GANGGUAN SAKA PAK LONG MUS

Hai. Aku kembali berkongsi cerita. Kali ni aku nak ceritakan tentang gangguan yang berlaku terhadap kakak saudara aku. Kisah ini aku ringkaskan saja…

Dalam cerita ni aku akan ceritakan pasal (arwah) Anjang Edah, kawan mak saudara aku yang membela saka. Sejak dia meninggal tahun lepas, saka dia tu tak tentu arah dah sebab takde tuan. Sampailah dia bertuan dengan Pak Long Mus, seorang bomoh kampung.

Kisah ni berlaku bulan lepas..

Anak Pak Long Mus ni belajar kat luar negara. Dia balik Malaysia sebab nak bawak Pak Long Mus bercuti kat sana. Pak Long Mus ni pulak tak nak cederakan orang kat sana jadi dia tinggal saka peliharaan dia pada adik saudara dia, Pak Su Halqi.

Pak Su Halqi ni tak pandai jaga saka. Dia lalai masa jaga saka tu. Saka tu saka liar, jadi dia sentiasa nak jalan jalan. Biasanya Pak Long Mus akan kunci saka tu supaya tak merayau. Tapi Pak Su Halqi kan tak tau. Dia tak kunci saka tu. Jadi saka tu pun merayau ke hutan dekat dengan rumah atok aku.

Waktu ni aku, kakak saudara aku yang aku panggil Kak Ra dengan adik Kak Ra ni ada kat rumah atok aku. Kiranya kami ada kat kampung la. Kak Ra aku ni pulak lasak. Mak saudara aku tak bagi dia main kat hutan, main kat laman rumah atok aku je. Kak Ra aku ni degil. Dia ajak aku dengan adik dia teman dia masuk hutan. Aku tak berani. Adik dia pulak ikut je tapi bila masuk hutan sikit dia kena gigit pacat. Dia lari masuk rumah dan tak berani masuk hutan dah. Kak Ra aku ni pun masuk je la sorang. Tak pasal pasal dia terjumpa dengan saka yang kena jaga oleh Pak Su Halqi ni. Saka tu ikut dia balik rumah.

Malam tu mulalah gangguan..

Lepas Kak Ra mandi dan solat, dia rasa tak sedap badan. Dia pun bergerak sendiri. Dia tak boleh kawal badan macam kena rasuk. Tok ma dengn atok aku ni pun panggil ustaz untuk rawat Kak Ra.

Lepas tu Kak Ra pun ok balik.. esoknya..

Pak Long Mus ni baru nak balik Malaysia. Pak Su Halqi ni masih tak tau yang saka dia dah takde. Saka tu masih dengan Kak Ra.

Tengahari tu Kak Ra tiba tiba pengsan. Dia kena rasuk lagi. Kali ni lagi teruk. Saka tu makin kuat. Ustaz tu datang balik untuk rawat Kak Ra. Alhamdulillah, saka tu berjaya diserahkan balik pada Pak Su Halqi.

Petang tu, barulah Pak Long Mus sampai rumah dia. Pak Long Mus nak amik balik saka dia tu dari Pak Su Halqi. Waktu nak ambil balik tu, dia rasa ada yang tak kena. Dia pun tanya Pak Su Halqi.

“Kau kunci tak saka ni?”

“Laa.. kena kunci ke? Aku tak kunci pun,”

“Saka ni dah merayau! Semua salah kau! Dia ada kacau orang kat kampung kita!”

Pak Long Mus tu marah sangat kat Pak Su Halqi. Yelah nak jaga saka, jagalah baik baik.

Ok, sampai sini je cerita aku. Jumpa lagi..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nur Dayang Ayyara
Rating Pembaca
[Total: 79 Average: 1.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.