Dendam ber’santau’

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca sekalian. Semoga anda semua dalam rahmat dan lindunganNya.

Semoga kisah kali ini menjadi iktibar buat kita bersama dan mendekatkan kita kepada ALLAH SWT dan jauh dari yang khurafat lagi menyesatkan.

Kisah berlaku tahun 2020 yang penuh dengan dugaan dan hikmah untuk semua. Kali ini saya sedang fokus pada pembangunan perniagaan sendiri dalam jualan street food setelah kehilangan kerja akibat pandemik Covid 19.

Saya mula menggaji seorang kawan yang rapat dengan family saya. Yang selalu bertandang dan mesra dengan saya sekeluarga. Tujuan saya kerana hendak berkongsi rezeki kerana dia juga terkesan pendapatan akibat pandemik.

Jadi kami memulakan perniagaan street food dan bekerjasama. Semua berjalan agak lancar namun sampai satu ketika berlaku satu kejadian yang buruk. Dia kantoi kerana “high” sewaktu sedang niaga melayan pelanggan kali kedua.

Saya terus memecat dia dan suruh dia balik jangan tunjuk muka disini lagi kerana boleh menjejaskan perniagaan dan keselamatan, bisnes dan pelanggan saya.

Kejadian pelik mula berlaku pada saya selepas 2 minggu. Perniagaan saya mula merosot, kualiti makanan saya jatuh kerana saya hilang deria rasa lidah. Sepanjang masa lidah terasa kebas, mula batuk berdarah dan paru2 sakit. Sukar untuk bernafas apatah lagi bila membaca Al Quran akan tersekat nafas dan sukar walau nak membaca sepotong ayat yang pendek.

Saya mula mendapatkan rawatan dekat pakar di 3 hospital yang berbeza. Namun setelah di buat pemeriksaan, tiada penyakit yang dapat dikesan oleh semua pakar di hospital berkenaan.

Oleh itu saya mula mengesyaki bahawa ini adalah penyakit buatan. Selesai solat isthikarah, dapat petanda dalam bayangan dan bermacam gangguan yang muncul.

Setiap malam tak dapat lelapkan mata kerana batuk berdarah dan sukar bernafas. Lembaga mengerikan muncul setiap malam di tingkap mencakar cermin. Menunjukkan rupa yang ngeri, berbau busuk dan hanyir d***h.

Saya tak dapat berniaga kerana keadaan berlanjutan selama 2 bulan lebih. Selama itu saya usaha mohon pada ALLAH SWT dalam mengubati diri, namun belum mendapat keizinan dan makin parah.

Saya tumbang hampir setiap kali nak berniaga. Duit beribu habis berubat di hospital. Saya cuba ubati diri sendiri namun masih parah kerana badan makin lemah dan lesu. Berat badan berkurangan dengan mendadak, hilang selera makan dan sakit didada yang tiada penghujung.

Akhirnya ALLAH SWT buka jalan dan dipertemukan dengan seorang guru mengubat yang mursyid di Gopeng. Malam itu saya pergi ke Gopeng dengan tujuan mencari kesembuhan untuk sakit yang semakin melarat.

Sepanjang perjalanan, gangguan itu mengikut dari KL. Kereta sangat berat rasanya dan tak stabil. Hampir beberapa kali nak terbabas keluar lorong. Saya berdoa mohon kemudahan urusan dari Nya.

Alhamdulillah malam itu kami sampai ke Gopeng. Beberapa jarum berkarat berjaya  ditarik keluar dari badan saya. Segumpal bungkusan seperti mayat yang berisi duri sawit, 2 batang jarum yang di salut kemenyan dan dibalut dengan kain kelabu. Baunya amat tengik dan busuk. Guru yang merawat saya juga diserang dengan tusukan jarum ketika proses rawatan.

Alhamdulillah selepas sesi berubat, saya mula mendapat kesembuhan. Selera makan ada balik, deria rasa perlahan2 muncul semula. Paru2 dan dada tak sakit.

Saya amalkan beberapa potongan ayat dan cara2 untuk ketahui siapa yang hantar santau. Alhamdulillah selepas 5 hari muncul bayangan insan tersebut datang dalam keadaan marah kerana santaunya berjaya dipatahkan. Dia adalah orang yang sama pernah bekerja dengan saya semasa berniaga. Saya redha dan sudah maafkan dia namun urusannya kerana menyekutukan ALLAH SWT adalah urusan dan tanggungan sendiri. Moga-moga dia diberi hidayah dan sempat bertaubat.

Semoga kita semua menyedari apa jua kejadian baik atau buruk adalah ketentuan, izin dan takdirNya. Janganlah kita sombong, angkuh, bongkak dan hasad pada sesiapa di dunia. Kita hidup didunia hanya sementara dan semua akan ada imbalan atas apa yang kita lakukan.

Sehingga berjumpa lagi didalam kisah seterusnya.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Syed As Siddiq
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

5 comments

  1. Alhamdulillah dpt berubat sehingga sembuh. Mintak dijauhkn la kita semua dr perkara¬≤ syirik sebegitu… Kena sentiasa amal pendinding terutama bg mereka yg berniaga..

  2. boleh tahu tak dengan sapa anda berubat , kerana akk saya juga telah dia buat orang akibat dengki dalam berniaga .. 2orang ustaz kami telah bawa tapi lepas berubat dia tambah lagi terok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.