Detektif D9 ( DEPARTMENT )

Aku pulang awal di malam ini dari kebiasaan, fikiran ku saat ini terlalu padat dengan semua teori yang tak berlandasan. Terkadang aku merasakan sukar untuk menjadi seorang yang tak mudah mengalah. Kata orang, tak semua benda dapat di selesaikan. Tapi ini sudah menjadi tugas hakiki bagiku. Aku bertanggungjawab atas setiap kes yang diberikan. Semua petunjuk dan teori menemui jalan buntu membuatkan aku merasa runsing. Dalam keadaan seperti itu, tiba tiba aku seolah dapat merasakan seolah ada sesuatu yang berada di dalam bilik bersama dengan aku. Aku cuba melihat sekeliling tapi tidak ada apa yang aku nampak namun kewujudan akan sesuatu yang asing masih dapat di rasakan. Seperti ada sesuatu yang sedang bernafas masuk dan keluar namun wujudnya tak dapat kau lihat…

Aku cuba mengabaikan dengan menganggap mungkin hanya perasaan aku sendiri sebab fizikal dan mentalku terlalu penat. So then I decided to go and took a shower. Cuaca malam itu agak dingin, sama seperti sikap kau terhadap ku. Setelah selesai mandi. Niat hati ingin lelapkan mata yang sudah jemu melihat dunia. Aku bosan dan muak akan manusia yang selalu berkata bahwa dunia ini berwarna warni tanpa mereka cuba untuk mengetahui bahwa aku buta warna saat ini. Aku hampir hanyut ke dunia mimpi namun tiba tiba telinga aku menangkap akan suatu jeritan yang datang dari bawah. Dan secara tak lansung datang musik yang menyeramkan. “ argh, mungkin abu sudah pulang “. Kata hatiku.

Namun semakin lama semakin kuat suara musik itu, membuatkan aku merasa bingit. Aku bangun dari katil cuba untuk turun ke bawah. Aku hempaskan pintu dengan kuat. “ hoi, aku nak tid… “ kata kata ku terhenti sama seperti langkah kakiku menuruni anak tangga. TV tidak terbuka, tiada seorang pun manusia di bawah. Suara musik tadi juga berhenti setelah aku menyedari akan hal itu. Badan ku keras membatu di anak tangga terakhir aku berhenti melangkah. Aku cuba memikirkan tentang apa yang aku hadap sebentar tadi. Kalau nyata pun aku masih belum dapat selesaikan inikan pula sesuatu yang tidak kelihatan. Cepat cepat aku memberhentikan permikiranku dari jauh masuk ke dalam ruang permikiran. Aku langkah dengan cepat masuk semula ke bilik untuk menghubungi abu.

“ aku masih di pejabat “. Jawapan yang aku terima dari abu. Sekali lagi aku abaikan apa yang terjadi. Aku cuba lelapkan mata namun kali ini seolah tidur itu bukan suatu kebiasaan bagiku. Terasa susah sekali untuk pejamkan mata. Ya aku tau tidur tidak akan membantu jika penatnya jiwa bukan badan. Namun Cuma di saat aku tidur, aku tidak merasakan apa apa. I feel nothing and I like it. Aku beranikan diri untuk turun ke bawah, setelah sampai di bawah, aku membuka peti ais, lalu aku mengambil sebotol ubat batuk lalu aku teguk ke semuanya hingga habis. This is my bestfriend, he always help me when I needed a sleep. Aku buang botol ke dalam tong sampah. Tiba tiba pintu peti ais tertutup dengan sendiri. Aneh. Aku buka pintu peti ais tadi sehingga habis. Mustahil untuk tertutup sendiri. “ lantak kau ah sial “. Aku jerit sambil berjalan menuju ke atas.

Ketika seseorang itu berada dalam keadaan marah. Tidak ada apa yang dia takutkan. Itulah yang aku rasakan saat itu. Sekali lagi aku cuba untuk tidur. Aku dapat mendengar bunyi enjin kenderaan mendekati rumah. Abu sudah pulang. Aku cam suara enjin tersebut. Biasanya aku sudah tertidur setelah aku minum ubat batuk. Namun kali ini berlainan. Permikiranku sentiasa berpusing, tak dapat aku nafikan yang aku sedangkan berfikir tentang apa yang terjadi tadi dan apa yang mungkin akan terjadi selepas ini. Abu membuka pintu, meletakkan barang barangnya di atas meja. Lalu mencapai tuala untuk mandi. aku merasakan bingit sekali suara air yang jatuh ke lantai. Aku mendekati bilik air. “ boleh tak kau mandi dekat bawah ? “. Tanya aku dengan nada keras. Abu memberhentikan air. Tanpa berkata apa apa dia terus keluar dengan hanya memakai kain tuala untuk turun ke bawah.

Aku dah tak sedar apa yang jadi masa ni, mungkin aku sudah tertidur. Tapi tak lama selepas tu aku terjaga bila mendengar suara air yang jatuh ke lantai. D***h aku mulai naik. Aku begitu marah saat ini. Aku perlukan tidur. Tapi kenapa selalu ada gangguan. Aku mengetuk ngetuk pintu bilik air dengan kuat tanpa berkata apa apa. Abu dengan pantas membuka pintu bilik air terpingga pingga melihat aku dengan keadaan seperti itu. “ aku suruh kau mandi dekat bawahkan ? “.kata aku. “ huh ? aku baru sampai ni. Bilanya kau cakap ? aku tengok kau tidur tadi “. Jawab abu yang membuatkan aku pula terpingga pingga kali ini. “ seriously ? “ Tanya aku. “ kau okay ke tak ni ? cuba tenang. Cerita dekat aku apa yang jadi ? kau nampak cemas “. Jawab abu yang terus keluar dari bilik air dan menarik kerusi berikan untuk aku duduk.

Abu dengan tenang menyalakan rokok di bibirnya dan melemparkan dekat aku kotak rokoknya untuk aku hisap. “ something went wrong. I can feel something wrong somewhere tapi aku tak tau apa benda tu “. Kata aku. “ perasaan kau ? “. Abu menjawab dengan pertanyaan. “ no. sesuatu yang terjadi dalam nyata tapi aku tak dapat tafsirkan dalam dunia nyata “. Jawab aku tenang. “ HANTU ? “. Kata Abu dengan kuat bersama dengan muka tertanya tanya dan takut. Belum sempat aku berkata apa apa untuk menceritakan tentang apa yang terjadi sebentar tadi. Tiba tiba, kuat! Kuat sekali terdengar suara bayi menangis dari luar. Aku dan Abu masing masing terdiam sambil menatap muka masing masing.tak lama selepas itu terdengar suara akan seseorang sedang berlari. Aku menjengukkan kepala di sebalik jendela.

Tanpa berkata apa apa. Aku terus berlari keluar dari bilik. Turun ke bawah dengan pantas. “ sial “. Aku terlupa anak kunci. Belum sempat aku berpatah balik, Abu sampai dan terus membuka kunci. Aku terus berlari keluar untuk mengejar seseorang yang menceroboh ke halaman rumah. Setelah keluar dari pagar. Aku sudah kehilangan jejak. Aku sudah tak nampak lagi batang tubuh yang tadi aku lihat dari tingkap corridor. Aku mula teringat akan suara bayi yang menjerit tadi. Aku melihat Abu meniarap sambil tangannya cuba mencapai sesuatu di bawah kereta. “ tolong! Bawah ni “. Panggil Abu meminta tolong. Aku mendekati Abu dan aku meniarap. Apa yang aku lihat, seorang bayi yang mungkin baru beberapa minggu di lahirkan berada di bawah kereta. Dia masih hidup dan cuma di balut dengan kain batik. Setelah berjaya di bawa keluar. Abu memberikan pada aku.

Abu lari masuk ke dalam dan keluar semula sambil membawa kunci keretanya. Dia membukakan pintu penumpang. Aku tanpa berkata apa apa hanya mengikuti. Masuk ke dalam kereta. Aku hanya diam menatap muka bayi yang aku sedang gendong saat itu. Aku cuba bertanya kenapa tak menghubungi ambulan? “ that baby might be dead first if we wait “. Jawab Abu. Kereta yang di pandu abu menluncur laju di sebuah jalan raya yang sunyi dan di kelilingi hutan kiri kanan, lampu jalan juga berjarak jarak agak jauh. Ini adalah jalan pantas untuk menuju ke hospital. “ wow wow, slow down..pelan……. pelan! Dengan kelajuan ni we gonna fly buddy “. Jerit aku meminta abu kurangkan kelajuan. Ada jambatan pendek yang reka bentuknya akan membuatkan kereta terbabas kalau terlalu laju.

Abu memperlahankan kenderaan. Setelah lepas dari jambatan tadi. Abu mula menekan pedal minyak semula. aku tundukkan pandangan semula untuk melihat keadaan bayi…..tiba tiba perasaan yang sukar aku fahami, bercampur baur semuanya. Takut, hairan dan macam macam lagi. Aku sudah tak dapat berfikir dengan tenang masa tu. “ Pull over! ….. Pull over “. minta aku dengan nada perlahan. Namun Abu seolah tidak mengendahkan. “ pam pam pam “ aku menumbuk numbuk dashboard kereta sambil menjerit sekuat hati “ Berhentilah sial! “. Terdengar bunyi geseran tayar dan jalan tar. Aku dengan pantas membuka pintu kereta setelah kereta sudah perlahan. Aku tak menunggu sehingga kereta betul betul berhenti lagi.

Dengan sepenuh tenaga, aku lemparkan bayi tadi ke dalam hutan. Abu menjerit “ woi “. Dengan pantas meluru ke arah aku dan menolak badan aku “ kau gila ? aku dah cakap kau depression tapi kau nafikan. Fuc*ing bas*ard “. Marah abu. Aku hanya diam melihat Abu yang dengan pantas mengambil lampu suluh dari dalam kereta lalu berlari menuju ke dalam hutan tepi jalanraya tersebut. Entah kenapa aku tak mampu berkata apa apa. Aku tak mampu menjawab. Aku tak mampu memberitahu apa yang terjadi sebenarnya. Kalau aku tekanan sekali pun, aku tak gila lagi untuk lempar seorang bayi kecil seperti tadi. Seluruh badan aku mengigil saat itu. Aku merasakan seolah aku tidak merasakan kaki aku. Aku terduduk menyandarkan badan di pintu kereta.

Aku melihat abu yang lari keluar dari hutan tadi. Dengan pantas membuka pintu kereta. Dia yang melihat aku seolah tak terdaya untuk bangun. Dengan pantas dia menarik badan aku naik untuk berdiri. Dia papah aku masuk ke dalam kereta. Aku masih lagi tak mampu berkata kata, badan aku masih lagi mengigil. Jantung aku berdegup kencang. Aku merasakan seperti ingin tercabut dari tubuhku. D***h seakan tidak berjalan saat itu. Aku tak pernah merasakan takut seperi yang aku rasakan masa tu. Abu juga tak berkata apa apa. Dia hanya fokus pada jalan. Setelah keluar ke kawasan bandar sedikit. Abu tetap mengambil selekoh untuk ke hospital. “ why ? “, tanya aku.

“ kau pucat gila “, jawab abu. “ aku minta maaf apa yang aku cakap tadi. Masa tu keadaan agak runsing. Dan aku agak terkejut dengan kelakuan kau “, kata abu lagi. “ you wanna smoke ? “, Tanya abu sambil menghulurkan rokok kepada ku. Aku hanya mampu mengelangkan kepala. Mungkin dengan rokok dia berfikir dapat membuat aku sedikit tenang. Aku yang masih lagi rasa takut dan masih lagi mengigil masa tu dah tak ada rasa nak apa apa atau untuk buat sesuatu. “ that was name yang terukir atas tu ? isn’t ? “, Tanya Abu seolah ingin kepastian. aku hanya menganguk lemah. Apa yang aku gendong tadi bukanlah seorang bayi kecil, tapi batu nisan yang terbuat daripada kayu terukir nama aku atas tu. Aku berkeras untuk pulang ke rumah. Aku tak nak pergi hospital. Aku hanya mengikut lepas aku menyakinkan dia yang aku tak apa apa.

Keesokkannya lepas bangun dari tidur, aku demam panas. Panas sangat. Badan aku masih mengigil. Abu membawa ustaz datang ke rumah. Big boss juga datang setelah dia mengetahui benda yang terjadi pada malam semalam dari Abu. “ jangan ceritakan dekat sesiapa perkara ni. Datang dari kalangan jabatan juga. Semua ni hasad dengki dan sakit hati. Kamu sendiri saja yang tau kamu ada masalah dengan siapa. Hanya kamu yang dapat uruskan. Bagaimana, terserah kamu. Dia sihir supaya kamu jadi gila. Alhamdulilah kita cepat untuk buang benda ni. Dia tak boleh buat untuk terus meresap dalam kamu. Jadi dia buat untuk kamu tengok benda benda seperti apa yang terjadi semalam. Tak ada apa apa, jangan risau. Semuanya atas izin Allah. Dia bagi sakit , dia bagi penawar asalkan kita nak berusaha untuk sesuatu “, kata ustaz. Aku hanya tersenyum selepas mendengar ada orang sihir aku. Aku kenal siapa. Kalau ikutkan hati, hari tu juga aku pergi jumpa. Tapi badan aku masih lagi lemah. Dasar pengecut. Satu lagi menjadi persoalan. Since aku kecil. Aku tak pernah kena apa apa. Aku pun hairan. Kena kacau apa tu semua ada la, tapi kalau masuk dalam aku. Tak pernah. Padahal keluarga aku semua kena masa my parents dulu berniaga. Entahlah apa apa pun, kalau baik. Moga terus kekal.

TERIMA KASIH atas komen dan juga DOA kalian. Aku hargai. I’m not give up pun. I’m just done. Just done for anything. A couple week ago, one of my family members passed away. And 3 day after that, I lost the love of my life. After dia balik Melaka semuanya hilang. I don’t even know what went wrong. But I tried, I tried so hard. Aku macam orang bodoh cuba untuk tak nak kehilangan. Mengemis minta maaf padahal tak tau salah dekat mana. Tapi dia seolah tak ada perasaan tetap berjalan pergi.aku tak tau apa yang buat dia berubah fikiran. Aku tak menangis pun cuma hujan. Aku tak tau kenapa aku lemah bab perasaan ni. Kau boleh pukul luaran aku. Aku janji tak nangis. Tapi kalau dalaman, dia macam semulajadi. Tahan lagi sakit, siallah. Dia pergi masa aku sangat sangat perlukan dia. Crush since primary school sampai secondary kononnya. Takkanlah sebegitu cepat berubah. I still don’t get it. Mungkin ada yang beri perhatian lebih dari aku.

Perempuan menginginkan perhatian sedang lelaki mengemis pergertian. Kalau betul. She betrayed me. She chose someone new over someone she knew since primary school. After balik sekolah dia akan tinggal rumah aku dulu before her mom balik dari kerja and baru dia balik rumah. Setiap hari sekolah. I still can’t believe this. I’m so tired right now. My life so messy but I got to live with it. she said forever, but left while i’m not even old yet, hahaha sial betul. Lucky me I still got my mom who will never leave me no matter what. Thank to my mom. I love her so much even I rarely show it but I bet her know that. For right now, I wanna know the truth about something. Tak kisahlah dalam mimpi ke depan depan ke. Asalkan dapat tau. Doa, solat hajat dah buat. Aku akan terus buat tapi boleh tak kalau minta tolong korang doakan apa yang aku hajat Allah makbulkan. Mungkin Tuhan tak terima doa dari aku yang jahil ni. Mungkin dari doa korang akan termakbul. Maaf sebab meminta. Banyak lagi nak cakap tapi macam merepek pula panjang panjang. Benda bercerita jadi luahan pula. Maaflah ada yang tak suka. Aku menulis pun sebab semata mata nak korang tolong doakan.

some people writing cause they had no one to talk.

THANKYOU ADMIN.

-MacAmin

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mac Amin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.