Sihir Tekan Papan Bahagian 4

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.

Baiklah tanpa berbunga-bunga, sambungan bahagian ketiga….

Pertempuran dalam jangka masa yang panjang, memerlukan aturan nafas yang betul, sebagai contoh lagenda boxing dunia ‘Muhammad Ali’ boleh melepaskan 200 tumbukan seberat 30 ke 60 kilogram hanya ‘dalam satu nafas’. Begitulah pentingnya aturan nafas yang betul untuk bertarung dalam jangka masa panjang..

Dan aku yakin, Azam mengawal nafasnya dengan baik pada masa ni, belum tentu mudah jika kami masuk untuk menjinakkan ‘harimau yang sedang mengamuk’!

Pakcik tadi juga terpelanting menghenyak pasu bunga yang ditanam tuan rumah, didepan rumah..

Kamal mula bangun, tanjak sudah tidak lagi dikepala, Nina yang memaut kakinya supaya menghentikan perkelahian, ditolak ketepi.. Maruah jantannya sudah mendidih melepasi batasan kepalanya..

Kamal bergerak pantas, pergi ke kerusi yang ditinggalkan tadi..

Keris dicapai, dan dicabut dari sarung!

Terdengar beberapa makcik terpekik..

“ALLAHHHHHHU AKHBAR!!!!”

Sarung dibuang! Dan Kamal bersedia untuk berentap lagi! Mukanya merah padam bagai menanggung marah yang besar!

“Hah! Main senjata? Jangan senjata makan diri!” Sinis ayat dilemparkan Azam..

“Mari kita rapat sikit, Da!” aku mengamit Uda merapati sedikit pertarungan, senang jika nak terjah dan masuk

Kamal mula melepaskan tusukan keris secara rambang!

Mak Kamal dah pitam dan diusung naik ke rumah!

Masih terdengar suara-suara yang cuba menyabarkan mereka, tapi tak diendahkan!

Melihat Kamal yang gigih mengenggam ‘keris’ sebenar, ramai pakcik dan makcik yang membawa anak kecil beransur menjauh, bahaya jika difikir-fikirkan semula..

Kamal mengucup keris yang digenggam dengan tangan kanan, keris yang pipih dan rata, dengan lok yang nipis diangkat selari dengan kedudukan mata disebelah kanan kepala.

Aneh! Suasana yang serun dan gerun seperti ni, aku dan Uda bagaikan dua anak kecil yang melihat sesuatu yang begitu mengirangkan hati! Sama naik perangai, macam beruk kena belacan!

Kamal mula menikam!

Kiri berganti kanan!

Kanan di balas kiri!

Azam hanya mengacah sambil mengelak dengan mengetawakan Kamal, bagaikan Kamal membuat sesuatu yang lucu!

“Uda, keris bertukar tangan, kita masuk!” Aku tekadkan pada Uda, supaya tindakan kami tak salah perkiraan..

“Baik! Kau ambil Kamal, aku ambil Budak ni!” Kata Uda penuh keyakinan!

Kamal masih lagi menikam secara rambang, sesekali terdengar makcik diatas rumah beristighfar dengan kuat, mungkin tak terjangkau dek akal, majlis raja sehari yang sepatutnya berakhir dengan kebahagiaan, jauh terpesong sampai jadi macam ni.

Kamal terbabas dalam menikam, dan kerisnya berada dihujung ibu jari kaki kanan Azam yang tergantung..

Dengan sekali ketuk mengunakan tumit, keris Kamal terpacak ketanah, Kamal mula menerpa Azam dengan rempuhan keras secara berdepan..

Dielakkan kesampingan dan Kamal dibiarkan terbabas menyondol tanah, Azam berguling dan dengan sekali guling keris dah bertukar tangan!

Parah!

“Mari Da!” Aku renggut baju Uda supaya pantas bertindak!

Kami masuk dan berdiri ditengah-tengah! Diantara Kamal yang tertiarap dan Azam yang masih berdiri memegang keris!

Bismillahi rohmanir rohim..

Ila Ali Ila Kahar…

Suara Uda separuh jelas! Memakai penderas untuk menentang Azam yang bermain dengan aura gerak!

Kamal aku injak dengan lutut kanan dari atas, dan tangan kanannya aku selak kebelakang, aku tongkat hingga naik ke belakang bahu dan tekan dengan berat badan aku sendiri, Beri dia sedikit ‘kunci sakit’

Arggghhhhhhhhh!!!!

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” Suara Kamal menjerit

“Diam! Diam! Kalau tak aku patahkan bahu kau!” Aku bagi amaran keras pada Kamal!

Uda mula buka bunga silat..

“Heh heh, jadi kamu berdua memang nak mampus? Baik! Aku bagi kamu berdua betul-betul mampus kali ni!” Kata Azam

Azam mula menikam Uda yang bersilat sendirian, belum tamat pun lagi bunga silatnya..

Uda bergilit kekiri, mengenggam tangan kanan Azam yang memegang keris, dan disampingkan kebelakang. Mereka berdiri secara membelakang kan satu sama lain, berlaga bahu bersentuhan rambut.

Azam merendahkan badan kedepan, dan dalam keadaan masih mengenggam keris dengan tangan kanan, dia membanting Uda dengan satu balik kuang yang besar.

PAMMM!!

Bunyi kaki Uda melanggar palang tengah khemah diatas, bergegar khemah dengan henyakkan kaki Uda.

“Aduhhhhhhh!!!” Suara Uda sedikit menjerit.

Uda terjelepuk ditanah, dan dengan gerakkan pantas, tangan kanan Azam terlepas, dan betis kanan Uda ditikam dengan keris.

Zrapppppp!!

Arghhhhhhhhhhhhhhhh

“Arippppppppppp!!!! Tolongggggg!!!!” Suara Uda menahan sakit!

Berderau d***h aku bila dengar bunyi tusukan keris tadi.

‘Haish, tak boleh harap betul Uda ni!’ gumam aku sendiri

“Pakcik, mari kemari, tolong pegangkan Kamal..” Aku minta tolong pakcik yang terdekat untuk membantu aku. Aku bangun dari menindih Kamal, dan dengan pantas berdiri didepan Azam, Kamal tak meronta dan hanya bangun dan mengikut pakcik tadi, nampak ada beberapa orang pakcik yang lain datang dan memegang Kamal bersama..

Hoi!!

Aku jerit, bila aku nampak Azam dah mencabut keris dari kaki Uda dan cuba nak menikam perut Uda pulak..

Azam bangun dan mengadap aku sepenuhnya

“Heh heh.. Jadi kau pun nak mampus hari ni?” Kata Azam ketawa terkekeh-kekeh. Iblis sudah menguasai hatinya..

Mari!

Usah kau banyak bicara!

Lari bukan keturunanku! Aku hadap kau sampai titisan akhir darahku!

Kata aku dalam hati

Tiada bunga, tiada tarian, hanya ada langkah guru tua ‘Semutar hitam’ yang aku gunakan, bersedia untuk apa pun..

Badan berdenyut-denyut, aura panas naik meremang-remang, dihujung jantung berdetak-detak..

Peninju aku naikkan dan kedua-dua siku diturunkan kebawah, aku berdiri dengan tenang menanti serangan Azam..

Nafas aku tarik dalam-dalam dan tahan dihujung perut, dalam keadaan mulut sedikit ternganga..

Inna nilahhi wa inna illa hiroo jiunnnn…

Aku layur tangan kanan diatas tangan kiri, dan tangan kiri menyulam tangan kanan.

Ku pulangkan kembali bahagian tubuhku ‘kehadratmu’ tuhan, bahwa mereka ‘tidak berhak’ keatas tubuh badanku, melainkan dengan izin Mu..

La illa ha illa anta subhana ka inni..

Azam masuk menyerang secara mengejut!

Keris ditusukkan ke bahagian kiri perut aku, aku masuk ke kanan dan melangsar kaki kanan dengan pantas!

Penumbuk pergi berganti-ganti! Kanan, kiri dan Kanan

Titik!

Perisai!

Tumbuk!

PAP! PAP! PAP!

Dengar penumbuk menyinggah dihidung Azam!

Aku sambung dengan sepakan pisau kaki kanan, tepat ke ulu hati Azam..

ARGHHHHHHH!

Suaranya mengaduh..

Azam menekup hidung dalam keadaan separuh membongkok dan tangan kanan yang mengenggam keris diletak didepan perut, ada d***h meleleh, melepasi tangan yang ditekup, barangkali hidungnya dah patah dek kerana tumbukan tiga beradik tadi..

“CELAKA KAU!” Azam mendengus marah, sambil keris diacukan menunjuk kepada aku!

Tenang.. tenang..

Ini keadaan genting, kalau marah, m**i aku ditikam!

Puih!!

Liur bercampur d***h diludah ketepi, dan Azam mula pasang kuda-kuda untuk menyerang aku kembali..

Aku masih lagi berdiri separuh-separuh dengan kaki ditinjit naik membuat tapak harimau, bersedia melepaskan sepak layang jika diperlukan.

Azam masuk menyerang dengan tusukan tegak kearah perut aku, aku elak kesisi dan hadiahkan satu bentesan dengan kaki kiri belakang, selain dari nafas, pengalaman juga penting dalam bertempur.

Pengalamanlah yang membezakan antara jauhari dan manikam!

Sekilat ikan di air, aku tahu jantan betinanya!

Segerak langkah diambil! Aku tahu barat timurnya!

Naga ganas sudah ku juang,
Inikan pula kucing yang malu,
Harimau puaka lagikan ku tunggu,
Inikan pendekar baru berguru!

Aku main bunga seni jawa, sambil Azam tertiarap mengelepar menahan muka dari mencium tanah..

Sebelum dia sempat bangun, aku hadiahkan buah tendangan curi!

Tendangan tonjol yang tepat dibawah dagu sebelah kiri, pukulan curi yang aku belajar dari Panglima Beting Beras Basah!

Masih tak mengalah!

Dia mengeleng-gelengkan kepala seolah pening dengan sepakan percuma tadi..

Dengan kedua-dua tangan masih menahan tanah, dan tangan kanannya masih mengenggam keris..

Tak bertangguh!

Dalam pada masih berpencak dengan bunga silat jawa, aku sambung dengan satu lagi sepakan jitu dan padu kali ni disebelah kanan dagu Azam!

PPPPPPPPPPPFFFFFFFRRRRRRRR!

Bunyi PADU tendangan yang hinggap di rahang kanan dagu Azam!

Azam terlentang mengadap kelangit!

Hilang mata hitam!

Pengsan!

D***h menerpa keluar dari mulutnya..

Tangan kanannya yang mengenggam keris, aku pijak dipergelanggan tangan, dan aku melutut, keris aku cabut dari tapak tangannya, dan aku berjalan meninggalkan Azam yang terlentang.

“Allahu Robbuna, wa robbukum! Lama a’maluna wama A’malukum! Lahut jatta wa bainnana wa bainakum!” Kata aku

Allah TuhanKu! Juga Tuhan kamu! Bagiku amalanku, dan bagimu amalanmu. Tiada pertikaian antara Aku dan Kamu!

“Tiarapkan dia, dan ikat tangannya kebelakang dengan tali!” Aku bagi arahan pada pakcik yang disekitar, yang tergamam dengan insiden yang jadi..

Keris aku sarung kembali, aku sendiri serah tangan pada tuan rumah..

“Minta tolong, disorokan keris ni..” Mudah perintah yang aku bagi..

Terkocoh-kocoh tuan rumah mengambil keris dan dibawa masuk kedalam rumah..

Aku pergi dapatkan Uda..

Mukanya menyeringai kesakitan, haaa tulah! Nak sangat memilih lawan, belum kira pilih pengapit pengantin nya lagi! haha

Uda mengaduh memegang betis kanan, nasibnya cukup baik, tusukan tadi tak begitu dalam, hanya dua sentimeter saja. Kalau keris ditusuk habis, naya terburai betis Uda.

Walaupun keris pengantin tadi tiada lawi, hanya keris untuk melaram, untuk persandingan, tapi masih juga dikategorikan sebagai senjata..

Uda luka ditusuk sedalam seruas jari, ditusuk dan ditarik keluar, tidak diseret. Uda diberikan rawatan segera, lukanya ditutup dengan kain dan diikat ketat, bagi mengelakkan lebih banyak d***h keluar.

Tak lama kemudian Polis pun sampai, nampaknya ada tetamu atau jiran yang dah buat panggilan polis semasa kami berkelahi tadi. Dan Azam diangkut ke balai, bersama keris yang digunakannya tadi, ada beberapa saksi yang ikut kebalai untuk membuat laporan. Nampaknya semua berkerja sama setelah urusan selesai..

Ada beberapa orang pakcik, datang dan mengucapkan terima kasih pada aku, kerana berjaya menyelamatkan majlis yang hampir musnah ni.

lalalalala…. hari-hari kerja… errr… bersambung gais.. nantikan ‘finale’nya esok! Kalau korang paksa-paksa aku, esok aku cuti… Lantaklah.. bhahaha

Berapa hari lagi ek nak raya? Haish, kejung menunggu bila pkp ni nak habis..

Haaa harini, lantak korang lah nak komen apa.. Tapi aku nak korang klik ‘love’, takmoh klik like!

p/s : Editor aku kata, ada penambahan baru untuk order buku Pusaka.. Jyeah! Thanks gais! Yang mana belum dapatkan tu, eloklah dapatkan, sebelum aku bertukau jadi macam Azam.. bhahahaha

xoxo

#Pusaka

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

9 thoughts on “Sihir Tekan Papan Bahagian 4”

  1. Best la citer kau arif. Tp camne nk beli buku pusaka. Aku cari dlm internet xdk. Huhuhuhu. Kalau boleh bagi sekali dgn link senang mau beli. Hohoho

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.