Dendam Penghuni Laut – Tamat

Bahagian 1
Sisik Ular (Ep.2) – Tamat

Dalam tempoh sebulan Shila di asrama, keluarga aku meneruskan kehidupan seperti sedia-kala. Hidup seperti manusia normal tanpa melalui kehidupan yang penuh diselubungi misteri dan paranormal.

Aku berhenti kerja di tempat lama dan memulakan pekerjaan baru sebagai Admin di sebuah kilang kayu milik kawan Dadi.

Selang seminggu selepas tercetusnya peperangan antara kami dengan Permaisuri Gustika, keadaan yang damai mulai bergoncang memberi amaran dengan aku, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

• * * *

Amaran pertama ⚠️

Malam masih muda dan jiwa aku masih muda, Melepak dengan kawan-kawan adalah rutin harian kami. Mereka yang aku kenal dari zaman tadika, tidak tahu kelebihan yang aku ada dan aku tak pernah bercerita dengan mereka. Bagi aku, setiap persahabatan itu masih ada jarak yang perlu dijaga. Persahabatan kami berenam tetap kekal walaupun kini (2020) kami mempunyai keluarga masing2.

Jam menunjukkan tepat 9:30pm, aku dan Shelly mengundur diri selepas puas membawang dan menghalia dengan member. Seperti yang korang tahu, Shelly sering menumpang aku memandangkan dalam perjalanan pulang aku akan melalui perkampungan dia. Sekurang2nya aku tak lah balik sorang2kan.

Malam tu, dia datang membawa utusan lagi. Memberitahu dia masih tak putus asa untuk mendapatkan aku.

Selepas menghantar Shelly, aku memandu dengan berhemahnya sambil melayan lagu *New Rules* – Dua Lipa.

Tengah syok2 aku nyanyi, tiba2 pulak radio aku pandai tukar siaran. Dalam gangguan signal radio tu aku dengar bunyi gamelan dan seruling silih berganti.

Aku memberi signal ke kiri, memberhentikan kereta aku di tepi jalan. Jam di skrin radio menunjukkn 10:43pm. Radio kembali meneruskan lagu *New Rules*. Aku pejamkan mata seketika. Bau wangi menusuk ke hidung aku. Radio mula menyepi, tiada kedengaran kereta lalu-lalang. Aku mulai tenangkan diri, fokus dengan deria pendengaran. Bunyi ombak mula bertandang, semakin jelas.

Chinggggg *
Chinggg *

Bunyi loceng yang masih menjadi igauan aku. Dia mendekat. Bunyi loceng itu semakin jelas mendekat.

“Aku kembali …..” – dalam dialek jawa (aku translate .. sebab aku tak tahu bahasa apa yang dia pakai. Tapi aku boleh faham.

Seiring itu, aku rasakan ada sesuatu mula menjalar dari tapak tangan aku sehingga ke siku.

Indra ku buka. Ular tedung selar menjelirkan lidahnya yang bercabang memandang tepat ke arah muka aku. Belum sempat dia bertindak hendak membuat lovebite dimuka aku, aku dulu mencengkam tubuhnya sambil membaca Surat Ash Shaffaat Ayat 79.

#Surah tersebut boleh diamalkan untuk menghindari diri kita dari binatang berbisa. InsyaAllah dengan izin Allah S.W.T

Perlahan-lahan genggaman aku leraikan, ular tersebut hilang dari radar. Dari mana dia datang dan ke mana dia menghilang, bukan itu yang aku ingin tahu.

Aku menghembus nafas panjang.

Beristighfar.

Sesampai dirumah, aku mengambil wudhuk dan menunaikan solat Isya yang aku tinggalkan kerana leka membawang .. hihihi .. aku manusia biasa tak lepas dari kesilapan..

. . . .

Amaran ke-dua

Aku dan Nono dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi Kak Nia. Nono lelap di kerusi penumpang, kepenatan bermain dengan Udin sepanjang hari.

Malam makin kelam, kabus mulai muncul entah dari mana datangnya menyelubungi kawasan perumahan kami.

Aku mulai tak sedap hati. Aku cuba bangunkan Nono tapi tidak ada tindak balas. Aku perlahankan kenderaan takut terlanggar anjing2 jiran yang sering berkeliaran di kawasan tersebut.

Bau wangian melur bersilih ganti bau kemenyan. Aku mula membaca surah Qursi. Sambil2 membaca aku terlihat susuk tubuh seorang perempuan, rambut mengurai, berbaju kurung berlitup kain batik, makcik manalah yang sedang berjalan disebalik kabus malam ni.. alahaii ..

Perasaan aku menjadi ragu. Ingin lalu atau mengikut sahaja susuk tubuh perempuan itu.

Aku memutuskan untuk mengikut sahaja.

Dia berhenti.

Aku pun laju jer tekan break kaki. Hahahah.

Dalam rasa ingin tahu, dia menoleh ke arah aku. Aku pun focus betul2 nak tengok muka makcik mana lah ni, berjalan sendirian malam hari.

Tapi oleh kerana kabus malam, aku xnampak dengan jelas. Hanya lampu kereta menerangi jalan.

Dia berdepan dengan aku.

Melangkah perlahan-lahan, semakin hampir.

Semakin laju langkah nya dan terus berlari menuju kearah kereta aku. Aku yang tengah gelabah tak tahu nak buat apa, hanya pejamkan mata.

Aku terkumat-kunit membaca surah. Sambil tangan kiri ku menggerakkan Nono dari tidur.

“kak.. kenapa ni, eyh.. kita dekat mana ni kak?”

Aku buka mata .. aku lihat sekeliling kami. Kami berada di sisi jalan tak jauh dari rumah.

• * * * *

Dirumah, aku sujud berdoa kepada Allah S.W.T semoga anak jiran aku (Shila) dijauhkan dari perkara yang xdiingini. Janganlah dia menjadi sasaran selepas kejadian yang menimpa keluarga kami.

Aku yakin, perempuan yang aku lihat tadi rupa dia seperti wajah Shila walaupun aku hanya melihat seketika wajah perempuan itu.

Jam hampir 11mlm. Seperti biasa, Mamy dan Dady ada pesakit yang memerlukan rawatan mereka. Hanya tinggal aku dan Nono di rumah. Aku pejamkan mata sedaya upaya melelapkan mata, berzikir didalam hati.

Chinggggg… Chingg.. ching !

Gemerincing loceng mengganggu tidur aku yang telah dibuai mimpi indah.

Aku bingkas bangun.

Suasana bilik agak sejuk. Walaupun aku hanya memakai kipas. Guruh berdentum. Kedengaran air hujan membasahi bumbung rumah.

Aku selakkan jendela tingkap. Kereta Mamy dan Dady belum ada diperkarangan rumah. Maksudnya masih kami berdua Nono sahaja dirumah.

Chinggg .. chingg ..

Bunyi loceng itu memanggil-manggil. Aku keluar dari bilik tidur pergi ke ruang tamu rumah. Tercari-cari bunyi loceng yang masih menghantui hidup aku sehingga kini.

Bau wangi menusuk ke hidung. Guruh berdentum menggetarkan jantung. Bunyi loceng jelas kedengaran di bahagian dapur. Aku melangkah ke ruangan meja makan.

Nono sedang menari-nari dengan lenggukkan tanpa musik hanya bunyi loceng kedengaran dari arah nya. Asyik betul dia menari seperti tarian jawa.

Aku membacakan surah-surah berikut :-
1) Surah al-Baqarah: 255
2) Surah al-Baqarah: 257
3) Surah al-Baqarah: 284-286
4) Surah al-Ikhlas: 1-4
5) Surah al-Fatihah: 1-7

*Kesemua ayat ini menceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t, keluasan ilmu dan kerajaan-Nya serta tiada sesuatu pun yang
bersekutu dengan-Nya. – boleh amalkan kalau ada sesiapa yang kena rasuk. InsyaAllah dengan keizinan-Nya*

Sambil aku membaca surah, dia menjeling kearah aku sambil tersenyum sinis. Sekejap ketawa kecil, sekejap menangis.

Habis jer aku baca kesemua surah, tubuh Nono rebah ke lantai dapur. Asap hitam berkepul-kepul keluar dari tubuh Nono naik ke atas siling rumah kami. Aku ambil air dan jirus ke muka adik aku.

Kami berdua duduk diruang tamu. Seingat Nono, dia bangun dari tidur menuju ke dapur untuk minum air. Waktu tu hujan ribut, entah dari mana bila dia nak buka peti sejuk, ada angin dari belakang terus dia tak ingat apa yang terjadi. Hanya tubuhnya merasa lesu dan penat.

• * * * *

Aku ceritakan kepada Mamy dan Dady kejadian beberapa hari lepas dan kejadian semalam. Mamy dan Dady pun dah rasa ada sesuatu yang belum selesai, kerana semalam waktu dalam perjalanan pulang ke rumah, ada sesuatu yang menghalang penglihatan ayah sehingga mereka tidak menjumpai jalan ke rumah.

Aku pun setiap hari minggu akan stalk rumah kak Som, kot-kot Shila ada balik kerumah hujung minggu. Namun sudah 2minggu berturut-turut budak tu tak balik. Agakny ada kelas ganti kot. Aku hanya berfikir positif.

Hampir sebulan jugalah Shila ni tak balik dan semalam Mamy bagitahu yang Shila ada dirumah Kak Som tetapi keadaannya tidak berapa sihat. Aku dan Mamy hendak melawat Shila namun niat kami batalkan. Maklumlah bukan jiran yang mesra alam tetiba nak bermesra mestilah orang akan rasa pelik kan. hehehe

Malam sebelum kak Som datang kerumah kami, aku didatangi di alam mimpi oleh Ibu Raisha. Rindunya tak tertahan, rasa ingin ku peluk tubuh Ibu setelah hampir sebulan tidak berjumpa. Kedatangan Ibu Raisha membawa berita yang kurang menggembirakan berserta amaran, bahawa akan datang dugaan yang lebih hebat dari sebelum ini.

• * * *

Ditengah hari minggu yang damai, pintu rumah kami diketuk.

Kak Som dengan suaminya serta Shila bertandang ke rumah kami membawa hajat meminta bantuan daripada kami sekeluarga.

Kak Som duduk melutut dihadapan Mamy dan Dady sambil menangis meminta maaf.

“Saya minta maaf dengan kakak dan abang, saya tahu kami bersalah sebab buat cerita tentang anak kakak. Maafkan saya dengan Shila kak. Shila tak salah. Saya yang buat andaian semua tu kak. Maafkan kami sekeluarga kak.” – Kak Som memegang kedua belah tangan Mamy.

“Awak tak buat apa salah pun Som dekat kami. Kenapa ni? Akak tak faham kenapa kamu nak minta maaf ni?” – Mamy turut duduk berdepan dengan Kak Som sambil memeluk tubuh kak Som

“Som yang buat cerita kak. Som yang cakap anak kakak bela saka sampai jadi gila haritu kak. Ya Allah.. maafkan saya kak !!.. Minta tolong akak sekeluarga maafkan anak saya. Dia tak salah kak. Tolong buang barang yang ada dekat anak saya kak.” – semakin nyaring suara tangisan Kak Som memecah keheningan tengah hari.

Mamy hanya memeluk tubuh Kak Som dan memujuk Kak Som untuk berhenti menangis dan meminta dia untuk duduk semula disofa.

Mamy menjelaskan kepada Kak Som tentang semua gosip dan apa yang Kak Som fikirkan itu tidak benar. Keluarga kami bukan lah seperti yang mereka fikirkan. Satu persatu Mamy dan Dady jelaskan kepada mereka tentang Ruqyah. (Kepada yang nak lebih jelas boleh lah ke mahaguru alam siber iaitu GOOGLE)

Selesai bab-bab salah faham dengan tangisan sendu Kak Som, kami bersetuju untuk membantu Shila.

Shila menceritakan dengan teliti setiap peristiwa yang dialami nya dengan rakan-rakannya sepanjang dia berada di asrama.

Sehinggalah semalam, perutnya merasa panas dan ngilu, sakitnya tidak tertahan seperti kulit perutnya digigit-gigit. Tekak nya merasa loya, hendak muntah namun tiada apa yang keluar. Kakinya merasa kebas tidak dapat bergerak. Kulit tubuh belakang badan nya merasa gatal dan kasar seperti bersisik.

Oleh kerana merasa takut dan risau akan keadaan dirinya, Shila memberanikan diri bercerita dengan Ibu nya dan bersetuju untuk meminta bantuan kami agar membantu Shila.

• * * *

Malam minggu itu, aku tak keluar melepak dengan member sebab ada tugasan yang nak dibuat. Walaupun dah janji dengan member squad BFF nak push rank Mobile Legend (waktu ni aku masih di rank master abadi – sekarang aku dah legend tau nak naik mythic jer masih dalam mimpi indahku.. hurmm)

Selesai solat isya, kami menanti kedatangan Cik Ngah untuk membantu kami pada malam tersebut.

Al-quran yang di hadiahkan oleh Ibu Raisha kepada aku dipeluk setelah selesai membaca juzuk At-Taubah. Aku menjengah keluar apabila mendengar enjin kereta Cik Ngah berhenti di luar perkarangan rumah. Langit kelam tanpa sebutir bintang, hati aku mula merasa tak senang. Seperti ada tugasan yang berat terpikul dibahu.

• * * * *

“Moda kabeh !!! Moda Kabeh !!! (Sebutan hampir macamtu .. dia cakap m**i kamu semua)

Mata Shila tertutup rapat. Hanya sebutan itu yang berulang kali disebutnya.

Mamy membaca surah-surah ruqyah. Cik ngah berada dihujung kaki Shila memegang ibu jari kaki nya. Dady pula berada di atas kepala Shila. Aku duduk disisi Shila. Kelebihan yang aku miliki membolehkan aku untuk melihat disebalik tubuh kecil Shila ada penghuni-penghuni kecil yang sedang bercambah. Memenuhi ruang kosong isi perutnya.

Perlahan-lahan aku mengosok perut Shila, seiring itu juga dia menjerit-jerit kesakitan.

Setiap bahasa yang keluar dari mulut Shila adalah bahasa yang aku sendiri tidak tahu namun yang pastinya aku memahami maksudnya.

“Sakittt .. jangan sentuh anak-anak aku !!!”

Hanya jeritan dari Shila kedengaran. Tubuh nya merontan-ronta namun tidak mampu untuk bergerak bebas kerana telah di kunci tubuhnya oleh Dady dan Cik Ngah.

Sesekali Shila menangis merayu dengan aku “tolongggggggg… Jangan b***h anak saya….tolonggggg .. ampuni saya .. jangan b***h merekaaaaaa”

Aku memandang kearah Cik Ngah dan Dady, mereka berdua menggelengkan kepala. Hakikat seorang wanita agak lemah dengan rayuan. Namun aku perlu ingat bahawa aku ditugaskan untuk menyelamatkan Shila dari mangsa kerakusan makhluk keji ini dari terus menumpang ditubuh insan yang tak berdosa.

Aku teruskan membaca surah-surah terpilih antara nya ialah :-
1) AN NAHL 49-50
2) AL- A’RAAF 206
3) AL-ISRA’ 44

Terdapat beberapa lagi surah-surah yang boleh diamalkan bertujuan untuk menyembuhkan segala penyakit namun dengan keizinan-Nya.

Sambil mengurut perut Shila, terasa kulit tubuhnya yang keras dan kasar seperti bersisik, seperti yang dinyatakan Shila pagi tersebut.

Untuk pengetahuan semua, tubuh Shila diselubung dengan kain batik untuk menjaga aurat nya. Kak Som dan suami turut serta sepanjang proses Ruqyah.

“B***H !! Manusia tidak berguna ..” – Shila mengangkat kedua-dua belah tangan nya sambil melekukkan jari jemari sambil menggerakkan tangan nya ke kiri ke kanan seperti menari.

Kakinya merontan-ronta minta dilepaskan, namun Cik Ngah masih bertenang mengunci ibu jari kaki Shila. Kepala Shila ke kiri ke kanan ingin melepaskan dari kekunci Dady.

Tidak lama kemudian tangan aku merasa hangat dan penat. Aku berhenti seketika. Waktu itu Shila mengangkat separa kepala nya dengan mata terpejam melihat aku dan tersenyum.

Aku bingas bangun dan ke ruangan dapur. Tiba-tiba aku rasa takut dan hilang keyakinan diri. Peluh membasahi tapak tangan aku.

“Liz okay tak ni?” – Mamy menuang air digelas dan memberikan kepada aku

“Entah lah Mi .. tangan Liz rasa panas dan penat sangat ni..” – aku meneguk air sejuk yang Mamy bagi dan memicit-micit pergelangan tangan kanan aku.

“Kalau Liz rasa tak dapat teruskan, tak apa sayang.. mamy tolong sambung” – aku hanya menggangguk

Mamy ambil alih tugasan yang sepatutnya aku galas. Tapi aku tak kuat dan tak percaya diri.

“Kih kih kih kih kih .. kamu manusia lemah tidak punya apa.. dia yang mahu dan izinkan aku menyemai benih pada dirinya.” – Suara garau muncul dari mulut Shila.

Kelihatan Mamy juga tidak dapat bertahan lama. Tangan Mamy lebih teruk daripada aku apabila tangan nya seperti melecit terkena air panas. Segera aku ubati tangan Mami yang terkena bisa yang ada diperut Shila.

Cik ngah dan Dady kelihatan masih kuat dan tetap mengunci tubuh Shila menahan dari tubunya diambil alih dari makhluk tersebut.

Hanya aku mampu untuk membuang bisa yang ada diperut Shila, memandangkan pesakit kami merupakan wanita, dan tempat yang dirawat agak sensitif, seelok-eloknya dirawat oleh Mamy atau aku untuk mengelakkan fitnah.

Aku mencuba untuk kali ke-dua.

Aku bisik ditelinga Shila.

“Shila.. berjuang dengan akak, akak perlu pertolongan dari Shila. Akak tak dapat seorang diri untuk bantu Shila. Akak perlu pertolongan dari dalam diri Shila. Shila kena kuat..kita sama-sama usaha buat Shila jadi lebih sihat..” – aku cium dahi Shila,saat itu airmatanya mengalir membasahi pipi.

Aku tahu Shila berjuang sendirian selama ini. Lemah dengan pujuk rayuan janji manis dan telah rebah kepangkuan makhluk tersebut yang menggoda jiwa remaja gadis sunti ini.

Aku teruskan dengan membaca beberapa surah. Ada sesuatu yang tajam sedang menggigit tangan aku disebalik dari kulit perut Shila. Aku hanya mampu bertahan dan berdoa agar dipermudahkan urusan kami.

“Allahuakbar !!” – seiring dengan pergerakan tangan aku dari perut menarik bisa itu ke tekak Shila, namun berhenti setakat itu.

Bisanya semakin terasa apabila aku cuba menarik keluar dari tekak Shila.

“Allahuakbar !!!!” – cubaan kali kedua, namun rengat terasa di setiap tapak tangan aku buat aku semakin lemah.

Shila menangis teresak-esak.. Siapa yang menangis sebenarnya aku sendiri tak pasti. Shila kah? Yang berjuang untuk membebaskan dirinya sendiri dari terus dipergunakan atau makhluk durjana itu kah? Yang menangis kerana anaknya akan dibinasakan.

Aku pejamkan mata.

Fokus mencari kekuatan, kemampuan sendiri dan keyakinan bahawa Allah S.W.T akan membantu.

Aku belai perut Shila perlahan-lahan, mereka semakin menggelegak dan mengganas. Seperti hendak menyelamatkan diri, lari dari genggaman aku.

Aku titipkan doa meminta bantuan dari yang satu tiada dua. Memohon berikan aku kekuatan membuang bisa yang sedang memamah hidup-hidup isi perut Shila. Meskipun tapak tangan aku terasa sakit dan kebas terkena bisa makhluk tersebut, aku teruskan juga. Dari arah perut Shila, aku genggam mereka dengan erat agar tidak terlepas lagi diskala tekak .. hahahah

“Allahuakbar !!!!!!!” – lepas sahaja genggaman aku dari mulut Shila, aku tarik keluar akan mereka. Mulut Shila ternganga besar hampir seperti sebiji penumbuk tangan aku. Kalah mulut Boki (Mukbang) tau.

Mata nya terbeliak.

Selang sesaat, Shila memuntahkan air hitam pekat yang sangat berbau, Mamy sempat menyediakan baldi untuk memudahkan Shila membuangkan segala kotoran yang ada didalam tubuhnya selama beberapa minggu yang lalu.

Hampir 5minit untuk Shila mengeluarkan habis bisa didalam tubuhnya. Air hitam pekat itu berserta anak-anak ular halus seperti cacing meronta-ronta didalam baldi. Terpalit sedikit d***h merah disebalik muntah hitam tersebut.

Mamy menawarkan air untuk Shila minum bagi memulihkan semangat diri nya yang hilang. Selesai semua, Shila memeluk Kak Som dan meminta maaf kepada keluarga kami serta berterima kasih membantu dirinya.

Aku dan Cik Ngah membawa bekas muntah Shila ke halaman belakang rumah.

“Jangan ganggu mereka yang tidak bersalah. Jangan pergunakan mereka yang tidak berkait. Darjat kita tidak sama. Alam kamu dan kami tidak mungkin akan menyatu. Dengan itu, ini aku jadikan pengajaran terhadap kamu agar tidak mengganggu keturunan kami lagi.” – Cik Ngah memberi amaran kepada ‘dia’

Aku turut merasakan kehadiran ‘dia’ yang merupakan seekor ular yang telah melarikan diri pada malam pertarungan antara kami dan Ratu Gustika berada dikawasan sekitar halaman belakang rumah.

Cik Ngah membaca beberapa surah sebelum membakar bekas muntah Shila.

Ketika itu juga, seekor ular tedung Selar memunculkam diri. Berdiri dihadapan kami. Tubuhnya sebesar tubuh Cik Ngah. Matanya kemerahan memandang Cik Ngah.

Semestinya dia marah kerana anak-anaknya telah m**i dibakar oleh Cik Ngah.

Desiran ular itu berkata “aku akan b***h kalian semua tanpa belas kasihan !! Akan ku ganggu seluruh keturunanmu tanpa mengira sesiapa sahaja sehingga kamu tidak mampu membantu mereka semua..”

Berdesing telinga aku dengar. Cik Ngah hanya melihat ular tersebut sambil terkumat-kumit bibirnya membaca beberapa surah perlindungan diri.

“Engkaulah punca nya kehidupan kami tidak lagi sedamai dulu. Jika engkau menerima menjadi anak didiknya Ratu Gustika, aku tidak akan mengganggu sesiapa di muka bumi ini. Kerana Ratu, aku mengganggu sesiapa sahaja yang dekat denganmu. Kerana engkau juga, aku kehilangan anak-anak aku” – ular tersebut menjalar mengelilingi kami berdua Cik Ngah.

“Aku tidak mengganggu kerajaanMu. Aku menolak secara baik tawaran tersebut namun Ratu Mu enggan menerima keputusan ku kerana d***h dibayar d***h.” – aku memandang tepat kemata ular tersebut.

Kerana terasa tercabar dengan aku, ular tersebut meninggikan dirinya sehinggakan aku mendongak kelangit.

“Manusia durjana !!!!!!!!” – Ular tersebut hendak menyerang aku dan Cik Ngah.

Tapi dia tidak sedar, akan sepasang mata yang dari mula sudah sedang bersiap siaga untuk memerangi nya dari mencederakan aku.

Belum pun sempat ular tesebut hendak membaham aku, Azil muncul entah dari mana terus menerkam tubuh ular tersebut. Menggigit dengan rakus, mencakar tubuh ular tersebut sehinggakan dia tidak sempat mempertahankan diri lalu rebah kebumi. Azil menerkam kepala ular sawa tersebut sehingga tercabut dari tubuhnya dan meletakkan didalam api yang melarak dari hasil muntah Shila.

Aku mengucapkan terima kasih kepada Azil kerana datang membantu kami.

Aku membelai kepala Azil sambil menjawap salam nya menandakan dia harus kembali ke alam sana.

Selesai memusnahkan bisa dari tubuh Shila, kami kembali keruang tamu.

“Semuanya telah selesai. InsyaAllah, tidak ada yang akan mengganggu anak puan lagi nanti. Yang penting solat jangan tinggal. Baca Al-quran sekali sehari, jadikan pendinding diri dari dihampiri benda yang tak elok. Aurat kena jaga, makhluk macamtu sukakan aurat manusia yang terdedah.” – Cik Ngah memberi nasihat kepada keluarga Kak Som dan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memulihkan semangat anak gadis mereka

• * * * *

Keadaan mulai tenang semula, aku jalani kehidupan macam biasa. Setiap hujung minggu Shila dan Kak Som akan ke rumah kami untuk belajar membaca Al-quran dan mendalami ilmu agama dari Mamy.

Hujung tahun 2017 mulai menutup tirai. Membuka lembaran baru 2018.

Pada malam tukar tahun itulah, segalanya bermula lagi. Dendam Ratu Gustika dan penghuni laut selatan itu masih tidak padam.

Malam tersebut, menjadi mimpi ngeri buat adik aku Hasz. Satu persatu ahli keluarga aku menjadi mangsa buruan dendam mereka.

Semoga kita bertemu lagi di lain hari.

Nota : kepada para pembaca yang baru mengikuti kisah perjalanan hidup aku bolehlah membaca dari kisah hidup aku sebelum ni di Fiksyen Syasha, semua nya berkait-rapat dengan kisah hidup aku sekarang.

1) Sihir (1ep)
2) Lagenda Nyi Roro Kidul (5ep) – tajuk cerita telah disalah ertikan sebab aku tak tahu siapa sebenarnya yang mengganggu kami pada permulaan cerita.

Semoga kisah hidup aku menjadi pengajaran kepada kita semua.

Jangan terperdaya dengan janji manis dan nikmat yang dirasai, kerana setiap perkara ada balasan yang mereka inginkan dari kita.

Jangan mencari jalan mudah untuk hidup bersenang-lenang.

Jangan cepat mengalah apabila dugaan yang menimpa kita terasa beban. Kerana Allah S.W.T tidak akan menguji hambanya dengan dugaan yang kita sendiri tak mampu nak hadapi.

Pilihan sentiasa ada untuk kita. Pilihlah dengan berhati-hati.

Assalamualaikum W.b.t

Nurkilan
Liza

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Liza

7 thoughts on “Dendam Penghuni Laut – Tamat”

  1. Episode yg ni mcm pembetulan nama watak dr episode sblm ni dan ade detail sikit penceritaannya.. sptut mak shila cik som ep sblm ni nama Aunty Aira lak (mak liza)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.