Assalamualaikum semua. Nama aku ira tapi orang panggil aku acik je. Aku peminat tegar FS macam korang jgak hehe. Seandainya kisah yang aku paparkan ini di publish aku ingin ucapkan terima kasih kepada admin FS.
Maafkan aku kalau penulisan aku tidak bagus atau membuatkan korang pening sebab aku tak pandai mengarang sangat. Kisah ini berlaku dekat aku sendiri.
Bulan 10 Tahun 2018.
Aku berumur 16 Tahun, bulan ni merupakan peperiksaan akhir tahun. Selepas dua hari aku menjawap kertas peperiksaan, aku didapati demam panas secara mengejut selama dua minggu dan cepat letih walaupun tak buat kerja berat. Mak aku suruh aku pergi ke klinik selepas dari balik sekolah sebab mak aku syak aku demam denggi. Tapi aku rasa macam demam biasa je. Lepas balik sekolah, aku dan mak aku pon pergi la klinik dengan motor secara berasingan sebab mak aku ada kerja lepas tu.
Macam biasa la bila dah samapai klinik dan nyatakan apa kesakitan , doktor mesti ambik darah. Lepas dapat result tu korang tahu tak doktor cakap ape. Doktor cakap aku tak ada apa-apa penyakit pon cume demam biasa je dan doktor suruh makan ubat demam je. Masa nak balik tu kaki aku berat nak angkat yela nak naik motor kan. Last-last aku angkat kaki dengan tangan dan bantuan mak aku.
Nak dekat seminggu dah aku telan ubat tu tapi tak ada apa-apa perubahan pon. Dalam pada masa yang sama, kaki aku ni semakin susah nak bergerak. Mak aku suruh pergi mengurut dekat kampung sebelah. Bila dah sampai tempat nak mengurut tu aku start sakit kaki sampai ke pinggang. Nak duduk bersila memang tak mampu dah. Tukang urut suruh aku meniarap sebab tak boleh duduk. Dia pon start urut, sakit dia memang tak boleh tahan ye la tangan orang tua ni memang kuat. Lebih kurang 5 minit dia urut tu dia pon cakap dekat mak aku “kalau betul sakit urat ni urut-urut je dah okay tapi bila aku sentuh kaki dia ni bulu roma aku sendiri berdiri. Nanti aku suruh anak aku tengok- tengokkan”. Lama jugak la tunggu anak dia ni sebab anak dia buat solat hajat. Lepas anak dia ‘scan’ aku, dia bagitau memang ada benda lain yang duduk dekat aku tapi bukan aku sahaja tau sekali dengan rumah aku pon benda tu ada. Masa nak balik bukan main elok lagi kaki aku ni macam sediakala. Aku ingat dah takde apa-apa dah tapi aku silap.
Keesokannya, aku tak boleh bangun terus dan untuk pengetahuan korang, kalau aku nak bangun dan nak kemana-mana aku perlukan seseorang untuk pimpin aku. Mak aku pon call la orang yang berubat aku kelmarin. Dia datang berubat aku sekali lagi sambil menghalau benda tu keluar dari rumah aku dan memagar rumah aku. Benda tu bersarang kat dapur rumah aku. Aku ingat semuanya dah selesai malam tu tapi keesokkan nye keadaan aku semakin teruk sehinggakan aku nak ke tandas yang tak sampai satu minit tu pon menjadi lebih lima minit. Kaki aku sakit apabila memijak lantai seperti dicucuk jarum. Bukan tu sahaja malah orang yang memagar rumah aku tu pon turut terkena tempiasnya, sehingga demam dan tak dapat bangun. Disebabkan itu dia tidak lagi sanggup berubatkan aku. Mak aku cuba mencari orang yang boleh pulihkan aku dan mak aku bawa kawan sekerja dengannya untuk merawat aku. Kawan mak aku cakap dia tak boleh nak lawan benda ni sebab dia tak sekuat benda ni. Tapi dia boleh tahu kedudukan benda tu kat dalam badan aku. Kawan mak aku bagitau benda tu duduk dekat pinggul aku.
Jiran depan rumah aku ada melawat aku dan dia bagitau ustazah dekat sekian-sekian boleh menghalau jin ni. Lepas jiran aku balik, pengetua sekolah aku dan beberapa orang cikgu lelaki datang melawat aku sebab diorang terlalu terkejut apabila mendengar berita daripada kakak aku yang tua setahun dari aku bagitau yang aku tak boleh berjalan. Kalau korang nak tahu aku ni aktif dalam sukan sebab tu kot diorang pelik bila aku tak boleh jalan. Pengetua aku membenarkan aku menjawab peperiksaan kat rumah dengan bantuan kakak aku yang mengambil soalan dari sekolah dan menghantar setelah siap jawap.
Pagi keesokkannya, mak aku pimpin aku untuk masuk ke dalam kereta sebab nak pergi berubat dekat ustazah yang diberitahu jiran aku kelmarin. Masa keluar dari rumah, laju je aku berjalan tapi bila dah sampai depan rumah ustazah tu, aku tak dapat jejak tanah pon. Aku siap menangis lagi sebab tak nak keluar sebab sakit mencucuk bila berjalan. Last-last mak aku geram sangat dia dukung aku yang besar panjang ni keluar dari kereta sampai kat bangsal rumah ustazah tu. Haa ambik kau degil sangat huhu. Semua orang yang nak berubat kat situ pandang aku. Malu wehhh. Lepas tu, keluar pembantu ustazah, dia suruh orang yang menangis melolong tadi masuk. Mak aku pon dukung la lagi bawa masuk bilik tu. Boleh pulak pembantu tadi cakap “ingatkan budak menangis”. Mak aku senyum je tapi aku tebalkan muka je mampu. Ustazah tu suruh aku duduk atas kerusi sebab dia tahu aku tak boleh duduk atas lantai sebab mak aku bagitau. Ustazah tu suruh aku baca surah 3 qul sambil berdiri dan berjalan. Alhamdulillah aku boleh jalan tapi still lambat macam orang tua. Ustazah tu suruh keluar balik sebab aku dah la datang lambat pastu potong barisan orang lain pulak. Untuk pengetahuan korang, ustazah berubat aku sekejap sebab aku menangis tadi la.
Sampai ke malam aku tunggu turn aku sebab ramai sangat dan finally turn aku dah tiba. Selepas selesai ustazah berubatkan aku, dia ada tanya “ayah ada lagi tak?” Aku jawab “ada, kat luar’ Dia cakap aku tak boleh berjalan sebab ada ular belit kaki aku dan aku rasa sakit apabila berjalan sebab ekor ular tu cucuk aku. Ada lagi beberapa ular yang duduk kat dalam rumah aku dan luar rumah. Kemudian, ustazah tanya “dulu ade kena ape-ape ke ?” Aku jawap la “ade, kena kayap ular tapi tahun lepas”. Dia cakap tu adalah petanda awal sebelum orang hantar benda ni
Ustazah tu cakap lagi yang benda tu datang dari tapak rumah tu sendiri dan orang hantar. Tapak rumah ni dulu ialah hutan. Orang yang hantar pula dengki dengan ayah aku sebab ayah aku tidak menyibuk hal orang lain dan ramai kawan sebab tu dia hantar makhluk halus ni kat ayah aku tapi terkena dekat aku sebab dia nak tengok ayah aku susah. Ustazah tu cakap orang yang buat ni ialah jiran aku sendiri tapi dia tak bagi tau sama ada jiran jauh atau dekat.
Malam tu jugak ustazah tu ‘papah’ atau buang semua makhluk halus tu dalam badan aku dan kat rumah aku( dia buang dari jauh ). Aku disarankan minum air yassin, sembur air yassin setiap penjuru bilik bila maghrib, sembur jugak dibahagian yang sakit (bekas ekor ular cucuk) dan mandi air tersebut selepas asar selama tiga hari berturut-turut supaya benda tu betul-betul hilang. Malam keesokkannya, jam menunjukkan pukul 8 malam dan masih awal, ketika ini aku tidak dapat berjalan sepenuhnya jadi aku duduk atas kerusi di depan pintu utama yang bertentangan dengan tandas, mak dan kakak aku berada di dapur dan ayah aku menonton tv di sebelah aku. Ketika ini juga la aku terdengar bunyi seperti orang melepaskan keluhan di telinga aku. Ianya berlaku sebanyak tiga kali selepas beberapa saat. Tetapi bukan aku sahaja yang dengar malah satu keluarga aku dengar. Ayah aku cepat- cepat suruh tido sambil membuka ayat suci al-quran di radio. Malam tu juga kami sekeluarga tido di ruang tamu.
Kali ketiga aku berubat dengan ustazah tu Alhamdulillah aku dapat berjalan seperti biasa dan aku dah start aktif sukan balik sehingga sekarang. Ustazah tu cakap yang kitorang dengar malam tu ialah bunyi hantu raya.
Sejak dari itu banyak lagi yang terjadi dalam keluarga aku. Kalau ada masa terluang aku akan ceritakan. Okay itu sahaja cerita yang tak berapa nak seram dari aku untuk hari ini. Maaf jika ada salah kata, tertypo, cerita berbelit dan sebagainya. sekian…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
teruskan bercerita
adik, ni orang panggil neuropathic pain (sakit jenis saraf). lepas kena kayap, virus herpes zoster tu akan pi duduk / dormant / inactive kat akar saraf. dia akan sangat sakit bendalah ni. bagus percaya perkara ghaib, tapi selagi boleh explain dari segi sains kita cuba la. try la ubat gabapentin ka ..yg ubat untuk neuropathic pain la.. ubat macam panadol, mefenemic acid yang untuk somatic pain memang x jalan.
Assalamualaikum Ira,
Mslh sy lebih kurang sama spt awk. Bunyi dengusan, demam tinggi, sy mimpi ular sblum seluruh badan mencucuk dan kaki mmg tak boleh pijak lantai. Kalo hantu raya dr umur 5 tahun sy dikejar dlm mimpi. Ia sbnrnya mengganggu kehidupan sy krn melibatkan persekolahan hingga alam perkerjaan (tak boleh nk berjln, kena ada yg pimpin), sy smpai resign dr staff nurse. Sy mmg ada mslh tulang blkg, cuma sy tidak tahu ia melibatkan mslh mistik sehingga sudah bertahun-tahun dlm badan.
komen dari cahaya sama masalah mcm saya. terpaksa resign staff nurse sebab masalah tulang belakang. x boleh nak buat operation lama2, tuhan je yg tau rasa nak menangis sakit berdiri lama2. benda alah tu duduk kat belakang saya, ganggu konsentrasi kerja saya. paling haru saya hampir nak jilat uri pesakit yg bersalin operation.
resign sebab dah tak taham dan lagipun pihak atasan x faham masalah saya, bila sakit saya kena cuti. dan ganggu prestasi kerja. bila dah resign barulah dapat berubat betul2. yg kerja staff nurse fahamlah, kami nk dpt cuti mmg susah sgt2.
bahasa penceritaan dan penyampaian yang baik. teruskan berkongsi dan mengarang ya. good!
perceritaan yang menarik teruskan usaha ehhh..btw kalau saye ade masa saye akan ceritakan kisah seram saya di Fiksyen Shasha.. insyaallah kalau ade kelapangan