BAHAGIAN 1
Malam itu, seperti biasa aku akan duduk menelaah di meja tulis sambil mendengar playlist muzik K-pop nyanyian artis-artis Korea yang aku minat.
Sesekali rentak lagu yang rancak membuatkan aku terikut-ikut menari dengan lenggok yang agak kekok. Walaupun aku tidak mempunyai bakat dalam tarian, tapi pastinya sesiapapun tidak akan dapat menangkis godaan itu. Aku tersenyum kecil.
“I’m so hot! Hot! Hot!” Bibirku pantas menyanyikan bait-bait lagu dari kumpulan Wondergirl bertajuk ‘Hot’ yang aku hafal sambil kepalaku bergoyang mengikut tempo.
Jam ketika itu menunjukkan tepat pukul 7.05 malam. Teman-teman serumah yang lain masih belum nampak batang hidung. Singgah di kedai makan agaknya. Tapi kebiasaannya sebelum maghrib pasti semua sudah melopong di bilik masing-masing. Aneh. Namun kubiarkan rasa itu berlalu pergi.
‘Gruuuuu….’ Tiba-tiba perutku memberi isyarat tanda ingin diisi.
Tanpa berlengah aku bingkas bangun dan menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur, aku bercekak pinggang dan otakku ligat memikirkan menu yang bakal dimasak.
“Hmmm..nak masak ape ek? Dalam peti ais ade ayam, ikan, nugget pun okay juga.” Aku cuba berdiplomasi dengan diri sendiri.
“Daging pun sedap…”
Aku tersentak. Tengah aku bermonolog tiba-tiba ada suara halus seperti memberi cadangan untuk aku memasak daging. Berderau d***h dan jantung dibuatnya.
Aku pandang sekeliling dan cuba mencari arah suara itu datang. Tapi tiada sesiapapun di situ. Pelik. Rasanya aku belum lagi sampai ke tahap kebulur yang bisa membuatkan aku berhalusinasi.
Akhirnya aku membatalkan saja niat untuk memasak. Perut pun seperti sudah berhenti memberontak. Mungkin terkesan dengan kejadian yang tidak diduga tadi. Aku pun masuk semula ke dalam bilik dan berlagak biasa.
Aku capai telefon bimbit di atas meja dan mendail nombor Tina, rakan sebilikku.
“Assalamualaikum.. Ya Jiah, kenapa?” Kedengaran suara Tina dihujung talian.
“Walaikumsalam. Weh ko kat mana hah? Asal tak balik-balik lagi ni?” Aku pantas menjawab salam dan persoalan Tina aku jawab dengan soalan.
“Oh..ni hah motor ni meragam. Rosak pula tepi jalan. Aku dengan Sue tengah tunggu abang Zahal, minta tolong kat dia tengokkan motor ni. Ko okay tak ni?”
“Hmmm okay je. Cepatlah balik, aku sorang-sorang je kat rumah ni.”
“Sorang? Habis sape yang dok menyanyi kat belakang tu. Suara dah la garau. Sapa yang dah balik?”
Habis saja ayat dari Tina, aku dah cuak. Boleh tahan celupar mulut kawan baik aku ni. Ikutkan hati mahu sahaja aku seligi mulut Tina. Namun saat itu jantung sudah pun berdebar seperti baru habis marathon sepuluh kilometer. Aku berharap Tina cuma bergurau kerana aku langsung tidak mendengar sesiapun menyanyi.
“Woi Jiah! Dengar tak ni? Senyap lah pula. Ok lah, abang Zahal dah sampai ni. Kejap lagi aku balik kot. Bye, Assalamualaikum.” Talian dimatikan.
Dalam hati, aku berishtigfar dan mulut terkumat kamit membaca surah Yassin. Aku kekal statik diposisi yang sama. Takut untuk menoleh ke belakang. Takut kalau-kalau terlihat sesuatu yang tidak mahu aku lihat. Serta-merta bayangan kisah-kisah seram yang pernah aku tonton sebelum ini terlayar di minda tanpa dipinta.
KREEEKKKK…
Kedengaran bunyi pintu dibuka perlahan-lahan. Bunyinya sangat menyeramkan! Aku kaget. Tapi aku juga tidak pasti pintu bilik mana yang berbunyi. Adakah pintu bilik aku? Semakin laju aku membaca surah Yassin, semakin galak pula pintu dimain.
“There is someone… walking behind you. Turn around, look at me…”
Ah sudah! Sejak bila pula lagu Bee Gees boleh sesat dalam playlist K-pop aku ni?! Memang saja nak menganjing aku ke?
“Ya Allah, tolonglah hambamu ini.” Aku cuba mengambil sedikit semangat yang hilang. Tiba-tiba, aku rasakan seperti ada mata yang memerhati. Sepantas kilat aku mendongak.
“Allahuakhbar!!”
………………………………………………………..
“Arghhhhhh!!!!”
Bergema teriakanku malam itu. Bukan main kepalang aku terkejut. Apa yang aku lihat sebentar tadi benar-benar meragut semangatku.
Oleh kerana tidak mampu mengawal perasaan, aku terjatuh dari kerusi dan terduduk di lantai. Kejap tanganku menutup wajah.
Tadi semasa aku mendongak, aku ternampak kelibat sesuatu sedang merangkak di atas siling sambil mata makhluk itu tajam merenung ke arahku dengan senyuman yang menyeringai.
Gila! Musibah apakah ini?
Diam. Hanya nafasku yang turun naik kedengaran. Tidak pasti samada aku sedang berhadapan dengan realiti atau permainan minda.
SKRRRT… SKRRRTT…
Kedengaran bunyi kertas seperti dikeronyok oleh sesuatu. Perlahan lagaknya. Seperti cuba menguji keberanian ku.
Tapi aku tetap pegun diposisi sama. Hendak dibuka mata aku takut. Apatah lagi ingin menggerakkan tubuh.
TAP! TAP! TAP!
Bunyi derap kaki pula kedengaran menghampiri.
“Jiah… Kenapa tutup mata? Tadi kata nak masak.”
Garau suara itu bertanya. Berdiri seluruh bulu romaku. Macam mana dia tahu aku nak masak? Lagi satu, mana dia tahu nama aku?! Dia ke yang bercakap masa kat dapur tadi?
Ya Allah! Kenapa harus malam ini aku diganggu? Selama aku tinggal menyewa di rumah itu, tidak pernah sekalipun aku mahupun rakan serumah yang lain diganggu.
Malah, sebelum berpindah masuk, rumah tersebut sudahpun di’pagar’ atau dibersihkan daripada gangguan jin.
“Aku tak ganggu kau. Jadi kau jangan ganggu aku!” aku memberanikan diri. Walapun hatiku tika itu sedang berdentum hebat, aku tidak mahu menyerah dengan gangguan syaitan.
Suasana sekililing kembali sunyi. Yang kedengaran hanya sayup-sayup alunan muzik dari playlist lagu yang aku putarkan tadi.
Tiba-tiba aku rasakan seperti ada sesuatu duduk di sebelahku. Wah makin menjadi-jadi kau ya! Tubuhku jadi seram sejuk. Semakin lama semakin pantas degupan jantungku berdetak. Dapat aku rasakan bahuku seperti dihimpit oleh seseorang dari tepi. Tanpa amaran, ‘benda’ itu baring dibahuku.
“Arghhhhhhhhhhhh!!!! Pergi! jangan kacau aku! Pergi!!” sekali lagi aku terpekik. Pantas aku mengengsot ke dinding dan sedikit meracau.
“Jiah! Jiah kenapa kau ni?!! Kau okay ke??”
“…….” aku terpempan. “Tina?” aku seakan tidak percaya orang yang didepanku sekarang ialah Tina.
“Ye, ni aku Tina. Kau okay ke? Kenapa kau menjerit?” Nampak kegusaran di wajah Tina. “Kenapa dengan kawan aku seorang ni? Kena sampuk ke apa?” kata Tina di dalam hati.
“Tina..” leretku seraya memeluk Tina. Aku teresak-esak dalam pelukannya. Mahu dibuang rasa takutku yang tadi. Sumpah aku terkejut. Siapa yang baring dibahuku tadi?
“Hey. Aku ada ni. Shhhh, it’s okay.” Tina cuba menenangkanku. “Confirm kena ganggu ni.” teka Tina di dalam hati.
Bersambung…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI