Dalam Masjid Mana Ada Hantu

Assalamualaikum suka baca kisah di fiksyen Shasha ni. Terfikir juga apa pengalaman saya yang boleh saya kongsi untuk pembaca fiksyen shasha. Fikir punya fikir, rupanya ada juga pengalaman seram yang saya alami dalam 10tahun lepas.

Saya merupakan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan.

Alhamdulillah sepanjang dua semester di KML saya tidak pernah mengalami kisah seram pun. Maklumlah tinggal d blok Madani D, speaker azan tepat di bilik saya πŸ€£πŸ˜‚.

Berbalik kepada pengalaman yang ingin saya kongsikan tu, masa tu musim cuti semester. Jadi, saya and the gang dah siap beli tiket feri dari labuan ke kota kinabalu sebelum hari last paper lagi. Kami beli tiket balik waktu petang, sebabnya sambung naik bas malam untuk tiba di daerah yang kami tuju. Kalau diimbas semula perjalanan balik tu memang memenatkan sangat. Bayangkanlah lepas naik feri jam 2pm sampai lebih kurang jam 4pm di kota kinabalu, kemudian sambung naik teksi ke terminal bas, lepas tu naik bas malam jam 7pm, sampai ke daerah yang dituju dalam jam 4am. Lepas tu kena tunggu matahari terbit lagi untuk pergi ke pulau yang saya diami. Fuh! Dari pulau ke pulau.

Alhamdulillah setelah tiba di daerah yang kami tuju, jam masih menunjukkan jam 4am lebih kurang sebelum solat subuh. Kawan2 yang lain telah kembali ke rumah masing2, sebab mereka memang tinggal di pekan. Namun, saya kena tunggu matahari terbit untuk naik perahu pergi ke pulau yang saya tinggal. Jadi, tinggallah saya seorang diri menunggu pintu masjid buka untuk solat subuh. Ramai jak keluarga saya di pekan yang boleh saya tumpang singgah sekejap, tapi taknak menyusahkan dan nak balik rumah hadap mak bapak dengan kadar yang cepat.

Dengan bagasi dan beg yg besar memenuhi genggaman tanganku, saya gagahkan juga bawa pergi ke perkarangan masjid. Alhamdulillah penjaga kunci masjid ada. Pakcik tu tolong angkatkan bagasi saya ke ruang solat wanita di tingkat satu. Sejurus selepas pakcik buka pintu ruang solat wanita tu, memang rasa pelik dah. Siling ruang solat tu sangat usang, penuh dengan tompokan2 takungan air. Terdetik dihati ‘eh kenapa sudah ruang solat ni usang semacam’. Pakcik tu letakkan bagasi saya di lantai sambil melihat sekitar ruang solat kemudian meninggalkan saya sendirian.

Saya pun bukalah beg bedak, ambil berus gigi pencuci muka segala tu nak bawa pergi tandas. Eh sekilas pandang saya nampak kain putih terbang pi dalam ruang tandas tu. Tapi saya tetap think positif itu bayangan saya jak dan saya cakap dalam hati ‘MANA ADA HANTU DALAM MASJID’. Saya teruskan susun2 barang, kali ni saya ternampak alas kaki tandas macam ditarik masuk pula, sambil saya dengar bunyi kreekkk pintu macam dalam cerita seram tu. Saya masih lagi think positif gais.

Tak tahan nak buang air kecil, saya pergi tandas, tapi malangnya lampu tak hidup pula. Tanpa memikirkan yg bukan2 lagi, saya terus jak masuk tandas tu walaupun gelap gelita hitam pekat. Takda apa yang jadi. Saya terus duduk di bahagian ambil wudu, cuci muka, berus gigi, kemudian ambil wudhu tanpa rasa apa2 yang pelik. Lepas keluar dari ruang wudu ke tempat solat, sekali lagi saya dengar bunyi kreekk. Masa ni saya dah rasa mula pelik, macam mana pula ada angin kasi tiup tu pintu sebab tingkap tertutup pula. Berkerut dahi memikir.

Tapi dah start azan, saya pun pakai tudung semula. Saya solat tak pakai telekung, sebab dah memang tutup aurat la. Disebabkan saya dah rasa lain macam, sayapun terus solat subuh tanpa berjemaah. Maksudnya belum iqomat lagi dah solat subuh la. Saya solat di sejadah paling depan. Lepas takbir tu, ya Allah ya Rabbi saya nampak dari hujung mata kiri ada sekujur badan berjubah putih berdiri tegak. Apalagi? Saya tiba2 jadi superwomen ambil bagasi semua mulakan langkah seribu. Masa ni dah start iqomat. Cuba korang bayangkan masa iqomat tu, masa itulah saya dengar makhluk Allah tu ketawa mengilai di belakang ruang solat wanita. Bersamaan dengan itu juga, bunyi kelawar terbang mengetuk-ngetuk tingkap ruang solat tu.

Saya teruskan larian saya tanpa melihat lagi masjid tu. Terus berlari sehinggalah tiba di jeti untuk menuju ke pulau. Alhamdulillah makhluk Allah tu tak ikut sama. Tapi kerana dia saya tak solat subuh pula. Dan syukur jugalah saya tak nampak pun wajah makhluk tu. Sehingga hari ini saya masih macam tak percaya ada alami peristiwa macam ni. Kadang tu, saya anggap mungkin mainan fikiran saya jak masa itu. Sekian saja cerita saya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nadia
Dalam Masjid Mana Ada Hantu
7.4 (74.41%) 68 votes

9 comments

  1. Kemungkinan jin islam yang nakal lah tu gelakkan awak tak khusyuk nak solat dah lari. Tapi siape je tak terkejut kalau diusik gitu ye dak?

  2. hahaha memang benda tu gelak lah sebab x habiskan solat subuh sebab solat fardhu mana boleh batalkan dgn sengaja

  3. jin islam yg nakal la tu.. suka prank2.. ala kita org islam ni pon ramai ja kaki prank.. jin pon cmtu la jgk.. mmg la kna gelak kau lari tinggalkn solat sbb takut dgn dy drpd smbung solat sbb takut dgn Allah.. so sapa lg kau takut kt situ
    #haha.. tazkirah deep ini dr dri sndri utk dri sndri sbb aku pn lebih krg jgk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.