#CoretanDakwah – Kehidupan

Assalammualaikum,
kepada admin dan pembaca. Thanks if my writing published.

Aku melabuhkan punggungku ke atas tanah melepaskan lelah setelah lama tidak keluar beriadah.Kepalaku mendongak ke arah langit sambil menyedut udara yang Allah kurniakan. Langit membiru diselubungi awan komolunimbus putih , bergerak ditiup lambaian angin.Matahari yang mencurahkan bahangnya menyebabkan peluh mula menitik pada dahiku. Sunyi.Tenang dek hembusan angin sepoi-sepoi bahasa.Keagungan dan Keesaan Allah SWT memaparkan kebijaksanaanNya dengan landskap alam yang indah lagi mendamaikan . Terbit perasaan penyesalan dalam diriku kerana sikap manusia yang masih mengetepikan kekuasaanNya.

Lakaran pena ini bukanlah mengadaptasikan kisah seram malah cerita alam ghaib semata-mata.Cuma, coretan ini adalah untuk muhasabah diri. Maaf dihulur atas kesilapan yang mungkin menganggu sensitiviti individu.Nukilan ini sekadar memberi pengajaran dan peringatan kepada para pembaca .Allahu’alam.

Perjuangan manusia sebelum menjejak ke alam barzakh sememangnya menjadi tanda tanya kepadaku.Badanku mengigil kesejukan, memandang langit yang sedikit menghitam.Beriman dengan perkara ghaib menjadi persoalan kepada ku serta masyarakat sekeliling.Kewujudan syurga dan neraka.Al quran bukti yang jelas lagi nyata.”mubin”.

Manusia diakhir zaman? .Selautan penduduk di bumi masih tidak mengetahui qada’ alam , takdir alam .Mudah untuk memahami cuma tidak mengamalkannya.Mencari kebahagian dunia ,akhirat di’jerlus”kan. Keredaan Allah disisihkan , keberkatan rezeki dikambus dengan harta yang terbentang luas di dunia.Leka dengan kejahilan diri , akhirnya menjadi hamba kepada syaitan laknatullah. Mengetepikan kuasa yang paling besar.Cubaan dan dugaan di dunia memang mencabar mental sebagai khalifah di bumi tambah-tambah lagi di akhir zaman.Kadang kala ada yang terjatuh dan putus asa sehingga berharap kepada makhluk bukan kepada Pencipta. Putus asa dengan cabaran , putus asa dengan nikmatNya. Bagaimana kita mampu menanggung seksa di akhirat kelak sedangkan di dunia kita mengeluh? Sebak menyelubungi jiwaku.Tanganku lemah dek fikiran terbang jauh menerobos masa depan. Lemahnya manusia.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ , sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?

-QS al-‘ankabut ayt 2-

Aku mengorak langkah dengan langkah yang longlai.Tubuhku melemah.Adakah aku mampu menanggung seksa ini ?atau aku pasrah? reda? rintih ku sendiri.Air mataku bergenang perlahan membasahi pipi ku .

Aku menyeka air mataku pada lengan bajuku.Mataku menangkap beberapa orang budak yang sedang berlari saling mengejar antara satu sama lain.Terkedek-kedek menahan seluar yang hampir terlondeh .Jelas terbit pada wajahnya sebuah senyuman yang begitu manis dengan gelak tawanya yang mampu menceriakan bumi yang kelam.Biarlah.Wajah suci dijaga rapi ibu dan bapanya, polos yang belum mengenal erti dunia.Dunia baru , indah namun penuh misteri dan penderitaan.Adakah engkau mampu menghadapi dugaan ini atau engkau jatuh tenggelam dalam dunia kejahilan ? ibu bapa.

Manusia. Engkaulah khalifah di bumi yang Allah Swt amanahkan kamu untuk menjaganya.Amanah engkau untuk mengimarahkan dengan menyebut namaNya di atasnya .Allah muliakan kedudukanmu. Perintah Allah sungguh berat sehinggakan gunung hancur berkecai tidak mampu menjalankannya.Mengapa manusia? walaupun mereka menumpahkan dan membanjirkan d***h dengan saling berbunuhan sesama sendiri di bumi.Allah maha mengetahui.Qada’ di akhir zaman sebelum menjelangnya kehancuran dunia adalah tenggelamnya islam di muka bumi, hancurnya Kaabah.Allahu’alam.

Aku sememangnya jahil dalam mengenal erti islam sebenarnya.Jahil dalam kehidupan, jahil dalam mengenal erti sebenarnya sebuah penyesalan.Biarlah aku menderita dengan kesakitan di dunia.Janji Allah swt dengan orang yang sabar adalah benar.JauhiNya satu kesalahan , melupakanNya satu kekesalan.Membuka jalan kesesatan, istidraj di dunia , bahana di Akhirat.

Mungkinkah hari ini terakhir buatku sebelum nyawaku dicabut.Aku reda, pasrah dengan ujian dan pengakhiran hidupku .Aku melakarkan sebuah senyuman memandang langit, biarlah senyuman menjadi penamat bagi kehidupanku.Titik noktah penutup buku catatan , berharap doa menjadi penenang.Aku rebah terbungkam menyembah bumi.Seluruh tubuhku hanyut dalam nafas roh, lemah ,hilang fungsi buat selamanya.Terbujur kaku.Bersyukur , tidak sanggup merintih lagi , tidak sanggup mengeluh lagi,tidak mahu menyusahkan orang disekeliling dengan keadaanku .Biarlah tangisan mereka hanya sehari untukku , aku tidak sanggup melihat mereka bersusah denganku sepanjang hidup mereka.Kalah di dunia,kalah dengan jasad yang dijangkiti kasih yang menyeksakan.

“Allah…bawalah aku bersamamu, engkau kirimkanlah malaikat untuk menjaga kedua ibubapaku”


Maaf sekiranya nukilan mengandungi unsur yang boleh menyentuh sensitiviti pembaca ,cuma nukilan dari luahan hati penulis (saya) sendiri.Biarlah jadi pengajaran untuk semua.Hulurkan tangan mu untuk tegakkan agama. Asslam..

insan biasa

8 thoughts on “#CoretanDakwah – Kehidupan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.