Terima kasih admin FS kalau publish cerita aku ini untuk kali kedua aku send. Moga dimurahkan rezeki iya:))
Salam sejahtera warga FS sekalian. Mungkin aku penulis yg paling muda kat sini kot? baiklah, aku Nina berasal dari Kuching, Sarawak. Harini aku akan kongsikan cerita tentang DENGKI KAWAN BAIK. Waktu kejadian ni aku berumur 9 tahun pada 2012 dan tempat kejadian di utara semenanjung Malaysia.
Dekat tempat tinggal kami ni memang jiran dia tip top sekali. Dengan jiran yang boleh bawa bincang, jiran baik-baik belaka dan memang sporting gilalah jiran aku kat sini. Nak dijadikan cerita, aku punya jiran yang seorang ni kawan baik mak aku.
Petang-petang ja lepak, hujung minggu ja ‘ngirup’ (maksud dalam iban adalah minum beer/langkau/arak) memang best bersama dengan jiran aku seorang ni, nama dia Mak Lela.
Hari demi hari pun bermula, mak macam biasalah. Ambik dan jemput kami dua adik kat sekolah. Masatu masih kecil lagi boleh padat moto sampai 2 3 orang heheheh.
Aku masih ingat yang ayah memang tiada masa kejadian kerana menjalani operasi di Perak (ayah askar) memang jarang sekali ayah kat rumah sebab menjalankan tugas negara di sana. Balik kepada cerita aku tadi, pada malam kejadian aku dan adik memang akan tidur awal sebab masatu mana ada gadget lagi, mana ada Didi and Friends, Yang ada hanya pun Upin ipin ja, jadi masa kat ruang tamu tu memang ada mak dengan adik aku paling bongsu (7 bulan rasanya, masih meniarap) masatu.
Jadi haripun bermula, pada malam kejadian itu mak mengadu sakit kaki sebelah kiri. Aku ingat gout atau krem je tapi mak terus dikejarkan ke hospital.
Masatu sebab aku yang sulung, aku perlu jaga adik aku dua orang tu, sorang darjah 1 sorang lagi 7 bulan. Disebabkan aku ada jiran yang sangat baik memang aku terhutang budi dengan dia sebab sanggup jaga adik aku yang bongsu ini bawa ke rumah dia.
Jadi mak aku pun discharge dari Hospital tersebut. Tetapi berlanjutan lagi sakit kaki dia tu, kalau krem sekejap dpt sembuh tapi kali ini sakit kaki mak aku macam kena tikam ja kata mak sendiri.
Kau bayangkan, ayah aku yang operasi kat Perak tu terpaksa balik sini semula sebab risaukan anak2 dia yang memang masih kecil bagi dia. Jadi, ayah memang tak sedap hati.
Pergi hospital cek kaki, doktor kata tak ada apa-apa jadi doktor bagilah ubat tahan sakit dan discharge lagi dari hospital. Masuk kali ini, dua kali mak masuk hospital, dua kali itulah doktor sahkan memang tak ada apa2.
Kebetulan ada seorang hamba Allah yang sangat baik ketika itu, dia tolong ayah supaya berubat ke suatu tempat ini. Nah, dia pun bagi nombor telefon orang tersebut.
Pada keesokan harinya malam tersebut kami sekeluarga pergi berubat ke rumah yng dinyatakan kawan ayah aku itu. Sampai saja di sana, mak disuruh berkemban kain batik dan baring. (ada bini Pakcik tu sekali) Pakcik yang rawat mak aku ni nama dia Pakcik Mat, dia usap usap kaki mak aku sambil mulut dia terkumat kamit membaca sesuatu.
Baca dan baca baca baca, sesuatu yang aneh keluar dari kaki mak aku. Korang semua tahu tak apa benda itu? 2 bilah jarum dengan garam.
Pakcik Mat tu dia tak kata sapa buat cuma dia suruh minum air ni dan kamu akan bermimpi jadi siapa yang kamu jumpa dalam mimpi tersebut adalah ‘orang’ yang hantar benda tersebut.
Aku pernah terjumpa sesuatu dalam rumah. Aku pernah nampak orang gelap berbadan besar tengah potong bawang kat dapur. Dia membelakangi aku, aku terus masuk bilik sekali pandang keluar lagi suppp terus hilang orang tu. Rupa orang gelap tu sebijik macam suami Mak Lela, jiran aku tu.
Aku husnuzon, mungkin gangguan perasaan je kot. Kes kedua pula, aku dengar orang gelak tengah malam sambil tv berbunyi memang kuat. Lepas malam aku dengar orang gelak, aku tanya mak aku sama ada dia ke bukan yang gelak malam tadi. Mak menafikan yang mak memang tak gelak kuat2 pun macam malam tu. Aku diam lagi.
Hari demi hari berlalu, mak makin membisa dan makin sakit katanya. Mak Lela iatu jiran aku bertandang mari menanya khabar mak aku. Baiknya hati Mak Lela ni….
Disebabkan tempat berubat Pakcik Mat itu jauh gila sampai terpaksa keluar dari negeri jadi ayah cari lagi tempat berubat yang sesuai dan tak jauh dari rumah. Dan ayah pun jumpa.. Nama Makcik sorang ni Makcik Jawa. Dia ni orang Siam tapi tinggal sini dan memang pandai berubat. Kami sekeluarga pun bertandang ke rumah dia malam berikutnya.
Sesi berubat pun bermula, urut sini urut sana mak pun ok. Makcik Jawa ni ada kata dekat ayah dan mak, “orang yang dengki dengan kamu ni ada ikat sesuatu dekat luar rumah kamu” aku pun hairan. Jadi kerana perasaan ingin tahu yang gedik ni, aku pun melangkah keluar dan cari benda yang mak cik Jawa cakapkan tu.
Yes, memang ada cuma aku tak ambil. Aku pegang je. Dia adalah batu. Ye batu, batu yang diikat tali kuning. Seram dah aku
Selepas berubat, mak kembali sehat lagi tapi sampai bila? Sampai nenek aku kat Sarawak pos ‘ubat’ sembuhkan sakit mak aku ni. Mak mengadu memang sakit kena ‘buatan orang’ ini. Aku masih ingat ketika itu hari krismas, ramai yg bertandang ke rumah meraikannya. Tidak lupa juga mereka kepada mak aku kan..
Mak pun dapat berjalan sikit2 dan bila tiba2 bila mak nak membengkokkan kaki ketika mahu duduk di bawah, sakit itu datang kembali. Ayah call makcik Jawa suruh datang tengok
Makcik Jawa pun sampai… Dia kata orang yang buat ni tahu kedatangan Makcik Jawa jadi dia buat lagi kuat, sebenarnya orang yang hantar benda ni, dia guna khidmat bomoh Siam.
Makcik Jawa pun menaburkan pulut kuning dekat luar rumah kami sambil membaca sesuatu di mulut. Makcik Jawa mengatakan orang yang hantar benda ini adalah orang yang dekat2 dengan kami.
Aku fikir siapakah dia itu? Kalau korang nak tahu, Mak Lela yang buat benda ni kat mak aku. Sebab apa? Sebab dia dengki dengan kehidupan kami, sebab mak bahagia dengan ayah. Itulah punca dia buat macamtu. Mak tidak menghantar balik benda tersebut malah sempat berpesan
“percayalah orang yang buat benda ini adalah orang yang tiada pegangan hidup. Biarlah Tuhan saja yang membalasnya”
jadi moral of the story, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua:) selepas kejadian yang menimpa mak aku, ayah aku terus mintak posting (berpindah) ke Sarawak. Akhirnya, kami pun berpindah…
Sampai sini saja coretanku, moga Tuhan memurahkan rezekimu Mak Lela:’)
Ikhlas daripada anak si Mangsa,
Nina Kuching, Sarawak
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sbb tu ak xsuka rapat sgt dgn manusia ni. Manusia ni mcm2. Org bahagia pun dia dengki. Satu lg kawan baik. Ak xsuka trlalu baik sgt. Sbb akn ad manusia yg iri hati dan dengki. Baik ak bt hal ak. Sbb ak pnh ad kwn baik tp dlm diam dia hati busuk.
Nina, kalau ikot perkiraan nek, umur ko 16tahun kan tahun ni? wahh, pandai ek guna perkataan husnuzon..huhu..tp betul la, dalam2 ramai2 kita berkawan, belom tentu semua nya ikhlas.. bukannya semua baik.. ada yg cemburu… tp camtu la lumrah kehidupan…
Apa jd dgn mak leha lepas fmily nina dpat tau dia yg buat??? Dia masih btandang kh?? Ada jg jiran yg mcm tu kan.. hmmmm.. semoga kita di jauh kan dri mereka2
hai Nina , ktk mlayu or Iban ? kmk mok tnyak jak ..iboh marah aok .