“Alah kau ni… tau aje.”
Geli hati aku. Dah sah-sah dia yang kacau keluarga Nabila, malu-malu pulak nak mengaku dia yang suka suami Nabila.
“Kau pontianak kan?”
“Ya.”
“Pocong kan banyak boleh wat boypren. Apasal kau nak suami dia?”
“Pocong takde yang pandang aku.”
Sedih pulak saya dengar. Ada nada melankolik pada kata-katanya.
“Sejak bila kau suka suami dia?”
“Sebenarnya dah lama.”
“Kau saka suami dia kan?”
“Ya.”
“Yang lebam kat Nabila tu kau tokak dia ye?”
“Ya.”
“Kesian kat kau kan… cinta tak kesampaian.”
“Aku ngorat kau lah.”
“Aku dah kawenlah. Nanti bini aku marah. Aku ni dah la takut bini.”
“Macam tu kensel la nak ngorat kau.”
Gelak sorang-sorang saya dengar kata-kata dia.
“Yang menyamar suami dia tu kau jugaklah kan?”
“Ya.”
“Kau sekor je ke yang kacau diaorang?”
“Aku sekor je.”
“Laluan makhluk halus kat suami dia besar kan?”
“Ya.”
“OKlah kau masuk Islam boleh?”
“Bolehlah.”
“Asyhadu allaa ilaa ha illallah. Wa asyhadu anna muhammadar rasulullah. Nama kau Fatimah.”
“Tak naklah. Tu nama kuno.”
“Eh eh kau ni. OKlah nama kau Amira.”
“Nak Puteri kat depan.”
“OK-OK. Puteri Amira. Boleh?”
“Boleh.”
“Aku doakan kau dapat jodoh bila kau pergi Mekah nanti ye. Pocong banyak yang dah masuk Islam. Semua dah hensem-hensem. Mesti ada yang suka kat kau nanti.”
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Kau keluar sekarang ye. Salam.”
“Waalaikumussalam.”
Puteri Amira keluar pada pukul 6.41 petang.
Selang beberapa hari selepas tu, saya bertanya khabar tentang perkembangan Nabila. Katanya rumah tangganya dah kembali normal. Dah takde dengar orang balik waktu suami kat tempat kerja. Semoga kesembuhan pada keluarga Nabila berkekalan. Dan semoga Puteri Amira bertemu dengan jodohnya di kota suci Mekah. InsyaAllah.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Wah …demand jugak makhluk tu…nama kuno tak nk pulak dia….hahaha.
Assalammualaikum .
Maaf ye, sy nk bertanya sikit. Maksud pagar tu, pagar diri ke? Bole ke klau Tuan tlg pagarkn utk sy?
Assalammualaikum .
Maaf ye, sy nk bertanya sikit. Maksud pagar tu, pagar diri ke? Bole ke klau Tuan tlg pagarkn utk sy?
Tq
Assalammulaikum .
Maaf ye, sy nk bertanye makud pagar tu mcm pendinding ke? Bole ke En tlg pagar secara jauh?
Terima Kasih.
Okk. Mula mula meremang bulu.. tapi cam lawak
Tapi korang kena berhati-hati
Haritu ada perawat macam ni konon2 berdialog macam ni, tp dia panggil setan2 tu semua masuk dalam badan aku , tapi masalahnye aku x rase pon kene rasuk ke ape terpaksa la aku menyamar jadi pocong jadi pontianak ngan nama ahmad la fatimah la dan berlakon pergi ke raudah 😭😭😭