Di Cium Hantu

Assalamualaikum.
Call me Ary. Ye, Ary sebahagian nama aku. Aku dah lama nau tak menulis, minta maaflah kalau kalau salah penggunaan tatabahasa, dekat jauh jaraknya dan sebagainya. Apapun harap harap seramlah. Kalau tak, aku malu. Hahahaha

Mengenai ada saka, kena sihir dan yang mengikut, aku dah biasa kot. Cuma aku lum tahap kena sampuk, menjerit melolong, mengibai tak tentu hala lagi. Mimpi mimpi yang biasa biasa korang dengar tu seperti mimpi jatuh tempat tinggi, mimpi binatang buas, mimpi budak kecik dan sebagainya hampir 98% aku alaminya.

Banyak dah sangatnya tempat aku pergi berubat. Nak berubat ni macam pergi kliniklah. Pergi sekali bukan boleh baik. Nasiblah kalau boleh baik. Kalau tak baik jugak kenalah pergi selalu. Dan aku dah pergi satu satu tempat tu selalunya lebih daripada 3 kali.

Sekarang… aku dah penat dan biarlah. MALAS NAK PIKIR. Itulah ayat biasa aku. Aku cuma tetiba muncul kat sini sebab aku pun banyak pengalaman bersama makhluk makhluk durjana nih. Huh!

Salah satunya kes aku dicium hantu. Tak percayakan? Tapi ini kisah benar.

Pada sebulan sebelum puasa yang lepas, aku adalah di ajak join satu program santai geng geng mengaji dari Selangor. Tak payahlah sepesifik sangatlah ye kat mana. Datanglah geng geng mengaji ini ke negeri aku. Kalau korang bijak mesti boleh teka kat mana aku tinggal berdasarkan penulisan ini. Hahaha.

Jdi aku joinlah geng geng yang seramai 22 orang, ini yang terdiri daripada mejoriti makcik makcik 60 tahun dan ke atas. Tapi adalah jugak yang sebaya aku dan lebih muda. Tapi tak ramai.

Mereka duduk kat homestay yang banyak rumah besar besar tu. Ada pulak kolam renang. Pastu ada pulak pusat membeli belah pelbagai jenama terkenal dan dan ada pulak bandar budaklembu? Eh. Hahahaha

Aku pulak memang dah lambat. Berseoranganlah aku menuju ke homestay tu jauhhhh nun ke dalam. Gelap dan dah nak pukul 12 malam. Aku seram giler. Jauh betul rasanya. Walhal siang hari bila keluar taklah jauh nau macam tu.

Sesampai saja aku di suruh makan. Yelah, dari siang mereka dah sampai, berbbq dah sudah, mandi kolam dah sudah. Solat berjemaah pun dah sudah. Begitu juga aktiviti mengaji.

Kebetulan yang perkenalkan aku ngan geng geng mengaji ni adalah sepupu aku yang muda belia. (Aku panggil Lala) Bagus betul sepupu aku ni. Daripada tak pandai mengaji, sekarang dah pandai sangat mengaji. Siap ajar aku makhrajnya lagi kat aku. Alhamdulillah. Suka sangat aku. Korang pun mengajilah wei. Tiada istilah terlambat tau walau berapa pun umur korang.

Lepas aku melantak, Lala tanya aku nak mandi tak? Aku malu malu.memang naklah. Aku memang suka mandi manda. Hahaha. Lala pun teman aku mandi. Kolam mandi yang sedang sedang bersambung dengan kawasan rumah bahagian dapur tu, di pagari ngan pagar kayu berwarna putih. Penuh pokok pokok renek sama paras dengan pagar putih tersebut. Gelaplah sekeliling tu. Dengan mata kasar, memang tak nampaklah orang intai pun. Tapi, yelah manalah kita tahukan. Tapi kitorang tawakal je.

Kitorang mandi manda. Aku berdua aje ngan Lala. Adalah seorang dua kakak ngan makcik duk bersantai melayan phone memasing kat luar tu, tak adalah seram sangat aku rasa.

Dalam 1jam gitu, kitorang pun naiklah. Aku ni memang tak ada dalam list, kenalah menumpang numpang tidur kat sini. Memanglah aku tido ngan Lala kat bilik dia. Kat situ ada 5 orang termasuk aku. Seorang dalam usia 46, seorang 42, Lala 26 dan seorang lagi 28 tahun. Aku tengah tengahlah usia aku diantara mereka tuuu…

Aku tak kisah tido bawah. Memandangkan bawah tu bercarpet tebal, tiada masalah bagi aku. Tambahan pula aku ada bawak toto dan bantal sendiri. Tetiba bila masuk semua geng bilik itu, kakak yang berusia 46 tu, aku panggil kat sini Kak Ina lah senang, dia suruh jugak aku tido kat atas katil. Sambung katil tu, besar lah jadiknya.

Tinggal aku, Lala dan Kak Ina baru nak tido. Yang 2 orang lagi dah dibuai mimpi ntah ke mana. Kedudukan kat sini Kak Ina, Aku, Lala dan kakak sorang lagi tu. Yang adik 28 tahun tu tido kat sofa panjang yang agak selesa nampaknya.

Jadik, sebelum tido, aku bacalah apa selalu aku amalkan. Pastu aku mengereng ke kanan. Mengadap ke Lala. Taklah sempit sebenarnya kami berempat tido atas katil bersambung tu. Adalah lagi ruangnya, lagi lagi aku tido mengereng. Yang masalahnya kat sini, Kak Ina mencari remote aircond. Panas katanya. 27°c di setnya. Rupa rupanya Lala yang sorok remote sebab tak suka sejuk. Aku ok jer mana mana boleh. Dahlah bercekak cekak diorang berdua ni. Kelakau pun ada. Aku tengah tengah tukang gelak. Bila tak jumpa remote, masing masing tidolah.

Dalam beberapa minit aku baru nak lelap. Memang mengantuklah, siang tadinya aku banyak keje tu yang sampai lewat tu. Baru nak lelap tetiba aku rasa Kak Ina tido mengereng rapat rapat dengan aku, eh? Dah kenapa? Aku langsung rasa tak selesa. Kenapa pulak kakak ni rapat nau ngan aku ni. Sampai terasalah ceritanya. Aku peliklah. Aku ni baru aje kenal Kak Ina ni, memang tak mungkinlah nak mesra sangat macam aku ngan sepupu aku tu. Nak kata sempit memang taklah, sebab memang luas kot. Aku pun maju ke depan sampai betul betul rapat dengan Lala yang pun tido mengereng mengadap ke depan.

Eh! Bila aku rapat, dia lagi rapat. Ah sudah. Macam macam aku fikir wei. Aduhai. Aku bukan macam tu wei. Aku bukan wei. Tak boleh jadik. Aku bangun. Alasan sejuk, nak buang air kecil. Masuk aku ke toilet padahal tak buang air pun. Aku masuk baliklah kat tempat aku. Aku tengok Kak Ina elok jer tido terlentang. Aku curious jugaklah. Syak wasangka yang bukan bukan. Kalau korang jadik aku pun korang pahamlah wei. Aku tido mengereng balik. Baru nak lelap, Kak Ina ni himpit himpit aku lagi. Dekat sgt wei kat aku. Aduhai. Aku betul betul lemas wei. Apa hal ni. Aku bangun lagi.

Alasan sejuk nak buang air. Padahal tak sejuk pun 27°c jer pun adoiii. Pastu aku keluar tido balik tempat aku. Kak ina dan Lala aku tahu mereka tak tido lagi walaupun mata lelap. Betul, bila ku dah bangun, ia mengganggu. Kan aku tido kat tengah tengah. Serba sedikit mengganggulah mereka.

Aku tido sama macam tadi. Aku betul betul mengantuk ni. Jam dah hampir pukul 3. Baru aku nak lelap tetiba Kak Ina rapat lagi sekali ngan aku. Aku tak tahan wei mengantuk. Aku macam tak terdaya. Aku tido ajelah.

Tetiba. Aku terasa ada orang cium pipi aku. Pastu belai belai pipi ku. Ini dah lebih. Aku terus tampa pipi aku. Apa ni wei. Aku bangun. Lagi. Pergi toilet. Aku geram dan marah wei. Keluar toilet, kak Ina merungut. ”Sejuk ke, asyik pergi toilet aje nko ni?”. ”Ntahlah kak. Saya nak tido bawahlah” Aku terus tarik toto aku dan bantal aku tido bawah. Ye, memang agak panas. Tak sejuk pun. Bila dah macam tu, barulah Lala keluarkan remote. Kecoh sekejaplah kan sebab masing masing tak boleh tido. Puncanya sbb panas.

Aku? Puncanya aku ni dah kena cium! Siapa cium aku weiiii!!! Siapa yang himpit himpit sebelah aku dan cium aku. Siap belai pipi aku lagi. Ohhhh!!!! Aku memang seram wei. Dah pukul 3 lebih. Nak dekat pukul 4 baru aku terlelap setelah mulut aku ni tak lepas berzikir. Lepas tu pukul 4 kitorang di kejutkan untuk qiamulai pulak. Ko rasa?! Jadiklah dalam 15 ke 10 minit aku lelap.

Kejadian itu aku tak ceritapun pada sesiapa. Aku tunggu Lala balik Selangor baru aku berhajat nak call n ceritakan everyting.

Dipendekkan cerita, dah selesai segala program, 2hari selepas itu aku pun call Lala dan cerita semuanya. Rupanya Lala dah rasa tak sedap hati. Bulu romanya naik semacam. Dan dia Ada nampak someting katanya. Aku pun berhuhu ajelah.

Lala pun ceritakan dekat Kak Ina pasal aku kena cium dan kena himpit tu. Dia terkejut jugaklah. Takkanlah dia nak himpit dan cium aku bagai. Persoalannya siapakah makhluk yang menghimpit, membelai dan mencium aku itu?

Aku bukankah sejenis yang suka menjadik detective conan bagai. Tapi apa yang boleh aku andaikan, mungkin makhluk itu mengikut dan menumpang kat aku kerana memang adalah tu bila kita melalui jalan yang gelap dan jauh pada pukul 12 tengah malam.

Atau mungkin ada makhluk lain yang memang dah sedia ada kat homestay tu. Tapi ramai ramai yang ada , kenapalah aku kan? Hahahaha.

Setakat itu sahajalah pengalaman berharga aku dicium makhluk apa pun aku tak tahu, pendek kata hantulahkan.

Sekian. Aryanies (sebahagian nama sebenar)

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aryanies
FOLLOW FB KAMI.

3 comments

  1. Pengalaman ni laa paling pelik 1st penah dgr…tpi kmgkinan betul tuu ada…sbb mkhluk tuu blh baut mcm2 nak gnggu kite….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.