Condo (Sambungan Rumah Banglo Ayah)

Salam dan Hi semua.
Ok saya nak sambung plak cerita pasal condo saya. Saya beli condo tahun 2017 and then moved in tahun pertengahan 2018. Condo tu terletak di jalan ipoh (Jalan Sultan Azlan Shah) bersebelahan dengan Tesco Extra Selayang.

Mase move in tu, saya dapat offer kerja di company lain. So sementara tunggu report in date, saya amik opportunity ni untuk pindah and selesakan diri dengan rumah baru la. Condo saya ni mase beli memang fully furnished (Alhamdulillah tak yah spend duit untuk beli kerusi,meja, katil bagai). Yang paling best kitchen dia. Siap full set complete dengan induction cooker, peti sejuk, build in microwave and oven. Saya ni suka memasak. Wife saya, Lya, memang suka bila saya masak. And saya suka buat baking. Baking cookies and cakes tapi saya bukan chef.

Alkisahnya, satu hari mase tgh tunggu cookies dalam oven, time tu dah pukul 1 pagi. Saya pun kemas2 la barang2 uli tepung dan perkakas lain yang kotor and masuk dalam sinki. Dari hujung mata, saya nampak satu kelibat dekat balcony. Terkejut jugak la tapi husnuzon ckp mungkin reflection patulan dari lampu kene sliding door balcony. So saya pon buat taktau and mula basuh alat2 perkakas semua.

Selesai basuh and kering kan, krrringgggg, bunyi oven tanda cookies dah siap. Saya pon keluarkan and sementara nak sejukkan cookies, saya pon keluar ke balcony untuk amik oxygen. Tgh sedap dok fuhh fuhh, tetiba saya rasa angin tiup betul2 belakang tengkok dan telinga padahal takde pon angin malam tu. Badan rase seram sejuk pulak. Cepat2 padam kan putung and masuk dalam, masuk cookies dalam balang, tutup lampu and masuk bilik. Lya dan anak sulung saya dah dibuai mimpi.

Saya pon baring atas katil tarik selimut and tido menghadap anak sulung saya yang tido di toto atas lantai. Mase tgh syok tido, tetiba terasa nak nak buang air. Bukak2 je mata, jengggg, anak sulung saya berdiri betul2 sebelah saya dengan rambut Panjang dia tutup muka . terkejut beruk, hampir2 nak flying kick. Saya panggil nama anak saya, dia tak jawab. Tiba2 dia menangis, saya selak rambut dia tapi mata tertutup. Saya pon kejut kan Lya and both of us cuba tenangkan dia. Sekali dia bukak mata. Rupa2nya dia sleepwalking or something (bukan bejalan pon). Dia ckp dia mimpi ada aunty ajak dia main. Bila dia taknak main, aunty tu marah dia.

Saya dalam hati.. aik, Sampai ke rumah baru kau ikut aku yea. Haha. Saya pon baca doa, and then tido kan anak and tido. Mase tido tu, mcm2 bunyi dengar dekat runag tamu. Bunyi tapak kaki berjalan la, bunyi tv bukak tutup and paling takut sekali, bunyi orang tua kekek kekek gelak. Esok tu, dalam pukul 6.45 lepas solat subuh, saya pon keluar nak pergi beli nasi lemak. Mase masuk lift nak turun ke car park, saya perasan ade benda putih mcm kain dok follow masuk sekali betol2 belakang saya and saya dapat merasa benda tu diri betol belakang saya. Tak tau la hantu jenis ape.

Saya bertahan la sepanjang jalan turun ke car park. Sampai saje dalam kereta, saya bercakap “kau dah ganggu aku and keluarga untuk 1 malam ni. Dah have fun. Now mase untuk kau pergi tempat lain and ganggu orang lain. Kau nak naik kereta aku boleh, tapi sampai keluar condo ni, kau pon kene berambus. Tetiba semangat berani keluar padahal say ani penakut. Mase tgh drive kete turun ke exit memang rase berat and sejuk je kereta, padahal tak pasang aircond. Bila exit je condo, tetiba kereta rasa ringan. Lepas beli nasi lemak, saya balik ke condo and then call ustaz. Dia ckp baca Ayatul Qursi and 3 Qul dekat 4 penjuru rumah. Azan mengadap kiblat dekat tgh2 ruang tamu. Saya pon buat la. Alhamdulillah, sampai sekarang, tak de lagi gangguan. Ok la nanti kalau ingat cerita2 pengalaman lagi, saya akan cerita. BYE!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Joe Ariff
Rating Pembaca
[Total: 62 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.