D e n g k i

Assalammualaikum , buat pengetahuan korang ini kali pertama aku memberanikan diri untuk bercerita tentang hal ini setelah menjadi pembaca setia fiksyen shasha melebihi 3 tahun , Okay let’s start intro dulu

Aku tinggal dengan family aku yang ramai dekat rumah atuk dan nenek aku , memang dah lama dah tinggal di situ total dalam rumah tu ada 11 orang . Abang sulung aku dah kahwin , kakak nombor 2 bekerja manakala abang nombor 3 , aku dan adik nombor 5 masih sekolah , adik perempuan nombor 6 masih tadika … kisah ini terjadi mungkin dalam lingkungan hujung tahun 2015 atau awal tahun 2016 ( sorry aku lupa )

Pada waktu ni atok aku berada dalam umur 70 lebih , atok aku ni orang yang rajin ke masjid dan memang berilmu (bukan syirik) sementara nenek aku jugak begitu cuma tiada mengamalkan ilmu . Ini semua bermula daripada kali pertama atok aku pengsan kami semua terkejut kerana atok memang menghidap masalah jantung jadi kami sangkakan atok terkena heart attacked jadi kami bergegas bawa atok ke hospital , doktor kata jantung atuk berhenti berdegup dan nadinya hilang , kesemua pakcik dan makcik aku sangat terkejut kerana atuk langsung tidak menunjukkan tanda tanda sakit dan tidak skipped ubat langsung , mujurlah waktu tu Allah masih panjangkan umur atok. Setelah beberapa hari di hospital atuk dibenarkan keluar .

Selepas balik dari hospital atuk semakin kerap pengsan dan ada suatu malam bila atuk berkata yang dia nampak seperti sesuatu sebesar bola kecil yang terbang dari tingkap memasuki bilik nya lalu menikam dada dia dengan kuat , kami masih gagal mengesyaki apa yang sedang berlaku kerana tidak mungkin atuk disihir kerana atuk tidak mempunyai musuh kerana caranya menjaga tutur kata bersama rakan-rakan masjidnya. Kami semakin buntu dek kerana atuk yang semakin nazak , lalu kami bawa ke hospital pakar , hospital pakar admit atok bagi tujuan pemerhatian , doctor kata jantung atuk lemah dan nadi hampir tiada pada setiap masa , kadang kadang bila malam menjelma di rumah atuk kami sering terdengar bunyi bunyi aneh , adik beradik aku memang amat penakut walaupun mereka ini lelaki 💀 . Abangku juga sering terdengar atuk aku memanggil namanya secara menjerit di tengah malam , ada juga tergerak untuk pergi berjumpa “atuk” tetapi bila teringat bahawa atuk aku masih di hospital niatnya terbatal dan terasa seram sekali

Setelah 1 minggu doktor berkata bahawa
Atuk disuruh bawak balik ke rumah kerana doktor mengatakan bahwa atuk tidak menghidap penyakit jadi kini atuk tidak mampu lagi berjalan , hanya menggunakan wheelchair. Kami semua tidak lagi menaruh harapan tinggi pada atuk tersayang dan mula membaca yaasin untuk atok , sehinggalah satu hari pakcik aku datang membawa seorang ustaz yang lebih selesa bergelar “wak” (orang jowwo) hehe dia bersama pembantunya memasuki rumah kami dengan pandangan yang agak pelik dan melihat perkarangan rumah kami . Kami abaikan , jadi dia pun mulakan proses merawat atuk aku di dalam biliknya membaca surah kemudian dia meminta untuk bawa atuk aku ke halaman luar untuk dimandikan dengan sebaldi air limau nipis yang dibacakan ayat suci al-quran , selesai simbah ke seluruh badan atuk , begitu TERKEJUTNYA KAMI bila melihat atuk yang terlantar selama beberapa bulan kini berjalan seperti B I A S A .

Seterus nya di rumah kami terdapat 4 pintu jadi mereka mula untuk mencari sesuatu jadi kami hanya melihat tiba tiba di pintu ke 3 wak terjumpa sesuatu seperti kain yang diselaputi habuk hitam diikat dengan benang merah / hitam lalu pakcik aku dengan cepat istighfar , aku masihh keliru yelah kecik lagi waktu tuu 🥴bila dibuka , terdapat tulangg sebesar tulang jari kelingking tetapi bau amat busuk wak mengatakan sejak dia masuk lagi dia sudah terasa sesuatu yang aneh di pintu rumah kami , wak memberitau kami pelakunya siapaa

Sungguh kami tak sangka kerana atuk kami yang tua itu mempunyai peminat di umur 70 an , tetapi telah 10 tahun kami tidak berhubung dengan orang tersebut tiba tiba sahaja atuk aku di sihir, wah begitu lama dendam manusia ye apa yang lebih tak sangka bahawa perempuan itu telah bersuami dah sudah lama berkahwin , padanlah dulu dia selalu suruh aku main bersama anaknya jadi atuk akan datang berseorangan untuk mengambil aku dan sering memberi makanan kepada kami sekeluarga .

Utuk kisah kali ii sampai disini saja dulu… Sekian terima kasih sudi membaca, maaf andai cerita ini tidak seberapa.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Unknown

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.