Derita Abah

Salam buat semua pembaca FS. Aku ucapkan terima kasih kepada admin FS sekiranya kisah aku ini disiarkan. Kisah ini agak panjang dan tidaklah seram mana. Kisah ini tentang sifat busuk hati manusia yang membawa kepada kehancuran sebuah keluarga. Aku harap kalian sudi membacanya.

Nama aku Nasha. Aku ada 8 beradik dan aku yang bongsu. Kisah ini tentang abah aku. Masa umur aku 6 tahun, abah diserang penyakit strok. Abah lumpuh separuh badan. Mak serta kakak dan abang aku berulang-alik bawa abah ke hospital. Abah warded tiga hari dan doktor suruh bawa balik abah sebab doktor tak mampu nak rawat abah. Bila abah mula-mula sakit, keluarga kami porak-peranda. Hari-hari abang kakak aku bergaduh. Masa tu kakak aku 2 orang dan abang aku sorang dah kahwin. Suami along dengan along datang melawat abah sekejap je. Lepas tu terus hilangkan diri macam tu je. Angah dengan wife dia pulak tak betah duduk kat rumah kami tu. Ouh ya lupa nak cakap family aku duduk kat rumah kampung masa ni. Kampung apa tak boleh cakap yang pasti kampung ni memang tempat jin bertandang. Jadi yang tinggal hanya lah kak lang aku iaitu kak aku no. 3 dan kami yang lain. Suami dia takde kerja luar masa tu.

Walaupun masa abah jatuh sakit tu abah baru pencen tapi tetap terasa kehilangan tunjang utama keluarga. Bila ikhtiar cara moden tak berhasil, kami Cuba pula cara tradisional. Banyak yang datang membantu… ada yang ikhlas, ada yang menipu dan menjadi penunggang agama semata-mata. Kebanyakan perawat yang cuba bantu abah semuanya beri jawapan yang sama iaitu abah sakit kerana buatan orang dan bercampur dengan benda yang dipanggil saka. Kesemuanya tak mampu nak buang benda tu dan suruh kami cari orang lain. Aku yang waktu itu baru setahun jagung masih tidak mengerti kesusahan yang dihadapi. Setiap malam kami diganggu. Kadang makhluk hitam berbulu besar berjalan di atas bumbung rumah. Kadang ular hitam banyak masuk dalam rumah. Setiap hari abah mengamuk baling-baling barang. Mama pula hampir setiap hari meracau. Sungguh aku terseksa waktu itu. Aku hanyalah anak kecil yang baru ingin mengenal dunia tetapi diuji dengan hasad dengki dan busuk hati manusia.

Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Suatu hari seorang kawan lama abah semasa dia bekerja dulu datang melawat abah. Sesampainya dia di rumah kami, alangkah terkejutnya dia apabila melihat abah terlantar sakit dengan mulutnya yang herot. Aku namakan kawan abah ni sebagai Wak B sebab aku tak ingat nama dia. Menurut Wak B, dia tak tahu pon abah sakit. Hajat dia sekadar melawat kawan lama sahaja.

Okay, Wak B ni pandai mengurut. So, dia urutkan lah abah sikit supaya abah boleh gerakkan tangan dan kaki dia. Sepanjang Wak B urutkan abah, dia hanya berdiam diri sahaja. Setelah selesai, dia beritahu kami bahawa semua saraf abah di bahagian yang lumpuh itu telah m**i dan mulut abah yang herot itu telah pulih sedikit. Kata Wak B lagi, esok dia akan bawa kawannya untuk merawat abah.

Esoknya, datanglah Wak B dengan kawannya Wak Din. Wak Din cuba sedaya upaya membuang benda tak baik yang dihantar kepada abah. Namun hanya separuh sahaja yang dapat dibuang. Masih ada lagi saki bakinya yang tidak dapat Wak Din buang. Menurut Wak Din, sekiranya kami terus tinggal di rumah itu… kehidupan kami tidak akan tenteram. Jika kami nak selamat, kami harus keluar dari rumah itu. Pada mulanya mama membantah. Yelah siapa tak sayangkan rumah sendiri kan. Tanah sendiri. Tapi Wak Din kata dah takde cara lain selain keluar dari rumah itu. Wak Din bagi mama 2 pilihan sama ada rumah atau anak-anak? Maksudnya kalau mama berdegil tak nak keluar dari rumah tu, orang tersebut akan aniaya anak-anak mama pula. Demi keselamatan kami dan kesihatan abah, malam itu juga kami sekeluarga pindah dari rumah itu sehelai sepinggang. Setelah beberapa tahun pindah, mama jual tanah tersebut walaupun sebenarnya mama sayang. Sampai lah ke hari ini, aku tidak lagi menjejakkan kaki ke kampung tersebut.

Kini 11 tahun telah berlalu, keadaan abah masih sama, masih lumpuh separuh badan dan tidak dapat berjalan. Kemahuan manusia yang berhati busuk itu telah tercapai. Keluarga aku berpecah belah, kakak dan abang aku masing-masing membawa haluan sendiri. Itulah yang dia mahukan 11 tahun dulu. Melihat keluarga aku kacau bilau. Tahniah aku ucapkan kepada manusia tersebut. Kerana kau aku tidak dapat merasa kasih seorang abah sepanjang aku membesar. Kerana kau juga aku kehilangan kakak dan abang yang satu ketika dulu pernah bergelak tawa dan bergurau senda denganku. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya kenapa kau tidak buat abah aku sampai m**i? Kenapa kau perlu menyiksa kami dengan cara ini? Cukuplah… keluarga aku dah banyak menderita kerana perbuatan kau. Hanya kerana dendam kau dengan abah aku, mengapa anak isterinya turut terkena?

Terima kasih kerana membaca dan semoga dapat diambil pengajaran untk kita semua.

Nasha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

10 thoughts on “Derita Abah”

  1. sabarlah nasha..doa yg baik2..semoga Allah membalas perbuatan org yg menganiaya keluarga awk. Jgn putus doa agar diberi kekuatan & ketabahan utk awk sekeluarga dlm menempuh ujian dr Allah..semoga Allah beri kesembbuhan buat ayah & mak awk juga. Ingatlah Allah itu Maha Mendengar, Maha Melihat & Maha Adil..semoga awk mendapat kebahagiaan yg awk cari suatu hari nnt, jika bukan di dunia, mungkin di akhirat kelak.

    Reply
  2. Bwa bersabar la ye, Allah lebih sygkan abah nasha. Anggapla smua ni adalah ujian.. Ada hikmah disebaliknya. Tpi jgn risau, kifarah wujud. Tunggu masa kena kat mreka balik.. Lagi2 dlm kubur nati fuhhh 🔥🔥 harap mreka smpat bertaubat

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.