Detik 3:00 a.m – Jalan Pintas

Dah lama sangat aku jadi silent reader, so hari ni aku nak share pengalaman aku yang tak berapa seram ni dengan korang semua.

Okay, kita start…

Kisah ini bermula bila aku dengan adik lelaki aku dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Senawang. Kami bergerak dari Shah Alam agak lewat sebab adik aku lambat habis kelas. Memandangkan kami berkongsi kereta, nak tak nak terpaksalah aku menunggu dia habis kelas dan settle packing untuk balik bersama. Lagipun ada jugalah teman nak berborak walaupun tak adalah jauh mana Shah Alam – Senawang tu. Just ambil masa lebih kurang sejam jer, tapi pishang jugak kalau sesekali tersekat jammed dekat Nilai. Aku pun tak faham setiap kali musim perayaan, tak kiralah raya Cina ke, Deepavali ke, Alidiladha ke, mesti start jammed dari Nilai menghala ke perhentian Senawang. Jenuh jugak befikir kenapa?

Back to our seram topic, perjalanan kami dua beradik sangat lancar malam tu tanpa melibatkan sebarang kesesakan dan kami dua beradik dengan jayanya melepasi exit tol Senawang dan adik aku ajak berhenti seketika di petrol pump, sebab dah nak terkucil tahap maksima.

Dengan sangat berhemah aku pun pasang signal dan kereta kami pun berhenti di station minyak Petron yang jaraknya dari rumah aku lebih kurang 10 km sahaja.

Disebabkan si Ijat ni dah nak terkucil sangat, so secara tak langsung dapatlah aku rehatkan kaki dan sengal-sengal otot, serta dapat main handphone sepam dua.

Tengah-tengah main handphone, ibunda tercinta pun call nak kesan anak-anak beliau dah sampai mana. Aku sempat jeling jam dashboard, lebih kurang pukul 2:15 a.m masa tu.

”Hello, dah sampai mane tu? Tengah malam dah ni. Risau dibuatnya tak sampai-sampai.”

Aku sengih dan jawab, “Mak jangan risau, anak-anak dah selamat mendarat. Dah exit tol dah pun. Now dekat petrol pump. Anak bongsu mak nak terkucil jap.”

Mak gelak je. “Mak laparlah. Kalau lalu taman sebelah tu, bukak lagi tak gerai burger cheese tu? Kirim satu boleh ke?”

Takkanlah nak jawab tak boleh kan geng? Sesekali layan ibunda terchenta punya selera, walaupun mataku sudah pedih umpama termasuk pasir pantai, akan tetap kucarikan burger cheese ibunda terchenta.

“Yes ma’am, sure saya akan belikan anda burger cheese itu ye.”

Dan ijat pun done terkucil, lalu aku pun teruskan perjalanan untuk mencari burger ibunda tercinta, sambil membayangkan keempukan tilam dan bantal peluk. Almaklumlah, bertolak tadi memang betul-betul baru balik kerja, makanya jam ini memang dah hilang kudrat nak terus drive. Dalam hati duk berdoa janganlah kedai burger tu tutup.

Adik aku ijat tiba-tiba bersuara, “weh, ko ikut jalan mane ni? Sebaik saje aku melepasi simpang rumah aku, peliklah dia mana arah tuju akak dia ni nak pergi? Jam dah dekat pukul 3:00 a.m. takkan simpang rumah sendiri tak ingat?

“Aku nk cari burger maklah Dia kirim tadi. Baru kejap dia call masa ko tekucil tadi!”

“Oh yeke? Ingat mane ko nak pergi tadi. Lepas traffic light simpang tiga tu ko belok kiri ada satu kedai burger best baru bukak,” beritahu adik aku.

Tanpa fikir panjang sebab mata dah terbayang bantal dan tilam yang empuk, aku pun ikut arahan dari Ijat. Apabila masuk je simpang berkenaan, kelihatan deretan perumahan sekitar kawasan itu kelihatan gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi kenderaan yang sesekali melintas, disulami bunyi cengkerik. Bila terlihat beberapa gerai makanan yang kelihatan sedang berkemas untuk ditutup, aku pun berhenti dan turunkan cermin kereta lalu bertanya, “bang, burger ada lagi?”

“Ade adik. Tinggal daging je. Ayam dah habis.”

“Okay, boleh bang. Kasi daging special cheese satu.”

“Nanti nak balik kang takyah keluar simpang semula, ko straight je naik bukit atas tu, ada jalan pintas taman perumahan baru, then nanti terus keluar tepi rumah kita,” Ijat besuara tiba-tiba. Aku terkesima jap. Lama betul ye aku tak balik, sampai dah ada jalan shortcut pun aku tak tahu. Memang betul pun, antara aku dengan dia, dia lagi kerap balik ke rumah mak berbanding aku yang busy kerja mengalahkan PM ni.

“Oh, taman baru atas bukit tu dah bukak ke? Lagi senanglah ada short cut nak balik rumah kita dari sini ek?”

“Iya, buka dah. Itulah ko, balik tiga bulan sekali, manalah nak amik tahu.”

Dalam hati kata, padahal kau tu kutu rayau. Manalah tak tahu tiap benda baru area sini. Haha.

Burger pun siap, dalam hati excited nak lalu taman baru ysng dimaksudkan adik aku. Yalah, mana taknya, rumah area situ besar-besar dan boleh dikira rumah idamanlah kan. Tak dapat beli, dapat tengok pun jadilah.

Kereta kami pun bergerak mendaki bukit menuju ke kawasan perumahan baru berkenaan. Sepanjang melalui bukit tersebut, kelihatan pokok-pokok yg agak tinggi hasil pengondolan tanah bagi membuka taman perumahan baru yang aku rasa dulu adalah tapak hutan. Pokok-pokok besar itu melambai-lambai ditiup angin tengah pagi itu. Lokasi rumah yang terdapat di kawasan baru itu sangat sunyi kerana jauh di atas bukit. Tiada sebiji kenderaan pun yang melalui jalan itu melainkan aku. Mesti ramai yang belum tahu jalan tu dah dibuka dan terdapat jalan pintas terus ke taman perumahan aku tanpa perlu lalu jalan besar. Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah masuk ke dalam kereta melalui tingkap yang aku sengaja buka luas yang kononnya nak menikmati pemandangan rumah-rumah idaman yang terdapat di situ. Adik aku senyap seribu bahasa, turut sama menjamu mata dengan deretan rumah yang ada, sehinggalah aku perlahankan kereta kerana terdapat bumper 100 meter di hadapan.

Tiba-tiba berdiri seorang perempuan selang dua buah rumah di hadapan kami. Aku diam lagi memerhati dari jarak lebih kurang 50 meter. Sebaik sahaja kereta aku melepasi perempuan berkenaan, dengan jelas kami berdua mermehati an perempuan yang umurnya sekitar 30-an itu. Raut wajahnya kelihatan pucat, tetapi mengukir senyuman yang bagi aku agak seram. Dia memiliki rambut yang kemas separas pinggang dan tak kusut langsung, sambil memegang seorang bayi lelaki berusia dalam usia tiga bulan, memakai tshirt putih yang lusuh serta berseluar tracksuit biru gelap, sedang memandang kembali ke arah kami berdua. Aku terkedu sebaik melihat cermin pandang belakang. Perempuan itu masih memandang ke arah kereta kami ibarat menunggu teksi yang tak kunjung tiba. Setelah kelibat perempuan itu tadi tidak lagi kelihatan, akhirnya terkeluar jugak perkataan, “ko tak pelik ke Jat?! Perempuan tu tunggu apa? Dengan baby, tepi jalan. Pukul 3:00 a.m ni we! Bukan 3:00 p.m!”

Bila aku toleh ke arah adik aku, dia sedang bezikir dan mulut dia terkumat kamit. Langsung tak pedulikan aku, sambil lap peluh dekat dahi dia. Baru aku tersentak yang mulut aku tengah celupar. Serentak dengan itu, tiba-tiba bau wangi ibarat bau bunga kemboja menerjah hidung kami, walhal tingkap kereta dah pun selamat aku tutup!

Kereta menjadi berat tiba-tiba. Bila aku tekan pedal minyak, kereta seakan tak pergi. Allahuakbar, tuhan je tahu perasaan aku masa tu. Jalan shortcut yang sepatutnya cepat sampai ke rumah kurasakan makin jauh dan aircond yang dipasang dah tak rasa sejuk lagi. Ijat di sebelah tetap membisu, menambahkan lagi gundah-gulana pada jam berkenaan. Aku jeling jam di dashboard, 3:02a.m. Sebelum sampai ke lorong yang memisahkan perumahan aku dan kawasan perumahan baru berkenaan, aku harus melepasi satu lagi deretan pokok-pokok besar bersebelahan loji pelupusan IndahWater. Aku gagahkan kaki menekan pedal minyak kereta. Tiba-tiba kami terdengar bunyi pelik dari atas kereta kancil kami yang comel itu, “BOOM!”

Memang takkan sesekali aku nak memberanikan diri menjenguk apa yang ada di atss bumbung kereta kami. Kini tiba giliran menuruni bukit pula. Hampir melepasi kawasan perumahan baru itu, sampai satu selekoh, tayar kereta belah kanan pula terlanggar sesuatu yang besar, yang boleh aku gambarkan sebesar bola basketball sebab kedudukan tayar kereta yang terangkat, menandakan objek yang dilanggar oleh kami sangat besar mungkin juga bersaiz sebesar bantal peluk. Aku memberhentikan kereta, tekad keluar kereta dan menjenguk ke bawah kereta. Tak tahu dari mana aku dapat kekuatan tu, namun tiada apa-apa dibawah kereta. Aku tolehke arah Ijat di sebelah. Dia menekup muka dengan beg baju yang dentah dari mana dia capai, aku pun tak tahu.

Dia hanya berkata, “kenapa ko berhenti?! Jalan terus jelah! Sengal ubi…” seakan nak menangis suara dia aku dengar. Aku tak kira, aku jengah pula atas kereta, namun tetap tiada apa-apa yang pelik! Baru aku sedar kami masih lagi berada di pemisah simpang antara taman perumahan baru berkenaan dengan taman perumahan aku. Di sebelah kanan kami terdapat sebatang pokok pisang yang di mana pokok pisang berkenaan berada di halaman rumah terbiar yang dipenuhi lalang separas lutut. Aku amati, ada sesusuk objek yang bersandar pada kaki pokok pisang berkenaan.

Sambil mengecilkan mata untuk scan objek berkenaan tiba-tiba adik aku menjerit dan berkata, “ko tak masuk kereta sekarang, aku jalan!”

Aku toleh, Ijat sudah pun berpindah tempat duduk di seat driver. Bila masa dia melompat, aku tak pasti.

“Kejaplah, aku nak tengok ape benda tu…” sifat ingin tahu aku terlalu tinggi, mengatasai rasa takut . Rasa takut terlihat perempuan mendukung bayi sebentar tadi hilang serta-merta. Aku menuding jari ke arah pokok pisang berkenaan.

Ijat menbesarkan biji matanya dan seakan menjerit berkata, “aku kata masuk kereta sekarang!”

Maka aku pun membatalkan niatku dan berlalu ke arah tempat duduk sebelah pemandu. Ijat dengan laju menekan pedal minyak, ibarat pemanduan Michael Schumacer, berdesup meninggalkan perkarangan rumah tinggal berkenaan. Tanpa disedari, adik aku sebenarnya aku berjaya snap gambar pokok pisang tu dari dalam kereta dan rasa takut nak tahu objek apa di bawah pokok pisang tadi muncul kembali. Aku pasang niat nak tengok setibanya di rumah nanti.

Maka sampailah kami di depan rumah tepat jam 3:15 a.m. Tanpa ambil apa-apa beg, kami bedua melompat masuk ke dalam rumah. Yang sempat dicapai cuma burger mak, hangbeg aku, serta handphone. Mak beistighfar panjang bila kami berdua masuk rumah tanpa memberi salam, ibarat perompak dikejar oleh polis. Mak sedang mengaji di hall rumah dengan bertelekung. Aku terus merempuh pintu bilik dan rasa seakan nak benamkan diri dalam tilam sendiri bila memikirkan kejadian-kejadian aneh yang berlaku tad. Manakala adik ak, Ijat, turut meluru ke dalam bilik aku. Fuhh, perasaan lega time tu tuhan je tahu!

Tiba-tiba mak aku menjerit dari arah hall dan bertanya, “korang bedua dari mana ni? Bawak siapa balik?”

Apa lagi, bagai nak gugur jantung aku bila mak bertanya macam. Mak bangun dan meluru ke arah kami dalam bilik sambil memberi arahan, “bangun sekarang, pergi ambil wudhuk, lepas tu solat Isyak! Pergi sekarang!”

Dalam kepala aku befikir, apa yang mak nampak? Kenapa mak tanya macam tu? Ahh, sudah! Kami menurut arahan mak. Berlalu ke bilik air ambil wudhuk dan solat.

Bila selesai solat, aku hulur tangan untuk bersalam dengan mak, sekali dengan burger yang dipesan pada mak. Yalah, tadi takut punya pasal, sampai lupa nak salam. Mak cakap, “simpan esok je makan. Dah, pergi masuk tidur. Baca ayatul Qursi,” pesan mak, lepas tu berlalu ke bilik dia.

Aku apa lagi, duduk depan adik aku dan kena buat post-mortem apa yg kitorang hadapi sebentar tadi. Ibarat krew Uncle Seekers lah ni. Adik aku si Ijat mula kata, “Ko lah punce yang gatal mulut pergi tegur siapa perempuan tu tadi. Patutnya buat bodoh jelah! Aku dah nampak kaki dia  tak jejak tanah. Lepas tu, muka baby dia pegang tu, mata hitam gila! Takkanlah org??!”

Like, seriously? Aku tak nampak pun apa yang adik aku nampak.

“Kau yang punca, tahu tak? Masa kereta berat tadi, ada kain melamba-lambai tepi kereta, ko boleh pulak berhenti lepas kite langgar something tu. Ya Allah. Kalaulah aku pengsan, tak tahulah apa jadi dengan kita.”

Aku terkedu bila adik aku explain macam tu. “Tapi Jat, ko nak tahu tak? Aku ada snap gambar dekat pokok pisang tadi.”

Adik aku buat muka and said, “macam mana ko boleh berani macam tu, hah samdol?”

Aku gelak jer. Aku pun boleh pelik kenapa aku berani sangat masa tu. “Tapi kan Jat, mak nampak apa eh tadi?”

Mak pun tiba-tiba menyampuk dari belakang, “ada orang nak rempuh pintu rumah tadi. Siap ketuk-ketuk nak masuk sekali dengan korang bedua. Mak tak sedap hati, tu mak terus je mengaji. Sebab tu mak suruh korang solat. Lepas tu, bunyi tu hilang. Terkejut beruklah kami dua beradik! Kalaulah tak kuat semangat that time, mesti benda yang bukan-bukan boleh jadi. Pengajarannya, mulut jangan celupar dan janganlah sesekali nak cuba berani sangat. Sesungguhnya kita ni makhluk Allah dan ada juga mahkluk-Nya yang lain, berkongsi dunia ni dengan kita

Ha, itulah pengalaman aku. So, korang nak tahu tak gambar apa yang aku dapat snap dalam handphone dekat bawah pokok pisang tu? Gambar seorang perempuan tengah duduk menunduk memeluk lutut. Rambutnya mengurai ke bawah dan bersebelahan dengan dia, ada sebuah batu nisan.

— THE END —.

Anne
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

63 comments

    1. SetujU!!! jalan cerita cukup bagus tp ayat2 yh di buat menggambarkan cerita ini pun sekadar karangan… Tetapi Good Job Puan!!! Menarik.. 😄😄

    2. Waktu solat Isyak ni dari 8.30 hingga sebelum masuk waktu subuh.

      Ibu diorang suruh solat isyak mungkin dorang tak solat lgi, sbabtu kena suruh.

      Walaupn waktu Isyak tu lama tpi sebaiknya diawalkan, ditambah lgi diorang nak jalan jauh jdi sebaiknya solat lah dlu.

    1. Sbb Anne kluarlah tambah seram cerita. Punch line ni. Dh lama baca FS xk meremang bulu roma.

      Ada lh k pengalaman seram. Share lah.

  1. wei, happening lh ceta ni.. aku rate 9.9.9.9.8 / 10 kat kau.. happening sunggoooohhhh dear.. love u syg..ehe

  2. Cerita best dan seram. Hoih kalo aku mmg x la nk berenti bagai check sekeliling.. Jdnya jgn lalu situ lg la kalo lps tgh mlm. Kang ade yg ngikut.. Huhu

  3. Hahah..gile.ko brni benti dh tu siap nak menikmati keindahan mahluk pokok pisang siap konon2 cek keta..huih..tu dia kasi signal nak tumpang korg..sbb letih jln le tu….nasip ler xda pa2 jadi…pasni jgn buat lagi klu nmpk or alami perkara pelik..jgn nak tgur @ bentikn keta

  4. Buat hal betul lahhh sis ni . Boleh pulak berenti tinjau kawasan . Adududu . Nasib dia tak kacau teruk .

  5. Perghh..btabah la ijat dpt kakak cm sis,haha..boleh lak benti2 lg..haha..hantu tu satu hal seram..yg sis leh bhenti tu lagiii wat seram..

  6. Burger tu mmg btol burger la kan..yg call pon mmg mak awk ye?…apepon,da lama xbaca cerita betol2 seram n mudah faham camni.hrap awk jmpe momok lg,bole cerita lg..hahaha

  7. Huhuhuhu… seram gak cerita ko ni. Nasib lah kereta ko masih boleh bergerak. Kalau tetiba mati enjin dan tak boleh start naya je kena sakat. Lenkali ikut je jalan biasa takpayah short cut sangat. Nak nak jalan yang tak pernah lalu.

  8. hmm cerita best tapi aku tak paham jenis manusia yg suka buat terlebih berani sampai jadi bodoh. dah sah kau kata jalan tu sunyi kan? kalau bukan makhluk lain pun, kot lah tu penjenayah letak trap ke apa. kau pulak dok buat degil tak kira nak jugak turun lah check apa bagai. lain kali kalau ada apa2 (unless kereta tu mati takleh start and mmg takleh buat apa/gi mana2), jalan terus je dulu, cari tempat yg sesuai kalau nak check pun. takyah keras kepala sombong tunjuk berani sgt.

    maaf kalau rasa teguran kasar.

  9. Kalau hg ni kakak aku dah lama aku hempok. Nasib la ijat tu tak tinggal je hg. Berani biar lah bertempat. Ni ibarat hg buka peluang untuk dia masuk. Dah lah mulut celupar, siap berhentikan kereta pulak tu. Paling tak bole blah sempat snap pic natang tu lagi. Untunglah dapat mak yang berani. Aku rasa lebih kepada geram daripada takut bila baca kisah hg ni. Kan dah terbebel haish..

  10. haha sabar2, klau mak kau xmngaji tu xtau la apa yg jdi buad nya dia masuk dlm badan kau cmne? ish3 nk berani pun xbrtmptla, apa2 pun cerita best dn seram

  11. erm..kalo aku jdk ijat tu memang aku luku2 si akak..geram plk aku..blh plk buat berani tegur bnd tu..
    siap kua keta cek plk tu..kalo da jadik camtu tgh2 pagi buta paham2 je la..terus je la balik umah..smpai umah baru cite..kalo berani sgt pun x elok..kalo x kene kt diri sndri takut kene kt org lain..kat ijat ke, kt mak ke..huhuhu

    btw, cerita seram blh tahan..aku nak tau jln shortcut tu area mana..mana tau aku selalu lalu ke..8/10..kipidap writer..

  12. Apehal la ditegur bende2 mcm tu tgh pagi buta (tak kene batang hidung boleh la cakap 😀 :D). Btw, kepada penulis, tulisan anda kemas, sememangnye terdapat unsur seram. Jalan cerita dapat membuatkan saya membayangkan situasi tersebut.
    9/10

    1. Alahhh… tak perlu marah2 lah, penulis ini bukan bodoh tapi sifat ingin tahu dia tinggi sikit, terlebih tinggi sikit.

      Monalisa ni.. tak baik tau cakap macam tu.. meh sini, moyang rotan bagi insaf sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.